Tular semangat betul si cilik ini nak buat tugasan PDPR. Sampai tarik perhatian ramai.

Hiburan Semasa Viral

Memandangkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) penuh masih diteruskan, maka pelajar sekolah mahupun institut pengajian tinggi perlu menjalani pembelajaran Kaedah Pembelajaran dan Pengajaran di Rumah (PDPR) di rumah masing-masing. Ternyata perkara ini bukan saja memberi cabaran kepada warga pendidik, malah oleh pelajar itu sendiri bagi memberikan tumpuan mereka supaya mereka tak ketinggalan dalam pembelajaran.

Tugasan anak murid cukup kreatif 

Tak dapat kita sangkal lagi, sebenarnya PDPR ini juga menguji kemahiran dan kreativiti seseorang pelajar tu untuk menyiapkan tugasan mereka. Menerusi perkongsian di Facebook baru-baru ini, seorang guru dikenali sebagai puan Noliza Sulaiman ada berkongsikan video tugasan dihantar oleh anak muridnya yang kini berada di darjah 1.

Menurut Puan Noliza, dia ada memberikan tugasan muzik kepada anak muridnya dan hasil daripada salah seorang pelajarnya bernama Nur Sakiinatul Husna cukup menarik perhatiannya. Apa tidaknya, dalam video tersebut nampak Sakiina betul menjiwai wataknya dan menyanyikan lagu tugasan berkenaan dengan cukup bersemangat. Bukan itu saja, prop digunakan juga cukup kreatif supaya menyerlahkan lagi persembahannya itu. Tak lupa juga bantuan keluarga murid tersebut yang boleh dilihat gigih membantu Sakiina supaya dapat berikan hasil yang memuaskan. Hasilnya, sehingga kini video perkongsian itu telah meraih lebih dari 16k likes.

“Terbaik ibu ayah si cilik ini”

Menjengah ke ruangan komen, ternyata aksi murid tersebut menarik perhatian dan mendapat pujian netizen. Ramai turut memuji ibu bapa Sakiina sebab berusaha membantu bagi yang terbaik untuk anak mereka. Semangat betul dia menyanyi, comel!

Budak 12 Tahun Telah Disahkan Pergi Menghadap Illahi Hanya Kerana Sakit Ini. Sekali Tak Sangka Rupanya Ia Berpunca Daripada Telefon.

Gambar sekadar hiasan.

Generasi muda dan online game memang tak dapat dipisahkan. Jarang lah jumpa remaja atau kanak-kanak yang tak pernah main game ni kan. Kalau pandai bahagi masa antara pelajaran dan hobi, tak ada masalah pun kalau nak main game ketika masa terluang. Namun, jangan lupa yang setiap hobi pun ada hadnya juga. Menurut Tribunnews, seorang remaja lelaki yang berusia 12 tahun di Desa Salam Jaya, Subang, Jawa Barat maut akibat ketagih permainan online ni.

Difahamkan, Raden Tri Sakti,12, memang suka main online game setiap hari. Menurut ketua kampung, Sertu Sugeng, individu tersebut telah dibawa ke Hospital Siloam Purwakarta pada bulan lalu oleh keluarganya sebab dia sering mengadu sakit kepala.

Ketika itu, individu tersebut telah dirawat di hospital selama 16 hari namun tiada sebarang perubahan. Kaki dan tangan individu juga tak boleh digerakkan langsung jadi individu kemudiannya dibawa pulang ke rumah. Dia akhirnya menghembuskan nafas terakhir di sisi keluarga pada 23 Februari lalu di rumah.

Dalam kejadian yang menimpa, doktor yang memeriksa remaja itu mengatakan dia telah pergi akibat gangguan saraf yang berkemungkinan berpunca daripada radiasi smartphone. Katanya, ia mungkin berlaku akibat pendedahan yang terlalu lama kepada telefon pintar. Rasanya okay je kalau korang nak main game namun kena pandai hadkan masa penggunaan. 

Gadis Ini Mengadu Telefon Rosak Di Group Whatsapp Dan Meminta Beritahu Kelas Online Sehari Lebih Awal. Sekali Ini Tindakan Mengejut Dari Rakan Sekelasnya.

Tangkapan skrin video TikTok menunjukkan seorang gadis yang mengalami kerosakan telefon dibantu oleh rakan-rakan sekelas. Luahan seorang gadis mengenai telefon bimbitnya mengalami kerosakan menerusi group WhatsApp, nampaknya mendapat perhatian rakan-rakan sekelas.

Dalam diam-diam dua daripada pelajar sekelas membuat gurauan atau prank dengan membawanya ke sebuah kedai gajet sebelum mempengaruhinya untuk membaiki telefon yang rosak itu. Menerusi video yang dikongsikan di aplikasi TikTok, dua rakannya kemudian mendedahkan bahawa kos membaik pulih telefon dibayar menggunakan hasil sumbangan rakan-rakan sekelas.

Salah seorang pelajar berkenaan, Muhammad Faris Mohd Jailani berkata, rakan mereka yang diberi kejutan itu, Suriani Arjunaidi mengalami masalah telefon sejak sebulan lalu.

Luahan seorang rakan di grup WhatsApp kelas.

Remaja berusia 19 tahun itu memberitahu, masalah yang dihadapi rakannya itu bertambah buruk sehingga terpaksa menggunakan komputer riba untuk aplikasi WhatsApp.

“Telefon dia ada masalah skrin dan butang ‘home’ selepas beberapa kali jatuh. Sampai satu tahap, hanya panggilan telefon saja. Dua minggu lepas dia beritahu kami mengenai masalah telefonnya dan minta bantuan untuk maklumkan tentang kelas online (dalam talian) sehari lebih awal kerana WhatsApp dia hanya bergantung pada laptop buat sementara waktu,” katanya kepada mStar.

Faris (kiri) dan Adam (kanan) membawa Suriani ke kedai gajet untuk membaiki telefon.

Lebih mesra disapa Faris, dia bersama seorang lagi rakan sekelasnya, Muhammad Adam Bukhari Mohd Nazri, 19, mengambil inisiatif untuk mendapatkan bantuan rakan-rakan lain.

“Kami hantar mesej kepada seorang demi seorang dan bertanyakan kepada mereka sama ada sudi untuk membantu Suriani untuk berkongsi membiayai kos membaiki telefonnya yang rosak. Sebagai pelajar, kos membaiki tu berharga hampir RM300 itu bukannya murah bagi kami. Tambahan pula, dia bukannya orang senang. Jadi, kami cuba membantu apa yang boleh,” ujar pelajar Tingkatan 6 dari Sekolah Menengah Tinggi Klang di Klang, Selangor itu. Menurut pelajar aliran sains sosial itu, rakan-rakan boleh menyalurkan sumbangan ikhlas mengikut kesediaan dan kemampuan mereka walaupun RM1.

Suriani bersama telefonnya yang telah dibaiki.

“Alhamdulillah, jumlah kutipan melebihi sasaran daripada kos repair telefon tu. Tak sangka rakan-rakan sekelas bermurah hati nak bantu Suriani. Seperti yang dirancang, kami berdua pun ajak dia teman untuk baiki telefon kami di Shah Alam, petang Jumaat lalu. Kami ‘pancing’ dia kononnya boleh hutang untuk baiki telefon. Dia pun percaya. Duit deposit tu kami dahulukan, tapi sebenarnya kami bayar sepenuhnya guna sumbangan rakan-rakan,” tambahnya.

Mungkin bantuan itu nampak kecil bagi kita tapi amat besar dan bermakna bagi penerima bantuan tu.

Faris berkata, mereka mendedahkan perkara sebenar pada petang yang sama dan tunjuk senarai nama rakan-rakan yang membuat sumbangan sebagai bukti.

“Dia macam tak percaya kerana tak sangka rakan-rakan sekelas begitu mengambil berat sampai dia nak menangis. Sekarang telefon dia dah okay. Kalau dulu bila saya WhatsApp petang, pukul 1 pagi baru balas guna laptop tapi sekarang balas on time,” katanya sambil menambah rakannya yang dibantu itu kemudian membuat video penghargaan sebagai tanda terima kasih kepada rakan-rakan sekelas.

Faris (hadapan, kiri) bersama guru dan rakan-rakan sekelas.

Jelas Faris, perkongsiannya di TikTok bertujuan untuk memberi mesej kepada masyarakat terutama anak-anak muda supaya bersikap prihatin terhadap orang lain dalam kesusahan.

“Saya berharap video TikTok tu dapat membuka mata masyarakat di luar sana terutama dalam membantu orang yang lebih susah daripada kita. Tak kisahlah kita membuat kutipan seorang RM5 ke, RM1 pun tak apa. Mungkin bantuan itu nampak kecil bagi kita tapi amat besar dan bermakna bagi penerima bantuan tu. InsyaAllah, suatu hari Tuhan akan balas kebaikan yang kita buat,” katanya.

Sifat Kawannya Ini Dipuji Oleh Warganet. Dia Sering Memasak Makanan Istimewa Untuk Kawan Kawannya Di Rumah Sewa Mereka Sehinggakan Masaklah Makanan Apa Pun Dia Boleh Buat.

Syahmie menyifatkan Farizuan sebagai rakan serumah yang cukup baik. Dikurniakan rakan serumah yang baik juga boleh dianggap sebagai satu rezeki. Di Twitter misalnya,warganet kagum melihat perkongsian seorang jejaka mengenai rakan serumahnya yang rajin memasak.

Menurut Mohammad Syafi Syahmie Abdul Samat, 25, dia bersyukur apabila rakan serumah yang dikenali sejak tujuh tahun lalu itu tidak lokek berkongsi rezeki sepanjang menyewa bersama di Gombak, Selangor. Ujarnya, dia dan Mohd Farizuan Abdullah yang digelar ‘housemate kiriman Tuhan’ mula menyewa bersama dengan dua lagi rakan yang lain selepas mereka menamatkan pengajian di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) pada tahun lalu.

“Kami dah kenal dari tahun 2013. Baru habis belajar tahun lepas, kami ambil keputusan untuk menyewa bersama. Selain saya dan Farizuan, ada dua lagi rakan kami dalam rumah tu. Walaupun berbeza jurusan, kami berempat sekarang bekerja sebagai pegawai bank di bank yang berbeza. Sekarang Farizuan banyak kerja dari rumah. Jadi dia selalu masak sendirian. Habis masak dia akan post dalam grup untuk ingatkan kami supaya jangan lupa makan. Sebelum ni pun kami selalu masak sama-sama kalau berkelapangan. Kami juga akan bantu mengemas,” katanya kepada mStar.

Antara masakan yang dihasilkan pemuda dari Kelantan itu.

Mesra disapa Syahmie, dia mendedahkan rakannya yang sebaya itu sememangnya berkebolehan dalam bidang masakan sejak dulu lagi. Malah, Farizuan bukan sahaja berkebolehan membuat juadah tempatan, sebaliknya turut menguasai resepi masakan barat.

Sebenarnya rakan serumah yang baik bermula dengan diri kita sendiri. Kalau kita nak kawan yang baik, kita sendiri kena baik.

“Dia orang Kelantan, memang rajin masak. Dulu kat universiti, saya dengan dia pernah masuk pertandingan memasak. Kami jadi juara. Saya pun boleh masak tapi tak sehebat dia. Minta masakan apa pun mesti dia boleh buat. Memang hobi dia. Dia nak masak apa-apa, kadang-kadang tak perlu tengok resepi. Rasa bertuah sangat, apa yang kita nak makan, mesti dia boleh masak. Dia belajar dengan mak dia. Antara yang paling saya suka, ayam percik Kelantan dengan spaghetti carbonara,” ujarnya lagi.

Dalam pada itu, Syahmi berkata dia sama sekali tidak menyangka posting mengenai sahabatnya itu akan tular sehingga menerima lebih 20,000 ulang kicau (Retweet). Selain komen pujian, ramai warganet turut berkongsi kisah suka duka bersama rakan serumah masing-masing.

Paparan perbualan WhatsApp antara Farizuan serta rakan serumah yang lain tular di Twitter.

“Saya pun terkejut bila ia viral. Saya cerita pada Farizuan, ada orang di Twitter minta resepi dan sebagainya. Dia seorang yang pemalu, Twitter pun dia tak ada. Hanya ada Facebook. Ramai juga yang komen cerita perangai housemate masing-masing. Semua cerita yang dikongsi tu saya anggap sebagai satu pengalaman baharu bagi saya,” ujarnya lagi.

Malah, Syahmie juga sempat menitipkan pesanan kepada mereka di luar sana agar dapat hidup harmoni bersama rakan-rakan serumah. “Sebenarnya rakan serumah yang baik bermula dengan diri kita sendiri. Kalau kita nak kawan yang baik, kita sendiri kena baik. Semua berbalik pada diri kita sendiri. Kalau kita prihatin, InsyaAllah mereka juga akan prihatin dengan kita,” ujarnya lagi.

Persis Seorang Remaja Biarpun Usia Sebenarnya Menghampiri Angka 30. Jejaka Awet Muda Ini Dedah Rahsia Dia Rajin Ke Dapur

AKSI bersahaja jejaka ini memasak sambil tersenyum ternyata mengundang perhatian ramai.Selain Facebook dan Instagram, Mohd Shafiq Zulkarnain, 28, turut berkongsi video-video masakan ringkas menerusi aplikasi TikTok.

Bercakap kepada mStar, penjawat awam yang bertugas di ibu negara itu mengakui sudah meminati bidang masakan sejak di bangku sekolah rendah lagi.”Saya bukan tukang masak, ia sekadar hobi. Saya suka kongsi dengan orang cara memasak yang mudah, khususnya untuk orang bujang.

“Apa yang saya tunjukkan biasanya masakan yang boleh dibuat dengan bahan-bahan yang ada di rumah. Cmpak-cmpak je.Shafiq mula belajar memasak sejak kecil lagi.“Memang dari kecil diajar memasak dan berdikari. Sewaktu saya usia 10 tahun, ayah jatuh sakit. Mak pula keluar bekerja, jadi saya kena masak sendiri. Mak ajar saya memasak,” ujarnya.

Dengan ilmu itu, dia dengan sendiri meneroka bakat yang ada sehingga mampu menghasilkan pelbagai resepi.Ujar Shafiq, sambal garing hasil air tangannya cukup digemari rakan-rakan sehingga ada yang meminta untuk membelinya.

“Paling disukai sambal garing saya. Saya buat dan bagi pada kawan-kawan pejabat, ada pula yang minta supaya dijual.”Walaupun jual, saya tetap tak lokek kongsi resipi sambal tu dengan mereka. Saya banyak hasilkan lauk-pauk kampung.”Antaranya asam pedas. Kek buah dan biskut pun saya buat. Masa raya hari tu, saya buat dalam 20 jenis biskut,” ujarnya yang bekerja sebagai Pegawai Sains DNA Forensik.

Selain aneka juadah yang mudah, video yang dikongsi jejaka berasal dari Melaka itu turut meraih tumpuan ramai kerana paras rupanya.Ada segelintir pelayar media sosial turut mengusik mengenai rupa paras dan status dirinya.Kata Shafiq, dia tidak terlepas menerima usikan manja yang bertanyakan mengenai status dirinya.

“Ada yang puji paras rupa, kata saya ada pakej lengkap sebab boleh memasak.”Saya juga terima mesej-mesej yang nak kenalkan saya dengan anak mereka, kakak mereka dan sebagainya.”Saya juga tak terlepas menerima kritikan. Ada yang tegur sebab memasak pakai seluar pendek. Ada pula yang tegur sebab saya tak pakai sarung tangan.

“Tapi saya ambil kritikan dari sudut positif, saya tak ambil hati,” ujarnya yang masih bujang.Dalam pada itu, Shafiq juga sering ditanya mengenai petua awet muda memandangkan wajahnya kelihatan persis seorang remaja biarpun usia sebenarnya menghampiri angka 30.”Tak ada rahsia. Saya jalani kehidupan dengan gembira dan ceria. Saya suka senyum. Itu sahaja amalan saya.”Sewaktu masak pun saya suka senyum sambil pandang kamera,” ujarnya lagi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *