Pemuda ini tetap setia jaga sahabat yang sakit di wad hospital. Sekali tak sedar dah banyak tanda yang dia tunjuk seakan akan bakal pergi.

Kehidupan KESIHATAN Viral

Gelagat seorang rakan yang sedang menukarkan baju Allhyrham menyentuh hati warganet. SATU dalam seribu! Itulah kata-kata yang sesuai bagi menggambarkan usaha seorang pemuda yang sanggup bersusah payah dan bersengkang mata menjaga sahabatnya yang terlantar sakit. Perkongsian itu yang tular di media sosial baru-baru ini memaparkan pemuda berkenaan sedang menukar pakaian sahabatnya di wad dengan sangat berhati-hati benar-benar menyentuh hati warganet.

“Ada insan share dekat group family kami. Tak tahu siapa yang record, mungkin rakan di wad yang sama. Ini sahabat abang… yang setia menemani, menurut kehendak. Satu dalam seribu. Terima kasih,” demikian kapsyen pada video berkenaan. Berkongsi cerita dengan mStar, Rosmina Ismail yang memuat naik video berkenaan di laman Instagram berkata, arwah abangnya, Roslim Ismail, 34, terlantar sakit sejak hampir dua bulan lalu kerana sakit di bahagian jantung. Abang dimasukkan ke hospital ketika awal Ramadan lalu selepas terkena sakit jantung ketika sedang bekerja. Kami sekeluarga terkejut sangat sebab abang sihat sahaja sebelum ini… dia bekerja sebagai buruh dan dia memang biasa buat kerja berat.

Kenangan Allhyrham (dalam bulatan) bersama keluarga ketika meraikan ulang tahun bapa mereka.

“Selepas beberapa hari dirawat, abang dibenarkan keluar hospital. Namun keadaan kesihatannya makin merosot. Dia kerap ulang alik ke hospital dan dimasukkan ke wad kerana keadaan jantungnya lemah. Hinggalah pada 28 Mei, abang sekali lagi dimasukkan hospital berikutan keadaannya yang lemah. Saya dan seorang lagi abang yang tinggal serumah di Pasir Mas, Kelantan, akan ulang alik menghantar barang dan selesaikan urusan hospital. Disebabkan keadaan sekarang, waris tak dibenarkan teman. Hanya datang melawat seketika saja,” cerita wanita berusia 28 tahun ini. Cerita Rosmina, abangnya kemudian memaklumkan bahawa seorang rakannya akan menemaninya di hospital sepanjang dia dirawat.

“Sekarang ni hanya seorang sahaja boleh teman dan wajib buat swab, jadi disebabkan sahabatnya mahu teman, kiranya dia sebagai wakil keluarga kami. Kami sekeluarga sangat terharu apabila sahabatnya, Peyuh (nama panggilan) tawarkan diri nak menemani. Memang masa abang masih sihat, dia selalu bawa Peyuh ni bekerja sekali. Mungkin ada sikap atau kebaikan abang terhadapnya membuatkan dia mahu menemani. Bukan setakat jaga tapi tukar lampin dan macam-macam lagi. Video ini mungkin dirakam oleh pesakit lain di wad atau jururawat. Pada malam abang tinggalkan dunia ia dihantar ke group keluarga kami. Memang sebak… sampai sekarang mengalir air mata kalau tengok video tu,” cerita Rosmina yang merupakan anak keenam daripada tujuh adik beradik.

Kami banyak kali bertanya bimbang menyusahkan dirinya, namun Peyuh ni marah balik… dia kata dia buat semua ini ikhlas.

Menurut Rosmina, Peyuh akan bertindak sebagai perantara untuk menyampaikan apa sahaja pesanan abangnya kepada keluarganya. “Kira-kira lima hari juga Peyuh menemani abang di hospital di Pasir Mas sebelum abang terpaksa dipindahkan ke hospital di Kota Bharu pada 6 Jun.

“Malah, dia yang teman abang dalam ambulans ketika nak ke Kota Bharu, manakala seorang lagi abang saya ikut dengan kereta lain di belakang. Peyuh cerita, abang banyak kali bertanya bimbang menyusahkan dirinya, namun Peyuh ni marah balik… dia kata dia buat semua ini ikhlas. Betul-betul respect dengan sahabat abang yang satu ini,” ujar ibu kepada seorang cahaya mata ini. Hanya sempat dirawat sehari sahaja di Kota Bharu, Rosmina berkata abangnya menghembuskan nafas terakhir pada 7 Jun lalu.

“Selepas abang pergi, ada ramai sangat yang WhatsApp dan cerita pasal abang, antaranya seorang kawan. Ayahnya sama wad dan duduk sebelah katil dengan abang. Dia cerita, abang ni suka tolong orang dalam wad. Sebak rasanya bila dengar. Kemudian kami terbaca status WhatsApp yang dikongsi Peyuh. Rupa-rupanya abang ada cakap kepadanya yang dia dah reda kalau dijemput ajal. Malah abang ada tanya dia, dengan siapa dia nak berkawan kalau abang dah pergi. Abang juga pernah cerita kepada Peyuh yang dia rindu sangat dengan anak tunggalnya yang berusia lima tahun yang dijaga bekas isteri. Kami dah bawa sebenarnya, tapi tak dibenarkan masuk. Dia juga pernah mimpi bertemu ibu. Bila baca apa yang dikongsi Peyuh, memang sedih. Abang seolah-olah nak beritahu dia nak ‘pergi’. Namun kami reda. Perkongsian video itu saya buat sebab nak sampaikan mesej persahabatan dan keikhlasan. Terima kasih Peyuh dan semua yang mendoakan abang saya,” ujarnya lagi.

Sumber : Mstar

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Pernah Hilang Banyak Kawan. Wanita Ini Tampil Buat Luahan Bila Wajahnya Dikatakan Seiras Dengan Seorang Pelakon Ini

Baru baru ini, seorang wanita berusia 23 tahun ini mendedahkan luahan hatinya menerusi aplikasi Tiktok apabila wajahnya disamakan engan pelakon Hanis Zalikha. Ya,menyamakan wajah seseorang dengan individu tak salah asalkan ia tidak dibuat dengan niat mengkritik.

Demikianlah luahan hati seorang wanita berusia 23 tahun yang sering disamakan dengan pelakon Hanis Zalikha sejak lapan tahun lalu, tetapi dalam versi gelap.Nur Fatihah Kamal berkata, bagi dirinya sendiri dia tidak sekali pun pernah mendakwa wajahnya mempunyai persamaan dengan pelakon tersebut.”Bukan saya tak suka orang samakan dengan Hanis Zalikha, tapi kenapa perlu tambah ‘versi hitam’… mestilah saya terasa, ” katanya dalam sebuah video di aplikasi TikTok.

Tiya, dia mendedahkan terpaksa ‘hadap’ dengan kritikan sebegitu sejak di bangku sekolah, ketika pelakon tersebut hangat dalam filem Gngster Celop dan masih belum berhijab.Anak kelahiran Pulau Pinang itu mengakui pelakon tersebut memang jelita tetapi tidak pernah minta disamakan dengannya kerana menggangap setiap wanita mempunyai kecantikan tersendiri.

“Saya sebenarnya tak ada masalah pun cuma kadang-kadang saya akan rasa ‘down’ dan hilang keyakinan diri bila mereka buat perbandingan melampau.”Bukan saja mereka kritik kulit gelap saya, malah dulu masa berat saya 79kg ada yang cakap kalau saya putih dan kurus mesti cantik macam pelakon tu… maksudnya diri saya sebenar ni tak cantik ke?

“Dengar macam biasa, tapi bila ia ditujukan kepada saya mestilah saya terasa. Itu dah kira mempersendakan. Nak samakan atau nak puji silakan tapi tak perlu tambah ayat menyakitkan hati,” katanya.Selain itu, Tiya juga memberitahu dia pernah dipulavkan oleh rakan-rakan kerana dianggap sombong mempunyai wajah seiras dengan artis.

“Ini realiti. Saya banyak hilang kawan. Mereka cakap saya sombong dan bangga muka macam artis. Biasalah perangai budak-budak dulu.”Saya sendiri tak pernah rasa saya macam tu, mungkin mereka menilai dari luaran. Bukan sombong tapi saya rasa rendah diri masa tu, lebih banyak dipersenda daripada dipuji, ” jelasnya.

Menurut Tiya, bagi mengurangkan rasa sakit hati dia akan segera memadam komen-komen negatif yang ditulis di ruangan komen di media sosialnya.”Dulu banyak juga komen negatif dan saya akan cepat-cepat padam supaya saya dah tak baca.”Alhamdulillah sekarang dah kurang sikit. Cuma kalau secara bersemuka saya masih terima kata-kata macam tu, ” ujarnya.

Bagaimanapun, kata pelajar Universiti Sains Malaysia (USM), Pulau Pinang ini, dia sudah banyak belajar bersabar dan mengabaikan segala kritikan.Selain sibuk sebagai pelajar dia juga gigih mencari pendapatan dengan bekerja sambilan dan membuat reviu produk secara live setiap malam di aplikasi TikTok.

“Ada masanya saya kuat atau ketika sibuk memang saya abaikan kata-kata negatif ni. Saya akan fokus lebih pada diri sendiri.”Bagi saya semua orang cantik, tiada cacat cela. Cuma pandangan orang terhadap seseorang itu sahaja berbeza.”Dulu memang kurang keyakinan diri tapi bila mak sentiasa beri kata-kata semangat saya bangkit dan buat apa sahaja tanpa malu.

“Sekarang ada pengikut yang suka dengan cara saya, mereka akan beri sokongan sepenuhnya walau apa jua yang saya buat, ” ujarnya lagi.Dalam pada itu, Tiya yang telah kehilangan bapa pada 2014 mengakui kehidupan keluarganya agak mencabar dan dia bersama adik beradik yang lain berusaha membantu meringankan beban ibu.

Terbaharu, sejak mempunyai pengikut di aplikasi TikTok, Tiya bersama ibunya menjual makanan secara online.Anak bongsu daripada lima beradik ini berpandangan tindakan mengkritik fizikal orang lain tidak sepatutnya berlaku pada zaman moden.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *