Mungkin ramai yang belum tahu antara tanda yang perlu anda bawa kucing ke Vet. Ini gejalanya dan masalah yang dihadapi oleh si bulus anda.

Haiwan KESIHATAN kucing

Jika kucing sakit, mereka kebiasaannya tidak akan memberikan apa-apa isyarat kepada anda untuk memberitahu bahawa mereka sedang sakit. Sebagi pemilik, anda harus sentiasa memerhatikan kucing anda dan ‘membaca’ tanda-tanda yang mereka tunjukkan. Berikut adalah tanda-tanda kucing anda sedang sakit.

Diarrhea/Cirit Birit

Walaupun kucing yang menagalami cirit-birit berkemungkinan disebabkan pemakanan, ada kalanya ia mungkin adalah petanda ia diserang virus, bakteria atau cacing. Jika cirit-birit berterusan selama beberapa hari, bawa si bulus berjumpa vet.

Hilang Selera Makan

Jika kucing hilang selera makan, terdapat kemungkinan ia diserang penyakit dalaman. Jadi, bawa kucing anda berjumpa vet untuk diagnosis masalah yang dihadapinya.

Lemah/Lesu

Adalah normal kadang kala kucing berasa malas dan sentiasa tidur sepanjang hari. Namun, jika kucing anda sentiasa dalam keadaan lemah dan lesu, terdapat kemugkinan ia diserang kuman atau dijangkiti penyakit.

Muntah

Perhatikan sama ada kucing anda muntah hairball atau disebabkan tercekik. Jika bukan, terdapat kemungkinan ia adalah disebabkan penyakit yang dialaminya.

Sentiasa Dahaga

Kucing yang sentiasa dahaga kemungkinan diserang penyakit buah pinggang, kencing manis atau jangkitan pundi kencing.

Turun Berat Badan

Kehilangan berat badan secara mendadak petanda bahaya bagi kesihatan kucing anda. Bawanya berjumpa vet untuk pemeriksaan lebih lanjut.

Pendr4han

Pendr4han sama ada pada anggota badannya atau di najisnya adalah satu petanda anda perlu bawanya berjumpa vet kerana ia boleh jadi disebabkan sesuatu yang serius.

Cepat Marah

Jika kucing anda tiba-tiba sentiasa moody dan cepat marah, mungkin ada sesuatu yang mengganggunya atau ia sedang berlawan dengan kesakitan.

Asma

Jika kucing anda menghidap asma terutamanya ketika ia masih kecil, bawanya berjumpa vet. Vet akan membantu anda merawat dan akan memberi konsultansi mengenai cara penjagaannya.

Batuk

Jika kucing anda batuk dan bukan disebabkan oleh hairball atau tercekik, ia adalah mungkin kucing anda dijangkiti bakteria atau sakit.

Keluar Lendir Daripada Mata Atau Hidung

Jika mata dan hidung kucing anda berlendir, ia mungkin adalah petanda bahawa kucing anda diserang jangkitan saluran pernafasan, pneumonia, alergik atau conjunctivitis.

Keguguran Bulu

Terdapat beberapa sebab mengapa kucing anda keguguran bulu, antaranya adalah alergi, jangkitan dan gangguan endokrin. Bawanya berjumpa vet untuk pemeriksaan lebih lanjut.

Overgrooming/ Membersihkan Diri Secara Berlebihan

Masalah overgrooming mungkin disebabkan kucing anda gatal atau mempunyai masalah kulit yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar. Overgrooming juga boleh menyebabkan kulit kucing anda luka dan bulunya gugur sehingga botak pada kawasan yang tertentu.

Mengiau Dengan Kerap

Kucing mengiau untuk mendapatkan perhatian daripada pemiliknya. Jika ia tiba-tiba mengiau dengan kerap, ia mungkin cuba memberitahu bahawa ia sedang dalam kesakitan.

Nafas Yang Busuk

Tahukah anda, kira-kira 75% kucing berusia lebih daripada 3 tahun mempunyai masalah berkaitan gigi. Nafas yang berbau adalah petanda yang pertama kucing anda mempunyai masalah tersebut.

Masalah Untuk Melompat

Jika kucing anda menghadapi masalah untuk melompat, ia mungkin disebabkan oleh sakit otot, arthritis, tulang patah atau ligamen yang koyak. Pantau keadaannya dan jika ia berterusan bawanya berjumpa vet.

Bengkak

Jika anda mendapati kucing anda membengkak di mana-mana kawasan badan atau mukanya, bawanya berjumpa vet untuk pemeriksaan lebih lanjut.

Gusi Yang Pucat

Gusi kucing seharusnya berwarna merah jambu. Gusi yang pucat adalah petanda bahawa kucing tidak mendapat oksigen atau zat besi yang mencukupi.

Sawan

Jika kucing anda diserang sawan, bawanya segera berjumpa vet kerana ia mungkin menghadapi masalah yang serius.

Demam

Suhu normal kucing adalah antara 38 hingga 39.2 darjah celsius. Kucing yang demam berkemungkinan dijangkiti bakteria atau virus.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Kucingasm Media dan Kucing Media Online

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Tular Kucing Ini Miliki Sesuatu Yang Tidak Ada Pada Haiwan Lain. Tak Sangka Fotonya Boleh Tular Pula.

Melihat kucing yang satu ini, dada Anda pasti langsung tersentuh. Bukan kerana hiba, namun tubuhnya terlalu menggemaskan dengan keadaan tubuh yang unik dan istimewa. Bila sebahagian besar kucing memiliki jumlah daun telinga dua buah alias satu pasang dan mata pun satu pasang yang nampak begitu indah, tidak bagi kucing tersebut. Pasalnya, kucing yang dominan bulunya berwarna putih ini memiliki dua pasang telinga, masing-masing kiri berjumlah dua buah, dan kanan pun dua buah, serta mata yang hanya satu buah saja.

Setelah lebih menghayati tubuh kucing yang diberi nama Franken Kitten tersebut, ternyata dua pasang telinga yang dia miliki tidak berukuran sama, sebab telinga tambahan yang ada di bahagian lebih depan nampak lebih kecil. Meskipun wujud kucing yang memiliki warna belang ini tidak seperti kucing pada umumnya, namun dirinya justeru menjadi binatang kesayangan banyak orang, terutama pemiliknya.

Foto-foto kucing bertelinga empat dan bermata satu tersebut menjadi perhatian warganet hingga tular. Terbukti, hingga saat ini akaun Instagram @frank_n_kitten telah memiliki pengikut sekira lebih dari 12,6 ribu orang yang sekaligus penggemarnya.

Foto-foto dan video si kucing istimewa itu juga selalu mendapat likes dari ribuan pengikut followersnya. Bahkan, salah satu video Franken telah ditonton oleh lebih dari 1.6 juta kali perkongsian setelah diunggah ulang oleh akaun Instagram @thedodo sejak empat hari lalu.

Video yang telah diulang jutaan kali tersebut pun berhasil menarik perhatian warganet hingga mendapat reaksi dari 3.000 lebih komen dari warganet seluruh dunia. Sebahagian dari warganet mengungkapkan kekaguman pada tubuh kucing Franken, seperti @buddingtwigs yang menuliskan, “Aw! Saya rasa dia menggemaskan dan unik,” tulisnya.

Sumber : Lifestyle.okezone.com

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Kucingasm Media dan Kucing Media Online

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Tak Sangka Kucing Sebenarnya Boleh Membezakan Namanya Dengan Perkataan Lain Yang Kita Sebut. Ini Antara Cara Responnya.

Kucing boleh membezakan namanya dan perkataan-perkataan lain yang disebut manusia, tetapi pilih untuk tidak beri respons. JIKA anda ada memelihara kucing, satu dilema yang anda biasa hadapi adalah bagaimana mahu menarik perhatiannya.

Sejinak manapun kucing, biasanya hanya akan memberi respons apabila mahukan sesuatu daripada anda, contohnya makanan.Tetapi jika anda berpendapat kucing tidak punya kebolehan mengenal nama sendiri, anda silap.Untuk mengetahui sama ada kucing boleh membezakan antara nama mereka dan perkataan lain yang disebut manusia, sekumpulan penyelidik University of Tokyo menjalankan satu siri eksperimen ke atas 78 ekor kucing.

“Untuk menguji hipotesis ini, kami menyebut empat perkataan berbeza secara serentak sebagai rangsangan pembiasaan.”Kemudian kami sebut nama kucing itu sebagai rangsangan ujian,” kata ketua penyelidik, Atsuko Saito.Para penyelidik juga menguji sama ada kucing akan memberi respons jika namanya disebut orang yang tidak dikenali.

Berdasarkan maklum balas yang diberi haiwan itu, kebanyakan kucing dapat mengenali nama sendiri, tidak kira sama ada ia disebut oleh orang dikenali atau tidak. Respons kucing dinilai berdasarkan beberapa cara, iaitu pergerakan telinga, pergerakan kepala, bunyi, pergerakan ekor dan pergerakan badan.”Kesimpulannya, kucing boleh faham manusia. Cuma ia sengaja buat-buat tak tahu.”Tetapi jangan ambil hati. Kucing bukan haiwan yang secara semula jadinya akan beri respons kepada manusia.”Kucing akan berkomunikasi dengan manusia apabila ia mahu,” kata Saito.

Sumber : Tribbunnews

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Kucingasm Media dan Kucing Media Online

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Kucing Ini Diberi Nama Sauk Untuk Mengingatkan Sesuatu Momen Ini. Tak Sangka Ini Yang Berlaku.

Bagi pencinta kucing, mereka menganggap kucing tersebut bukan hanya seekor haiwan peliharaan tetapi sebahagian daripada keluarga mereka. Tidak dinafikan, gelagat kucing yang comel dan manja sering membuatkan ramai yang jatuh cinta. Percayalah golongan ini tidak kisah berhabis wang demi kucing yang disayangi, asalkan kucing-kucing tersebut sentiasa sihat dan cukup makan.

Seperti kisah seekor kucing yang bernama Sauk ini mempunyai sejarah tersendiri. Menerusi laman Facebook Ahmad Angoh berkongsi kisah saat dia menyelamatkan haiwan ini di muara sungai ketika memancing. Kucing ini diberi nama Sauk kerana semasa menyelamatkannya, lelaki ini menggunakan penyauk. Mudah kata, letak saja nama Sauk supaya senang diingati kejadian ini.

Al kisah tersebut lah kisah Mei 2019 tengah memancing.

Jumpa si bulus yang diberi nama Sauk ini hanyut di bawa arus laju (air surut). Kalau lambat sikit atau tak nampak confirm sampai ke laut Kuantan. 

“2021, Alhamdulillah 4.6kg perut labuh. Nama dia S.A.U.K.”

Rata-rata pengguna Facebook mendoakan kesejahteraannya dan memuji tindakan lelaki ini menyelamatkan kucing tersebut.

“Semoga murah rezeki selalu bro… betul ke dia kucing ke ikan?”

“Syukur jumpa tuan yang baik”

“Moga Allah buka segala pintu rezeki”

Sumber: Ahmad Angoh

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Kucingasm Media dan Kucing Media Online

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Gadis Ini Tampil Untuk Cari Kucingnya Yang Hilang. Sekali Tak Sangka Ada Pula Yang Teman Kucingnya Bermain.

Meremang. Itu yang dapat dikatakan mengenai sebuah video tular di mana memaparkan kelibat mahkluk berambut panjang yang sedang duduk di tepi jalan dalam keadaan menyeramkan. Menerusi video yang dimuatnaik oleh akaun Tiktok Diana, dia berada di luar rumah pada jam 1 pagi untuk mencari dua ekor kucing miliknya yang tidak pulang.

Ketika meninjau di sekeliling kawasan rumah, dia menemui salah seekor kucingnya sedang berjalan berhampiran manakala seekor lagi berada di luar pagar rumah tetapi sedang ditemani oleh ‘seseorang’. Dia yang tidak sengaja merakam aksi tersebut melihat makhluk aneh berpakaian serba putih dan berambut panjang sedang duduk bermain dengan kucingnya di tepi jalan dalam keadaan hujan renyai. Tergamam melihat kemunculan makhluk berkenaan, dia bertindak melarikan diri ke dalam rumah sambil memanggil ahli keluarganya untuk membuka pintu dan lampu. Memang seram!

Allahuakbar, Astaghfirullahalazim!

Warganet yang membanjiri ruangan komen turut mengakui video berkenaan menyeramkan di mana rata-ratanya mendakwa memang terdapat kehadiran makhluk ghaib yang dirakam oleh gadis berkenaan. Malah, ada yang juga yang mendakwa makhluk berkenaan sebenarnya telah memberi petanda awal kehadirannya menerusi kamera video yang kabur selain terdengar bunyi seakan suara sedang menangis.

Tunjuk kat ustaz, memang ustaz cakap ‘benda’ tu betul

Dari awal dia dah bagi ‘hint’ kamera kabur

Video hantu paling ‘real’

Sumber: TikTok Diana

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Kucingasm Media dan Kucing Media Online

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *