Ramai yang terhibur dengan sikap selamba gadis ini. Boleh pula minta pak cik buat macam ni.

Kehidupan Viral

Sejak kerajaan membenarkan proses vaksinasi dirakam, ramai yang tidak melepaskan peluang untuk merekod detik-detik ‘isitmewa’ tersebut untuk menjadi perkongsian di media sosial. Lebih menariknya, ada yang membuat video perjalanan mendapatkan suntikan bagi dimuat naik ke platform media sosial sekali gus memberi rujukan kepada mereka yang masih menanti dipanggil untuk urusan vaksinasi.

Sempoi je minta tolong

Hal ini tidak terkecuali pengguna Twitter ini apabila memuat naik video rakannya yang ‘sempoi’ meminta bantuan seorang pakcik tak dikenali untuk merakam videonya selepas menerima suntikan. Pemilik akaun @ElynaSyaznii memaklumkan rakannya bernama Tasha pergi ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV) seorang diri dan binggung untuk meminta tolong siapa untuk merakam videonya. Jadi, ada seorang pakcik yang sama-sama menerima vaksin untuk memegang telefon bimbit gadis itu.

Rasanya semua orang tahu bagaimana keadaan rakaman video tersebut. Hal ini membuatkan ramai berdekah memandangkan gadis berkenaan begitu ‘nekad’ meminta warga emas yang mengambil videonya. Dia juga sempat memberi arahan bagaimana angle yang dimahukan. Seusai video dirakam, gadis berkenaan mengucapkan terima kasih dan beredar dengan senang hati.

Siap bagi arahan tu

Sehubungan dengan perkongsian tersebut, rata-rata warganet mengakui terhibur melihat tindakan gadis tersebut serta pakcik yang membantunya. Mereka juga mengakui apa yang mereka berdua lakukan sangat comel dan menjadi contoh yang baik kerana keduanya saling bersopan santun.

Comel tau dua2

Pakcik pun sporting habis

Mesti balik tu pakcik cerita dekat family dia

Aduhhh ni lawak tau!

Sumber: Oh My Media

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *