Perkongsian Hafiz Hamidun tarik perhatian warganet. Tak sangka ini yang terjadi pada Lucky.

Haiwan kucing Viral

Hafiz Hamidun menasihati orang ramai agar berhenti melakukan kjaman dengan membuang kucing yang tidak berdosa. KEPRIHATINAN penyanyi Hafiz Hamidun menyelamatkan seekor kucing terbiar yang terseksa menahan sakit mengundang rasa simpati dalam kalangan warganet.

Cerita Hafiz atau nama sebenarnya Mohammad Hafiz Hamidun, 37, pada mulanya dia terhidu bau busuk seperti bangk4i di kawasan lif di pejabatnya di Damansara Perdana. Selepas memeriksa kawasan sekitar, rupa-rupanya bau busuk itu muncul daripada seekor kucing yang sedang menahan kesakitan akibat kesukaran untuk melahirkan anak.

“Saya tengok dia bunting dan nampak anaknya keluar tak habis. Mal4ngnya anak kucing tu dah tiada waktu tu, kepala masih dalam perut. Sebab tu la ada bau busuk di situ,” katanya.

Perkongsian Hafiz Hamidun di Instagram miliknya.

Menurut Hafiz dia kemudiannya segera membawa kucing berkenaan ke klinik veterinar berdekatan untuk melakukan operasi membuang bangk41 anak kucing. Malah Hafiz juga meminta doktor memandulkan kucing berkenaan bagi mencegah perkara tidak diingini pada masa depan. “Selepas ini saya mungkin akan bawa balik dulu sementara menunggu jika ada sesiapa berminat untuk adopt.

Saya tengok dia bunting dan nampak anaknya keluar tak habis… mal4Ngnya anak kucing tu dah tiada waktu tu.

“Saya sendiri sudah ada 11 ekor kucing, jadi saya harap ada pihak yang sedia membelanya… jangan risau segala kos perubatan saya akan tanggung,” katanya. Ujar Hafiz dia sudah menamakan kucing berkenaan sebagai ‘Lucky’. Saya kena sign borang operation tu, kena letak nama dia. Kebetulan masa di klinik ada juga beberapa orang lain, salah seorang antara mereka cadangkan nama Lucky. Saya akan bawa balik sekejap, kalau-kalau ada yang nak adopt Lucky nanti boleh saya bagitahu caranya, mungkin lepas habis full lockdown ke… tengok situasi. So far ada yang dah DM (mesej langsung), tapi rata-rata duduk jauh. Tak apa kita tunggu lagi mereka yang duduk di sekitar Damansara atau Petaling Jaya,” katanya.

Hafiz juga merupakan seorang pencinta si bulu dan mempunyai 11 ekor kucing di rumahnya.

Dalam pada itu penyanyi Belum Termiliki ini, menasihati orang ramai agar berhenti melakukan kekej4m4n dengan membuang kucing yang tidak berdosa. “Nasihat saya simple saja, kalau bela di rumah dan kucing selalu keluar merata-rata, eloklah mandulkan. Tak nak jadi macam ni. Ada yang nak bela, tapi apabila tahu kucing dah bunting, terus buang merata-rata. Simpatilah kepada makhluk ini,” katanya.

Sumber : Mstar

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Kucingasm Media dan Kucing Media Online

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Kucing Yang Dah Tiada Penglihatan Ini Kini Mendapat Perhatian Warganet. Pemiliknya Turut Berkongsikan Soal Pico.

Seekor kucing yang kurang penglihatan jalanan dengan bebola mata besar di Kanada kini mempunyai tuan, lapor laman berita Mirror UK kelmarin. Pico yang merupakan kucing  jenis Norwegian Forest berusia sembilan tahun dibela oleh Marie-Josiee Brisson dan anak perempuannya, Monica.

Pico sebelum ini terlibat dengan kejadian yang tak diingini dan berada dalam keadaan tidak sedarkan diri selama tiga hari sebelum ia dengan ajaibnya sembuh. Marie-Josiee dan Monica yang melawat Pico di klinik haiwan di mana kucing itu ditempatkan terus mengambil keputusan untuk membela kucing itu. Lima tahun lalu, pemilik Pico terdahulu sedar bahawa mata Pico yang berwarna hijau bertukar menjadi kelabu lalu mereka membawa kucing itu berjumpa doktor haiwan dan diberitahu bahawa Pico menghidap penyakit glaucoma di kedua-dua matanya.

“Dahulunya Pico mempunyai sepasang mata berwarna hijau namun ia terkena jangkitan yang menyebabkan terjadinya glaucoma lalu ia terus tak boleh nampak. Kadangkala ia akan terkena perabot dalam rumah ini namun selalunya Pico berada dalam keadaan baik dan kenal kawasan rumah ini,” jelas Marie-Josiee. Pico juga kini merupakan sensasi internet apabila memiliki akaun TikTok dengan 98,000 pengikut. -Agensi

Sumber : Kosmo

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Kucingasm Media dan Kucing Media Online

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Kumpulan Kucing Ini Kelihatan Sangat Teruja Apabila Melihat Pak Cik Ini. Rupanya Ini Yang Selama Ini Dia Lakukan.

Kucing merupakan antara haiwan yang manja dan rapat dengan manusia. Tak kira kucing peliharaan atau liar, pencinta haiwan biasanya mempunyai cara untuk memikat haiwan tersebut menjadi jinak. Dalam video dikongsikan seorang pengguna Twitter, Tok Tek, kelihatan hampir sepuluh ekor kucing jalanan menyambut kehadiran seorang lelaki berbaju merah yang menaiki basikal. ‘Keterujaan’ haiwan tersebut terserlah apabila mereka mengekori dan mengelilingi lelaki tersebut tanpa sempat dia turun dari basikalnya.

“Kucing pun tahu mana satu hamba Allah yang baik hati. Belum turun basikal semua kucing nak ikut hamba Allah ini.”

Sumber: Tok Tek

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Kucingasm Media dan Kucing Media Online

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Tular Kecerdikan Si Bulus Ini Yang Ambil Keputusan Ini Setelah Terduduk Dalam Kereta. Sekali Ada Warganet Yang Perasan Sesuatu Ini.

Setiap orang yang memilik kucing pasti mudah terhibur dengan telatah dan perangainya. Telatah mereka tu kadang-kadang sampai ada yang tak masuk akal dan tak kurang juga bijak dalam perkara tertentu. Kali ni admin nak share pasal seekor kucing yang terperangkap dalam kereta dan minta bantuan dari tuannya dengan tekan double signal. Bijak sungguh kan. Cuba korang tengok tweet dan video oleh @hanisschokman kat bawah ni.

Bijak betul

Admin tak tahu macam mana kucing tu boleh masuk dalam kereta. Lepas tu yang admin paling tak boleh brain dia pandai tekan hazard light pulak tu. Mungkin kebetulan macam tikus tekan button dalam cerita Avengers: End Game tu. Itu yang menjadi tanda tanya. Macam mana dia tahu hazard light kat mana. Pastu tahu pulak tu function hazard light utk kecemasan. Hebat betul kucing ni.

Kann. Geram admin tengok perangai kucing tu. Kenapa lah pegi lepak dalam kereta pastu terlock dalam tu. Nasib baik tuan dia nampak. 

Rasanya memang ada spesis kucing yang suka lepak dalam kereta kot. Lepas tu tidur dalam tu. Nasib baik tak berak kencing dalam tu. Kalau tidak satu kerja pulak nak bersihkan.

Sumber : Lobak Merah

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Kucingasm Media dan Kucing Media Online

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Tular Kelakuan Kucing Ini Yang Kekal Tenang Apabila Pemiliknya Lakukan Ini. Ternyata Ini Yang Ingin Ditunjukkannya.

Tular seorang lelaki di Vietnam oleh kerana kaedahnya yang unik untuk mengajar anaknya bagaimana cara memandikan baby dengan menggunakan kucing. Yang menakjubkan, kucing tersebut sangat tenang dari mula hingga tamat sesi pembelajaran tersebut.

Video yang dimuat naik di Facebook pada 7 November lalu oleh Vinh Quang Phạm menunjukkan Ông nội (lelaki tersebut) memegang kucing peliharaan keluarganya pada tangannya dan menjelaskan kepada anaknya bahawa dia haruslah menyokong kepala bayi semasa mencuci badan. Dia menunjukkan cara-cara untuk membasuh kepala bayi dengan selamat, ibu atau orang yang lebih dewasa harus memangku bayi dan seterusnya balutkan tuala pada badannya untuk elak dari demam.

Lelaki tersebut turut mengajarkan cara memercikkan air ke wajah bayi dengan betul dan berhati-hati agar air tidak masuk ke dalam telinga bayi. Sepanjang proses itu, kelihatan mata kucing tersebut tertutup rapat seolah-olah menikmati khidmat percuma itu. Walaupun lelaki itu berhak mendapat pujian kerana amat mementingkan keselamatan bayi, banyak juga pengguna media sosial kagum dengan ketenangan yang ditonjolkan kucing itu sepanjang prosesnya.

“Kucing ini seharusnya menjadi ‘Alien Impostor’ mana ada kucing di Bumi ini yang berkelakuan baik seperti itu. Saya juga mempunyai banyak kucing di rumah, jadi saya tahu,” kata seorang pengguna laman muka buku itu di ruangan komen dalam bahasa Vietnam.

Sumber- Nextshark, Facebook Vinh Quang Phạm

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Kucingasm Media dan Kucing Media Online

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Pemuda Ini Tak Sangka Dikejar Oleh Si Bulus Peliharaannya Selepas Ambil Sesuatu Ini. Sekali Sebabkan Ini Abang Tak Boleh Maju Ke Depan.

Muhammad Amirul menjadi perhatian selepas videonya berlari dikejar kucing menjadi tular. Fuh! Berdesup laju. Seperti acara lumba lari di balapan, seorang pemuda dirakam sedang berlari membuat pusingan di halaman rumah yang luas. Menerusi sebuah video yang tular di media sosial, selain kepantasan larian pemuda berkenaan, turut dapat dilihat beberapa ekor kucing yang mengejarnya. “Jap, ni abang you takut kucing ke atau dia ada pegang makanan kucing yang kucing tu kejar macam tu?” komen warganet.

Muhammad Amirul membela empat ekor kucing di kampungnya.

Pengguna akaun Twitter yang memuat naik video tersebut di laman sosial, Nur Fazera Natasha Kamaluddin berkata, pemuda dalam rakaman itu adalah abangnya, Muhammad Amirul Hanis yang berusia 16 tahun. Remaja berusia 15 tahun itu memberitahu, aksi abangnya bersama empat ekor kucing itu dirakamkan oleh ibu saudara mereka di sebuah kampung di Johol, Negeri Sembilan.

“Abang bukan takut kucing, tapi sebenarnya dia adalah pencinta kucing. Kucing-kucing yang kejar itu peliharaan abang, dia tinggal dengan nenek di kampung. Masa tu abang bawa lari makanan kucing, tapi saya pun tak sangka pula kucing-kucing tu gigih kejar dia sampai macam tu sekali,” katanya.

Nur Fareza berkongsi video mengenai abangnya.

Nur Fazera berkata, abangnya yang merupakan anak sulung daripada empat beradik itu berlari membuat pusingan kerana halaman rumah nenek yang luas.

“Abang tak boleh terus lari ke depan sebab ada kebun dan kawasan hutan. Jadi, abang terpaksa pusing balik untuk kembali kepada kucing-kucing dia dan bagi makan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *