Tular ingatkan air karat yang ada atas rumah. Sekali terkejut apabila kepala terjulur macam ni.

Haiwan Info Petua

Keadaan musang yang ditemui selepas siling di bahagian bilik air dipecahkan. INGATKAN air karat yang menitik, rupa-rupanya sesuatu yang tak pernah dibayangkan! Seorang pengguna Facebook yang hanya ingin dikenali sebagai Berung Marah berkata air warna merah yang disangka air karat yang menitik dari siling bilik air rumahnya sebenarnya ‘datang’ dari bangkai seekor musang. Menurut pemuda itu, semuanya bermula apabila dia dan ahli keluarga lain terhidu bau busuk dari dalam bilik air sejak beberapa hari lalu.

“Dalam dua tiga hari lepas bilik air saya ni berbau semacam, macam bau Clorox pun ya. Lepas tu tiba-tiba ada air menitis dari siling, saya fikir mungkin sebab hujan, tak pun air karat. Tapi pelik juga sebab baunya masam, ada juga terdetik air merah kehitaman ni macam darah,” katanya.

Berasa pelik dengan apa yang dihidu, mereka sekeluarga membuat keputusan untuk memecahkan siling bilik air dalam usaha mencari punca bau busuk tersebut. “Pagi Selasa lalu lepas basuh bilik air bau tu ada lagi, masa tu kami dah rasa ada sesuatu yang tak kena jadi kami berbincang dan setuju untuk pecahkan siling. Yang pecahkan bumbung tu ‘superhero’ rumah kami iaitu bapa saya… saya bagi moral support dari bawah. Lepas dah pecahkan sikit, nampak kepala binatang terjulur… memang dah tak ada moral support daripada saya dah. Saya terus hilang semangat, lari keluar rumah muntah,” katanya mengimbas mengenai kejadian yang tak disangka-sangka itu.

Bangkai musang dalam keadaan tergantung sebaik sahaja siling dipecahkan.

Katanya, musang yang bersaiz sangat besar itu ditemui dalam keadaan sudah keras. Bercerita tentang detik sebelum siling dipecahkan dia berkata mereka sekeluarga cuma menganggap kesan tompokan di siling bilik air itu berpunca dari bumbung bocor. “Masa tu tak ada rasa suspicious sangat sebab tengah musim hujan, air karat mesti mengalir. Rupa-rupanya… eee yek!” katanya sambil menambah bangkai haiwan itu telah ditanam.

Musang besar ini telah ditanam di satu kawasan berhampiran rumah.

Tambahnya lagi, kehadiran musang bukanlah sesuatu yang asing di kawasan perumahannya yang terletak di Johor. “Sebelum ni memang setiap malam musang ‘berlari berkejaran seindah bunga di taman’ atas bumbung rumah kami, siap curi makan pisang lagi. Kalau masa solat tarawih dekat masjid pun ‘mereka’ jugalah yang banyak memeriahkan masjid,” katanya.

Masa tu tak ada rasa suspicious sangat sebab tengah musim hujan, air karat mesti mengalir. Rupa-rupanya… eee yek!

Pemuda ini berkata, dia terdahulu berkongsi kisah musang yang telah pergi ini di group Tukang Apa hari Ni di Facebook untuk bertanya apa yang perlu dibuat dengan siling yang sudah pecah dan masih tinggalkan bau serta kesan kurang menyenangkan. “Laju je semua bagi fakta dan pengalaman tentang musang dan ada yang bagi cadangan, memang terbaik la group tu. Sekarang dah macam-macam benda campak kat dalam lubang tu (atas bumbung)… arang, daun pandan, Clorox, selain ada yang bagi cadangan letak biji kopi, tepung gandum… dah macam resepi hidangan minum petang,” katanya berseloroh.

Tangkap layar posting Berung Marah dalam group Tukang Apa Hari Ini (Tahi).

Menurutnya, sehingga kini bau tersebut masih belum hilang. “Mungkin selepas keluar mereka yang baca kisah saya boleh beri cadangan cara nak hilang bau bangkai tu,” guraunya lagi.

Sumber : Mstar

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Tular Pemuda Tersebut Terkejut Apabila Rumah Banjir. Sekali Rupanya Si Bulus Yang Lakukan Macam Ni.

Cuba bayangkan, anda baru sahaja bangun daripada tidur dan tiba-tiba rumah anda banjlr. Inilah yang terjadi kepada seorang lelaki dari Singapura yang dikenali sebagai Zul.

Namun, banjlr tersebut bukanlah disebabkan oleh hujan lebat, tapi kuclng-kuclngnya buka paip air semasa dia tengah tidur pada waktu tengah malam! Kisah ini dikongsikan oleh Zul dalam satu video yang dikongsikan di TikT0k. Menurut Zul, ini bukanlah kali pertama rumahnya tiba-tiba ‘banjlr’ disebabkan kenakalan kucing-kucingnya, sebelum ini juga pernah terjadi kejadian yang sama. “Dia boleh main air…yang kena bersih aku. Nasiblah parents aku takde”, ujar Zul dalam videonya.

Lucvnya dalam video tersebut, kuclng-kuclngnya tanpa rasa bersalah mel0mpat-l0mpat di lopakan air seperti dunia ini mereka yang punya. Malah, kelihatan seek0r kucing sedang duduk di paip air yang meng4lir, seolah-olah dia ialah penjaga paip tersebut.

Meninjau di ruangan komen pula, rata-rata warganet terhibur dengan gel4gat Zul dan kuclng-kucingnya. Malah, ada yang beranggapan mungkin kucing tersebut mahu mandi di kolam kerana kepanasan di musim pnas ini. Siapa pernah kena situasi yang lvcu melibatkan kuclng? Kongsikan pengalaman anda di ruangan komen!

Sumber:LM

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Kucingasm Media dan Kucing Media Online

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Antara Sakit Kucing Yang Wajib Diketahui Oleh Pecinta Kucing. Ianya Mungkin Berlaku Pada Si Bulus Anda.

Sakit kucing merupakan sesuatu yang jarang diperhatikan sebagai pemilik. Padahal, sekarang ini begitu banyak orang yang hobi memelihara kucing. Mulai dari kucing-kucing langka sampai kucing-kucing yang biasa kita temui di jalanan. Sebenarnya memelihara kucing bukanlah hal yang sulit, namun bukan bererti kucing juga tidak lepas dari bahaya sakit baik dari virus mahupun bakteria.

Penyebab sakit kucing yang paling sering ditemui adalah dari makanan. Makanan kucing ternyata dapat menimbulkan berbagai penyakit. Sakit yang paling sederhana adalah tersedak, muntah, bahkan alergi.  Bahkan, beberapa jenis penyakit yang berasal dari virus dan bakteria termasuk dalam kategori penyakit kucing yang memudaratkan. Sebahagian mungkin masih boleh ditangani dengan vaksin namun banyak juga yang belum ada puncanya di Indonesia.

Untuk itu memerlukan rawatan keseluruhan dalam merawat kucing yang merupakan bukti kepedulian dan kasih sayang kita terhadap kucing. Untuk merawat kucing secara keseluruhan, kita wajib mengetahui sakit kucing yang memiliki berbagai macam sebab dan dampak,

Di4betes dan Feline Leukimia Virus

1. Diabetes

Sama dengan manusia, kelebihan karbohidrat dapat mengakibatkan kucing diabetes. Kucing gemuk yang malas bergerak, lebih rentan terkena sakit ini. Adapun gejala-gejalanya adalah sebagai berikut: – Penurunan berat badan yang mendadak meski makannya banyak. – Peningkatan air, kucing menjadi banyak minum. – Kencing secara berlebihan dan tidak wajar. – Nafsu makan yang berlebihan. Penanganan awal untuk sakit kucing diabetes, adalah dengan memberikan makanan yang disyorkan bagi kucing yang mengalami di4betes. Makanan rekomendasi ini dapat ditemukan di petshop terdekat.

2. Feline Leukimia Virus

Sakit ini disebabkan virus yang menyerang sistem kekebalan tubuh. Feline Leukimia Virus dapat mengakibatkan berbagai bentuk kanker dan sakit lainnya yang terkait. Virus ini datang kerana berbagai makanan dan tempat air yang terkena atau kontak dengan urine, feses dan air liur dari kucing yang terinfeksi. Penyakit kucing ini juga dapat disebabkan oleh induk yang telah terinfeksi kemudian menular pada janin dalam rahim. Meski tanda-tandanya beragam dan akan terlihat dalam jangka waktu bertahun-tahun, namun beberapa gejala yang dapat dikenali, antara lain: – Nafsu makan hilang dan turunnya berat badan. – Kejang, kelelahan dan demam. – Stomatitis. – Gingivitis (gusi). – Anemia. – Diare. – Pembengkakan pada kelenjar getah bening. – Lesi kulit, semacam jaringan abnormal pada kulit. – Sakit kuning. – Anisocoria atau pupil mata kanan berbeda ukuran dengan pupil mata kiri. – Infeksi pada kulit, kandung kemih dan saluran pernafasan. Pemberian Vaksin pada kucing dapat mencegah salah satu sakit kucing ini. Dengan selalu memperhatikan tingkah dan kesihatan kucing, kita dapat mencegah terjadinya sakit ini.

Sumber : Liputan

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Kucingasm Media dan Kucing Media Online

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *