Perlis benarkan untuk laksanakan ibadah korbn. Ianya dengan bersyarat dan hanya boleh dilakukan di kawasan ini sahaja.

berita Haiwan Semasa

Negeri Perlis membenarkan ibadah k0rb4n sempena perayaan Hari Raya Aidiladha dijalankan dengan pematuhan ketat prosedur operasi standard (SOP) dan hanya boleh dilakukan di pusat sembelihan. Lapor Astro Awani, Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah bahawa semua masjid hanya dibenarkan untuk mengelola ibadah k0rb4n. Manakala ibadah k0rb4n yang dijalankan oleh agensi kerajaan dan badan bukan kerajaan (NGO) adalah tertakluk kepada keadaan penularan dan perkembangan wabak semasa.

Menerusi kenyataan yang dikeluarkan oleh baginda menerusi Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) hari ini, pelaksanaan ibadah k0rban hanya boleh dilakukan di rumah sembelihan milik kerajaan dan swasta serta premis persendirian yang mendapat kelulusan Jabatan Perkhimatan Veterinar (JPV) Negeri Perlis dan Jabatan Agama Islam Perlis (JAIPs).

Titah baginda lagi yang juga Yang Dipertua MAIPs, mana-mana pihak yang ingin mengelola ibadah k0rb4n hendaklah mengemukakan borang permohonan ibadah k0rb4n 1442H/2021M negeri Perlis kepada Bahagian Dakwah dan Takmir JAIPs selewat-lewatnya tujuh hari daripada tarikh 10 Zulhijjah 1442H (20 Julai). Selain itu, pihak yang mengelola dan menghadiri pelaksanaan ibadah k0rb4n perlulah mendapatkan suntikan vaksin COVID-19 sebagai langkah pencegahan.

Dalam pada itu, aktiviti jamuan kenduri adalah tidak dibenarkan. “Sebagai langkah persediaan untuk solat Aidiladha di tanah lapang, pengurusan masjid adalah diminta untuk melaksanakan persiapan awal dan mengambil langkah-langkah proaktif,” titah baginda.

Sumber: Astro Awani

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Ramai Yang Ingat Orang Lari Balik Kampung Lepas Tular Gambar Lebuhraya Sesak. Sekali Pdrm Tampil Bersuara Lantang Dedahkan Sebab Plaza Tol Sesak.

Gombak: Hampir semua pengguna lebuh raya yang melalui Plaza Tol Gombak didapati cukup syarat untuk melakukan perjalanan rentas negeri menghala ke Pantai Timur. Tinjauan bersama Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Arifai Tarawe, selama lebih empat jam sejak jam 9 pagi mendapati keseluruhan pengguna mempunyai surat kebenaran yang sah sebelum dibenarkan melepasi sekatan jalan raya (SJR) di Plaza Tol Gombak.

Arifai berkata, sebahagian besar yang melalui SJR berkenaan menunjukkan surat kebenaran atas urusan kerja yang disahkan oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) selain surat kebenaran dari pihak polis. “Setiap proses pemeriksaan yang dibuat secara teliti mendapati sebahagian besar pengguna mempunyai surat kebenaran rentas negeri.

“Selain urusan bekerja dan terba.bit dalam perkhidmatan penting, ada antara pengguna juga mempunyai kebenaran atas faktor kecemasan dan perubatan serta Pasangan Jarak Jauh (PJJ),” katanya selepas memeriksa sendiri sebahagian besar pengguna jalan raya di Plaza Tol Gombak, tengah hari tadi.

Bagaimanapun katanya, terdapat 14 pemilik kenderaan diarahkan berpatah balik selepas mereka memberikan alasan tidak munasabah dan mengemukakan dokumen tidak lengkap serta meragukan. “Mereka yang diarah berpatah balik ini membawa rakan sedangkan surat kebenaran adalah untuk faktor PJJ, bagi membolehkan dia bertemu isterinya di Pahang, selain membawa individu lain yang tidak mempunyai kebenaran untuk melakukan perjalanan rentas daerah atau negeri,” katanya.

Mengulas mengenai kesesakan yang panjang lebih satu kilometer ke laluan berkenaan, Arifai berkata berkemungkinan ia disebabkan kenderaan terlalu banyak yang ingin menuju ke Pantai Timur dan memilih untuk melakukan pergerakan pada masa sama antara jam 9 pagi hingga 10 pagi.

Justeru beliau menafikan dakwaan segelintir pihak yang menyatakan bahawa adanya pergerakan luar biasa hari ini sebelum sekatan pergerakan penuh dikuatkuasakan Selasa ini. “Malah kesesakan juga mengambil masa selepas pihak polis membuat pemeriksaan secara terperinci bagi meng.elak masyarakat melakukan sebarang pergerakan rentas daerah atau negeri tanpa kebenaran,” katanya.

Katanya, Polis Daerah Gombak akan mempertingkatkan jumlah SJR dan penguatkuasaan Pasukan Pematuhan menjelang Selasa ini. Dalam perkembangan berkaitan Ketua Pengarah, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, memuat naik gambar kesesakan lalu-lintas di Plaza Tol Gombak dan Plaza Tol Sungai Besi, yang menunjukkan pergerakan besar-besaran menuju ke Pantai Timur dan selatan, pagi tadi.

Katanya, pergerakan secara besar-besaran boleh membawa jang.kitan w.abak dari satu kawasan ke kawasan yang lain dan ia tidak akan membantu dalam usaha untuk membendung penularan jang.kitan v.irus C0vid 19.

Kredit : HMetro/MG

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *