Bising ibu kucing ni berbunyi. Tak boleh berdiam sekali pemuda ni tampil dan tengok rupanya ini yang kucing tu buat.

Haiwan

Kucing merupakan antara haiwan yang menjadi peliharaan sesetengah individu di rumah. Sifat manja dan tidak takut dengan manusia membuatkan haiwan comel ini disenangi tinggal dalam persekitaran orang awam. Namun, bukan semua kucing bernasib baik dijaga dan disayangi serta tinggal di tempat yang selesa. Ada ketika, sesetengah individu bersikap kejam dengan membuang sahaja haiwan tersebut apabila mulai tidak menyenangi kehadiran mereka di rumah.

Beritahu dalam tong sampah ada anaknya

Menerusi satu perkongsian daripada laman Facebook HOPE iaitu satu organisasi bukan kerajaan yang menyelamatkan haiwan-haiwan terbiar telah memuat naik gambar-gambar pilu seekor ibu kucing dan anak-anaknya. Ibu kucing itu ditemui oleh seorang pemuda semasa Tahun Baru Cina apabila haiwan tersebut seakan meminta tolong menyelamatkan anak-anaknya yang berada dalam tong sampah.

Ada dua ekor anak kucing baru lahir

Kucing2 tu dah selamat

Pemuda tersebut tanpa berlengah telah menuang sampah-sarap didalam tong tersebut dan ternyata terdapat dua ekor anak kucing yang masih bertali pusat di dalamnya. Tanpa berlengah dia terus mendapatkan anak-anak kucing itu dan merawatnya serta menempatkan kucing tersebut di tempat yang lebih selesa.

Teruslah sebarkan kebaikkan

Oleh hal yang demikian, perkongsian yang dibuat oleh lelaki tersebut telah mendapat maklum balas yang positif oleh warganet. Rata-rata daripada mereka mengucapkan terima kasih kepada pemuda itu dan berharap agar kebaikkan yang ditunjukkan akan dibalas suatu hari nanti.

Semoga Tuhan membalas jasa kalian

Terima kasih atas kebaikkan

Sumber : HOPE

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Kucingasm Media dan Kucing Media Online

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Pengantin Baru Ini Sanggup Risikokan Nyawa Sendiri Untuk Menyelamatkan Kucing Kesayangannya. Sekali Ada Pula Kawan Yang Kata Begini.

Hanis yang berani memanjat tangga hanya untuk menyelamatkan kucing kesayangannya pada Jumaat lalu. “Pandai panjat tak pandai turun.” Demikian kata seorang pemilik kucing, Hanis Ishak, 28, berhubung kisah lucu melibatkan haiwan peliharaannya yang terperangkap di atas bumbung sebuah rumah di Puchong, Selangor pada Jumaat lalu. Mesra disapa Hanis, dia yang sanggup memanjat tangga untuk menyelamatkan kucing bernama Baby Tiger itu turut berkongsi video kejadian sehingga ia tular di laman Twitter.

“Ia berlaku sekitar 9.30 pagi. Sebenarnya kucing saya ni dah tiga hari tak balik rumah. Tak tahu ke mana sebab ‘dia’ jarang sangat keluar rumah. Keluar rumah waktu musim mengawan je. Tapi pagi tu dengar suara Baby Tiger bising dari atas bumbung rumah. Saya cuba panggil turun tapi Baby Tiger tak tahu nak turun ikut mana. Jadi saya buat keputusan ambil tangga, panjat untuk bawa ‘dia’ turun,” katanya.

Menurutnya lagi, bukan mudah untuk membawa turun kucing itu, malah percubaan pertama yang dilakukan oleh adiknya juga gagal. Biarpun agak berbahaya, Hanis nekad untuk memanjat tangga demi menyelamatkan haiwan itu yang sudah dibelanya sejak tujuh tahun lalu.

“Mana-mana pemilik kucing pun sanggup buat begitu. Sayang punya pasal. Baby Tiger tu dah macam keluarga. Dia anak saya, bukan kucing saya. Terpaksa la panjat juga. Tu dia tak meronta. Dia bagi kerjasama. Kalau orang lain risau dia merontalah sebab dia tak percaya orang lain agaknya.

Tak banyak kerenah tapi tahun lepas baby Tiger sakit selepas abah saya meninggal akibat serangan jantung mengejut

“Mula-mula adik lelaki panjat tapi tak berjaya bawa turun. Jadi saya yang panjat, lama juga pujuk tapi Baby Tiger takut, akhirnya saya rentap tangan, baru dapat bawa turun,” kata Hanis mengimbas semula kejadian itu. Dalam pada itu, aksi Hanis yang selamba memanjat tangga turut menjadi jenaka dalam kalangan rakan-rakannya.

“Saya baru sahaja berkahwin Rabu minggu lepas. Orang kata darah manis lagi… bahaya memanjat, tapi demi kucing saya rela sahaja. Kawan-kawan yang kata cakap macam tu. Warganet (komen Twitter) pula cakap bahaya panjat tangga sampai habis, risiko untuk jatuh tu tinggi. Tapi nak buat macam mana. Kucing tu nak saya juga yang tolong,” katanya lagi.

Bercerita lanjut mengenai Baby Tiger, Hanis mendedahkan kucing itu pernah jatuh sakit selepas kehilangan bapanya, Ishak Abdullah pada tahun lalu.

Imbas Hanis lagi, kucingnya itu terlalu rapat dengan bapanya memandangkan dia sendiri kekurangan waktu kerana sibuk dengan kerja.

“Tak banyak kerenah tapi tahun lepas Baby Tiger sakit selepas abah saya pergi selamanya akibat sakit jantung mengejut. Sebab dia manja dengan abah. Mungkin rasa kehilangan. Berbulan juga Baby Tiger sakit, kurus kering dan tak nak makan. Lepas jaga dia elok-elok barulah dia sihat dan gemuk balik.

“Baby Tiger rapat dengan abah sebab saya sibuk kerja selama ni, jarang sikit nak ada masa dengan dia. Abah yang jaga dekat rumah, bagi makan minum dan tidur sekali. Lepas abah tak ada, Baby Tiger menang mencari. Masuk bilik, tunggu abah depan bilik, tapi abah dah tak ada,” kata Hanis lagi. Dalam pada itu, video aksi Hanis memanjat tangga untuk menyelamatkan kucingnya sehingga kini menerima lebih 230,000 tontonan di Twitter.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Kucingasm Media dan Kucing Media Online

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Pasti Kucing Peliharaan Anda Pernah Tidak Pulang Ke Rumah. Ini Antara Faktor Mengapa Ianya Terjadi.

Kehilangan kucing peliharaan sendiri pasti sudah cukup membuatkan kita cemas. Terutamanya kepada pecinta kucing. Setiap kali kucing anda tidak pulang ke rumah, pasti ianya sering bermain di fikiran anda. Apa yang dilakukan dan di mana kucing anda berada.

Namun, tidak mustahil hilangnya kucing anda ataupun sikapnya yang tidak mahu pulang ke rumah itu adalah berpunca daripada pemilik tersebut. Walaubagaimanapun pasti ianya mempunyai beberapa sebab mengapa perkara itu terjadi.

Antara salah satu sebab ianya terjadi adalah kurang perhatian. Kucing dan manusia antara makhluk yang sama-sama memerlukan perhatian. Kucin antara haiwan yang cepat terasa sekiranya dipinggirkan. Terutama sekali kucing yang bersifat sangat manja dengan pemiliknya. Lagi-lagi sekiranya pemilik mereka memelihara haiwan lain.

Selain itu, sakit teruk. Kucing juga boleh merasakan masanya sudah tiba. Sakit yang teruk juga boleh membuatkan mereka tinggal jauh dari rumah pemilik malah jauh daripada manusia. Ianya berlaku disebabkan tidak mahu diri mereka diganggu oleh manusia dan tidak ingin melihat pemilik mereka berasa sedih.

Akhir sekali, stres. Selain dari manusia, kucing juga boleh mengalami tekanan yang teruk. Antara sebabnya, kucing boleh mengalami seperti ini adalah apabila mereka merasakan diri mereka tidak aman, sering diganggu dan tidak berasa selamat lagi sekiranya berada di rumah. Oleh itu, kucing buat keputusan untuk berpindah dan mencari tempat yang lebih selamat lagi berbanding di rumah yang sudah menjadi kebiasaannya.

Untuk menyelesaikan masalah ini anda disarankan untuk memberi perhatian yang lebih buat si kucing anda. Kucing merupakan antara haiwan yang sangat manja dan mudah memahami perasaan manusia.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *