China hidupkan Garlic dan ini antara kucing klon pertama di dunia. Sekali tak sangka boleh pulak jual sampai cecah ratus ribu.

Haiwan kucing Viral

Beijing: Tujuh bulan selepas haiwan peliharaan seorang lelaki di China telah pergi buat selamanya, seekor kucing baka ‘British shorthair’ kini dihidupkan kembali apabila berjaya diklon. AFP melaporkan, kucing baru bernama Garlic II itu kucing pertama diklon Sinogene yang berpangkalan di Beijing, China pada 21 Julai lalu, malah syarikat berkenaan dilaporkan sudah mengklon lebih 40 anjing peliharaan dengan kos AS$53,000 (RM221,458), manakala harga bagi kucing klon mencecah AS$35,000 (RM146,246).

New York Times melaporkan, Huang Yu, 22, yang kehilangan kucing kesayangannya, Garlic, pada Januari lalu nekad menggali semula bangkai kucingnya dan membekukannya di dalam peti ais agar dapat menyediakan sampel DNA Garlic kepada pihak Sinogene.

“Garlic tidak akan dapat ditukar ganti. Ia tidak mempunyai anak sebagai penyambung generasinya, jadi saya memilih untuk mengklon kucing itu,” kata Yu. Untuk mencipta Garlic 2.0, saintis menggunakan sel kulit asal Garlic dan menanamnya ke dalam telur kucing untuk menghasilkan 40 embrio klon.

Ketua pasukan eksperimen Sinogene, Chen Benchi memberitahu Times, embrio kemudiannya dipindahkan kepada kucing pengganti yang akan bunting tiga kali namun hanya satu menjadi penuh. Walaupun Garlic 2.0 kelihatan sihat, Yu mengaku dia sedikit kecewa kerana anak kucing itu tidak serupa sepenuhnya dengan kucing asalnya yang mempunyai sedikit bulu berwarna hitam pada dagunya. “Tetapi saya tetap menerimanya apabila wujud beberapa keadaan disebabkan teknologi yang terbatas.”

Ketua pegawai eksekutif Sinogene, Mi Jidong berkata, walaupun harga pengklonan agak tinggi, tidak semua pelanggannya dari golongan mewah. “Malah, sebahagian besar pelanggan adalah golongan muda yang baru menamatkan pengajian. Walau apa pun haiwan peliharaan itu, pemilik melihatnya sebagai sebahagian daripada keluarga. Pengklonan haiwan kesayangan memenuhi keperluan emosi generasi muda,” katanya.

Sumber : Metro Online

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Disebabkan Rasa Kucing Menyusahkan Ibu Bapanya. Gadis Ini Boleh Pula Harap Malaysia Tubuhkan Group Ini.

Media sosial sepatutnya digunakan dengan baik dan bukannya digunakan dengan tujuan meluahkan perasaan geram melampau sehingga mencetuskan rasa kurang senang warganet.  Mungkin remaja perempuan ini masih muda dan berfikiran singkat ketika memuat naik status mengenai kegeramannya terhadap kucing dan pemilik haiwan itu yang didakwa telah menyusahkan ibu bapanya. 

Dalam status tersebut, remaja itu berharap ada pihak yang memusnahkan kucing seperti yang dilakukan di Vietnam dan juga China. Ini kerana kucing katanya membawa pelbagai jenis sakit.  Mengambil contoh terdekat iaitu kucing jirannya yang gemar membuang najis merata-rata sehingga menyusahkan ibu bapanya membersihkan najis haiwan itu. 

“Sepatutnya kat Malaysia ni kena ada group atau gerakan pemusnah kucing macam di kat Vietnam dan China. Baru betul negara maju dan moden. Musnahkan kucing-kucing jalanan yang bawa bakteria, virus dan segala macam penyakit. Kalau tak ada kucing sekalipun lagi bagus. Memang, malas aku nak carut yang suka bela kucing ni. Kau bagi dia makan, bukan dia keluar duit untuk kau. Ye, memang rezeki dari kucing la, apa la. Tapi kalau dah sampai menyusahkan mak bapak aku bersihkan najis kucing kau, rezeki hidung kami ke?  Aku memang jijik orang bela kucing ni. Dukung la, cium la, letak kat badan dengan b*nt*t bernajis. Alahai.  Lepas tuan kau bagi makan, berak kat depan rumah aku, kencing bagai. Tak reti bela tak payah bela. Ikutkan hati, nak je lempar najis tu kat muka tuan dia. Tak apa, kucing pandai pergi toilet berak sendiri. H*n*t. Ye la, cebok semua tahu. Aihh, entah apa yang best sangat pun tak tahu,” tulisnya.

Sementara itu, warganet mula menyerang Facebook remaja berkenaan yang dianggap sebagai zalim dan tidak berperikemanusiaan. 

Sumber: Facebook

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Kucingasm Media dan Kucing Media Online

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Gadis Ni Rela Korbankan Simpanan Lebih 2k Untuk Selamatkan Si Bulus Hidup Walupun Tips. Akhirnya Ini Yang Terjadi Pada Kucing Ni.

DEMI sifat kasihnya kepada kucing, wanita ini langsung tidak kisah ‘melaburkan’ wang biarpun terpaksa menggunakan simpanannya sendiri. Bukan sedikit, sebaliknya wanita ini merelakan wang simpanannya digunakan untuk membiayai kos perubatan anak kucing peliharaannya yang berjumlah kira-kira RM2,300.

Menurut wanita yang hanya mahu dikenali sebagai Fatin, meskipun ketika itu dia berada dalam dilema lebih-lebih lagi selepas mengetahui jumlah bil rawatan, dia bagaimanapun memilih untuk mengenepikan kepentingan sendiri demi menyelamatkan nyawa si bulus.

Mengimbas kembali kejadian yang berlaku kira-kira empat bulan lalu, Fatin berkata anak kucing yang diberi nama Bunbun itu secara tiba-tiba kena sawan. “Saya adopt Bunbun daripada seorang kenalan yang membuat hebahan di Facebook. Kesian sebab ibu dia tinggalkannya dengan adik beradiknya yang lain selepas melahirkan.

“Saya memang pencinta kucing tapi dah lama tak pelihara sebab sibuk belajar, jadi sajalah ambil seekor. Masa tu Bunbun baru dua minggu usianya. “Semuanya okay sahaja, hinggalah pada satu malam, Bunbun tiba-tiba kena sawan. Masa tu usianya dua bulan.

Panik juga sebab ketika itu dah malam, dalam Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pula. Puas Google, akhirnya jumpa satu klinik veterinar dan terus bawa ke sana,” ujar wanita berusia 25 tahun ini. Tambah Fatin, hasil pemeriksaan, doktor memberitahu anak kucingnya menghidap komplikasi dalaman serta paras glukosa yang tinggi.

Fatin tidak kisah apabila terpaksa menggunakan wang simpanan sendiri demi membiayai kos rawatan Bunbun.


Disebabkan faktor usianya yang masih kecil, anak kucing tersebut mempunyai peluang hanya 50 peratus untuk hidup walaupun diberikan rawatan. “Masa tu anggaran bil rawatan lebih dari RM1,000. Dalam hati saya, rasa macam mahal dan nak cuba cari klinik lain tapi dah malam, PKP pula tu. Saya bimbang Bunbun makin teruk. Dalam kepala fikir nak selamatkan dia.

“Mungkin ada yang fikir, membazir saja sebab peluang nak hidup pun 50 peratus… tapi bagi saya, tak bolehlah fikir macam tu. Saya pilih untuk cuba sedaya upaya buat apa yang boleh untuk bantu. “Kalau tak dapat survive pun tak apalah, asalkan saya dah cuba buat yang terbaik.

Selebihnya, saya tawakal,” kata penuntut Ijazah Sarjana Muda Multimedia ini sambil menambah, jumlah bil termasuk rawatan susulan dianggarkan sekitar RM2,300. Bersyukur kerana membuat keputusan untuk menyelamatkan nyawa si bulus, Fatin berkata Bunbun yang kini berusia enam bulan semakin sihat, aktif dan lincah.

“Tak sangka video itu raih lebih 600,000 jumlah tontonan. Saya baru saja muat naik dekat TikTok sebab nak simpan sebagai kenangan. “Ternampak ada yang share kisah kucing masing-masing, jadi saya saja nak share kisah kucing saya pula. Sebenarnya tak rugi berkorban untuk kucing… insyaAllah ‘dia’ akan tolong doakan tuannya,” katanya lagi.

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Pemilik Kucing Terdesak Cari Kucing Miliknya Sampai Tawarkan Hadiah $3000. Sekali Tak Sangka Pula Jadi Macam Ni.

Bagi satu keluarga di Singapura, kehilangan kucing mereka, Homer, merupakan pengalaman yang sangat menyedihkan. Kembali pada bulan Disember 2020, mereka memberitahu media sosial bahawa kucing mereka telah hilang sejak 3 Disember, dan sesiapa yang dapat mengembalikan kucing mereka akan mendapat hadiah wang tunai sebanyak S$3,000.

Dalam kejadian yang tidak diingini baru-baru ini, salah seorang ahli keluarga, Marissa Wong, mendkwa bahawa mereka ditipu oleh S$3000 oleh seseorang yang mengaku telah menemui kucing mereka. Dia memuat naik tangkapan skrin perbualan WhatsApp antara kakaknya dan penipu yang dikatakan di kumpulan Facebook Singapore Missing Cats pada 23 Januari.

Seseorang mengaku telah menemui kucing di Bedok
Menurut tangkapan skrin yang dikongsi, seseorang dengan nama ‘Melissa’ telah menghantar SMS kepada Wong pada malam 21 Januari mendakwa telah menjumpai kucing mereka.

Orang itu mengatakan bahawa kucing itu “dijemput oleh rakannya di dalam van”, dan kini berada di rumah rakan mereka. Wong meminta lebih banyak maklumat, tetapi diberitahu untuk membayar S$1,000 terlebih dahulu sebelum dia akan menghantar alamatnya. Saudara Wong meminta bukti bahawa memang kucing mereka.

Berunding jumlah yang perlu dibayar terlebih dahulu
Wong diberitahu untuk bertemu dengan seseorang pada keesokan harinya pada pukul 7:30 pagi, tetapi harus memindahkan sebahagian wang (S $ 1,000, tepat) terlebih dahulu.

“Sekiranya bukan kucing anda, saya akan membayar anda S $ 1,000 lagi,” kata orang itu. Orang itu juga mengatakan bahawa mereka “tidak mempunyai niat untuk berbohong”.

Tidak ada yang muncul di tempat pertemuan
Akhirnya, mereka memutuskan untuk memindahkan $ 300 kepada orang itu sebelum mengatur pertemuan di Bedok pada keesokan harinya.

Dalam catatan Facebook, dia menjelaskan bahawa mereka memutuskan untuk memindahkan S $ 300 kerana mereka takut bahawa orang itu “akan melarikan diri dengan Homer”, dan ingin meyakinkan orang itu bahawa mereka ikhlas mengenai hadiah wang tunai. Bagaimanapun tiada siapa yang muncul dan laporan polis telah dibuat.

Sumber : suaramerdeka.com.my

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Wanita Ini Tampil Dedahkan Keunikan Jari. Sampai Sanggup Mengalah Dan Beri Makan Pada 11 Kucing Lain.

Segamat: Kebiasaannya kucing memiliki empat jari pada kakinya, namun kucing betina yang diberi nama Jari milik Rokiah Mohd Said, 75, unik kerana memiliki enam jari pada setiap kakinya. Rokiah, guru mengaji al-Quran berkata, Jari muncul di rumahnya ketika ia berusia beberapa bulan dua tahun lalu dan dipercayai terpisah daripada ibunya selain dibuang pemilik asalnya.

“Saya menyedari keunikan Jari kerana bilangan jarinya ada enam di setiap kakinya berbanding empat pada kucing normal,” katanya di rumahnya di Kampung Batu 7 Jalan Segamat ke Jementah di sini, semalam. Menurutnya, Jari adalah kucing yang unik kerana haiwan itu tidak suka membazir.

“Dia tidak akan meninggalkan sebiji nasi bercampur rebusan ikan setiap kali diberi hidangan sebanyak dua kali sehari. Dia juga hanya membvnvh tikus dan membiarkan ia dimakan 11 kucing lain yang dipeliharanya. Jari juga kerap mengalah dan tidak memakan hidangan yang diberikan sebelum kucing lain kenyang. Jari juga pembersih dan tidak membuang najis merata-rata dalam rumah serta keluar rumah setiap kali ingin membuang air,” katanya.

Rokiah berkata, berat Jari 1.5 kilogram turut memiliki tiga warna putih kuning dan hitam. Menurutnya, Jari kini bunting dan dia tidak sabar melihat jari kaki anak yang bakal dilahirkannya nanti. Rokiah berkata, suaminya, pesara tentera Mohamed Yap, 92, turut menyayangi kucing yang ditemuinya di jalanan.

Katanya, suaminya kerap membawa pulang kucing kerana bimbang kelaparan dan dilang4r kenderaan. Pasangan itu kini memiliki 12 kucing termasuk Jari dan mereka mempunyai nama yang unik seperti Perantau, Datang dan Kunjung kerana semuanya adalah kucing terbuang. Menurutnya, dia menggunakan sebahagian pemberian ikhlas orang belajar mengaji dengannya selain duit suaminya untuk membeli makanan kucing yang ditemuinya. “Saya tidak menyesal walaupun berbelanja RM8 sehari membeli ikan selain makanan kucing,” katanya.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Kucingasm Media dan Kucing Media Online

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *