Ini antara cara yang paling selamat dan selesa untuk angkat dan dukung si bulus anda. Tapi lain pula yang warganet perasan.

Dunia Haiwan

Kalau korang suka kucing, kalau boleh tu mesti nak kucing peliharaan korang tu manja dan nak peluk selalu kalau boleh. Kena sedar tak mungkin cara kita dukung kucing tu buat dia tak selesa dan kejap je nak kena peluk. Tapi kalau kucing tu jenis tak suka dibelai dan dipeluk korang tak boleh buat apa lah. Untuk korang yang nak bermanja dengan si bulus tu, korang kena tahu cara macam mana yang paling selamat dan selesa untuk angkat dan dukung kucing. Korang boleh tengok video @estarossadness kat bawah ni, ada sorang akak vet ni ajar macam mana nak angkat kucing.

Behave elok Oyen tu

Wahh.. min baru tahu ada cara yang betul nak angkat kucing. Selama ni main angkat je, patut lah tak lama kucing nak duduk dalam pangkuan min. Boleh try cara ni nanti kat kucing min.

Min pun rasa oyen tu dari luar negara. Kalau ikut pengalaman min, Oyen biasa buat perangai pelik-pelik, jarang nak nampak yang behave elok macam ni. Mungkin cara tak kena kot sebab tu sampai kena cakar. Cara pegang mungkin buat kucing tu tak selesa ke, takpe boleh try step macam ni. Mana tahu dia boleh behave gak macam Oyen tu.

Mesti dapat treats punya lah lepas habis video tu. Kalau tak mana maunya Oyen ni duduk diam-diam. Bukan min je ada pengalaman dengan Oyen, ramai lagi orang kat luar sana tau peangai sebenar Oyen ni.  Sumber : Lobak Merah

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *