Video gelagat Jebat Jayden menangis gara gara lapar. Tapi apa yang dia minta tu memang buat ramai yang terhibur.

artis

Anak lelaki kepada pelakon Sharnaaz Ahmad dah Noor Nabila, Jebat Jayden sekali lagi jadi perhatian wargamaya apabila menangis ketika bermain ditaman. Pada perkongsian berdurasi 35 saat itu,Sharnaaz cuba bertanya kepada Jebat kenapa marah.

Dengan riaksi muka yang begitu sedih,Jebat menjawab Nak fries,ayam bakar.. Menerusi laman sosial Instagram, Sharnaaz berkongsi sebuah video anaknya itu untuk tatapan umum.

https://www.instagram.com/p/CR74UQRBYrZ/

“Parliment dah bukak. Jadi masalah pun sampai lah.. susah betul jadi Adun mount kiara ni @jebatjayden. Sepinggan nasi briyani dgn ayam madu mahbub settle lah ni masalah dia..” Sementara itu di ruangan komen, rata-rata wargamaya terhibur dan geram dengan gelagat Jebat tersebut.

KOMEN WARGANET:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber:Instagram Sharnaaz Ahmad

Video Sharnaaz Ahmad lantik diri sendiri untuk jadi Adun. Bagus betul Sharnaaz Ahmad bagi bantuan untuk mereka yang angkat bendera putih.

Baru-baru ini, pelakon Sharnaaz Ahmad meminta para pengikutnya di Instagram berkongsi maklumat sekiranya ada individu yang mereka kenali memerlukan barangan keperluan harian. Menerusi sebuah perkongsian di IGTV, Sharnaaz memulakan bantuannya dengan menyediakan 100 pek barang sumbangan.

Sediakan 100 pek sumbangan

“Alhamdulillah, kita berjaya buat dalam 100 bantuan untuk orang susah dalam masa sekarang. Saya sebagai Adun (Ahli Dewan Undangan Negeri) yang tidak dilantik oleh kerajaan, melantik diri saya untuk membantu.

“Kami dari pasukan Mamu Legacy dan Sharnaaz Ahmad TV keluarkan sedikit sumbangan. Ini daripada setiap kakitangan, Mamu dan juga semua yang sudah membantu untuk mengeluarkan sumbangan ini,” katanya.

Selain itu, pemilik nama Sharnaaz Ahmad Basir Ahmad itu turut memberi peringatan kepada orang ramai agar sentiasa peka dengan keadaan sekeliling dan menghubungi pihaknya jika ternampak bendera putih berkibaran di rumah tertentu.

“Saya faham memang sekarang pasal bendera putih semua. Saya nak minta kalau anda semua kenal atau ada orang sekeliling yang ada bendera putih mahupun benar-benar memerlukan, buka mata dan hubungi kami.

“Bantu mereka dengan kongsikan mengenai bantuan ini dan minta mereka datang dan ambil bantuan sumbangan ini. Ini cara pasukan kami untuk membantu orang yang susah dalam pandemik Covid-19 seperti sekarang. Sekarang, tugas kita adalah bantu orang yang memerlukan,” jelasnya lagi.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet memuji tindakan mulia bintang drama Pelindung Seorang Puteri itu. Dalam pada itu, ramai juga yang terhibur melihat gelagat Sharnaaz yang berseloroh tentang YB.

Dalam video berdurasi lebih dua minit itu, Sharnaaz turut berkongsi situasi di tempat pengumpulan barangan keperluan yang dimasukkan ke dalam beg plastik dan sedia untuk diserahkan kepada mereka yang memerlukan.

Sumber: Harian Metro (Syafil Syazwan Jefri)

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Bukan senang nak tengok seorang duda yang macam ni. Peminat puji sikap Sharnaaz Ahmad.

Comel! Siapa sahaja tidak jatuh hati jika melihat gelagat si kecil menari-nari bersama sang ayah, bagaikan sesuatu yang mustahil untuk disaksikan kerana selalu yang biasa kita lihat adalah apabila seorang bapa lebih mesra untuk melayan aktiviti sedemikian jika bersama anak perempuannya.

Malah apa yang lebih menarik lagi, status “duda popular” yang diberi  tidak sesekali membuatkan aktor ini kekok untuk menjaga anak tunggalnya, Sharnaaz Ahmad tetap berpegang pada pendiriannya untuk sentiasa mencari ruang untuk melakukan aktiviti bersama cahaya matanya.

Memuat naik hantaran di laman Instagram, Sharnaaz berkongsi video menari bersama anak lelakinya, Jebat Jayden yang terlihat begitu gembira sekali, gelagat seorang bapa yang sempoi tentu sekali dapat mengeratkan ikatan kemesraan dalam sebuah perhubungan.

Mengetahui bahawa Sharnaaz ini mungkin mempunyai sisi wajah yang bengis apatah lagi kerana sering memainkan watak yang ganas mahupun s4mseng dalam bidang lakonan namun sifat penyayangnya juga sudah tentu dapat membuatkan ramai orang cair tatkala melihat selebriti ini bersama anaknya. Hal yang demikian membuktikan keakraban selebriti ini dengan anaknya sememangnya tidak dapat dinafikan malah mengetahui bahawa berapa ramai bekas suami dalam dunia ini yang masih mahu mengambil peduli perihal keperluan anak selepas berpisah dengan bekas isteri.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet memuji sikap tanggungjawab selebriti ini sebagai seorang bapa meskipun terpaksa mengakhiri status rumah tangganya dengan perpisahan pada 9 Julai 2020. Jika ditanya kepada mana-mana lelaki, tiada jejaka yang berharap untuk menjadi duda apatah tika di usia yang masih muda.

Malah tidak ada celanya untuk bergelar duda, tetapi tidak semua mampu untuk menggalas tanggungjawab selepas memegang status berkenaan apatah lagi jika mempunyai zuriat yang harus dijaga.

Mengetahui bahawa tiada definisi khusus untuk mengasuh anak-anak kecil secara semula jadi, tetapi pada dasarnya ia merujuk kepada gaya hidup yang dipamerkan oleh ibu bapa bersama anak-anak dengan memberi sepenuh perhatian dan nilai kasih sayang yang mencukupi. Malah untuk mencapai matlamat pembelajaran dan membesar bersama melalui tanggungjawab sebagai bapa yang bergelar duda, melakukan pelbagai hal bersama adalah sangat penting untuk mengeratkan lagi sesuatu hubungan.

Dengan melakukan aktiviti menyeronokkan, ia bukan sahaja memberi detik indah yang positif, tetapi dapat mengeratkan ikatan kemesraan, malah meluangkan masa berkualiti bersama juga memberi peluang kepada seorang bapa dan anak lebih menghargai waktu terluang dan berinteraksi.

Alahai comel je kan “anak bapak ni” berjoget, jarang sebenarnya nak tengok Sharnaaz ni menari-nari. Apa-apa pun, semoga ikatan kemesraan yang terjalin ini sentiasa berkekalan selalu ya.

Sumber : klmetro.pw & Fiona

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *