Fakta Pelik Tapi Benar Yang Membuatkan Anda Tersenyum Apabila Membacanya

Uncategorized

Terdapat banyak fakta yang menarik yang sentiasa dikongsikan melalui media sosial di mana ia mampu menarik ramai pengguna untuk membacanya. Ada juga beberapa fakta yang dianggap pelik dan sangat sukar untuk dipercayai namun ada juga fakta yang menarik.

Mungkin fakta-fakta yang dibawah ini akan membuatkan anda berfikir sejenak sebaik sahaja mengetahuinya dan dapat membuatkan hari-hari anda menjadi lebih ceria serta mampu mengukir senyuman di wajah anda.

Tahukah anda bahawa apabila 350ml air yang telah diambil dari sinki dan kemudiannya anda menuangkannya ke dalam cerek yang mengandungi 150ml air suling dan dibiarkan terdedah kepada nyalaan api bersuhu 100 darjah celcius akan menghasilkan satu cecair yang baharu yang dinamakan sebagai air masak. Ya, sudah pasti perkara ini benar kerana dengan air yang diambil dan dipanaskan di atas api mampu menghasilkan air masak yang boleh anda minum sekiranya dahaga.

Berikut adalah kebaikan air masak, selepas ini anda akan berasa ingin banyakkan minum air.

1. Air Masak Boleh Meningkatkan Prestasi Fizikal

Sekiranya anda tidak kekal hidrat (cukup air), prestasi fizikal badan anda akan berkurang, menyebabkan anda rasa lemah. Perkara ini sangat penting sekiranya anda bergaya hidup aktif dan kerap bersukan. Dehidrat boleh memberikan kesan yang nyata kepada badan, walaupun anda hilang 2% dari cecair dalam badan. Perkara ini akan membawa kepada perubahan suhu badan, meningkatkan rasa penat, dan menyebabkan anda rasa mengantuk. Dengan banyakkan minum air, agar badan kekal hidrat telah terbukti boleh mencegah daripada perkara ini berlaku. Malah boleh mengurangkan tekanan oksidatif yang berlaku semasa senaman intensif.

Oleh itu, sekiranya anda sering bersenam dan banyak mengeluarkan peluh, maka sebaiknya anda banyakkan minum air agak cecair dalam badan anda boleh distabilkan kembali.

2. Kekal Hidrat Dengan Air Masak Memberikan Kesan Positif Kepada Pemikiran & Otak

Otak kita sangat bergantung kepada air, oleh itu dengan kekalkan badan anda dalam keadaan hidrat boleh menyumbang kepada pemikiran dan daya berfikiran yang lebih baik. Kajian menujukkan bahawa walaupun dehidrat yang sedikit (1-3%) boleh menjejaskan beberapa aspek pada otak – mood, perhatian, dan mudah rasa pening. Dalam kajian yang lain, mendapati bahawa badan yang kurang air boleh menyebabkan seseorang itu sukar untuk meningati sesuatu, ditambah pula dengan rasa gelisah serta lemah/letih.

Oleh sebab itu, apabila anda rasa letih atau mengantuk, banyakkan minum air masak.

3. Minum Air Masak Boleh Mencegah dan Merawat Sakit Kepala

Dehidrasi boleh menyumbang kepada sakit/pening dan migrain bagi sesetengah orang. Beberapa kajian menunjukkan bahawa air boleh melegakan sakit kepala bagi orang yang terdehidrat. Walaupun begitu, tidak terjamin kepada semua orang, ia bergantung kepada jenis sakit kepala tersebut.

4. Air Masak Boleh Membantu Melegakan Sembelit

Masalah sembelit ini adalah masalah yang biasa dialami oleh rakyat Malaysia, ia berlaku kerana terdapat masalah pada pergerakan usus, menyukarkan najis untuk keluar. Dengan meningkatkan kadar pengambilan cecair (sebaiknya adalah air masak), ia boleh mengurangkan masalah ini. Pengambilan air yang tidak mencukupi adalah salah satu penyebab utama kepada masalah sembelit, bagi kanak-kanak mahupun dewasa.

5. Minum Air Masak Boleh Mencegah Batu Karang

Batu karang adalah kristal mineral yang terbentuk di dalam saluran kencing. Orang yang mengalami batu karang akan mengalami kesakitan yang teramat sangat semasa hendak membuang air kecil. Kebanyakan kes, batu karang in terbentuk di dalam buah pinggang. Terdapat bukti (walaupun sedikit), yang menyatakan bahawa pengambilan air yang banyak boleh mengurangkan risiko berlaku kembali bagi orang yang pernah mengalaminya. Pengambilan yang banyak akan meningkatkan jumlah air yang melalui buah pinggang, mengurangkan kepekatan mineral yang terkumpul – mengurangkan kadar perbentukan kristal oleh mineral-mineral ini.

6. Air Masak Boleh Menurunkan Berat Badan

Pernah dengar diet dengan air? Percaya atau tidak, anda memang boleh mengurangkan berat badan dengan banyakkan minum air. Hal ini kerana air boleh meningkatkan rasa kenyang dan meningkatkan kadar metabolik badan. Dalam dua kajian, minum 500ml air masak menunjukkan boleh kadar metabolisma sebanyak 24-30%, sehingga 1.5 jam. Ini bermakna dengan minum 2 liter air setiap hari boleh meningkatkan kadar tenaga anda sehingga 96 kalori sehari. Masa minum air turut memainkan peranan yang penting. Sebaiknya anda minum air setengah jam sebelum makan makanan berat – ini adalah paling efektif. Anda akan lebih cepat rasa kenyang, secara tidak langsung mengurangkan kadar anda makan. Dalam satu kajian, orang yang berdiet minum separuh liter air sebelum makan bolehmenurunkan berat badan 44% lebih banyak, dalam jangka masa 12 minggu.

Kesimpulan

Secara ringkas dan mudah, kebaikan air masak untuk kesihatan ini kita tidak boleh nafikan. Bahkan kalau kita tidak minum air selama tiga hari, kita mungkin akan mati. Kekurangan air dalam badan boleh membawa kepada banyak jenis penyakit dan kemudaratan. Oleh sebab itu, sekiranya anda ingin menjaga kesihatan, dan ini panjang umur, hendaklah mulakan budaya banyak minum air. Lebih air tak apa, jangan kurang.

Fakta yang berikutnya adalah percayakah anda bahawa air sirap itu merupakan salah satu bahan asas yang sangat diperlukan dalam pembuatan sebuah helikopter.

Melalui satu kajian yang telah dibuat, seorang pembina helikopter sangat memerlukan air sirap untuk menghilangkan keletihan dan dahaganya semasa membuat helicopter di mana tanpa air sirap mungkin helikopter tersebut tidak akan dapat disiapkan.

Fakta pelik tapi benar yang seterusnya adalah sebuah kereta yang dipandu selaju 220 km/j tidak akan dapat memotong kereta yang dipandu selaju 40 km/j sekiranya kereta tersebut dipandu daripada arah yang bertentangan.

Tahukah anda bahawa jurugambar dikenali sebagai paparazzi di dalam bahasa Inggeris dan juga Itali.

Perkataan itu dipercayai telah diambil daripada watak paparazzo dalam filem La Dolce Vita yang telah diterbitkan oleh Federico Fellini pada tahun 1960.

Manakala dalam bahasa Melayu pula, ayah kepada seorang kanak-kanak yang bernama Razzi juga turut dikenali dengan nama papa Razzi.

Adakah anda tahu bahawa bendera negara Denmark telah dicipta pada 700 tahun yang lampau, di mana ia telah menjadikan bendera tersebut antara bendera yang paling lama digunakan di dunia dan lebih lama daripada penggunaan susu cap bendera.

Seterusnya, fakta yang menarik tapi pelik ini adalah tahukah anda yang magnet ialah sejenis logam digelar sebagai besi berani.

Ini kerana, magnet adalah sejenis besi yang mampu menarik butir-butir besi yang lain kearahnya.

Walaubagaimanapun orang yang telah diupah untuk menarik kereta yang rosak bukanlah disebut sebagai magnet.

Tahukah anda bahawa cicak akan bertindak dengan memutuskan ekornya apabila dia diganggu. Namun begitu, apabila cicak tersebut menyedari bahawa dia sedang diekori oleh sesuatu benda, dia akan bertindak dengan memutuskan ekornya supaya benda itu tidak lagi mengekorinya dengan alasan bahawa tanpa mempunyai ekor sudah tentu ia tidak akan diekori lagi.

Adakah anda tahu bahawa seorang manusia yang dalam keadaan yang normal tidak boleh menyentuh telinganya sendiri dengan menggunakan siku.

Burung akan dapat pulang ke sarangnya walaupun telah keluar kadang kala sehingga beribu kilometer daripada sarangnya tanpa sesat ataupun silap walaupun tanpa menggunakan alat bantuan kompas.

Perkara ini berlaku kerana setiap sarang burung sudah mempunyai alamatnya yang tersendiri sebenarnya. Tahukah Anda bahawa bunyi perkataan lempeng dan tempeleng adalah hampir serupa walaupun ia berbeza dari segi rupa bentuknya. Tetapi bagi orang yang sudah kena tempeleng dia masih lagi boleh memakan lempeng apabila dia berasa lapar. Tahukah anda gunung berapi yang sudah berusia tiga ratus tahun telah disahkan masih aktif untuk meletus. Tetapi berdasarkan kajian daripada ahli gunung, api elektrik di rumah kita tidak akan aktif jika tidak membayar bilnya selama tiga bulan.

Adakah anda tahu bahawa terdapat orang yang tidak pernah kisah tentang wang ringgit, pangkat, kedudukan dan harta dunia ialah Orang Utan.

Tahukah anda bahawa ahli sains di seluruh dunia telah bersepakat bahawa jika nasi ayam dimakan sewaktu kita sedang lapar, perut kita akan mengalami satu tindak balas iaitu kekenyangan.

Namun apa yang lebih menarik adalah nasi ayam juga boleh digunakan sebagai salah satu ubat untuk menggembirakan hati kita apabila nasi ayam yang dimakan itu dibelanja oleh kawan kita.

Dan tahukah anda bahawa hampir kesemua pembaca sekarang sedang mencuba untuk menyentuh telinga menggunakan siku. hehehehehhehehehehehe………Sentuh la telinga anda dengan siku sehingga ianya kena…..Kalau anda sedang melakukannya itu adalah tanda bahawa anda tidak normal.

Semoga perkongsian ini dapat menceriakan hari-hari anda. Walaupun ianya kelihatan sedikit pelik tetapi ianya pasti dapat membuat anda tergelak buat seketika

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *