Tular gadis order makanan online niat nak naikkan semangat belajar. Sekali terus blur bila baca nota dari penjual.

Kehidupan Keluarga Viral

Aqilah berkongsi pengalaman menerima nota ucapan yang tidak disangka-sangka daripada seorang penjual dalam talian. Hati pasti ‘berbunga-bunga’ apabila menerima nota ucapan daripada penjual tatkala menerima barang yang ditempah, biarpun ia adalah permintaan sendiri. Namun, lain pula yang berlaku kepada seorang gadis apabila nota yang diterima daripada penjual tidak seperti yang diharapkannya.

“Saya sedih and final dah nak dekat,” demikian nota ucapan yang ditulis oleh si penjual, menerusi satu video yang dikongsi gadis itu di aplikasi TikTok sehingga menimbulkan pelbagai reaksi. Gadis berkenaan, Nurul Aqilah Mohamad berkata, nota ucapan itu diterimanya selepas membeli cookies dan choco jar secara dalam talian daripada seorang penjual tempatan.

Antara tugasan yang sedang disiapkan oleh Aqilah.

Pelanggan berusia 19 tahun itu menjelaskan bahawa dia membuat pembelian tersebut minggu lalu bagi menghilangkan perasaan sedih dan meredakan tekanan. “Saya kini menghadapi semester akhir untuk program asasi di universiti, dengan tugasan dan projek yang mencabar. Saya melalui minggu-minggu yang sibuk dan memenatkan. Bila dalam tekanan atau bersedih, biasanya saya akan order makanan. Ya, antara cara saya mengatasi stres adalah dengan makan,” katanya.

Permintaan Aqilah yang dihantar kepada penjual.

Pelajar program asasi seni bina dan reka bentuk alam sekitar di sebuah institusi pengajian tinggi awam (IPTA) itu berkata, selain membuat pesanan itu secara online dia turut meminta penjual itu untuk menulis sebarang nota ucapan untuk meredakan tekanan yang dihadapinya. “Bila bersedih, saya perlukan kata-kata semangat daripada seseorang termasuk seller. Satu perasaan seperti dihargai apabila baca mesej yang ditulis mereka. Walaupun sekadar ucapan ringkas, tapi kata-kata semangat itu saya bayangkan ia seperti kata-kata dari hati. Satu motivasi buat saya,” ujarnya yang lebih mesra disapa Aqilah.

Maklum balas Aqilah berhubung nota ucapan.

Dia yang berasal dari Seberang Perai Selatan, Pulau Pinang bagaimanapun tidak menyangka ucapan yang ditulis oleh peniaga bukanlah ucapan yang diharapkan. Menurut Aqilah, ini bukan pertama kali dia membuat permintaan untuk mendapatkan nota ucapan menerusi pembelian online dengan penjual bebas menulis sebarang kata-kata yang mampu menggembirakan dirinya. “Saya memang tak letak apa yang hendak ditulis kerana saya mahu ia ditulis secara random daripada seller, dan biasanya memang begitu, Tapi mesej yang ditulis adalah apa yang telah saya suarakan untuk request ucapan.

Bila bersedih, saya perlukan kata-kata semangat daripada seseorang termasuk seller. Satu perasaan seperti dihargai apabila baca mesej yang ditulis mereka.

“Saya memang tak sabar-sabar nak dapatkan cookies dan choco jar tu, teringin sangat nak makan. Sampai tertunggu-tunggu bila parcel nak dapat. Mula-mula baca nota ucapan tu saya blur, siap tertanya-tanya berapa umur seller tu. Secara logiknya mana ada orang nak ucapan macam tu,” katanya.

Perbulan antara Aqilah dan penjual selepas videonya tular.

Namun, anak bongsu daripada lima beradik itu mengakui kemungkinan berlaku salah faham antara kedua-dua pihak sehingga nota ucapan ditulis sebegitu. “Bila video saya di TikTok dah viral, saya mula risau kerana mungkin akan memberi kesan kepada seller. Bila saya mesej seller, dia tergelak. Barulah dia faham maksud sebenar request saya, dan saya sepatutnya beri penerangan mengenai permintaan saya tu dengan lebih jelas. Walau bagaimanapun, antara saya dan seller baik-baik je, siap bergurau lagi. Alhamdulillah, cookies dan choco jar tu membantu meredakan stres saya,” katanya.

Sumber : Mstar

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Penghantar Makanan Ini Dedah Dah Beli Makanan Sampai Ratusan Ringgit. Sekali Pelanggan Ini Cancel Order Dan Ini Yang Terjadi

Sebelum ini pernah tular kisah seorang penghantar makanan yang terima pesanan misteri yang membuat pesanan dari tempat persemadian Cina. Namun,apabila sampai ke tempat kejadian tidak kelihatan sesiapa pun berada di situ. Ekoran daripada kejadian itu,lelaki itu tampil memberikan nasihat kepada orang ramai dengan tidak melakukan prank order yang sekali gus menyusahkan pelbagai pihak.

Baru baru ini, seorang penghantar makanan dikenali sebagai Anas Mansor, tampil meluahkan rasa kecewa terhadap pelangganya yang ‘mendiamkan’ diri setelah pesanan tersebut telah diambil olehnya. Kisah tersebut diceritakan menerusi satu video di laman TikTok menerusi akaunnya.

Berdasarkan video tersebut, lelaki ini menceritakan dia mendapat pesanan penghantaran makanan yang berharga RM110 dan pelanggannya ketika itu memilih kaedah membayar secara cash on delivery. Namun, setelah makanan tersebut diambil olehnya pelanggan tersebut bertindak mendiamkan diri dan sama sekali tidak menjawab panggilan dan mesej yang dibuatnya.

Tidak berakhir di situ, pelanggannya yang tidak bertanggungjawab itu juga tidak meletakkan alamat yang betul, ditambah pula keadaan cuaca yang panas ketika itu. Susulan daripada pelanggan itu yang bertindak mendiamkan diri, pihak pengurusannya memaklumkan pesanan tersebut telah dibatalkan dan dia perlu menunggu pesanan yang seterusnya.

Lagi menyedihkan, apabila dia meluahkan rasa kecewa apabila tidak mendapat bayaran yang sepatutnya diteirma olehnya.Jauh-jauh aku datang dan aku tak dapat payment penuh sebab order tu cancel. Banyak-banyak ni nak buat apaPada masa yang sama, dia turut memberikan nasihat kepada orang ramai supaya meletakkan alamat yang betul dan sentiasa memeriksa status pesanan yang telah dibuat.

Perunding Kecantikan Ini Sanggup Buat Agihan Makanan Kepada Rider. Ternyata Perkongsian Yang Dibuat Raih Tumpuan Orang Ramai

Selepas PKP berlangsung,kebanyakan kita terpaksa duduk di rumah sepanjang pandemik Covid 19 masih ada, malahan golongan rider banyak membantu dalam kehidupan sehari hari. Paling ketara tentunya tugas mereka menghantar pesanan makanan terus ke pintu kediaman kita,sekaligus memudahkan urusab harian kala ini.

Dalam usaha menghargai golongan itu, seorang perunding kecantikan yang juga ahli perniagaan, Nur Azraliyana Azmi, 25, tampil dengan inisiatif agihan makanan percuma buat mereka.Video agihan sumbangan yang dibuat di Senawang, Negeri Sembilan pada Isnin dan Selasa itu turut meraih perhatian ramai menerusi media sosial.

Dia yang mesra disapa Azra mendedahkan usaha murni itu dijayakan dengan sumbangan dana peribadi oleh keluarga, saudara-mara dan sahabat handai.”Ini sebenarnya idea ibu saudara saya. Dia sudah buat inisiatif ini di ibu negara baru-baru ini. Saya kata, alangkah indahnya kalau boleh buat perkara sama.

Tambahan pula Azra merupakan seorang perunding kecantikan dan juga ahli perniagaan.”Kemudian ibu saudara kata, kenapa tak buat di Negeri Sembilan? Dia yang bagi tunjuk ajar kepada saya.”Ini inisiatif keluarga dan kawan-kawan, dengan pasukan bisnes saya. Keluarga saya pun ada buka kedai kerepek di Senawang, sebelum ini keluarga saya ada buat tabung makanan di kedai.”Bila dengar saya nak buat untuk rider, mereka pun nak sertai dan bagi sumbangan. Tapi yang turun buat agihan tak ramai sebab tak digalakkan dalam waktu sekarang,” ujarnya.

Dalam video tular itu, Azra bersama beberapa individu lain berada di Dataran Senawang sebelum mengagihkan bungkusan makanan seperti bihun dan nasi bajet buat golongan rider.Jelas Azra yang masih belum mendirikan rumah tangga itu, dia bersyukur apabila rancangan itu berjalan lancar yang mana ia disifatkan cukup bermakna buat dirinya.

“Sebenarnya kita bukan tolong golongan rider sahaja. Makanan yang diagihkan, kami tempah daripada peniaga kecil. Jadi dapat tolong mereka juga.”Memang perasaan tu, rasa lapang dada. Saya tak pernah ikuti program kebajikan sebelum ini. Ini kali pertama saya handle.”Paling best bila rider doakan kita balik. Masa saya hulurkan makanan, mereka berdoa depan-depan, mohon saya dimurahkan rezeki.

Bihun dan nasi bajet antara yang diagihkan pada Isnin dan Selasa lalu.”Bila dia bagi reaksi macam tu, saya rasa terharu. Patutlah ramai orang nak buat kebajikan, saya baru dapat rasa benda tu.”Sebab dia doakan kita depan-depan, tak dapat saya nak gambarkan perasaan tu,” ujarnya yang menetap di Seremban.

Menurut Azra, dia juga tidak kisah berpanas dalam misi itu kerana ia cukup memberi kepuasan kepadanya.”Sebak juga sikit, tapi lebih kepada happy sebab dapat membantu. Bila borak dengan kawan-kawan, ada yang kata… gigihnya kat tengah panas, tak penat ke?

Agihan kepada rider di sekitar Senawang.“Bagi saya, ia penat yang memberi kepuasan. Dengan respon positif di media sosial, saya rasa lagi bersemangat untuk teruskan pada masa akan datang.”Mungkin tak semua boleh membantu dari segi kewangan, tapi kita boleh bantu dengan duduk di rumah untuk kurangkan jangkitan Covid-19.”Sekecil-kecil duduk di rumah pun dah boleh tolong ramai orang. Saya sebagai orang bisnes berdoa agar ia berakhir segera.”Siapa nak hidup macam ni, dah setahun berlalu,” ujarnya mengakhiri bicara.

Berusaha Untuk Membangunkan Ibunya Yang Tidak Bangun Bangun. Kisah Sedih Gadis 10 Tahun Terus Jadi Yatim Piatu Setelah Ibunya Tiada Akibat Covid19

Baru baru ini,seorang gadis berusia 10 tahun di desa Benda Baru,Kabupaten Pamulang,Kota Tangerang Selatan,Indonesia tinggal sebatang kara apabila Covid19 mengambil nyawa ibunya. Kisah sedih ini telah mnimpa adik Aisyah Alusa selepas ibunya pergi tinggalkannya buat selama lamanya akibat daripada virus COVID19 pada 15 Januari 2021 yang lalu.

“Ayahnya sudah pergi buat selamanya ketika Aisyah masih berumur 2 tahun,” kata Marliansyah A. Baset, Ketua RW 18, Benda Baru, kepada wartawan.Baset juga turut menceritakan tentang nasib malang yang menimpa adik Aisyah ini. Bermula pada pagi Jumaat yang lalu, Allahyarham Rina, ibu kepada adik Aisyah, mengadu pening kepala, batuk dan demam kepada jiran di rumahnya. Kemudian, Rina telah dihantar ke Pusat Kesihatan Benda Baru untuk mendapatkan rawatan.

Ketika tiba di pusat kesihatan tersebut, Rina telah menjalani ujian rapid test dan telah disahkan positif terhadap virus COVID-19. Kemudian, pusat kesihatan tersebut telah merujuknya ke Hospital Permata bagi menjalani ujian swab PCR.

“Hasilnya dia telah disahkan positif COVID-19 dan telah diberikan pilihan sama ada mahu dirawat di hospital atau mengkuarantinkan diri di rumah. Kerana risau untuk tinggalkan anaknya keseorangan di rumah, dia telah memutuskan untuk mengasingkan diri di rumah sahaja,” kata Baset.

Kemudian, ketika dia sampai di rumah, Aisyah menjaganya dan memberinya makan. Sehingga akhirnya pada petang Sabtu, Aisyah telah berusaha untuk membangunkan ibunya yang masih tidur bagi bersiap-siap untuk solat Maghrib secara berjemaah, namun ibunya itu tidak bangun-bangun.Tubuh ibunya menjadi kaku, dia terus menggoncangkannya dengan harap agar mata ibunya itu terbuka memberi respon kepada Aisyah.

Hingga akhirnya, Aisyah telah menangis sambil memanggil-manggil ibunya. Jiran-jirannya yang terdengar teriakan itu terus pergi ke kawasan rumah Aisyah.“Kami juga berasa serba salah kerana kami tahu bahawa almarhumah telah dijangkiti COVID-19. Dan tidak ada siapa pun yang diizinkan masuk ke rumahnya, disebabkan itu saya segera menghubungi pusat kesihatan,” kata Baset.

Kemudiannya, doktor dari pusat kesihatan datang dengan memakai sut PPE yang lengkap dan telah mengesahkan bahawa pesakit itu telah tiada. Sejurus selepas itu, jnzhnya itu telah dirapikan di atas tempat tidur sementara menunggu pasukan petugas COVID-19 datang untuk mengsemadikanya.“Kerana sudah malam, persemadian tidak dapat dilakukan, para petugas hanya datang keesokan harinya,” kata Baset.

Pada hari Ahad, 17 Januari 2021, pasukan petugas COVID-19 yang berpakaian lengkap dengan sut PPE telah datang. Selepas ibunya dimandikan, ianya segera disemadikan.“Hari minggu itu juga saya bawa Aisyah ke hospital untuk melakukan ujian swab. Ternyata Aisyah juga telah dijangkiti dengan COVID-19 daripada ibunya. Aisyah terus dibawa ke Rumah Lawan COIVD-19 di Tangsel,” ujar Baset.

Sehingga kini, Aisyah masih lagi dalam rawatan sementara penduduk setempat memerhatikan pengambilan makanannya serta apa yang diperlukannya semasa dirawat.“Kami memastikan segala keperluan Aisyah mencukupi, kami memantaunya setiap hari, kami memberikan makanan yang sedap-sedap dan sihat, untuk pastikan dia terus bersemangat demi kesihatannya,” kata Baset.Sumber: Liputan6

Sebak Dengan Kisah Budak Lelaki Ini Bila Dia Kehilangan Ayahnya Sebab Covid19 Masa Dalam Kuarantin Dan Lebih Menyedihkan Lagi Apabila Melihat Riak Wajah Adik Ini

Sungguh mengharukan, seorang anak muda kehilangan ayahnya akibat Covid-19 ketika dirinya sedang menjalani tempoh kurarantin.Tak dapat menatap buat kali terakhir, apatah lagi mencium dahi kerana pandemik yang membahayakan ini.Video adik ini tular di Twitter setelah perkongsian daripada Fahmi ini telah meraih sebanyak hampir 7K retweets dalam masa 13 jam ia dikongsikan.

Adik ini dikatakan sedang menjalani tempoh kuarantin di Maeps Serdang. Orang ramai yang turut bersimpati di dalam pusat kuarantin itu turut memberikan sokongan moral.Mereka membuat bacaan yassin dan tahlil untu arwah ayah adik ini. Orang ramai yang berada disana juga turut memberikan sumbangan kepada adik ini.

Sudah semestinya  ia membuatkan kami rasa sebak bahkan warganet juga apabila mengenangkan nasib ini, lebih menyedihkan lagi apabila melihat riakk wajah adik ini. Mungkin dia sunyi berseorangan dalam pusat kuarantin sebab ayah dia dah tak ada.Tak boleh bayangkan kalau aku ada dalam situasi ini – Warganet

Orang ramai yang ingin salurkan bantuan boleh berikan sumbangan anda ke nombor akaun Maybank,  Nur Kamilatul Alifah, 162021615921 atau ke nombor akaun ibunya NORASAH BINTI ABDUL AZIZ, Agrobank seperti yang tertera dibawah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *