Hampir seharian tunggu order tak masuk. Sekali lepas beri kucing sesuatu ini ada perkara ajaib pula yang berlaku.

Haiwan kucing

Tadi, aku ride. Tak ada order. 10 minit aku tunggu, tak ada order masuk. Puas ᴋɪʟʟ app dan run balik, masih tiada order masuk. Aku parking motor depan Ayamas dengan harapan ada la order Ayamas masuk. Datang member rider sorang lagi. Kitorang borak-borak. Dia ada order. Keluar sorang lagi rider dari ayamas. Dia pun ada order. Rider baru keluar ni dah pick up item, jadi, dia tegur sekejap je sebab kena cepat-cepat hantar.

Member rider yang sorang lagi ni bagi aku ayam korea. Katanya ada orang bagi untuk berbuka tapi dia dah kenyang. Alhamdulillah, rezeki. Dia bagi aku ayam korea tu. Pastu dia pick up item dia dan dia gi hantar. Tinggallah aku sorang-sorang disini. Aku start motor, pi depan Tealive pulak. 10 minit aku tunggu, masih takde order masuk. Aku pandang langit. “Tak apalah.” bisik hati kecilku.

Aku bukak Shopee. Aku baca balik review. 2 hari lepas ada seseorang beli perfume aku, dan semalam, masa nak post perfume dia la aku nyaris terlibat dengan kejadian yang tak diingini tu, dan harini, dia bagi review yang menyentuh jiwa. Aku rasa cukup gembira dah sebab dapat review yang elok, dan dapat ayam korea.

Masa ni, aku duduk kat tangga tepi Tealive. Tengah aku scroll-scroll phone, tetiba datang seekor kucing yang tengah sarat bunting. “Apa kau makan eh kucing? Camne kau survive?” soal aku dalam hati. Pastu, terdetik dalam hati aku, kucing ni datang kat aku sebab dia lapar. Dia bukan boleh mengadu lapar sebab dia takleh cakap. Dia bukan ada duit untuk beli makanan. Dia bukan ada keupayaan untuk cari duit. Dia bukan hidup di alam liar yang membolehkan dia membvru. Dia hidup di alam manusia, dalam hutan batu.

Aku rasa kesian kat kucing ni. Takpelah. Aku gi belikan makanan untuk kau. Kau tunggu sat. Aku gi kat kedai tmg express. Tak jauh, bangunan sebelah je. Aku masuk, pusing-pusing cari tempat makanan haiwan. Lorong demi lorong aku lalui.

ꜱᴏꜱ, Mushroom soup, Maggie, Ni yang aku nampak, tapi ni bukan yang aku cari. Aku terus berjalan sampailah ternampak ‘friskis’ Aku nak belikan wetfood. Aku tengok ada 2 pilihan. Kucing bawah setahun rm 1.60 Kucing atas setahun rm 1.90 Aku mula berkira-kira untuk beli yang lagi murah sebab berat dia sama je. Tapi, kucing tu obviously lebih dari setahun, kan? Diet kucing dewasa tak sama dengan kitten. Takkan nak jimat 30 sen tapi k0rb4nkan nutritional value?

Aku ꜱʜᴜᴛ ᴏꜰꜰ suara-suara dalam minda, dan amik je yang kucing dewasa. Rm 1.90 je pun. Beza 30 sen je pun. Hidup ni bukan semata-mata nak kira untung dan rugi. Hidup ni lebih dari tu. Harini aku dah dapat kindness yang tak ternilai dari orang, why aku nak berkira untuk buat kindness pada makhluk lain?

Jadi, aku pejamkan mata.., beli je. Masa scan tu, harganya rm 1.60 je. Aku kat depan kaunter tu macam.. “what kind of sorcery is this?” Aku dah prepared nak bayar rm 1.90 tapi harganya cuma rm 1.60? Man… Nak buat baik pun dipermudahkan.

Tadi, part of me nak jimatkan 30 sen, dan part of me nak belikan wetfood kucing dewasa. Now, all part of me dapat apa yang mereka inginkan, wetfood kucing dewasa pada harga rm 1.60. I feel at peace of myself. Aku pi kat tangga tadi, tapi kucing tu dah tak ada. Kucing tu sarat bunting. Dia takkan main jauh.

Orang kalau sarat bunting pun mana larat jalan jauh. Aku pusing-pusing cari dia. Tengok-tengok dia terbaring atas kotak, mata pejam. Cuba tidur ke?

Aku panggil dia, dia datang. Aku koyakkan bungkusan wetfood tu letak atas lantai yang bersih sikit. Dia terus ᴍᴀᴋᴀɴ ᴅᴇɴɢᴀɴ ʟᴀʜᴀᴘ. Kesiannya, lapar rupanya… Dah berapa hari tak makan ni?

Aku pi tepi kedai, buang bungkusan wetfood yang dah kosong tu dalam tong sampah. Aku datang balik kat kucing tu, dia berhenti makan, dia pandang aku. Aku pun pandang dia dengan pandangan simpati.

“patut la kau cuba tidur tadi, sebab tak tahan lapar rupanya..” Tiba-tiba apps rr aku berbunyi, ada order masuk.

Double order.

Setengah jam aku takde order, banyak tempat aku pergi, rupanya supaya aku sampai ke sini, supaya aku bagi makan kat kucing ni. Mungkin doa kau dimakbulkan wahai kucing yang kelaparan, mungkin kau berdoa kepada Tuhan agar ada insan yang memberikan makanan sebab kau dah tak tahan kebuluran, sebab tu aku dibawa oleh arus takdir sampai ke sini untuk bagi kau makan. Sekarang, tugas aku dah selesai, aku harus pergi. Hari esok, kita berjvang lagi untuk hidup Siapa tahu, mungkin takdir kita akan bersilang lagi?

Coretan Brader ini telah dapat respon positif dari warga maya.

Sumber : akupapankekunci.com

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Ada Pula Pihak Yang Gunakan Nama UPM Dengan Sebarkan Berita Buruk Soal Kucing. Sekali Ini Yang Kelab Kucing Minta Pada Setiap Pemilik.

Kelab Kucing Malaysia minta jasa baik pemilik kucing supaya tidak cepat terpedaya dengan mesej yang mengatakan ada pula kajian mengenai haiwan itu sebagai pembawa Covid-19. Sebaliknya, kelab berkenaan berkata, mesej tersebut dikenal pasti sengaja disebarkan oleh pihak tidak bertanggungjawab dengan menggunakan nama Universiti Putra Malaysia (UPM).

“Mesej disampaikan menerusi aplikasi WhatsApp itu adalah tidak tepat sama sekali. Tolong hentikan segera penyebaran informasi salah,” kata kelab itu menerusi kenyataan disiarkan akaun sosialnya. Pentadbir kelab tersebut merujuk mesej yang tular dikongsi ramai warganet yang mendkwa UPM mula melakukan kajian semakin ramai pemelihara kucing dijangkiti wabak virus korona itu.

Mesej berkenaan mendkwa bahawa institusi pengajian tinggi awam itu ingin mendapatkan bukti yang mamalia tersebut menjadi pembawa Covid-19 dan disebarkan kepada manusia. Dianggarkan terdapat hampir sejuta ekor kucing di seluruh Malaysia, dengan lebih 40 peratus daripada 32 juta rakyat negara ini memelihara haiwan itu di rumah secara sepenuh masa. Kajian pelbagai firma global mendapati Malaysia di tempat keenam di peringkat sejagat serta pertama di benua Asia dan rantau Asia Tenggara paling tinggi membela kucing domestik.

“Penyelidikan dilakukan pihak UPM sebenarnya bagi mengenal pasti faktor risiko dan kadar jangkitan Covid-19 daripada manusia kepada kucing dan bukan sebaliknya,” katanya. Kelab ditubuhkan pada 1971 itu merupakan satu-satunya organisasi pemilik kucing yang tunggal di Asia dalam Persekutuan Kucing Antarangbangsa berpangkalan di Republik Czech.

Ia turut memuat naik surat rasmi penjelasan Dekan Fakulti Perubatan Veterinar UPM, Prof. Dr. Abdul Rahman Omar yang mengesahkan mesej tular mengenai kajian itu adalah salah. Malah, beliau berkata, penyelidikan yang dimaksudkan itu sebenarnya sudah pun ditutup pada 23 Mei lalu setelah menerima cukup penyertaan daripada para pesakit Covid-19 sendiri. Beliau menegaskan, mesej disebarkan itu bukan daripada pihak UPM dan kandungannya tidak benar sama sekali sambil menjelaskan ia bertentangan dengan tujuan sebenar kajian. “Kami ingin memaklumkan setakat ini tiada bukti saintifik mengaitkan kucing atau haiwan peliharaan yang lain sebagai penyebar virus Covid-19 kepada manusia,” kata Abdul Rahman.

Sumber : UTUSAN

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Kucingasm Media dan Kucing Media Online

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Kucing Ini Didapati Positif Covid19. Kucing Ini Terpaksa Dikuarantin Selepas Disahkan Positif Selepas Jalani Ujian Swab Test

Lepas seekor kucing jalani ujian swab, tak sangka kucing tersebut disahkan positif Covid19. Sejurus selepas itu, kucing itu diarahkan jalani tempoh kuarantin selepas disahkan positif semasa berkjung ke sebuah klinik veterinar.

Nikolai Vlasov selaku Timbalan Ketua Perkhidmatan Veterinar Kebangsaan Rusia memaklumkan kucing itu didapati positif selepas jalani ujian swab test. Kemudian, kucing itu dihantar pulang dengan pemiliknya diarahkan mengurng haiwan itu di kediamannya.

Walaupun dikuarantin, Vlasov menegaskan tiada langkah khas yang perlu dilakukan kerana tiada bukti bahawa kucing boleh menyebarkan jangkitan tersebut kepada manusia.”Sekarang tiada sebab untuk mengambil langkah-langkah khas mengenai haiwan peliharaan atau binatang buas yang boleh membahayakan kesihatan mereka, atau mungkin memberi kesan negatif kepada biodiversiti,” katanya.

Satu kajian saintifik yang diterbitkan oleh Jurnal Perubatan New England awal bulan ini menunjukkan bahawa kucing boleh menjangkiti antara satu sama lain dengan pandemik itu tetapi mereka tidak mungkin jatuh sakit.Kesemua kucing yang diperiksa sebagai sebahagian daripada kajian itu didapati bebas virus tersebut dalam tempoh enam hari.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *