Baru nak bersuka ria sambut hari jadi rakan. Sekali 8 remaja dikenakan kompaun Rm5 ribu seorang gara gara tidak patuhi arahan yang telah ditetapkan oleh pihak kerajaan.

Uncategorized Viral

Berikutan perintah kawalan pergerakan (PKP) 3.0 yang dilanjutkan di seluruh negara hingga 28 Jun ini, rakyat perlu mematuhi arahan yang telah ditetapkan pihak kerajaan. Antara tindakan yang dilarang ialah, berkumpul ramai-ramai, mengadakan majlis keraian serta meretas negeri. Bagaimanapun, masih ramai yang berdegil dan sengaja tidak patuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan oleh pihak kerajaan tersebut.

Berkumpul rai sambutan hari lahir rakan

Memetik laporan Utusan Malaysia, semalam (15 Jun 2021) 8 remaja, termasuk 2 wanita ditahan oleh pihak polis di sebuah kediaman terletak di Taman Cempaka, Ipoh, Perak kerana berkumpul untuk meraikan sambutan hari lahir rakan. Dalam serbuan yang dilakukan pada pukul 2.15 pagi itu, kesemua individu berusia antara 18 hingga 20 tahun tersebut dikenakan kompaun sebanyak RM5,000 setiap seorang.

Menurut Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Yahaya Hassan, serbuan di rumah sewa itu dilakukan bersama agensi penguat kuasa lain setelah menerima maklumat daripada orang ramai. Tangkapan ke atas semua individu itu dibuat mengikut Seksyen 21(A) Ordinan Darurat (Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit) pindaan 2021 kerana berkumpul tanpa tujuan.

“Semasa pihak berkuasa sampai di lokasi serbuan, didapati kesemua mereka berada di dalam rumah berkenaan dan memaklumkan mahu menyambut hari lahir rakan. “Susulan itu, pasukan task force Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh mengeluarkan kompaun atas kesalahan tidak patuhi prosedur operasi standard (SOP) PKP,” katanya.

Ditahan kerana buat perkara tak elok

Pada masa yang sama, Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) memaklumkan kesemua individu yang terlibat turut ditahan atas kesalahan brkhlwt. “6 orang lelaki dan 2 orang perempuan itu yang tiada hubungan mahram antara satu sama lain ditahan pihak JAIPk untuk disiasat di bawah seksyen 54 EJSPk 1992 kerana kesalahan khlwt,” maklum JAIPk. Menurut pihak JAIPk, kesemua mereka didapati tidak mempunyai hubungan mahram antara satu sama lain. Sehubungan itu, mereka telah ditahan untuk disiasat di bawah Seksyen 54 Enakmen Jenayah Syariah Perak 1992.

Sumber: Utusan Malaysia, Facebook JAIPk

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Gara Gara Rentas Negeri Dan Ziarah Aidilfitri. 2 Keluarga Ini Punca Cetus Kluster Terbesar Di Negeri Ini.

Peningkatan kes c0v1d-19 di negara ini ternyata membimbangkan kita semua. Saban hari, ribuan kes dilaporkan sehingga kita kini berada dalam pelaksanaan ‘total lockdown’ sejak 1 hingga 14 Jun ini. Terbaharu, 19 individu daripada dua keluarga yang positif covid-19 akibat rentas negeri dan ziarah Aidilfitri menjadi punca jangkitan di tiga buah kampung di Hulu Terengganu, Terengganu. Pengarah Kesihatan Negeri, Dr Nor Azimi Yunus berkata, pandemik itu kini telah mereb4k sehingga mencetuskan Kluster Kampung Matang yang disifatkan kluster terbesar di Hulu Terengganu setakat ini.

“Hasil siasatan menunjukkan berlakunya rentas negeri sebelum raya. Ada pula ziarah raya dan kunjung mengunjung melibatkan keluarga besar. Bayangkan 19 dikesan positif dari hanya daripada dua keluarga. Selepas Aidilfitri mereka masuk kerja dan tanpa disedari menjangkiti rakan sekerja pula. Lebih risau sudah ada jemaah masjid dijangkiti seterusnya menjangkiti individu lain,” katanya.

Mengulas lanjut, Dr Nor Azimi berkata, Kluster Kampung Matang kini telah merebak ke tiga buah kampung iaitu Felcra Bukit Kepah, Kampung Tengkawang dan Kampung Pulau Kudat selain kluster itu juga masih aktif. Menurutnya, setakat ini seramai 127 kes positif dikesan dari kluster ini yang telah merebak hingga ke generasi ke lima dengan 725 orang kontak rapat. Beliau berkata, jumlah itu tidak termasuk saringan bersasar yang melibatkan beberapa buah kampung manakala sebanyak 975 sampel yang diambil masih menunggu keputusan.

“Kita akur, j4ngk1tan dalam keluarga agak sukar dibendung namun apabila melibatkan beberapa keluarga, jiran tetangga dan pejabat akhirnya merebak hingga ke beberapa buah kampung, perkara ini amat kita kes4l dan mar4h. Jika keadaan begini berterusan dan kluster baharu tumbuh bagai cendawan bila masa kita boleh kawal semua kluster itu serentak? Jika keadaan begini berterusan mampukah kita landaikan lekuk epid dalam masa dua minggu ini?,” ujarnya.

Dalam pada itu, Dr Nor Azimi menegaskan, kawalan kendiri amat penting dilakukan pada masa ini. “Kawalan kendiri sangat penting. Jika kita kekal duduk rumah kecuali ada urusan penting maka kita tidak akan dijangkiti atau menjangkiti orang lain. Insya-ALLAH, pencegahan itu sangat lebih baik dari merawat,”katanya.

Sumber : Mstar

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Ada Yang Khuatir Sekiranya Muncul Kluster I Sinar. Terbaru Tular Notis I Sinar Boleh Dipohon 15 Disember Ini Sehinggakan Menjadi Bualan Orang Ramai

Baru-baru ini, tular di media sosial kononnya notis daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang mengatakan bahawa orang awam kini boleh membuat permohonan i-Sinar bermula 15 Disember 2020. Notis yang dipercayai ditampal di salah sebuah pejabat cawangan KWSP tersebut telah menimbulkan kejutan kepada orang ramai sehinggakan ramai yang menyerbu cawangan KWSP di tempat masing-masing tanpa memastikan kesahihan berita terbabit.

RAMAINYERR ORANG BERATUR KAT KWSP….Sumber Orang Awam (Cawangan KWSP)Tular satu nota ditampal bila i-sinar KWSP…KWSP yang mengumumkan baru membuka cawangan mereka di seluruh negara bermula hari ini walau bagaimanapun belum mengeluarkan kenyataan mengenai pengeluaran i-Sinar pada tarikh yang digembar-gemburkan itu. 

Menurut Harian Metro, orang ramai menyerbu premis KWSP berkenaan seawal 8 pagi itu juga mula merungut kerana ada yang sudah menunggu hampir 40 minit namun masih tidak dapat masuk ke dalam premis kerana terlalu ramai yang menunggu giliran masing-masing.

“Saya sudah berbaris 40 minit namun belum dapat masuk untuk berurusan. Ketika saya tiba, ramai orang yang sudah beratur menunggu giliran.“Saya hanya mahu mengeluarkan penyata sahaja. Pengurusan KWSP perlu pertimbangkan untuk menambah kaunter atau alternatif lain agar mengelak orang menunggu dan berkumpul di sini,” kata Noraini Sahid, 37.

Dalam pada itu, dia juga menambah kemudahan dalam talian walau bagaimanapun tidak menjadi pilihan kerana bukan semua pencarum berkemahiran menggunakan sistem itu atau mempunyai i-Akaun.Seorang pelanggan bernama Nur Ishak Abd Rahim, 26 memberitahu yang dia terpaksa menunggu hampir sejam sebelum dapat berurusan kerana jumlah ahli yang menunggu terlalu ramai.

Dia juga bimbang risiko penularan Covid-19 disebabkan orang yang ramai dan cenderung mengabaikan penjarakan fizikal ketika beratur menunggu giliran.Pihak KWSP perlu ambil langkah elak orang ramai beratur panjang begini. Bukan hanya untuk memudahkan urusan kami tapi secara tidak langsung membantu mencegah penularan Covid-19. Kita tidak tahu siapa pembawa,” katanya.Uish harap ramai-ramai tu jagalah penjarakkan sosial. Kita tak mahu benda lain pulak yang jadi nanti. 

Ada Ahli Yang Beratur Di Luar Premis Seawal 8 Pagi Untuk Berurusan. Berikut Perincian Dan Kriteria Kelayakan Ahli Terbaru Pengeluaran I Sinar KWSP

Kluang: Pengumuman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengenai pengoperasian semula cawangannya semalam, menyebabkan ada ahli yang beratur di luar premis itu seawal 8 pagi, hari ini untuk berurusan.Noraini Sahid, 37, berkata, dia menyangka dengan hadir sebelum waktu operasi akan memudahkannya urusan, sebaliknya lain yang berlaku.

“Saya sudah berbaris 40 minit namun belum dapat masuk untuk berurusan. Ketika saya tiba, ramai orang yang sudah beratur menunggu giliran.“Saya hanya mahu mengeluarkan penyata sahaja. Pengurusan KWSP perlu pertimbangkan untuk menambah kaunter atau alternatif lain agar mengelak orang menunggu dan berkumpul di sini,” katanya ketika ditemui di cawangan KWSP di sini.

Maklum mengenai kemudahan dalam talian namun, katanya, bukan semua pencarum berkemahiran menggunakan sistem itu atau mempunyai i-Akaun.Turut menunggu, Nur Ishak Abd Rahim, 26, yang memberitahu beratur hampir sejam sebelum dapat berurusan disebabkan jumlah ahli menunggu yang ramai.

Katanya, dia bimbang risiko penularan Covid-19 disebabkan orang yang ramai dan cenderung mengabaikan penjarakan fizikal ketika beratur menunggu giliran.“Pihak KWSP perlu ambil langkah el4k orang ramai beratur panjang begini. Bukan hanya untuk memudahkan urusan kami tapi secara tidak langsung membantu menc3gah penu-laran C0vid-19. Kita tidak tahu siapa pemb4wa,” katanya.

Dalam pada itu, pengurusan KWSP Cawangan Kluang belum dapat dihubungi untuk sebarang kenyataan.Berikut pula perincian terbaru i-sinar KWSP yang boleh di mohon dalam talian bermula 21 Disember 2020.Najib Razak juga turut berkongsi maklumat tersebut di laman media sosial beliau dan meminta pendapat dari semua. “Okay atau tidak?” soal Najib.

Berikut reaksi dari warganet.“Tak ok lnsg.. Sbb bukan one off. Dan bulan januari baru nk proses. Tetap kena buat permohonan. Kenapa x ikut je data i-lestari???? Kesian lah kt pkcik mkcik yg perlukan duit. Tp xde yg tlg apply kan.. Nk mnyusahkn manusia2 yg ada dalam malaysia ni mmg number 1 ke eh? Dan buka jap minda tu kalau dah tepu sgt.. Siapa yg mohon i-lestari dah sah2 deme mmg golongan yg tjejas. Kenapa x auto kreditkan je? Susah sgt ke?”

“saya ni kerja gaji bulanan basic je 1.2k..memang takde elaun takde ot..so slip gaji memanh takkan berubah..selain tu saya buat side job yang mana upah dapat tu cash, takde rekod bank bagai..side job dah tak banyak macam sebelum ni..simpanan pun takde..Sekarang camne nak buktikan yang pendapatan memang terjejas?”

“Sangat² mengecewakan.. sy buat 2 kerja tapi 1 dah tutup.. hanya 1 saja sumber mana cukup untuk tampung.. sepatutnya beri kepada semua ahli walaupun tiada pengurangan caruman.. kereta cari makan sy dah jual sebab tak mampu nak bayar bulanan..masih BERSYARAT.. apa salahnya bagi je tanpa syarat tanpa apa dokumen.. lantak laa orang tu nak beli iPhone ke nk gi joli ke ape ke.. itu duit dorang.. apa lah susah sangat nak luluskn duit kami tuu.. tolong kami Najib Razak kasi lawann balikkk dgn kwsp.. ckp ngn kwsp luluskn semua orang tanpa syarat..dan dokumen.. dan ter pulang pada individu nak keluar atau tidak hak masing2″

“Ini smua ta okay, Rakyat mahu 10k one off … berserta tanpan syarat. sesiapa yg berminat bole bwk kluar tanpa syarat. itu duit kami, hasil titik peluh kami, rakyat memerlukan pda masa ini, tlong hapuskan syarat2 tu. hmm”

Permohonan i-Sinar bermula pertengahan Disember 2020: KWSP.Sebelum ini Ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang memenuhi kriteria kelayakan boleh memohon program i-Sinar bermula pertengahan Disember ini.KWSP dalam satu kenyataan hari ini berkata pembayaran pertama akan bermula sebulan selepas permohonan diluluskan.

“KWSP akan mengumumkan perincian i-Sinar pada awal minggu hadapan, berikutan pengumuman Menteri Kewangan, Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz pada sesi ucapan penggulungan Belanjawan 2021 hari ini.“Perincian ini merangkumi kriteria kelayakan ahli yang pendapatannya terkesan, termasuk mereka yang kehilangan pekerjaan atau mengalami pengurangan gaji,” katanya.Apa pula kata anda? Kongsikan bersama kami

Tular Notis Tarikh Permohonan I Sinar. Dimaklumkan Tiada Khabar Tentang Perihal Tersebut Dan Ini Komen KWSP Susulan Perkara Tersebut Tular

PETALING JAYA – Satu notis makluman berhubung tarikh permohonan skim i-Sinar Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bermula 15 Disember 2020 tular di media sosial hari ini.Notis itu dipercayai ditampal di salah sebuah pejabat cawangan KWSP, namun tiada sebarang makluman rasmi dikeluarkan KWSP berhubung perkara tersebut setakat pagi ini.

KWSP dalam satu kenyataan baru-baru ini memaklumkan, ahli KWSP yang memenuhi kriteria kelayakan boleh memohon program i-Sinar bermula pertengahan Disember ini.Perincian itu merangkumi kriteria kelayakan ahli yang pendapatannya terkesan, termasuk mereka yang kehilangan pekerjaan atau mengalami pengurangan gaji. – K! ONLINE

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *