Dah 13 tahun kahwin tapi belum ada rezeki. Arash Mohd dan isteri redha dan kini bela kucing.

Haiwan Kehidupan Keluarga kucing

Arash Mohd antara pelakon senior yang masih aktif dalam bidang lakonan. Kerjayanya dalam bidang seni boleh dikatakan agak baik untuk seorang yang berumur 51 tahun. Memang selalu saja nampak Arash berlakon dalam drama. Namun Arash Mohd telah diuji bersama isterinya. Kini mereka dah 13 tahun berkahwin, namun pasangan ini masih lagi belum dikurniakan cahaya mata. Menerusi satu laporan oleh Harian Metro, Arash dan isterinya Noor Afidahwati reda dengan ketentuan berkenaan.

“Kami 13 tahun dah kahwin, namun belum ada rezeki menimang cahaya mata. Kami selalu berusaha macam-macam. Kami okay, anggap tiada rezeki lagi. Saya dan isteri menjalani kehidupan biasa saja, dan boleh kata setiap hari macam honey moon sebab tak ada anak.”

Arash akui dia selalu menerima soalan tentang bila nak ada anak, namun dia tak berkecil hati pun, walaupun soalan itu boleh dikatakan agak sensit1ve. “Tak ada rasa kecil hati pun bila ada orang yang tanya sudah ada berapa anak, sebaliknya kami selesa berterus terang. No problem. Saya dan isteri terima apa yang berlaku. Kami selalu saja anggap belum ada rezeki. Mungkin ada sebab kepada Tuhan belum kurniakan anak kepada kami. Saya percaya qada dan qadar. Saya dan isteri tetap usaha, cuma hasilnya belum lagi, semuanya dengan keizinannya.”

Ada juga yang memberi cadangan kepada Arash untuk mengambil anak angkat sebagai penyeri keluarga, ini jawapan dari Arash. “Kami selalu dapat komen sebegini. Kami pun jenis yang terbuka. Bila orang kata tak nak ambil anak angk4t kah, niatnya memang ada, tapi belum masanya untuk ambil anak angkat.”

Dalam usaha mendapatkan anak, Arash dan isteri memang telah pun berjumpa doktor. Sememangnya belum ada rezeki saja. Untuk menyalurkan kasih sayang, Arash berkata dia dan isteri mempunyai banyak kucing. Sehingga kini jumlah kucing yang dimiliki ialah sebanyak 11 ekor.

“Mulanya ada seekor kucing yang dah 10 tahun dengan kami, kini dah jadi 11 ekor. Semua kucing saya memang tak kvrung dalam sngkar. Kami jaga semuanya macam anak. Semuanya dalam rumah. Makan, minum, tidur kami jaga sebaiknya. Syukur, alhamdulillah, ada saja rezeki setelah menjaga kucing-kucing ini. Kucing semua ini bukan saja haiwan peliharaan tetapi dah jadi sebahagian family saya. Saya memang penclnta haiwan. Kalau boleh nak buat zoo kat rumah.”

Sumber: newstel

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Bela Kucing Hampir 10 Ekor. Terkejut Bila Zara Zya Dedahkan Sanggup Belanja Hampir 3 Ribu Sebulan Hanya Untuk Kucing Yang Dia Jaga.

Alahai comelnya kucing kesayangan Zara Zya ni! Beberapa hari yang lalu Zara ada memuat naik sebuah video pendek ragam kucingnya. Tidak dinafikan kucing tersebut kelihatan sangat sihat, besar dan bersih hingga menyebabkan ramai yang tertarik untuk menonton video tersebut.

Kucing berbulu lebat ini kelihatan sangat tenang sambil diperhatikan dan disisir rapi oleh pelakon Love You Mr. Arrogant itu. Zara juga sempat berjenaka diruangan kapsyen instagramnya dengan mengatakan kini kerjanya hanya perlu mengasuh Beshetik (nama kucing tersebut).

Melihat saiznya yang agak besar, ramai warganet menyoalkan apakah rutin makanan kucingnya sehingga kelihatan gebu sekali. “YA BESHETIK NI MEMANG BESAR, TETAPI DIALAH PALING SENANG UNTUK DIJAGA. DIA MANJA DAN MESRA DENGAN SESIAPA SAHAJA.

JIKA MANUSIA DIA BOLEH DIKATAKAN MANUSIA BERBADAN BESAR,” KATANYA PADA MH ONLINE SAMBIL TERGELAK BESAR. KATANYA LAGI DALAM SEBULAN DIA AKAN BERHABIS DUIT HAMPIR RM3,000 UNTUK MEMASTIKAN KEBAJIKAN KUCINGNYA TERJAGA.

“SAYA AKUI MENJAGA KUCING MEMANG AGAK MAHAL. BUAT MASA SEKARANG SAYA ADA 10 EKOR KUCING DAN KESEMUANNYA MENELAN KOS HAMPIR RM3000 SEBULAN UNTUK MEMASTIKAN PASIR DAN MAKANAN MEREKA CUKUP.

“KUCING SAYA PULA AGAK MEMILIH MAKANAN, MEREKA LEBIH SUKA MAKAN ROYAL CANINE BERBANDING MAKANAN JENAMA LAIN. TETAPI ADAKALANYA SAYA AKAN CAMPURKANNYA JUGA. MUNGKIN SEBAB ITULAH DIA JADI BESAR,” JELASNYA LAGI.

Menyoal tentang akaun instagram Beshetik, Zara memberitahu sering menerima mesej daripada peminat yang ingin berjumpa dengan haiwan peliharaannya itu malah ada yang mencuit hati apabila meninggalkan kata-kata seperti sedang berkomunikasi dengan kucingnya.

“YA, MEMANG RAMAI YANG HANTAR MESEJ INGIN BERJUMPA DENGAN BESHETIK, TETAPI APA YANG LEBIH MELUCUKAN APABILA ADA JUGA PEMINAT YANG HANTAR SEPERTI SEDANG BERKOMUNIKASI DENGAN KUCING SAYA YANG SEBENARNYA LANGSUNG TIDAK TAHU APA-APA,” UJARNYA.

Sungguhpun ada beberapa produksi yang ingin ‘meminjam’ kucing-kucingnya, namun Zara berkata dia hanya akan benarkan sekiranya penggambaran itu melibatkan dirinya juga kerana bimbang faktor keselamatan dan kebersihan kucingnya.

Si Bulus Ini Sanggup Setia Tunggu Pemiliknya Pulang. Tapi Rupanya Tuannya Dah Pun Sebulan Pindah.

Kalau boleh, kucing mesti nak berkepit 24 jam dengan tuannya. Tidak boleh berenggang walaupun sekejap. Macam tuannya itu ibarat ibu kandungnya sendiri. Namun, jika si tuan sudah tinggalkannya, kucing itu tetap akan setia mencari dan menunggu kelibat tuannya. Kes ini selalu terjadi apabila tuan kucing pergi buat selamanya, haiwan comel itu masih menunggunya di rumah ataupun ‘meratap’ di pusara sehingga berhari-hari lamanya.

Baru-baru ini, seorang pengguna TikTok Hazrinyenn memuat naik satu video yang pasti meruntuh hati kita semua. Ianya tentang seekor kucing didakwa milik jiran yang sudah lama menunggu kepulangan tuannya. Difahamkan, tuan kucing ini didakwa sudah berpindah ke rumah lain. Namun ianya, kucingnya dipercayai tidak dibawa sekali.

Terserlah melalui air mukanya, kucing ini masih mengharap tuannya pulang dengan penuh sabar. Entah bilanya lagi dia dapat berjumpa tuannya semula. Sedih dengan nasib yang menimpa, ramai warganet lain turut berharap agar kucing ini ‘tabah’ menghadapi kesunyian selepas ini.

Malah tidak kurang juga, ramai yang berharap agar pemilik video ini mengambil alih tanggungjawab untuk membela semula si bulus ini di bawah jagannya.

Semoga si kucing ini akan mendapat tuan baharu nanti. Jangan sedih-sedih ye cik meow. Ramai sayangkan awak.

Sumber: TikTok Hazrinyenn

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Kucingasm Media dan Kucing Media Online

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Kucing Ini Terlalu Rajin Pergi Kuliah. Kucing Ini Secara Tak Langsung Popular Di Kalangan Penuntut Dan Warganet

Selalunya mesti ada pelajar yang malas mengikuti kuliah, tetapi percaya atau tidak ,ada seekor kucing popular dengan nama Labun rahin betul ke kelas. Gara gara kerajianan,aksi dan telatahnya di kelas dalam sekelip mata sahaja Labun popular dan tular beberapa tahun lalu (2016). Ternyata ramai yang terhibur sehinggakan Labun kini sudah memiliki kad matriknya sendiri.

Difahamkan ia diberikan oleh pihak kampus Universiti Islam Antarabangsa , Gombak sebagai tanda pengenalan haiwan peliharaan di situ. Jelas Astro Awani, Labun asalnya seekor haiwan jalanan, tetapi ia kini dijaga rapu oleh ibu ibu angkatnya. Malahan pelajar dan pensyarah di situ tak lokek memberikan makanan dan bermain dengan Labun. Kalau cuti semester berlangsung, maka pekerja pembersihan la yang akan membantu tengok tengokkannya.

Jelas seorang pensyaraha yang dikenali sebagai Prof Norsaremah menjelaskan, kehadiran Labun bukan sahaja hiburan tetapi ia juga merupakan cara untuk pupuk rasa sayang dan simpati terhadap haiwan. Untuk pengetahuan, bangunan Kuliyyah of ICT di universiti itu sudah lama menjadi kediaman Labun jadi tak hairanlah kalau ramai sayang akan Labun. Senang cerita, Labun ni memiliki kehidupan yang sempurna dengan rumah yang besar dan keluarga yang baik menjaganya serta ang palin penting ada kad matrik sendiri.

Warna Bulu Unik Sangat Seolah Olah Macam Singa. Kucing Ini Jadi Tumpuan Pula Di Wadi Rum Jordan

Macam yang kita semua sedia tahu, kucing antara salah satu haiwan yang menjadi kesukaan ramai orang terutamanya pencinta kucing. Selain dengan telatah dia yang manja, kecomelan haiwan ini menjadi punca ramai suka dengan mereka. Selalunya korang tengom kucing warna oren kan atau nama glamornya oyen. Kali ni, admin nak kongsi tentang seekor kucing yang tular dekat Twitter gara gara warna bulu dia. Kredit kepada @nknukman di twitter

Masa tengok gamba tu, ingatkan ada orang letak rambut palsu atau kucing itu dipakaikan costume. Tapi ternyata ia memang bulu kucing tersebut. comel dan unik betul. Kalau perhati betul betul nampak macam kena spray kan. Oren dia pekat sangat. Kalau boleh admin pun nak simpan satu kalau boleh. Memang betul betul original. Memang spesis rare ni.Elok lah tu sorang ingat macam Simba, sorang ingat dia baru lepas makan keropok Super Ring. Tapi apa-apa pun memang lain macam betul kaler dia kan. Kalau korang ada terjumpa spesis macam ni roger-roger lah admin ye.

Pelik Kucing Selalu Tidur Kat Bahagian Kaki. Ternyata Ini Punca Kucing Lebih Suka Tidur Di Bahagian Kaki

Admin nak tanya kepada pencinta kucing yang tengah baca ni. Korang mesti perasan kan kucing peliharaan korang ada perangai pelik yang sebenarnya dah lama korang perhatikan.Antaranya ada yang suka bergumpal dalam pakaian tuannya, ada yang suka menunggu di hadapan pintu bilik mandi dan sebagainya.Namun, satu persamaan kucing-kucing ini adalah banyak antara mereka gemar tidur bersama tuannya di atas katil, terutamanya berhampiran kaki.

Menurut kenyataan Vets Explain Pets, kucing cenderung berada berhampiran dengan orang yang menjaganya. Sebagai contoh, ia akan suka ‘menempel’ dengan individu yang memberi makan serta memenuhi keperluan lain bagi dirinya.Pun begitu, soalnya, kenapa ia memilih untuk tidur pada bahagian kaki dan bukan lebih dekat seperti badan anda?

Hal ini kerana ia dipercayai mengelak daripada ‘terprangkap’ sama ada dari pelukan pemilik mahupun timbunan selimut atau bantal yang mungkin mengganggu pergerakannya.Tambah portal itu, tidur pada bahagian kaki memberi kucing ruang untuk bergerak bebas serta berada dalam keadaan sedia. Ia juga dipercayai bagi memudahkan kucing untuk melihat sesiapa yang keluar atau masuk ke bilik sebagai langkah melindungi pemiliknya.

Seterusnya, tidur berhampiran manusia pada waktu malam juga dapat memberi kehangatan pada kucing, membuatkan ia lebih selesa.Anda mungkin berfikir, kucing anda manja dan suka berdampingan dengan anda. Namun jangan lupa, sebagai haiwan territ0rial, mereka mungkin berfikir anda yang menumpang katilnya.

Kucing Ini Sering Mengiau Pukul 3 Pagi Dan Ganggu Pemiliknya Tidur. Sekali Ada Yang Cuba Dia Nak Sampaikan.

Kucing Sofeah akan mengiau setiap kali pukul 3 pagi. Setiap hari lebih kurang pukul 3 hingga 5.30 pagi, Sofeah Razak dan suaminya akan terjaga kerana dua ekor kucing mereka akan mengiau-ngiau tak henti-henti.

Menurut wanita berusia 35 tahun ini, dia dan suaminya sebelum ini menetap di Kuantan, namun terpaksa berpindah ke Selangor kerana tuntutan kerja. Jelas Sofeah, dia bertuah kerana perpindahannya berjalan lancar dan mereka menyewa rumah teres dua tingkat di Puncak Alam.

Dua minggu bertahan

Jelas wanita yang baharu mendirikan rumah tangga Disember lalu, dia dan suaminya turut membawa dua ekor kucing kesayangan ke rumah baharu itu. “Dua ekor kucing ni (Tommy dan Tuti) memang sudah lama saya bela, sebelum berkahwin lagi. Mereka berdua ni dah macam anak saya sendiri. Jadi bila nak pindah tu, kami bawa la sekali. Mana boleh tinggal di sana (Kuantan).”

“Sepanjang minggu pertama kami berada di rumah baru, memang tidak ada kejadian pelik yang berlaku. Namun masuk malam kelapan saya dan suami menjadi ‘huru-hara’ sewaktu tidur. Setiap malam, lebih kurang pukul 3 hingga 5.30 pagi, kami terjaga disebabkan bunyi bising kucing mengiau-ngiau. Lebih pelik lagi si Tommy dan Tuti asyik mengadap salah satu sudut ruang tamu di rumah,” kongsinya.

Jelas Sofeah, jenuh dia memanggil dua ekor kucingnya itu masuk bilik tidur, namun kedua-duanya tetap berbuat bising dengan terus mengiau seperti berada dalam kesakitan.

Lebih pelik lagi si Tommy dan Tuti asyik mengadap sudut ruang tamu di rumah.

“Keesokannya saya membawa mereka ke klinik veterinar, namun doktor memberitahu kedua-dua kucing ni sihat sahaja. Pada malam seterusnya, sebelum tidur saya membawa mereka masuk bilik tidur bersama. Peliknya pada waktu yang sama, mereka tetap mengiau-giau,” ujar Sofeah.

Panggil ayah

Susulan kejadian pelik itu berterusan Sofeah memutuskan untuk panggil ayahnya dari kampung agar datang ke rumah. “Sebaik sahaja sampai, ayah terus melakukan solat sunat di rumah. Pada malamnya kami membuat sedikit majlis doa selamat dan menjemput jiran-jiran berdekatan. Selepas sahaja majlis tamat, ada seorang pakcik ni datang berborak dengan suami dan ayah saya.

“Pakcik ni jiran selang empat rumah dari kediaman kami. Dia ada beritahu rumah yang saya tinggal itu sudah lama kosong dan tidak pernah ada yang kekal lama di sini. Katanya ada sahaja benda pelik berlaku dan pakcik tu cakap pernah dengar wanita mengilai di tengah malam. Kadang-kadang terdengar bunyi bising walaupun ketika itu tidak ada penghuni,” cerita Sofeah.

Pindah rumah

Selepas berborak panjang dengan jirannya itu, Sofeah dan keluarga mengambil keputusan untuk mencari rumah lain. “Saya tidak sanggup untuk terus berjaga malam. Kucing-kucing saya pun tidak aktif seperti dulu. Tommy dan Tuti kelihatan takut sepanjang masa. Saya memberitahu tuan rumah mengenai perancangan kami untuk tamatkan kontrak sewa lebih awal, dan dia bersetuju malah memulangkan semula wang deposit sewa rumah. Mungkin dia faham situasi yang kami hadapi ini. Peliknya dia tidak bercerita panjang,” akhiri Sofeah.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Kucingasm Media dan Kucing Media Online

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *