Tular kucing yang sering julurkan lidahnya. Sampai ada warganet yang hairan dengan tingkah lakunya.

Haiwan kucing Viral

Saat ini banyak sekali orang yang memelihara kucing karena sifatnya menggemaskan. Terkait hal tersebut, kebelakangan ini tular sebuah video tingkah kucing yang bikin warganet hairan. Perkongsian oleh akaun binggo.ig, Minggu (11/4) di Instagram, tampak kucing yang sedang dipangku oleh seorang wanita di dalam kereta. Namun, tingkah kucing tersebut bikin warganet terhibur, sebab kucing itu menjulurkan lidah dan termengah-mengah.

“Kebanyakan gaul sama anjing,” tulis akaun tersebut. Pada umumnya, kucing juga menjulurkan lidahnya, tapi tidak selalu seperti anjing, kerana kucing hanya menjulurkan lidah pada saat tertentu. Seekor pakar kucing bernama Amy Shojai mengatakan, kalau kucing menjulurkan lidahnya berhubungan dengan cara mereka mengetahui lingkungan sekitarnya. Ketika kucing menjulurkan lidahnya, hal ini juga biasa disebut sebagai respons Flehmen atau mulut yang ternganga.

Hingga kini perkongsian tersebut viral di sosial media. namun ada juga warganet yang menduga kucing itu menjulurkan lidah karena diduga stres. “Kucing stres itu mungkin belum biasa dibawa naik kereta,” kata akaun khayya_r.a. “Kalo dari ekspresinya stress itu mungkin disebabkan tidak pernah bawa jalan jauh dengan menaiki kenderaan,” tutur akaun donieansyah.

Sumber : Yahoo!berita

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Kucingasm Media dan Kucing Media Online

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comel Je Kucing Ni Setiap Hari Setia Menunggu Penjaga Nya Di Parking Kereta Dengan Harapan Dapat Jumpa Penjaganya. Rupanya Ini Yang Berlaku.

Menyebut tentang haiwan yang setia, pasti ramai yang akan menjawab anjing adalah haiwan yang paling setia dan cenderung untuk melindungi tuannya. Berlainan dengan kucing yang lebih gemar menundukkan tuan mereka. Tetapi sebenarnya, kucing juga merupakan haiwan yang setia walaupun tidak sesetia anjing.

Kucing memiliki personaliti yang unik di mana ia menyayangi tuan mereka tetapi enggan mematuhi arahan tuan. Pakar h4iwan menyatakan bahawa salah satu tips untuk membuatkan kucing setia dengan anda adalah anda terlebih dahulu perlu memaparkan kesetiaan dan memenuhi seg4la keperluan mereka. Dalam erti kata yang lebih mudah, jika anda ‘membelai mereka, maka mereka juga akan membelai anda’. Begitulah yang terj4di kepada seekor kucing terbiar yang sentiasa berada di sebuah kawasan parkir bawah tanah dan ‘bermesra’ dengan orang yang lalu-lalang di kawasan itu. Menurut seorang wanita, dia sering melihat kelibat kucing itu berada di kawasan parkir berkenaan. Katanya, kucing ini sangat manja dan sering menggoyang-goyangkan ekornya setiap kali melihat wanita itu menghampiri.

Namun tidak ramai yang tahu mengenai kisah sedih yang pernah dilalui oleh kucing berkenaan. Dari luaran, kucing ini kelihatan gembira dan sering bermain dengan manusia. Tetapi tiada siapa pernah mengetahui siapakah pemilik asal kepada kucing yang comel ini. Sebenarnya, dahulu kawasan parkir ini dijaga oleh seorang pekerja yang bertanggungjawab mengutip bayaran parkir daripada setiap pelanggan.

Bersama-sama dengan pekerja itu, kucing ini akan menemani tuannya bekerja setiap hari tanpa rasa jemu. Bagaimanapun, sistem parkir di kawasan itu telah ditukar kepada sistem automatik dan menyebabkan pekerja tua itu terpaksa diberhentikan kerja. Lebih memilukan lagi, pada suatu hari, pekerja itu telah terlibat dalam kejadian yang tak diingini sekali gus menyebabkan mendi4ng tidak sempat untuk mengucapkan selamat tinggal kepada kucing kesayangannya.

Jadi, si kucing mulai berasa resah kerana sudah lama tidak bertemu dengan tuannya lantas terus membawa dirinya ke kawasan parkir berkenaan dengan harapan dapat bertemu dengan tuannya di situ. Anak kepada mendiang penjaga parkir itu pernah berusaha untuk membawa pulang kucing itu ke rumah mereka namun kucing ini tetap akan keluar rumah dan datang ke kawasan parkir itu.

Akhirnya, pihak syarikat mengambil keputusan untuk membiarkan kucing itu berkhidmat sebagai penjaga parkir yang baharu dengan bayaran gaji berbentuk makanan enak untuknya. Sememangnya bukan semua kucing akan bertindak sombong dengan manusia. Haiwan juga terbukti memiliki sifat penyayang dan setia yang sangat tinggi kepada tuan masing-masing. Justeru, janganlah kita sewenang-wenangnya mengapa-apakan mahupun melakukan penganiay44n kepada haiwan-haiwan terbiar ini.

Sumber: nepalivibes via majalah-harian

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Becca Kini Jalani Hidup Begini Setelah Berhijrah Ke Brunei. Sampai Suka Lakukan Sesuatu Ini.

Kucing jalanan atau stray cats memang banyak dilihat berkeliaran di  serata tempat termasuklah institut pengajian tinggi (IPT). Para pelajar pula rajin memberi makan dan membelai si ‘manja’ apabila mereka ternampak haiwan tersebut. Akan tetapi, berbeza pula kisahnya apabila seorang student terlalu sayangkan seekor stray cat hingga sanggup lakukan apa sahaja demi haiwan berkenaan.

Pernah mengandung tapi kandungan tak dapat diselamatkan. Menerusi Twitter, Dr. Amali Amin berkongsi kisah mengenai penghijrahan seekor kucing betina bernama Becca ke Brunei. Haiwan tersebut telah dijaga baik di UIA oleh rakannya bernama Azrina. Sebelum berhijrah, si ‘comel’ berkenaan pernah mengandung tetapi tidak berjaya kerana menghadapi beberapa komplikasi pada kandungannya.

Jadi semakin manja di Brunei. Becca telah dijaga dengan baik oleh Azrina sehinggalah dia mengambil keputusan untuk membawa haiwan berkenaan pulang ke Brunei. Prosesnya berjalan lancar dan si ‘bulus’ itu kelihatan semakin manja pula di sana. Hal ini kerana, kehidupan baru kucing tersebut begitu mewah serta dimanjakan oleh gadis berkenaan sehinggakan dia enggan keluar dari rumah.

Dah berisi dan suka dengar orang mengaji. Selain itu, si ‘manja’ kelihatan semakin berisi juga dan apabila tuan barunya sedang mengaji, kucing betina ini akan datang serta duduk berhampiran. Menurut doktor berkenaan, Becca disayangi oleh ramai pihak dan pasti diingati oleh pelajar atau alumni IPT berkenaan.

Sumber: Twitter @DrAmaliAmin

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Kucingasm Media dan Kucing Media Online

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Pemuda Ini Akui Rasa Sebak Apabila Epot Diuji Sebegini. Sampai Ini Yang Epot Buat Sebelum Dia Pergi.

Salah satu haiwan peliharaan yang menjadi pilihan kebanyakan rakyat Malaysia ialah kucing. Haiwan jinak ini mempunyai daya tarikannya yang tersendiri sememangnya akan membuat penggemar kucing menyayanginya lebih dari apa pun. Haiwan ini turut memiliki hubungan paling rapat dengan manusia berbanding haiwan lain dan akan membuat pemiliknya merasai kesedihan apabila kucing kesayangan mereka pergi buat selama-lamanya. Begitulah yang dilalui oleh seorang pemilik kucing yang meluah rasa sedih setelah 10 tahun membelanya. Menerusi Facebook Azhar Kingfisher, kucing peliharaannya yang telah pergi tidak boleh dicari pengganti.

Bela sejak tahun 2010

Terima kasih Ya Allah. Kerana hadirkan seekor kucing dalam keluarga dan hidupku yang diberi nama Epot. Asalnya kucing orang, dengan berloket dileher. Mungkin keserasiannya dengan aku membuatkan si Epot tak mahu pulang ke rumah tuannya. Walaupun sering kali tuannya datang ambil. Sampai la suatu hari tuannya menanggal loket dilehernya. Berertinya bebas pada waktu itu. Dan secara tidak langsung aku menjadi penjaganya pada tahun 2010.

Jaga rumah dari binatang lain

Pada tahun itu juga aku dikurniakan rezeki anak sulung. Epot bukan la seekor kucing jantan yang mahal. Mungkin kacukan dari kucing kampung dgn British Shothair. Membuatkan aku tertarik dan amat menyayangi tentang dirinya dalah disebabkan kesetiaan kepada tuannya. Menjaga rumah dari binatang-binatang yang tak sepatutnya berada dikawasan rumah. Malahan anjing pun dia kerap bergaduh. Sampai koyak telinga dia. Boleh dikatakan penjaga kawasan la. Apa yang membuatkan aku terharu dan amat menyayangi Epot. Dia seakan-akan memahami perasaan kita. Memahami apa yang kita cakap. Kalau dia buat salah, contoh kencing dalam rumah. Epot tak akan masuk rumah selagi tak panggil masuk. Hanya duduk depan pintu. Macam tau dia ada buat salah. Sekali tu jer la pancut dalam rumah. Lepas tu tak dah.

Macam faham perasaan tuannya

Si Epot ni dia tak pandai bergurau manja macam kucing lain. Kalau kita bergurau macam kucing lain, nak manja-manja, confirm merasa kuku dia.Hahaha. Berapa orang dah kena.Tuan sendiri pun kena. Kadang bila kita moody ke, penat ke, dia seakan memahami. Datang cium kita. Laga-lagakan kepala dia dengan kita. Bila malam, dia akan masuk rumah, dia akan tidur disebelah anak-anak aku.

Ada masa dia akan tidur di bahu aku. Bila kita balik dengar bunyi moto ke, lori ke, berlari dia menuju ke pintu rumah. Konon-konon penghormatan kepada tuan la tu. Macam dia diajar pulak. Kalau sehari aku tak nampak dia, mesti aku menjerit panggil nama dia, EPOOOTTTTTT.

Sampai jiran tau dah. Kadang siap orang bagitahu dah dia ada kat mana kat mana. Kalau area Simpang Lima Kampung Sitiawan dekat dengan kedai toke tu. Orang gelar dia kucing gangster. Habis kucing jantan dengan anjing kawasan tu dikerjakannya. Hampir 10 tahun dia bersamaku. Dari lumut pindah ke Kampung Sitiawan sampai la pindah ke rumah sendiri.

Sakit demam terlalu panas

Hari ni 18hb april 2020 jam 2205. Epot telah tinggalkan kami sekeluarga. Dia sakit start hari pertama PKP. Hari kelima PKP aku bawa dia pergi klinik. Doktor cakap dia demam terlalu panas. Ubat klinik, ubat tradisional habis aku bagi pun tak kurang juga. Start dari mula dia sakit sampai ke akhir hayat dia langsung tak makan. Bini aku menjadi jururawat dia. Bagi makan ubat. Suapkan air. Lapkan taik mata dia. Hampir sebulan bini aku jaga macam anak dibuatnya. Tipu la kalau tak sedih. Sedih, satu keluarga menangis. Aku tak la menangis, cuma meleleh air mata je.

Tiada lagi pengganti dirinya

Sebelum Epot pergi, dia menjerit-jerit mungkin memanggil aku. Bila aku datang gosok kepala dia. Dia diam, tercungap-cungap. Apa yang Epot nak sampai pun aku tak tau. Aku cakap kat dia. Epot pergi jela. Allah panggil. Esok-esok kot jumpa kat sana ye. Terlihat air mata dia meleleh. Kesusahan dan kesenangan dia bersama dan disisiku. Sebelum ni, balik je trip jarak. Balance ikan umpan mesti aku kutip. Teringat kat jantan sekor tu, Epot. Ada rezeki dia nak makan ikan. Lepas ni takde dah la. Memang dia seekor binatang, tapi perasaan memahami lebih dari seorang manusia. Mungkin tiada lagi pengganti dirinya sebagai binatang kanan diriku, mahu pun penjaga rumahku.

Selamat jalan sayangku.

Sumber: Azhar Kingfisher

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Kucingasm Media dan Kucing Media Online

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *