Didie Alias trauma. Rupanya dah hilang 5 ahli keluarga gara gara sakit ini.

artis KESIHATAN

Kehilangan lima ahli keluarga akibat COVID-19 dalam tempoh singkat memberi kesan emosi kepada pelakon, pelawak dan pengacara, Didie Alias. Masih t.r4uma dan sedih dengan nasib ml4ng menimpa insan tersayang, Didie atau nama sebenar, Fadzilah Mohd @ Ali, 49, mengaku semakin par4noid dengan situasi penularan pandemik C.OVID-19 sekarang.

“Saya rasa terkesan apabila satu demi satu anggota keluarga pergi a.kibat C.OVID-19. Bermula dengan ibu saudara iaitu adik bongsu sebelah emak. Kemudian diikuti nenek saudara, bekas abang ipar dan dua sepupu yang membesar bersama-sama. Luluh rasa hati apabila hanya mampu melihat jnz4h mereka yang sudah siap dikapan melalui video yang dikirim. Semakin hari, vi.rus ini semakin hampir dengan kita apabila anggota keluarga sendiri menjadi mngs4,” katanya kepada BH Online.

Dalam perkembangan berkaitan, pelakon yang terkenal dengan watak ant.agonis itu turut meluahkan kebimbangan peningk.atan kes positif C.OVID-19. “Emak saya kini berada di Melaka bersama adik. Apabila dapat tahu ada kejadian positif C.OVID-19 di kawasan berhampiran, saya jadi t.akut dan berkali-kali berpesan agar tidak keluar rumah dan menjaga kebersihan.

“Dalam keadaan sekarang, kita kena sentiasa jaga diri. Tidak lama lagi, iaitu selepas mendapat s.untikan kedua v.aksin C.OVID-19, saya akan kembali ke lokasi drama Cukup Derita Itu untuk menyambung penggambaran. Kalau ikutkan perasaan memanglah takut untuk bekerja terutama apabila angka kes makin meningkat. Tetapi sudah namanya kerja, kenalah buat. Cuma saya kena ambil langkah keselamatan yang lebih dan sentiasa patuh kepada SOP,” katanya yang mula dikenali menerusi filem Kanta Serigala dan Boss ini. Sumber : Berita Harian

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *