Tular wanita ini kekal tenang walaupun dikatakan berpurdah mengikut trend artis. Sekali ini komennya.

Amalan artis Viral

Syarifah sering menerima komen negatif di media sosial, namun tak pernah ambil hati mengenainya. Mula mengenakan purdah sejak berumur 13 tahun, perjalanan gadis muslimah ini ternyata mencuri perhatian ramai. Kini berusia 23 tahun, Nur Syarifah Shahirah Osmarul turut menjadi inspirasi kepada sebilangan kaum hawa menerusi dakwah yang dilakukan dengan cara tersendiri. Mesra disapa Syarifah, dia mengakui sering menerima mesej-mesej individu yang menyuarakan hasrat untuk mengikut jejak langkahnya.

“Saya sering kongsi gambar di media sosial untuk beri inspirasi kepada kaum hawa yang lain. Walaupun ‘bertutup’ sebegini, kita masih lagi boleh berfesyen seperti biasa… tapi kena tahu batas-batasnya. Ramai juga yang mesej, yang nak ubah ikut berpakaian macam saya. Saya sangat gembira, ada yang free hair tapi dah berubah selepas dia kenali saya. Sangat seronok bila dapat beri inspirasi dan lihat orang lain berubah juga,” ujarnya.

Dia mula berpurdah ketika berusia 13 tahun.

Menurut gadis dari Kuantan, Pahang itu, dia juga tak terlepas menerima komen kecaman di media sosial. Malah, ada yang mendakwa dia sekadar mahu menarik perhatian umum dan berpakaian sebegitu kerana mahu mengikut trend selebriti sahaja.

Ada yang kata saya tiru Neelofa, sedangkan saya dah lama pakai.

“Saya berpurdah sejak umur 13, ketika itu saya belajar di madrasah dan Alhamdulillah konsisten sehingga ke hari ini. Saya terima banyak komen negatif. Ada yang kata saya tiru Neelofa, sedangkan saya dah lama pakai. Ada juga yang kata saya berpurdah untuk tarik ajnabi. Saya tak hiraukan komen negatif, kita tahu diri kita bagaimana,” ujarnya.

Syarifah bersyukur dapat beri inspirasi kepada sebilangan kaum hawa yang mengikuti perjalanannya.

Menurut Syarifah lagi, dia juga terkejut apabila satu video yang dihasilkan secara suka-suka baru-baru ini meraih lebih 300,000 tontonan di Instagram. Dalam video itu, dia turut menyatakan ayat ‘Pantai Timur darahku, utara seleraku’ sehingga mengundang perhatian ramai. Jelas Syarifah, dia turut menerima ramai pengikut baharu penangan video tular itu yang mana rata-ratanya berasal dari negeri utara. “Saya buat video itu ikut trend saja. Tak sangka viral. Naik beberapa ribu followers, ramai yang dari utara,” ujarnya berseloroh. Untuk rekod, Syarifah kini memiliki lebih 95,000 pengikut Instagram.

Sumber : Mstar

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

4 Beradik Ini Tak Kekok Apabila Memakai Pakaian Menutup Aurat. Kini Usahawan Ini Tampil Dedahkan Caranya Mendidik Anak Anaknya.

Si kecil molek anak usahawan ini mencuri perhatian warganet menerusi perkongsian oleh ibu mereka di laman media sosial. Setiap ibu bapa sudah semestinya ada cara tersendiri untuk mendidik anak mereka. Begitu juga dengan Usahawan Wanita ini apabila dia dan suami memilih untuk mendidik anak untuk menutup aurat mereka sejak kecil lagi.

Malah video yang dikongsikan oleh Amiera Baharudin memaparkan empat daripada lima anaknya yang berpakaian comel yang masing-masing menutup aurat mereka. Amiera akui anak sulungnya yang berusia 11 tahun itu, Cyrus Dzulqarnain banyak mengajar cara mendidik anak-anaknya yang lain.

“Saya sebenarnya tak pernah kongsi secara terperinci, tapi ia bermula dengan anak sulung saya. Dia seorang yang kuat pemarah, budak-budak ada ‘angin’ masing-masing, dia lahir pramatang. Bila dia terlampau manja, jadi keras kepala. Bukanlah dia tak dengar kata, tapi saya banyak kena mengalah dengannya. Jadi saya hantar dia ke sekolah islamik. Ustazah dia cakap kepada saya, sebenarnya dia tak boleh dididik dengan kekerasan, tapi kelembutan. Anak kecil ni kena bertegas dengan cara lembut. Saya sebagai mak dia, nak ubah dia, kena ubah diri saya dulu. Cara percakapan kena lembut, tak boleh marah tak tentu pasal dan sebagainya.

Ada orang kata terlalu awal, bagi saya itu cara masing-masing. Saya tak paksa, tapi saya ajar mereka.

“Bermula dari situ juga saya wujudkan suasana islamik dalam rumah supaya anak kedua dan seterusnya tak buat perangai macam dia. Along the way sampai sekarang, dia adalah leader kepada adik-adik yang lain,” ujarnya.

Menurut Amiera lagi, penting untuknya memastikan anak-anak dididik mengenai aurat biarpun mereka belum dewasa lagi. Namun katanya, dia tidak mengambil pendekatan memaksa, sebaliknya memberi contoh teladan kepada mereka sehingga pemakaian itu menjadi kebiasaan yang dilakukan dengan keikhlasan hati sendiri.

Amiera mewujudkan suasana islamik di rumah dalam memberi didikan buat anak-anaknya.

“Macam mana adik kecil yang lelaki tu boleh pakai jubah dan kopiah? Sebab dari cara didikan dan contoh kita sendiri. Macam mana anak perempuan saya pakai niqab? Sebab saya sendiri yang pakai. Tapi ia bukan wajib pun. Mereka pun bukanlah berjubah sepanjang masa, cuma bila keluar akan pakai pakaian yang menutup aurat. Yang dalam video viral tu sebab baru lepas photoshoot. Sebab tu anak saya pakai niqab. Anak tengok apa yang saya pakai.

Amiera banyak berkongsi mengenai anak-anaknya menerusi aplikasi TikTok.

“Anak perempuan saya yang pertama tu, seawal usia tiga bulan saya dah pakaikan tudung. Masa tu baru mula meniarap. Ada yang bagi tanggapan negatif, tapi saya ambil sebagai cabaran. Dulu pernah orang kritik di Instagram. Pada saya, kita didik anak-anak dengan cara kita. Ada orang kata terlalu awal, bagi saya itu cara masing-masing. Saya tak paksa, tapi saya ajar mereka,” ujarnya yang sudah 12 tahun mendirikan rumah tangga.

Ujar Amiera lagi, akaun TikTok viral itu pada mulanya didaftarkan untuk tujuan promosi bisnes pakaian muslimah yang diusahakan dengan suaminya, namun tanpa semena-mena ia berubah menjadi platform perkongsian mengenai tip didikan anak-anak. Malah, rata-rata warganet di ruangan komen turut memberi respon positif dan memuji cara pemakaian anak-anaknya. Selain Cyrus Dzulqarnain, Amiera dikurniakan empat lagi cahaya mata iaitu Hannah Zulaikha, 8, Thowus Dzakwan, 4, Maria Al Qibtiyyah, 2, dan Ezra Uzayr, 9 bulan.

Lelaki Muallaf Ini Membuat Orang Ramai Terpegun Apabila Dia Boleh Baca Surah Dengan Begitu Lancar. Ini Pula Komen Menteri Agama Islam.

Umum sedia maklum bahawa Menteri Agama Islam, Sahibus Samahah Dato’ Seri Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri sangt dekat dengan semua lapis masyarakat walaupun bergelar agamawan. Dia juga aktif bermedia sosial dan tidak sombong menjawab sebarang kemusykilan yang diajukan oleh orang ramai.

Kedatangan orang kurang upaya ini adalah ketika beliau menjawat jawatan Mufti Wilayah Perseketuan melalui program menyantuni Orang Kurang Upaya di pejabat mufti. Menerusi muat naik terbarunya di Fesbuk, beliau dikunjungi oleh beberapa wakil dari NGO Orang Kelainan Upaya Berdaya Hulu Langat.

Lebih mencuri tumpuan Sahibul Samahah ialah seorang mualaf yang baru sahaja memeluk Islam kira-kira setahun lalu lancar mengalunkan surah al- Fatihah. Dikenali sebagai Wan, lelaki berbangsa Cina itu begitu mudah membaca umul kitab walaupun berstatus begitu.

“Maluu dengan golongan mulia ini. Menurut coretan yang dibuat oleh Dato’ Dr. Zulkifli, beliau sempat menitipkan pesanan kepada para pengikutnya di facebook tentang bagaimana seorang mualaf yang kelainan upaya boleh berusaha menjadi seorang muslim yang bagus dalam masa terdekat. “Tambahnya lagi, seharusnya insan normall segan dengan lelaki itu kerana kerap leka dengan duniawi sedangkan mampu melakukan sesuatu ibadah dengan mudah.

Masya Allah hebat lelaki ni. Sehubungan dengan perkongsian tersebut, rata-rata warganet berasa kagum dengan kesungguhan lelaki mualaf itu. Walaupun tidak berada dalam keadaan sempurna, namun kegigihannya harus dipuji kerana berusaha menjadi seorang muslim yang sejati. Baru 1 Tahun Peluk Islam, Mualaf 0KU Lancar Hafaz Ayat Al-Quran Depan mufti.

Contoh teladan yang baik

Sumber:Mufti Wilayah Persekutuan via i muslim network

Duduk Berdiam Di Sejadah Sambil Dengar Suara Dari Masjid. Kisah Guru Muallaf Ini Membuatkan Warganet Terkesan.

Kisah ini diambil dari perkongsian FB Maisarah Hannan yang merupakan seorang guru, seorang muallaf dan juga seorang aktivis masyarakat yang hebat menjalankan kerja-kerja kebajikan di pedalaman Sabah.

Menerusi hantaran terbaru di FB itu, Maisarah berkongsi kisah bagaimana dia mula memelvk lsIam yang pastinya akan menjentik perasaan orang ramai. Berikut perkongsian cikgu Maisarah;

Melalui apa yang mereka rasai pastinya pernah. Cuma episod kisah pahit manis masinnya mungkin sedikit berbeza. Semua penerima hari ini adalah muallaf. Mungkin ada antara mereka ini dalam kategori yang mampu, tapi tidak mengapa. Kita raikan saja mereka sebagai saudara baru. Terima kasih JHEAINS sandakan atas kolaborasi ini.

Semua persediaan dilakukan sendiri. Pembelajaran juga sendiri. Itu yang saya lalui masa mula menjadi muallaf. Dengan ilmu yang “zero” saya beranikan diri untuk mencari buku panduan solat wanita, membeli sejadah dan telekung untuk kegunaan sendiri.

Semangat berkobar-kobar tapi lucunya kain sembahyang yang dibeli pula singkat dan keras hahaha… Maklum saja, tak reti nak ukur paras mana yang sepatutnya. Semua kelengkapan yang paling murah saja.

Habis belajar saya hanya bekerja biasa. Hanya receptionist di De Choice Hotel, Tawau. Gaji tak besar. Lagi pula masa tu hanya keseronokkan yang difikirkan. Net Alive, RnB ibarat rumah kedua. Yaaa benar, begitula saya yang dulu. Saya bukan orang yang baik. Saya budak yang nakal.

Bangun dan berwuduk setiap kali dengar azan Subuh

Dulu, rumah saya paling dekat dengan masjid. Bila dengar azan subuh, saya akan bangun. Berwuduk ikut panduan dalam buku yang dibeli, dapat hafal niat yang bahasa melayu saja. Dalam keadaan bergelap saya hanya duduk atas sejadah. Sengaja saya tak hidupkan lampu sebab takmau orang dalam rumah tahu.

Hanya duduk berdiam di atas sejadah. Sesekali air mata jatuh. Sebab tak tahu apa yang perlu dibaca, apa yang patut saya buat. Saya tak tahu. Betul-betul tak tahu. Duduk saja saya di situ sampailah suara dari speaker masjid senyap. Maksudnya orang dah habis solat agaknya.Dia permudahkan. Tak sampai sebulan saya muallaf, datang surat tawaran program perguruan dari KPM bidang counselling and guidance di UIA.

Meremang juga bulu roma masa tu. Sebab saya langsung tak mohon course itu, Universiti itu. Kenapa diberi ini…?? Sebab Tuhan nak permudahkan urusan saya sebagai saudara baru. UIA dunia pertama saya, persekitaran pertama saya selepas bergelar muslim. Satu-satunya Universiti yang mewajibkan semua pelajarnya bertudung.

Pertolongan Nya tak habis di situ. Takdir Tuhan mempertemukan saya dengan sahabat-sahabat rumah sewa dari course pendidikan islam. Bakal Ustazah. Maka di sinilah saya bebas untuk belajar segalanya tentang Islam. Betapa dipermudahkan urusan hijrah ini. Indah aturan Nya.

Dan sekarang alhamdulillah. Ilmu tidaklah banyak. Tapi asas itu In shaa Allah sedikit sebanyak membantu membentuk Maisarah yang sekarang. Yang masih punya banyak kekurangan, aib, kekhilafan. Brothers & Sisters, tidak kira siapa kita dipermulaan kerana yang lebih penting adalah pengakhiran kita.
Hidayah itu nyata.

Sumber:FB Maisarah Hannan

Sudi Jaga Walaupun Berlainan Agama. Warganet Kagum Melihat Keluarga India Sanggup Menjaga Mak Dan Ayah Melayu Dan Berikut Cerita Di Sebalik Semua Ini Berlaku

Baru-baru ini tular di media sosial mengenai kisah sebuah keluarga beragama Hindu yang bakal menyambut perayaan Deepavali dengan kehadiran ’ayah dan ibu baharu’ yang berbeza bangsa dan agama.Individu tersebut, L. Linda Kasturi dan R. Karthik tahun kini menetap bersama Mohamad Fakhrulzaman Abdul Malik, 57, dan Rohayati Salleh, 46, yang mesra dipanggil ayah dan ibu sejak enam bulan lalu.Hakikatnya, mereka tidak pernah saling mengenali sebelum ini.

Menerusi laporan Bernama sebelum ini, Linda berkata Fakhrulzaman dan Rohayati hanya dikenali ketika dia dan suami yang menjalankan perniagaan perabot terpakai, ingin membeli sebuah peti ais yang dijual pasangan itu ekoran kesempitan hidup.Kehidupan mereka terjejas teruk selepas Fakhrulzaman yang bekerja sebagai tukang masak diberhentikan kerja berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Mac lalu.

“Niat saya ketika itu hanya untuk membeli peti ais, namun terbit rasa simpati terhadap nasib ‘ayah’ kehilangan kerja di sebuah restoran sejak PKP dan keadaan itu memaksa mereka menjual barangan dan perabot untuk menyara hidup dan membayar sewa rumah.“Saya kemudian mengajak ayah dan ibu tinggal bersama kerana rumah mempunyai ruang yang cukup luas dan selesa baginya,” katanya.

Selain itu, Linda turut menjelaskan kehidupan mereka penuh dengan toleransi dalam pelbagai aspek termasuk dalam soal keagamaan dan makanan meskipun berbeza agama dan bangsa.“Soal makan minum tiada masalah kerana penyediaan makanan di rumah adalah halal dan bersih.

“Saya dan keluarga juga menghormati kepercayaan dan agama dianuti oleh ibu dan ayah dengan menyediakan ruang khas solat kepada mereka,” katanya yang turut menjaga ibunya, S.Kamala Devi, 60.Kisah berkenaan kemudian mendapat perhatian warganet apabila masih ada insan yang sanggup membantu individu lain biarpun berlainan agama dan bangsa.

“Ini baru 1Malaysia, patut dijadikan contoh. Kami kat kampung pun memang rapat tak kira bangsa,” kata seorang warganet.“Terima kasih puan Linda sebab sudi jaga walaupun berlainan agama,” kata seorang lagi warganet.“Inilah yang kita mahukan, mungkin bertelagh di media sosial tapi bila depan-depan kita 1Malaysia,” kata seorang pengguna Facebook.Sumber: Bernama, Twitter

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *