McDonald Vietnam tampil mohon maaf atas salah guna gambar untuk BTS Meal. Boleh pula terguna foto Exo.

Infomaklumat ISU SEMASA Viral

Bagi mereka yang meminati muzik-muzik Kpop, bila sebut dua nama boyband besar ini, EXO dan BTS, pasti mereka dah cukup kenal dengan mereka, malah orang yang tak berapa fanatik dengan genre ini pun dah cukup familiar. Jadi, tidak hairan lah jika mereka ada peminat mereka sendiri dari seluruh dunia. Umumnya, pasti kita semua tahu bahawa McDonald’s baru-baru ini ada lancar kan BTS Meal, pastinya ia laris kerana penangan BTS ini. Tapi, apa kaitan dengan EXO pula?

Promote BTS Meal, tapi pakai gambar EXO

Seperti yang kita tahu menu kolaborasi daripada McDonald’s ini tidak terhad di Malaysia sahaja, bahkan seluruh dunia termasuklah Vietnam. Terima sambutan hangat di negara lain termasuklah di Malaysia, lain pula jadinya di cawangan Vietnam. Mereka menjadi objek utama peminat BTS dan juga EXO kerana pihak mereka tersalah guna foto EXO untuk buat promo BTS Meal ini. Biarpun gambar yang digunakan dalam bentuk silhouette, sudah semestinya peminat yang sentiasa mengikuti perkembangan idola mereka ini sedar bahawa gambar itu ada milik EXO. Foto yang mereka gunakan adalah foto ketika EXO ke Dubai tahun 2018 lalu.

Seperti yang diketahui, EXO dan BTS merupakan dua boyband dari Korea Selatan yang berada dibawah naungan agensi yang berbeza. BTS terdiri dari tujuh anggota iaitu RM, Jin, Suga, J-Hope, Jimin, V dan Jungkook. Manakala EXO terdiri dari 9 orang yang terdiri dari Suho, Xiumin, Baekhyun, Chen, D.O, Chanyeol, Kai, Sehun, dan Lay. Lapor sumber, berduyun-duyun peminat dua kumpulan ternama ini membanjiri Facebook rasmi McDonalds’ Vietnam dan melontorkan kritikan dan mereka menuntut permohonan maaf atas kesilapan tersebut.

Oleh itu, pihak McDonald’s Vietnam membuat permohonan maaf pada keesokan harinya kerana menggunakan foto yang salah dalam edisi BTS Meal. Pertama, McDonald meminta maaf kepada BTS dan EXO dan penggemar dari kedua boyband tersebut atas kesalahan kami di masa lalu,” tulis admin Facebook McDonald Vietnam.

“Saat ini, McDonald mengakui telah lalai menempatkan poster yang telah menimbulkan kekeliruan antara dua kumpulan akibat poster yang kami pasang diseluruh cawangan sehingga tinggalkan kesan buruk di mata peminat,” lanjutnya. Selain mengakui kesalahan tersebut, McDonald’s Vietnam juga mengatakan bahwa poster tersebut telah ditarik balik. “McDonald’s telah menarik poster dengan foto yang salah ini dan sangat menyesali kejadian ini. Sekali lagi, McDonald menyatakan permintaan maaf untuk BTS dan EXO serta semua fans mereka.” Akui kesilapan, pihak McDonald’s Vietnam juga akan memastikan bahawa kesilapan ini takkan berlaku lagi.

Sumber : Lobak Merah

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Hanya Nak Order Makanan Di Food Panda Sampai Ada Pelanggan Yang Gunakan Nama Tuhan. Sekali Ini Respons Rider Tersebut.

Kalau korang ingat lagi, sebelum ni tular di media sosial ada segelintir pelanggan yang pesan makanan melalui aplikasi Foodpanda guna nama ‘Allah’ dalam arahan pembelian. Jika tak silap, pelanggan tu guna ayat yang berbunyi lebih kurang, “Jangan tipu, Allah nampak’. Pada awalnya ia mungkin nampak kelakar, tapi bila lama-lama, ada lagi individu lain yang turut menggunakan taktik sama.

Mal4ngnya perkara ini semakin berlarutan dan mula diikuti oleh orang lain. Sampaikan ada rider Foodpanda yang mula berasa tidak selesa dikenakan arahan sebegitu rupa. Inilah yang dialami oleh Azyz’s Ahmad apabila seorang pelanggannya menggunakan nama ‘Allah’ dalam arahan pembelian. Jom ikuti perkongsian ini.

Jangan guna nama Tuhan kalau nak buat order

Bila orang order guna apps Foodpanda, kakak / abang / makcik / pakcik, jangan suka-suka hati nak main nama Allah masa order ye. Memang Tuhan nampak, saya tak pertikaikan benda tu. Dalam apps Foodpanda je pun, bagilah instruction bagus-bagus..ni nak guna nama Allah pulak..Ingat kami ni robot ke nak ikut 100% apa yang awak minta. KFC pun ada prosedur dia sendiri. Memang bagi ikut sukatan, bukan kedekut tapi memang prosedur dia macam tu. Nak cheese lebih? Add on lah cheese tu..

Kami rider Foodpanda ni pun tukang hantar je. Nama sebut nama Tuhan bagai..solat tu penuh ke tidak? Tuhan nampak tau..Jangan nak main-main nama Tuhan bila order ya? Sekian hujah saya. Terima kasih. Begitulah pesanan abang rider ini. Moga-moga jadi pengajaran buat kita semua.

Sumber: Azyz’s Ahmad

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Kucingasm Media dan Kucing Media Online

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Rider Food Panda Ini Sempat Hantar Mesej Sebegini Dalam Keadaannya Yang Sakit. Sekali Ini Respon Pelanggannya.

Najmi berkongsi kisah rider sempoi yang menghantar barangnya, baru-baru ini. Ketika penularan pandemik Covid-19 masih belum reda, rata-rata masyarakat lebih gemar membeli-belah secara maya (online). Bukan sahaja mahu mengurangkan risiko penularan virus berkenaan dengan kekal berada di rumah, namun dalam masa yang sama kaedah berkenaan lebih mudah dan menjimatkan masa.

Begitu juga dengan pemuda ini yang sering kali membeli belah dan membuat pesanan makanan secara online, lebih-lebih lagi kerana bekerja dari rumah sejak hampir setahun lalu. Namun kejadian yang membabitkannya dengan seorang pekerja penghantar barang (rider) baru-baru ini begitu lucu apabila mereka berdua sempat ‘berduet’ dalam mesej di aplikasi penghantaran.

“Penat la aku gelak hari ni. Sampai je tegak dia bagi, ‘kau ajak aku menyanyi atas motor?’. Apa-apa pun thank you Panda riders! Semoga dilindungi dari malapetaka atas jalanan,” tulisnya pada perkongsian di Twitter. Pemuda itu turut memuat naik mesej mereka di perkongsian tersebut yang sehingga kini meraih 12,000 retweet.

Mesej sempoi antara Najmi dan rider yang mencuit hati warganet.

Bercerita kembali kejadian lucu berkenaan, Najmi Aiman berkata dia sama sekali tidak menyangka mesejnya dibalas dengan ‘sempoi’ oleh rider berkenaan.

“Bila rider beritahu sudah dalam perjalanan dan ‘sila tunggu di lobi’, saya memang dah standby untuk turun ke bawah rumah untuk ambil barangan. Tapi bila baca mesej dia ‘I can’t go up my leg pain’ terus saya tergelak. Saya pun sekadar balas sempoi ‘sakit apa tokwi?’ tapi lebih lucu dia sambut dengan balas ‘sakit sendi tulang’. Ibarat berduet lagu Anak Itik Tokwi pula. Selepas itu mesej seterusnya dia beritahu kakinya sakit sebab gout. Masa tu tertanya-tanya juga macam mana rupa abang rider yang sempoi ni. Bila dia sampai, saya memang dah sedia tunggu di bawah… terus abang tu kata ‘kau ajak aku menyanyi atas motor?’ kemudian kami berdua gelak-gelak,” ujarnya.

Najmi sering membuat pesanan dan membeli belah secara dalam talian (online) sejak bekerja dari rumah, setahun lalu.

Sungguhpun banyak menerima komen positif yang terhibur dengan perkongsiannya, namun pemuda yang senang disapa sebagai Najmi berkata dia juga ada menerima komen negatif daripada pelayar yang tersalah anggap dengan situasi tersebut.

“Ada yang komen macam marah kononnya kenapa saya tak mahu turun ke bawah lobi untuk ambil barang. Sebenarnya saya memang akan turun setiap kali ambil barangan kerana saya lebih suka guna kaedah tunai, dalam masa yang sama boleh beri tips untuk rider.

Masa tu tertanya-tanya juga macam mana rupa abang rider yang sempoi ni

“Dan mungkin mesej rider ‘sila tunggu di lobi’ tu adalah mesej template. Tapi tak apalah, mungkin mereka tak tahu situasi. Tapi lucu juga bila ada pelayar yang tahu lokasi rumah saya sebab cam kawasan persekitaran menerusi gambar yang dimuat naik,” ujar pemida berusia 25 tahun ini yang baharu sahaja berpindah ke kawasan perumahan di Cyberjaya, sebulan lalu.

Tidak menyangka perkongsian menjadi tular, Najmi berkata sekadar mahu berkongi perkara lucu dan juga melahirkan kekagumannya dengan sikap mesra serta sempoi rider tersebut.

Antara perkongsian warganet yang turut memuji sikap sempoi rider berkenaan.

“Saya suka cara abang rider ni… sempoi. Pelanggan pun senang hati. Dalam pada sibuk dan penat, dia masih sempat bergurau dan berbasa basi. Kalau boleh, bukan sahaja rider, tapi bagi mereka yang terlibat secara langsung dengan pelanggan sama ada peniaga atau sebagainya seeloknya biarlah sempoi dan ramah. Orang kata, tanggapan pertama (first impression) tu penting. Barulah pelanggan suka dan ulang beli. Apapun saya berdoa agar rider-rider dan peniaga yang lain agar dimurahkan rezeki serta dipermudahkan urusan berniaga untuk kawan-kawan daripada group Syrup Waffle terutamanya BurgerCulture_MY,” katanya lagi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *