PPV pandu lalu pertama akan dibuka di negeri ini. Ianya akan beroperasi di kawasan ini.

Dunia ISU SEMASA Semasa

Melaka: Pusat Pemberian Vaksin (PPV) pandu lalu pertama di negeri ini akan dibuka di Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka (LTAM), Batu Berendam, awal bulan depan. EXCO Kesihatan dan Antidd4h negeri, Datuk Rahmad Mariman berkata, sebelum ini kerajaan negeri menerusi Jabatan Kesihatan negeri merancang menyediakan khidmat PPV pandu lalu itu di Dewan Tun Ali, Bukit Katil, namun terpaksa dipindahkan selepas penilaian mendapati kawasan itu belum sesuai untuk melaksanakan kaedah berkenaan.

“Berdasarkan penilaian Jabatan Kesihatan, Dewan Tun Ali tidak sesuai untuk dijadikan PPV pandu lalu berikutan penerima dos satu dan dua dilakukan secara serentak, sekali gus mengakibatkan kesesakan di kawasan terbabit. Bagi mengatasi masalah itu, kita memutuskan untuk memindahkan PPV pandu lalu ke LTAM,” katanya selepas melawat PPV di Dewan Jawatankuasa Pembangunan dan Penyelarasan Dewan Undangan Negeri (JAPERUN) Ayer Molek di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Rahmad berkata, PPV LTAM secara pandu lalu itu mampu menampung 800 penerima vaksin sehari. Sementara itu, beliau berkata, PPV pandu lalu itu adalah antara tujuh PPV awam baharu yang akan dibuka dalam tempoh terdekat. Sehingga kini, katanya, Melaka mempunyai 14 PPV awam dan satu PPV industri di kilang Composite Technology Research Malaysia Sdn Bhd (CTRM) Batu Berendam yang mula beroperasi hari ini.

Sehingga 12 Jun lalu, beliau berkata, seramai 14,832 warga emas di Melaka sudah melengkapkan dos kedua dam Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) fasa kedua. “Kerajaan negeri akan mengadakan program vaksinasi bergerak bagi mendekati golongan warga emas luar bandar dalam usaha mempercepatkan suntikan vaksin itu kepada golongan terbabit,” katanya.

Sumber : Harian Metro Online

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Kes Covid 19 Di Selangor Paling Tinggi. Terkini Kerajaan Selangor Setuju Untuk Buka Pusat Pemberian Vaksin Besar Besaran. Rupanya Ini Tarikh Ppv Mula Dibuka.

Disebabkan kes yang terlampau tinggi di Selangor sejak akhir-akhir ni, kerajaan negeri Selangor setuju untuk buka Pusat Pemberian Vaksin (PPV) secara besar-besaran di sekitar negeri tersebut. Perkara ini telah dibincangkan oleh Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari bersama Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK), Yang Berhormat Khairy Jamaluddin di PPV Pusat Pameran dan Dagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) pada Ahad.

Usaha ini dijalankan bertujuan bagi meningkatkan kadar vaksinasi di negeri tersebut. Selain itu, PPV ini akan dibuka bermula minggu kedua bulan Jun ini. “Hasil perbincangan turut bersetuju untuk meningkatkan kerjasama strategik antara kerajaan Selangor dan Badan Bertindak Imunisasi Covid-19 (CITF) bagi membolehkan PICK berjalan dengan lancar, seterusnya mencapai sasaran imuniti kelompok,” menerusi satu kenyataan bersama menurut Sinar Harian.

Melalui perkembangan lain pula, Amirudin dan Khairy turut ada berbincang berkenaan isu pendaftaran vaksin AstraZeneca yang agak kecoh tempoh hari. Ujar mereka lagi, bagi individu yang terkesan dengan perubahan janji temu mahupun tidak bersetuju dengan vaksinasi AstraZeneca tersebut akan diberi janji temu yang baru.

Tambahnya, kerajaan negeri memaklumkan bahawa akan melaksanakan pendaftaran vaksin AstraZeneca bagi individu yang mendaftar di bawah Program Outreach Imunisasi Covid-19 (Imunisel) iaitu bagi golongan tanpa akses digital atau mendaftar vaksin secara offline.

“Namun begitu, tempahan slot vaksin AstraZeneca menerusi Imunisel dibuat secara sukarela atas persetujuan dan pemahaman setiap individu terhadap vaksin tersebut. “Jadi, terdapat beberapa individu yang menerima temu janji vaksinasi selain AstraZeneca terlebih dahulu, digantikan dengan janji temu baharu bagi vaksin AstraZeneca tanpa pengetahuan mereka.

“Bagi menyelesaikan isu ini, pihak Imunisel bersetuju untuk menyerahkan senarai nama individu yang didaftarkan tempoh hari untuk dihubungi oleh pihak CITF bagi mendapatkan persetujuan menerima vaksin AstraZeneca,” Selain itu juga, di aplikasi MySejahtera akan ada satu ciri tambahan dibangunkan dalam masa terdekat.

Hal ini bagi membolehkan individu menerima janji temu baharu bagi menggantikan janji temu terdahulu, serta boleh bagi maklum balas dan mendapat penyelesaian segera. “Tidak berlaku manipulasi sistem oleh pihak SELangkah seperti yang didakwa oleh beberapa pihak baru-baru ini,” katanya. Sama-sama kita doa supaya usaha ini dipermudahkan, serta kes jangkitan Covid 19 ini berkurang.

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Boleh Ke Bersenam Setelah Disuntik Vaksin Covid 19. Ini Kata Doktor Pakar Yang Wajib Anda Tahu.

Program vaksinasi COVID-19 sedang giat dijalankan di seluruh dunia. Malaysia juga tak ketinggalan. Semakin hari, jumlah penduduk yang divaksinasi semakin bertambah. Ada yang dah lengkap kedua-dua dos, ada yang baru suntik dos pertama, dan tak kurang juga yang masih ‘beratur’ menunggu giliran untuk dos pertama.

Selalunya, penerima vaksin akan disuruh berehat seketika selepas menerima suntikan. Mungkin ada di antara kita yang terbiasa mengamalkan gaya hidup aktif dan tak boleh diam lama-lama. Bagi anda yang terus nak pergi bersenam lepas divaksin, ini perkara yang anda patut tahu.

Kesan sampingan vaksin COVID-19

Boleh bersenam atau tidak selepas divaksin itu bergantung kepada kesan sampingan dan keadaan si penerima. Menurut Centers for Disease Control and Prevention (CDC), kesan sampingan selepas suntikan vaksin termasuk nyeri, kemerahan dan bengkak pada bahagian yang disuntik.

Sesetengah individu mungkin mengalami kesan sampingan lebih ketara seperti kelelahan, sakit kepala, sakit otot, badan terasa sejuk, demam dan mual-mual. Menurut CDC, kesan sampingan ini mungkin dialami selama satu atau dua hari. Ia juga mungkin berdampak kepada aktiviti harian anda, termasuk bersenam. Tapi jangan panik dulu. Jika anda mengalami kesan sampingan selepas disuntik, ini bermakna vaksin tersebut sedang bertindak balas dengan sistem imun anda.

Boleh ke bersenam lepas suntik vaksin?

Menurut Dr David Wayles, pakar sakit berjangkit, tiada apa yang perlu dirisaukan jika anda ingin bersenam sejurus selepas mendapat suntikan. Namun, kualiti senaman anda mungkin berkurang akibat ketidakselesaan yang dialami selepas disuntik. Walaubagaimanapun, menurut pakar pulmonologi, Dr Humberto Choi, tiada bukti yang menunjukkan bersenam selepas divaksinasi akan mengurangkan keberkesanan vaksin tersebut.

Sumber: Health

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Kucingasm Media dan Kucing Media Online

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Tular Isu Influencer Dapat Vaksin Awal. Ini Respon Dr Say Dan Ini Perkembnga Dirinya Dan Isteri

Tular semalam apabila sebuah portal mengatakan bahawa Hospital Serdang memberikan vaksin kepada beberapa influencer. NAmun begitu, Dr Noor Hisham menafikan hal tersebut. Dan terbaru, Dr Say atau nama penuhnya Shazril Shaharuddin memberikan pandangan tentang hal itu.

Ini kata kata dari Dr Say, Cukup laju ampa update berita terkini naa. Yg terlepas kapal, ada berita menyatakan Hospital Serdang berhasrat memasukkan 3 influencers dalam penerimaan pertama vaksin esok.

Terus terang sy cerita, kalau boleh, memang sy nak sesangat dapatkan vaksin COVID-19 ni seawal mungkin dengan niat agar sy dapat galakkan lebih ramai join Pelan Imunisasi COVID-19 Kebangsaan tapi saya sedar kedudukan saya.

Mengulas isu ‘influencer’, Dr Say akui tidak sabar menerima suntikan vaksin Covid-19 namun sedar kedudukannya memandangkan beliau merupakan seorang doktor yang tiada ‘direct contact’ dengan pesakit Covid-19.Kat klinik yang saya biasa locum, saya deal mostly kes sakit kepala, sakit sengugut, demam biasa dan demam nak MC. Terjumpa pesakit Covid jarang sekali. Jadi sy sedar kalau say nak minta vaksin awal pun tidak adil kepada mereka yang betul-betul berdepan dengan Covid everyday.

Kata beliau , dia dan isterinya kategori dalam fasa pertama kerana merupakan barisan hadapan namun isterinya yang kini hamil tidak dibenarkan mengambil suntikan vaksin ini. Apa yang boleh dilakukan hanyalah menunggu giliran disuntik.

Owh menjawab soalan ampa, saya bukan influencer nak potong line tu plus DG dah bagitau yang so called influencers tu adalah ketua jabatan Hospital Serdang themselves untuk menggalakkan staff frontliners mereka mengambil vaksin COVID-19. Cukup2 la sebar berita palsu ni, ampa tak penat ka?

Dr Say juga memberitahu bahawa dia akan memuat naik foto dengan bangganya jika sudah menerima vaksin Covid-19 ini. Dalam pada itu, di ruangan komen rata-rata turut sama rasa teruja menunggu giliran untuk disuntik vaksin.

Pernah Diduga Kehilangan Kandungan Sebelum Ini. Kali Ini Dr Say Maklumkan Berita Gembira Tentang Kehamilan Isterinya Dan Perkembangan Terbaru

Untuk makluman,senelum ini Dr Say Shazril kongsi khabar sedih setelah isterinya alami kehilangan kandungan di saat usia kandungan memasuki tempoh 12 minggu. Jelas doktor,bahawa jantung bayinya tidak kelihatan dan sedih sekali bayi itu tidak bergerak.

Baru baru ini,Dr Say kongsi satu posting di IG berkaitan berita kehamilan isterinya,Dr Azura. Tahniah!Alhamdullilah, Adik Ace In The Making. Masa sebulan bini missed period dan positive urine pregnany test, ikutkan hati nak sy kongsi kat satu dunia berita baik ni. Tapi pengalaman dan kesedihan kehilangan kandungan lepas mengajar sy untuk bersabar (plus bini sekeras-kerasnya tak kasi sy share kat socmed). Lepas 3 bulan menahan, arini tuk julung kalinya kami pergi scan dengan pakar sakit puan kami (sebelum tu kami scan sendiri2 ja). Kelihatan sihat dan lincah bergerak kandungan bini.

Ulasnya,Terukir senyuman luas pada muka saya dan bini. Alhamdullilah lekat. Keluar dari klinik tadi tak sempat sy nak mintak izin bini, terus dia cakap “u nak btau satu dunia lah tu kan?”. Sy tersenyum malu, tapi mahu! Maka Alhamdullilah peeps!Menurut Dr Say, selepas tiga bulan isterinya mengalami kehilangan kandungan, mereka dikurniakan rezeki sekali lagi. Dia percaya kata warganet apabila sekali kehilangan kandungan, yang seterusnya akan senang untuk lekat. Ujarnya lagi, mereka tidak merancang dan menganggap ini rezeki sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) juga. Ini kerana, sewaktu PKP mereka banyak menghabiskan masa makan, tidur dan bersama setiap hari.

Dalam perkongsiannya, Ampun sy lama menyepi sebab kali ni alahan bini kuat sikit berbanding pregnancy sebelum ni so kena jaga well being dia sikit. Sy tau ampa mesti curious jantina nya. Tak kisah apa jua jantina yg penting kali ni #TeamDaddy #SayJr! P/S : Tajm mata ampa tengok kat post bini & story sy ampa boleh nampak baby bump bini ye. Jenuh sy cover cakap tu buncit penangan Musang King ahaha.

Dia juga turut memberitahu waktu tiga bulan yang genting telah berlalu. Masih tinggal 7 bulan sahaja lagi untuk dia dan isteri bakal mendapatkan cahaya mata kedua mereka. Dr Say turut memohon doa daripada semua agar kandungan isterinya itu sihat sejahtera. Mengenai soal jantina, Dr Say tidak kisah sama ada lelaki mahupun perempuan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *