Kes harian dijangka meningkat

Uncategorized

JUMLAH kes harian Covid-19 dijangka meningkat berikutan pelaksanaan aktiviti kesihatan awam yang dijalankan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, pihaknya mempergiatkan aktiviti pengesanan kontak rapat dan saringan kesihatan khususnya ke atas individu yang bergejala.

Menurut beliau, KKM juga melaksanakan ujian saringan ke atas 10 peratus penduduk yang tinggal di kawasan 34 mukim Selangor dan 14 lokaliti di Kuala Lumpur yang berada di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) dengan memberi keutamaan kepada golongan berisiko tinggi.

PERKEMBANGAN terkini penularan Covid-19 di negara ini merekodkan 8,868 kes baharu, pada Khamis

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, jumlah kes aktif dengan ke boleh jangkitan Covid-19 adalah 77,275 kes, dan mereka telah diasingkan dan diberi rawatan.

Selangor melaporkan kes harian tertinggi iaitu sebanyak 4,152 kes, diikuti Kuala Lumpur (1,133), Negeri Sembilan (897), Perak (543), Kedah (360) dan Johor (336).

“Adalah dimaklumkan bahawa terdapat pertambahan 135 kes pemergian berkaitan Covid-19 dilaporkan pada hari ini.

“Justeru, jumlah kumulatif kes pemergian Covid-19 di Malaysia adalah sebanyak 5,903 kes,” katanya dalam satu kenyataan, petang Khamis.

Ia merupakan jumlah kes pemergian harian tertinggi sejak pandemik Covid-19 melanda negara.

Beliau berkata, sebanyak 5,802 kes telah pulih Covid-19 pada Khamis dan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya adalah 725,480 kes.

“Sehingga kini, terdapat 952 kes positif Covid-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi di mana 445 kes memerlukan bantuan pernafasan, ” katanya.

“Negeri Selangor telah menyumbang sebanyak 42.02 peratus daripada 47, 811 kes bagi tempoh 1 hingga 7 Julai berbanding hanya 38.33 peratus daripada 40, 973 kes bagi tempoh 24 Jun hingga 30 Jun.

“Kuala Lumpur pula menyumbang sebanyak 13.01 peratus pada tempoh 1 hingga 7 Julai berbanding 12.29 peratus bagi tempoh 24 Jun hingga 30 Jun, ” katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Pada perkembangan sama, Dr Noor Hisham berkata, sidang Khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) telah meluluskan agar KKM meneruskan aktiviti penyumberluaran ke hospital dan makmal swasta bagi membantu meningkatkan kapasiti KKM menangani Covid-19.

“Sejumlah peruntukan telah diluluskan bagi mengurangkan masa menunggu pesakit yang perlu menjalani operasi atau prosedur teruk seperti rawatan jantung dan barah, ” katanya.

Beliau berkata, sejak 6 Julai lalu, seramai 25 pesakit Hospital Kuala Lumpur telah dihantar ke hospital swasta yang dikenal pasti.

“Jumlah pesakit yang akan dihantar bagi mendapatkan rawatan di hospital swasta dalam jangka masa enam bulan dianggarkan seramai 993 orang yang melibatkan peruntukan berjumlah RM18 juta

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *