Selepas 12 tahun lalui kehidupan bersama. Sekali lepas dimurahkan rezeki terus boleh berubah macam ni.

Kehidupan Keluarga Viral

Kitorang berkawan rapat dari form 4, dah lebih 12 tahun kenal. Asal sekampung, sekolah pon duduk sekelas. Sampai merantau ke KL sama, duk rumah sewa sama. Kitorang ni saling memerlukan lah macam adik beradik, susah senang baik buruk nakal terajang sama. 1 kepala sama hobi main futsal, merempit.

Aku salute sahabat aku ni die ni org berwawasan, die sambung belajar sampai dpt diploma die, die apply kerja berjawatan. Tuhan mudahkan lah segala usaha dia. Dipendekkan cerita, dia dah kahwin, naik pangkat lagi pastu anak pon dah 2 orang. Rezeki kau bro.

Dalam tempoh tu, kawan aku ni semakin berubah. Dah mula jauhkan diri dari aku, bukan sebab die berkeluarga tu tapi secara die berkawan dgn aku tu. Aku mula terasa sebab setiap kali aku ajak die lepak sama, die bagi alasan macam macam. Sampai kantoi 1 hari tu die wasap ade kerje urgent, last sekali jumpe die breakfast dengan budak pejabat dia kat tempat aku breakfast.

Aku mula rasa yg die mcm tak selesa nk lepak dgn aku, yelah aku keje peon. Dulu keje kilang, die pulak pegawai lepak dgn saing die pakai baju smart smart. Kat sini aku belanja screenshot WhatsApp aku dgn ‘bekas’ sahabat aku ni. Nilai lah sendiri org nye sekarang macam mane.

200% berubah, kalau lah macamni lagak org yang kononnya berjaya, aku rasa boleh pergi terjun lombong. Dulu boleh melawak, bergurau kasau, lepak sama, mintak tolong. Sekarang? Aku faham org berkeluarga dan berkarier ni, komitmen bertambah masa pon makin terhad.

Aku boleh terima kalau die tak dapat nak tolong aku, tapi biarlah jawab dengan cara yg sopan dan beradab. Selepas chat kami ni di WhatsApp. Aku ade call lagi dia tanya khabar. Aku ingat cool lah mamat ni dengan aku. Kali ni ketara lagi cara dia sembang, memang jauh sekali berbeza, dgn lagak nye. Nada marah kan aku, mcm bercakap dgn org asing. Padahal aku ni sahabat kau dulu ni bro.

Dulu boleh aje ckp elok bergurau mengadu pasal hal office sambil lepak minum kopi hisap rokok john sampai 2,3 pagi. Dengan rendah diri, aku berlembut lagi dan tanya, apa salah aku dan aku nak minta maaf. Selepas berlaku pertengkaran die declare yg die tak ade kawan macam aku ni, lemah tak berwawasan. Katanya tak ada kawan macam aku pon dia tak rugi sebab aku ni tak datang kan hasil pon. Aku boleh pergi main jauh-jauh katanya.

Katanya siang posmen malam jual roti john tak kemana. Aku kenangkan kau ade anak bini lepastu kau budak kampung aku aje bro, mak bapak adik beradik kau pun aku kenal. Kalau ikutkan hati, memang aku henjut aje penumbuk aku ni kat muke ko dekat office ko tu bro. Tapi kenangkan aib ko dan hal touching ni malas aku nak bwk berbalah. Perbualan tu aku tamatkan, aku letak phone. Dan terus terngiang dlm kepala aku, janji dia dahulu yg keluar dari mulut die.

“Kau sahabat aku dunia akhirat kuri, sampai mati aku ingat kau sampai bile bile. Jgn risau aku kawin nanti aku tak akan lupe kan kau, kau family aku bro. Tak dpt aku balas jasa2 kau, kau susah macam mane nanti aku akan tolong, bloodbrother kuri, brotherhood”

Harkkkkk tuiiiihhh lah jil4ke. Dari sini ko nilai lah sendiri ape pengajaran ko dapat belajar. Manusia ni boleh berubah, ambil peluang atas kebaikan kau, mempergunakan kau, berpura-pura, ayat manis dan sebagai nye Ini sahabat yg aku pernah kenal selama 12 taun. Bukan 12 bulan, bukan 12 minggu, bukan 12 hari, bukan 12 jam. Semua org tak sempurna bro, semua org sedang berusaha bro, tapi jangan rasa diri kita ni hebat, suci, bijak dan martabat tu lagi tinggi dari org lain. Ikut resmi padi.

Ni aku nak tanye. Umur aku 28 tahun tak ade kereta, tak kahwin lagi ni kire gagal ke? Simpanan aku ade, tak pernah pinjam duit org, belanja mak adik beradik kat kampung cukup bulan bank in. Kahwin pon boleh tak payah buat loan, pakai kereta untuk apa kalau belum ade keperluan, badan aku larat lagi jadi rider ulang alik kerja dengan balik kampung.

Tak macam kau joi, nak kahwin loan, tak cukup modal pinjam kawan. Deposit kereta pon buat personal loan, tak cukup modal jual kerete 2nd hand kau pinjam lagi duit kawan. Dah senang kau lupe kawan. Apepun joi, aku nak cakap terima kasih lah atas segala perkongsian kau, nasihat kau dan bantuan kau selama kite ni berkawan sahabat.

Sumber : http://lamanmaya.pw/lamantv/bertarundotor-turut-mnangis/16643/

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Tular Ucapan Selamat Tinggal Housemate Yang Bakal Berkahwin Bikin Ramai Sebak. Rupanya Dah Selama Ini Mereka Berkawan.

Dalam bersahabat pasti kita tempuh suka duka bersama lebih-lebih lagi yang tinggal bersama. Dikala berjauhan dengan keluarga, sahabat dan teman merupakan ahli keluarga terdekat. begitu lah yang dihadapi oleh individu yang dikenali sebagai Shila ini. Berkongsikan detik-detik sebak memberi ucapan terakhir buat sahabat baiknya kerana bakal menjalani hidup baru sebagai isteri orang kerana bakal berkahwin. Sahabat yang merupakan teman serumahnya itu sudah dianggap seperti kakaknya sendiri. Sudah setahun lebih hidup bersama temannya, segala suka duka, duit, baju dikongsi bersama, pasti berat bakal tinggalkan temannya itu.

Melihat kepada video itu, buat ramai turut sebak dengan keakraban mereka. Mungkin bagi sesetengah orang setahun setengah merupakan waktu yang singkat, namun bagi orang lain mungkin itu adalah saat yang paling dihargai lebih-lebih lagi jika teman itu sahaja yang ada setia menemaninya.

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang turut sebak mendengar perbualan mereka yang berakhir dengan tangisan dan berdakapan antara satu sama lain.

Teks by Staff Motif Viral

Sumber : Motif Viral

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Pasangan Ini Cuba Tepis Kritikan Kahwin Muda. Sekali Ini Yang Pemuda Itu Lakukan Buat Isteri Sampai Menitis Air Mata.

Isteri Rauf (kanan) menitiskan air mata selepas menerima kejutan pada Khamis lalu. Warganet ternyata sebak menyaksikan satu video memaparkan kejutan oleh seorang rider penghantar makanan buat isterinya. Dalam video itu, Abdul Rauf Adzli Khalid menghadiahkan telefon bimbit baharu buat isterinya, Siti Hajar Mohd Noor pada Khamis lalu. Dia yang mesra disapa Rauf mengakui sudah lama merancang kejutan itu.

“Sebenarnya isteri guna telefon lama saya. Saya hadiahkan ketika kami bercinta dulu. Dah kahwin setahun lebih pun dia masih guna sampai sekarang. Saya kesian tengok telefon tu sudah hampir rosak, sampai dia pernah campak kerana stres. Dia guru taska, sukar dia nak guna untuk bekerja dari rumah. Saya dah lama plan dan kumpul wang. Akhirnya duit cukup saya beli dan buat kejutan untuknya,” ujar Rauf.

Rauf dan isteri mendirikan rumah tangga pada Mac tahun lalu.

Ujar bapa kepada seorang cahaya mata berusia enam bulan itu, dia sebak apabila isterinya menitiskan air mata selepas menerima pemberian itu. “Ya Allah, masa tu hanya Allah yang tahu bagaimana peraaan saya. Saya nampak dia sangat gembira. Dia menitis air mata, saya sangat terharu. Saya kongsikan video di TikTok untuk simpan sebagai kenangan. Tak sangka viral. Saya sampai menitis air mata baca komen doa-doa warganet untuk kami,” ujarnya yang menetap di Kajang.

Bagaimana nak tanggung anak? Saya percaya dengan rezeki Allah, Alhamdulillah kami sekeluarga cukup makan.

Bercerita mengenai dirinya, Rauf dan isteri, masing-masing berusia 23 tahun merupakan pemegang Ijazah Sarjana Muda Pengajian Bahasa Al-Quran Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (Kuis). Mereka berkenalan ketika sedang menjalani pengajian peringkat Asasi ketika berusia 18 tahun sebelum mendirikan rumah tangga pada 21 Mac tahun lepas. Ujarnya, dia juga tidak terlepas menerima persepsi yang kurang enak mengenai perkahwinan usia muda. “Ia benda normal, kami kahwin selepas tamatkan pengajian ijazah. Ramai yang tanya, bagaimana nak sara isteri.

Rauf sekeluarga menetap di Kajang.

“Masa isteri hamil pun saya ada dengar kata-kata kurang enak. Bagaimana nak tanggung anak? Saya percaya dengan rezeki Allah, Alhamdulillah kami sekeluarga cukup makan. Saya pun masih mencari kerja yang lebih baik. Cuma belum sampai rezeki. Nasihat saya kepada yang nak kahwin muda, kita kena banyak tawakal. Yang penting kena bijak urus kewangan dan ada simpanan,” ujarnya mengakhiri bicara. Untuk rekod, video kejutan telefon baharu itu meraih hampir 200,000 tontonan di TikTok.

Sumber : Mstar

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Berkahwin Sejak Berusia 14 Tahun Dan Memiliki Dua Orang Anak. Ibu Muda Ini Kongsi Cerita Ditinggalkan Suami

Sudah menjadi lumrah setiap manusia yang hidup pasti akan pergi,tak semua kekal untuk selamanya. Kehilangan pasangan hidup disebabkan jodoh yang tidak berkekalan merupakan momen sedih yang terpaksa diterima walaupun agak pahit untuk ditelan. Lebih menyedihkan lagi apabila ikatan cinta yang terjali terputus dan anak anak langsung tidak dapat kasih sayang seorang bapa.

Kehilangan pasangan hidup disebabkan jodoh yang tidak berkekalan merupakan salah satu momen sedih yang terpaksa diterima walaupun pahit untuk ditelan. Lagi menyedihkan, apabila ikatan cinta yang terjalin selama ini terputus dan anak-anak sama sekali tidak mendapat kasih seorang bapa.

Berdasarkan perkongsian seorang wanita dikenali sebagai Siti Aishah, berusia 22 tahun, menceritakan pengalamannya menjadi ibu tunggal apabila dia telah ditinggalkan oleh suaminya. Tidak berakhir di situ, video tersebut juga telah trending dan ditonton hampir 200 ribu oleh pengguna laman TikTok.

Ceritanya bermula, apabila wanita ini mula mendirikan rumah tangga ketika dia baru sahaja berusia 14 tahun. Pada masa yang sama dia turut menjelaskan dia sudah melakukan prosedur yang telah ditetapkan oleh mahkamah bagi membenarkan dia berkahwin pada usia tersebut.

Dan nak dijadikan cerita hasil perkahwinan tersebut, dia dan suami dikurniakan putera sulung ketika dia baru sahaja berusia 15 tahun, dan selepas dua tahun dia sekali lagi dikurniakan puteri sulung ketika berusia 17 tahun. Kalau 17 tahun ni, tengah tunggu giliran nak ambil Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Namun begitu, jodohnya tidak berpanjangan dengan suaminya dan terpaksa membesarkan kedua-dua anaknya tanpa kehadiran suami yang sepatutnya menjadi tulang belakang di sisi. Pada masa yang sama, wanita ini turut menceritakan anak sulungnya sempat berjumpa dengan ayahnya.

Apa yang lebih menyedihkan apabila anak keduanya sama sekali tidak berkesempatan untuk berjumpa dengan ayah kandungnya sendiri. Hal ini demikian kerana, si ibu telah berpisah dengan si suami ketika dia sedang sarat mengandung tujuh bulan anak keduanya. Walaupun kedua-dua anaknya semakin membesar sehingga ke harini, mereka tidak lagi berjumpa dengan ayah mereka sendiri.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet turut bersimpati dengan nasib yang menimpa wanita ini bersama kedua-dua anaknya. Pada masa yang sama, warganet turut mendoakan supaya si ibu terus kuat menjalani hari-hari yang mendatang.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *