Pemuda ini tampil mngamuk gara gara tak dapat keluar dari kawasan PKPD.

Dunia Viral

Seorang lelaki naik angin dengan meny3r4ng anggota keselamatan yang bertugas apabila gagal keluar dari kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Kampung Telaga Air di sini, semalam. Dalam kejadian kira-kira jam 2.30 petang itu, lelaki berusia 30 tahun itu menyerang anggota polis dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) dan Skim Rondaan Sukarela (SRS ) yang bertugas dengan batang kayu.

Timbalan Ketua Polis Daerah Padawan, Deputi Superintendan Lim Jaw Shyong berkata, suspek dikatakan mahu keluar dari kawasan PKPD itu namun dihalang petugas keselamatan. Katanya, anggota keselamatan meminta suspek balik ke rumah tetapi dia enggan berbuat demikian sebelum bertindak agresif.

“Suspek meng4cvkan batang kayu panjang ke arah anggota keselamatan dan berlaku pergelutan. Suspek berjaya ditangkap dan tidak mengalami sebarang luka sebelum dibawa ke Balai Polis Siburan untuk tindakan lanjut,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini. Katanya, suspek dir3man empat hari mulai hari ini sehingga 6 Ogos ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan. Sumber : hmetro

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *