Tular lelaki terkedu bila ibu goreng ikan perliharaan. Sekali boleh pula ibu beri respon macam ni.

Haiwan Viral

Memiliki dan membela haiwan peliharaan mungkin menjadi satu terapi bagi sesetengah orang terutamanya dalam situasi seperti sekarang ini. Baru-baru ini, seorang lelaki berkongsikan kejadian lucu dan tragis yang berlaku pada ikan koi yang dipeliharanya ini. Ikan tersebut yang merupakan haiwan yang dibelanya telah tiada namun dia tidak menyangka akan berlaku satu kejadian tragis pada ikan tersebut. Video tersebut tular dikongsikan apabila ia meraih lebih dari sepuluh juta tontonan setakat ini.

Di dalam video yang dikongsikan ini, lelaki ini memberitahu ikan koi yang dipeliharanya itu telahpun tiada baru-baru ini. Tetapi dia langsung tidak menyangka ibunya akan mengambil ikan yang telah tiada itu untuk dijadikan makanan buat mereka sekeluarga. Lebih mengejutkan, lelaki itu sempat berkongsikan ikan yang telah siap digoreng itu yang disediakan oleh ibunya. Sebaik sahaja dia melihatnya, lelaki itu memberikan reaksi wajah yang terkejut dan tergamam dengan kemunculan ikan itu di atas meja makan.

Dalam masa yang sama, si ibu yang berada di situ hanya mampu tersenyum sahaja semasa dirakamkan oleh anaknya itu. Turut dapat dilihat di atas meja itu adalah nasi yang telah siap disediakan oleh ibunya itu bersama-sama ikan koi yang digorengnya. Meninjau di ruangan komen, warganet turut sama terkedu melihat nasib tragis yang berlaku pada ikan tersebut. Namun ada juga yang memberitahu ibu mereka juga pasti akan melakukan perkara yang sama seperti wanita itu kerana tidak mahu membazir. “Sedap ke rasa dia.”

“Benda yang sama mak aku akan buat.”

“Niat dia baik tapi boleh jadi tr4uma…”

Sumber : HCL

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *