Gadis ini tak sangka lelaki yang paling dia benci kini jadi suami. Masa dekat kolej selalu kena kacau dengan lelaki ni. Lepas je tamat pengajian tiba tiba lelaki ni mesej tanya nilai hantaran.

Viral

PENYATUAN pasangan ‘benci bertukar sayang’ ini pada 28 Mac lalu ternyata mengejutkan rakan-rakan zaman belajar mereka. Menurut Nor Fatin Nabilah Mohd Najib, dia dan suami, Tengku Amir Syahmi Tengku Jasbi sememangnya sudah lama berseteru, sejak mereka sama-sama mengikuti pengajian di Kolej Vokasional Datuk Seri Mohd Zin, Alor Gajah, Melaka, pada tahun 2015.

Namun katanya, ‘perkenalan penuh kebencian’ itu akhirnya bertukar menjadi perasaan cinta sehinggalah mereka selamat diijabkabulkan pada tahun ini. “Kami belajar di tempat sama, tapi bidang berbeza. Masa tu kami kenal pada tahun 2015.

“Kawan asrama saya satu bidang dengan suami. Dia maklumkan yang suami ada niat jahat, nak kenakan saya. “Kalau suami berjaya dapatkan saya, maksudnya dia berjaya. Pada waktu itu, suami juga selalu ejek saya. “Setiap kali jumpa, dia hina saya pendek, jongang dan sebagainya. Saya memang benci sampai tahap tak boleh tengok muka dia,” imbas gadis itu.

Fatin dan suami merupakan bekas pelajar Kolej Vokasional Datuk Seri Mohd Zin, Alor Gajah, Melaka.

Mesra disapa Fatin, dia dan suami, masing-masing berusia 23 tahun bagaimanapun mula berkawan sebelum menamatkan pengajian. Malah katanya, suaminya juga tiba-tiba menghantar mesej dan bertanya nilai hantaran pada Disember lalu sebelum dia dirisik pada minggu berikutnya.

“Waktu nak habis belajar, dia WhatsApp saya kata nak berkawan. Saya OK saja, tapi masa tu perangai dia masih macam tu lagi. “Sampai satu tahap, dah habis belajar dan masing-masing dah bekerja, dia contact dan bagi tahu dia suka saya. Kejadian berlaku dua tahun lepas. Tapi saya malas nak layan sebab tak suka perangainya.

“Tapi pada Disember tahun lepas, dia tiba-tiba mesej dan tanya nilai hantaran saya. Saya tanya mak, mak kata nilai tu ikut kemampuan pihak lelaki. “Saya maklumkan balik pada dia. Minggu seterusnya dia terus datang merisik. Bila bincang, mak kata kahwin je lah, sebab dah lama kenal,” ujarnya lagi.

Fatin dan suami selamat disatukan pada Mac lalu.

Kata Fatin yang kini menetap di Melaka, kebanyakan rakan zaman belajar turut terkejut setelah dimaklumkan mengenai pernikahan itu. “Bila ingat balik, saya rasa lucu. Walaupun kami dah kahwin, dia masih menyakat dan suka bergurau dengan saya.

“Perangai suka menyakat tu memang ada dalam diri suami. Betul orang kata, jangan terlampau benci, nanti jadi sayang. “Kawan-kawan semua terkejut. Mereka kata tak sangka kami berkahwin,” ujarnya berseloroh. Kisah pasangan itu turut dikongsi menerusi video di aplikasi TikTok.

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Baru kahwin 2 minggu isteri tiba tiba benarkan suami untuk kahwin lain. Sekali reaksi suami buat ramai yang tak sangka.

Isteri kepada anak seorang penceramah terkenal Indonesia membuat pengakuan bahawa dia tidak kisah untuk bermadu sekiranya suaminya berhasrat untuk berkahwin lebih daripada seorang di masa akan datang, lapor laman berita Suara.com hari ini.

Pengakuan tersebut disuarakan Nadzira Shafa ketika ditemu bual oleh selebriti dan pelakon terkenal, Oki Setiana Dewi dalam satu paparan di YouTube. Meskipun baru dua minggu berumah tangga, isteri kepada anak Ustaz Arifin Ilham, Ameer Azzikra itu secara terang-terangan mengaku dia bersedia dimadukan kerana turut berasal daripada keluarga yang mengamalkan poligami.

“Sebenarnya, jika bercakap mengenai poligami, saya tidak menentang kerana saya berasal daripada keluarga yang berpoligami. “Jadi, saya dapat memahami amalan poligami,” katanya ketika menjawab soalan daripada Oki.

Tambah wanita itu, jika suatu hari nanti suaminya membuat keputusan untuk berkahwin lagi, dia ikhlas untuk menerimanya. “Jika ada wanita yang betul-betul perlu dibimbing (oleh suaminya), saya tidak kisah,” ujarnya.

Sementara itu, pengakuan Nadzira Shafa itu dibalas oleh Ameer Azzikra yang mengatakan bahawa masih terlalu awal untuk dia memikirkan perkara tersebut.  “Kita kan baru berkahwin. Saya masih belum terfikir ke arah itu,”

Sumber : KOSMO ONLINE

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber : awatt syeikhhh

Pasangan Yang Nak Kahwin Kena Bijak Kira Perbelanjaan Untuk Majlis Suapaya Tak Berlaku Pembaziran. Ketahuilah Ini Tips Untuk Dapatkan Kos Yang Berbaloi.

Pasangan pengantin harus bijak mencongak perbelanjaan di majlis perkahwinan mereka agar tidak berlaku pembaziran yang tidak sepatutnya. Sebut sahaja mengenai kahwin, pasti kita terbayangkan dua mempelai segak bersanding di atas pelamin. Tapi harus diingat, ada 1001 perkara yang perlu diuruskan dalam menjayakan majlis raja sehari itu.

Silap hari bulan, mungkin puluhan ribu ringgit terpaksa dibelanjakan demi merealisasikan majlis impian. Namun jangan risau, ayuh semak lapan perkara yang perlu anda ambil tahu dalam menjayakan majlis kahwin impian dengan bajet rendah, namun hasilnya tetap wow!

1) Kad undangan

Zaman pun dah berubah, kad undangan tradisional yang dikirim dalam sampul mungkin sudah tak relevan pada sesetengah individu. Malah, makin banyak kad undangan dicetak, makin mahal pula harganya sehingga mencecah ratusan ringgit. Sekarang anda boleh buat kad undangan digital secara percuma dalam internet. Yang berbayar pun ada, namun harganya cukup murah.

Dengan sekali bayar, anda boleh menggunakannya tanpa had. Lebih menarik, ada fungsi navigasi peta ke lokasi perkahwinan. Fungsi RSVP pun ada, so bolehlah anda buat kiraan awal jumlah tetamu yang bakal hadir.

2) Barang Hantaran

Hidden hantaran atau hantaran bungkus merupakan satu konsep yang cukup menarik. Mungkin sebelum ini ada pasangan yang terpaksa berbelanja mewah kerana tidak mahu hantaran mereka menjadi sindiran orang sekeliling. Namun dengan adanya konsep hantaran bungkus, tiada siapa yang tahu apa isi di dalamnya. Bijak bukan? Kalau nak bungkus kotak kosong pun orang tak tahu, eh gurau je!

Dengan konsep ini, pengantin tidak perlu risau untuk meletakkan barang berjenama sahaja di atas dulang hantaran mereka. Boleh je bagi benda murah, asalkan praktikal dan boleh digunakan selepas kahwin nanti.

3) Gabung Majlis

Kenapa perlu adakan sampai tiga majlis kalau ia boleh dilakukan sekali sahaja? Majlis akad nikah, resepsi belah perempuan, kemudian majlis bertandang di pihak lelaki. Tiga kali majlis, tiga bajet berbeza. Ini semua boleh dielakkan. Apa kata pilih satu venue, lakukan acara akad nikah dan kemudian terus bersanding. Kalau nak tempah katering pun, sekali je. Kalau tiga majlis, tiga kali katering, botaklah pengantin!

4) Sewa baju atau D.I.Y

Busana kahwin menyimpan banyak nilai sentimental buat pengantin. Malah, pasti seronok jika ia boleh ditunjukkan kepada anak cucu kelak. Namun, harga baju kahwin bukanlah murah, apatah lagi jika ia custom-made. Kenapa perlu beli sampai mencecah ribuan ringgit kalau anda boleh sewa pada harga yang murah?

Ada juga pengantin yang membeli baju kurung moden polos, kemudian D.I.Y sendiri labuci dan manik sebelum digayakan pada hari bahagia. Kalau kreatif, apa salahnya kan?

5) Jurufoto

Matematiknya cukup mudah. Kalau anda ambil khidmat fotografi dengan add-on pakej album gambar, harganya pasti mahal. Sebenarnya anda boleh request untuk soft copy sahaja macam seorang pengantin yang berkongsi kisahnya.

Kata Syaheera Sohaimi, dia boleh saja membuat cetakan gambar dan album sendiri selepas berakhirnya majlis kahwin. Dengan ini, dia boleh menjimatkan wang untuk potret hari bahagia. Tambah-tambah zaman sekarang, gambar di Instagram lebih penting berbanding album gambar fizikal, betul tak? Nak lagi murah, ambil gambar guna telefon pintar. Kalau kena teknik mobile-photography, hasilnya pastinya luar biasa, persis bidikan lensa profesional.

6) Kek kahwin

Antara elemen penting dalam sesebuah majlis kahwin tentunya acara memotong kek. Namun, harganya juga boleh mencecah ratusan ke ribuan ringgit, bergantung kepada permintaan pengantin. Kalau anda rajin buat carian di media sosial, wujud lambakan peniaga kek yang menawarkan harga murah dengan rekaan cukup menarik. Serendah RM50 pun ada. Yang penting, rasanya sedap. Rugi kalau tempah kek sampai RM300 tapi rasanya menghampakan. Buatlah pilihan dengan bijak!

7) Cincin

Bercerita mengenai cincin, konsep less is more patut menjadi panduan utama para pengantin.nMengapa perlu membeli cincin yang besar, mahupun penuh dengan permata jika boleh mendapatkan perhiasan itu dalam rekaan lebih simple, polos dan berharga jauh lebih rendah? Dalam anggaran harga RM200 ke RM500 untuk sebentuk cincin. Itu pastinya sudah memadai.

8) Promo promo promo

Disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan pandemik Covid-19, ramai peniaga yang terjejas. Dalam meneruskan kelangsungan perniagaan, mereka tampil dengan pelbagai pakej dan promo gila-gila, pada harga rendah luar biasa. Para pengantin harus rajin menyemak laman sosial peniaga-peniaga ini. Dengan pakej yang ditawarkan, ia dapat memberikan penjimatan berganda.

Bukan sahaja penyedia kek, pelamin, solekan, mahupun jurufoto, malah ada hotel yang turut menawarkan harga bilik yang cukup murah untuk para pengantin dengan pakej stay and dine di ibu negara. Hanya bayar harga bilik, pengantin boleh menyewa beberapa unit untuk keluarga mereka juga dan makanannya pula percuma. Wow! Buat majlis di hotel pun murah sekarang.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *