Bengang dengan sikap rider yang hantar makanan. Patutlah Sofea Jane bengang rupanya ini yang terjadi.

Viral

Pelakon terkenal, Datin Sofia Jane, meluahkan rasa berang terhadap sikap pengguna jalan raya yang suka jalan masa lampu merah. Pelakon Wanita Terbaik Anugerah Skrin (ASK2007) menerusi drama Sebuah Ijtihad itu menasihati penunggang motosikal supaya mengikut undang-undang jalan raya dan hormatilah pejalan kaki yang mahu melintas.

“Saya mohon penunggang motosikal yang menghantar makanan, berpada-padalah. Lampu merah jangan main lnggr. Orang nak lintas jalan seperti berhadapan dengan maut setiap kali di lintasan. Saya faham kalian nak capai kuota harian tapi janganlah sampai nak menjemput ma.ut.

“Siap hon mereka di lintasan pejalan kaki. Kalau memandu di kawasan perumahan, perlahanlah. Kanak-kanak, orang tua nak berjalan pun payah, takut dilnggr. Apa nak jadi ni? Dah tak ada undang-undang jalan raya ke? Ini baru motosikal, belum lagi saya meroyan fasal pemandu kereta,” ujarnya.

Dalam perkongsian berlainan di Twitter, Sofia pernah menyaksikan kejadian hampir meragut nyawa kanak-kanak oleh sikap pemanduan pemandu kereta di parkir. “Bawak kereta macam samseng di tempat letak kereta. Belum lagi jalan raya. Saya pernah lihat kanak-kanak berlari di parkir dan hampir-hampir dlnggr kereta yang bawa laju!” ciapnya.

Sumber : Utusan Online via asn

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! TTK

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Ramai sangat yang pertikaikan harga makanan beli online tak masuk akal dari beri sendiri di kedai. Sekali lelaki ini bongkarkan sebab kenapa terpaksa jual dengan harga mahal.

Harga makanan dan minuman yang ditempah secara online mengunakan aplikasi penghantaran yang le­bih tinggi dianggap membebankan pelanggan memandangkan kumpulan itu perlu membayar caj penghantaran.

Tinjauan Kosmo! mendapati harga makanan di kedai dan restoran meningkat sehingga 30 peratus bagi satu menu berban­ding bayaran yang dikeluarkan bagi pelanggan yang datang secara terus ke premis.

Harga makanan dan minuman di dalam aplikasi itu tidak termasuk caj penghantaran yang mencecah RM6 bergantung kepada jarak. Seorang pekerja swasta, Siti Nuramalina Azmi, 26, menyifatkan harga makanan bagi peng­guna aplikasi penghantaran terlalu mahal.

“Sebagai pelanggan, kita perlu membayar caj penghantaran, tetapi harga makanan pun mahal berbanding membeli di kedai. “Harga semangkuk mi di kedai mi­salnya RM12, tetapi sekiranya memesan guna aplikasi harga­nya melonjak RM16 tidak termasuk caj penghantaran dan cukai,” katanya kepada Kosmo! semalam.

Nuramalina berkata, kenaikan harga itu menyebabkan per­belanjaan yang diperuntukkan untuk membeli makanan bertambah setiap bulan. Bagi Ahmad Haziq Azman, 29, dia mengambil langkah membeli di kedai selepas menyedari harga bagi tempahan menggunakan aplikasi didapati ‘tidak masuk akal’.

“Sebelum ini, saya berbelanja RM200 seminggu membeli makanan guna aplikasi, kini saya dapat berjimat RM100 (seminggu) apabila membeli sendiri di kedai,” katanya. Ahmad haziq menyeru kerajaan supaya campur tangan bagi meneliti ketelusan harga makanan yang ditempah dalam aplikasi yang didakwa tidak selaras.

Di Johor, orang ramai yang ditemui turut mengakui harga makanan yang ditempah menggunakan aplikasi meningkat RM3 hingga RM5 bagi satu menu. Suri rumah, Siti Noor Asiah Muda, 32, berkata, perbezaan harga itu sedikit membebankan lebih-lebih lagi rakyat berdepan berdepan pelbagai cabaran di musim pandemik ketika ini.

“Harga nasi goreng biasanya RM7 hingga RM9, tetapi harga bagi tempahan menerusi aplikasi RM12 hingga RM15 sepinggan,” katanya ketika ditemui di Larkin. Di Pulau Pinang, seorang pe­langgan, Khairul Amri Shamsudin, 30, mengakui selesa membeli sendiri makanan di kedai kerana boleh membuat pilihan selain harganya yang lebih rendah. Katanya, pilihan makanan bagaimanapun terhad disebabkan pergerakan hanya melubatkan radius 10 kilometer disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan.

“Kadang-kadang saya buat tempahan guna aplikasi sekiranya keadaan terdesak,” katanya. Bagi peniaga, Mohd. Syafril Yusop, 30, pula, dia mengakui memang terdapat perbezaan harga bagi pelanggan yang datang ke premis dan memesan melalui aplikasi.

“Nasi goreng ayam misalnya dijual RM8, namun sekiranya pembeli memesan melalui aplikasi mereka perlu membayar RM11. Saya akui peningkatan ini menyebabkan bilangan pelanggan (online) merosot,” katanya. Syafril berharap masalah ini dapat diselesaikan ke­rana memberi kesan bukan sahaja kepada peniaga, malah pelanggan.

KENAPA HARGA TERPAKSA DINAIKKAN

Sementara itu, seorang lagi peniaga, Azizan Che Harun memberitahu, pihaknya terpaksa meletakkan harga berbeza bagi pesanan melalui aplikasi di­sebabkan caj 33 peratus bagi satu tempahan yang dikenakan oleh pe­ngendali aplikasi.

“Sekiranya meletakkan harga sama, bagaimana kami hendak dapat untung. Mereka (pengendali aplikasi) sudah kenakan caj kepada peniaga,” katanya. Pengusaha restoran, Mohd. Hafizul Fadli Hatip, 39, pula memberitahu, dia mengambil inisiatif berbeza apabila menggunakan khidmat penghantar makanan sendiri.

“Keadaan ini memberi situasi­ menang-menang kepada pe­langgan, peniaga pun boleh ‘ber­nafas’ lebih-lebih lagi di musim pandemik ini,” katanya. Kosmo! sebelum ini melaporkan peniaga yang

bergantung kepada penyedia perkhidmatan penghantaran makanan merayu agar pengendali aplikasi me­ngurangkan kadar komisen yang disifatkan terlalu tinggi ketika ini. Peniaga makanan mendakwa, mereka perlu membayar komi­sen kepada pengendali aplikasi itu sehingga 30 peratus dari­pada harga setiap makanan yang ditempah para pelanggan.

Sumber : KOSMO ONLINE

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Rider Tidak Dibenarkan Hantar Makanan Terus Kepada Pelanggan. Boleh Dikenakan Kompaun Pula Sekiranya Ingkar.

Ketika musim pandemik ni, ramai orang hanya bergantung kepada penghantar makanan untuk mendapatkan bekalan kerana tak mahu risikokan diri keluar dari rumah. Bagi mengurangkan risiko jangkitan, pihak pengurusan strata telah melarang penghantar barang atau makanan untuk bertemu secara terus dengan penghuni bangunan.

Sebaliknya, Selangor Kini melaporkan Ketua Unit Penguatkuasa Cawangan Pengurusan Strata Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) meminta agar pihak pengurusan bangunan menyediakan tempat khas untuk meletak barangan pesanan tersebut. Inspektor Mohammad Izzat Hassan berkata tindakan kompaun boleh dikenakan sekiranya ada pihak yang mengingkari peraturan.

Jika mereka membenarkan penghantar terbabit atau pelawat masuk kediaman penghuni, tindakan kompaun boleh dikenakan kerana melanggar SOP yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN). “Selain memastikan keselamatan semua, kita juga mahu mengekang wabak Covid-19 daripada menular. Tiada lagi kompromi dan tindakan akan diambil jika ada yang mengingkari peraturan.” Tak cukup dengan itu, Mohammad Izzat turut berkata sistem keselamatan pihak strata kini dilihat semakin lemah dan perlu diperketatkan.

Sepanjang pelaksanaan operasi, kita dapati ada pengurusan melakukan kesalahan am iaitu tidak menyediakan cecair pembasmi kuman di pintu masuk, tidak imbas suhu malah ada yang tidak imbas kod MySejahtera. “Setakat ini, kita hanya memberi amaran namun sekiranya didapati kesalahan sama berulang tindakan akan diambil.”

Untuk pengetahuan korang, ‘Strata’ merupakan satu bentuk pemilikan untuk bangunan atau blok berbilang tingkat atau berbilang lapisan petak tanah yang dibangunkan di atas sebidang tanah. Contohnya seperti rumah flat, pangsapuri, apartment, kondominium, townhouse, dan rumah-rumah dalam skim berpagar dan berpengawal. Pun begitu, beberapa warganet telah meluahkan rasa tak setuju mereka dengan peraturan ini dan menganggap ia lebih mendedahkan mereka dengan risiko jangkitan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *