Disebabkan ramai yang marah dengan PM. Sekali warganet tampil kritik anaknya pula.

Kehidupan Keluarga

Setelah sekian lama menyepi tanpa khabar berita, nama penyanyi Najwa Mahiaddin yang juga merupakan anak kepada Perdana Menteri Malaysia menjadi bualan hangat warganet di media sosial. Biarpun dia sudah lama tidak memuat naik hantaran terbaru di Instagram, baru-baru ini ramai warganet menyerang ruangan komen pada gambar terakhir yang dikongsi olehnya pada penghujung Januari lalu.

Diserang kritikan & mak1an

Memetik penulisan OiJom, warganet membanjiri ruangan komen itu dengan rasa amarah serta geram kepada pelantun lagu Got To Go berkenaan. Mereka mula menyerang penyanyi itu sejak beberapa minggu lalu dan memberi komen ‘pedas’ terhadap Najwa dan ahli keluarga terutama sekali ayahnya, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Tidak layan komen negatif

Walau bagaimanapun, penyanyi berusia 35 tahun tersebut tidak mempedulikan segala kritikan warganet namun dia bertindak menutup ruangan komen pada gambar berkenaan. Difahamkan lagi, komen-komen biadap itu adalah kerana tidak berpuas hati dengan kepimpinan Perdana Menteri TSMY dalam mentadbir negara ketika pandemik ini.

Sumber: Oh My Media

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *