Ramai yang nak tahu bagaimana pemuda ini jalani rutin hariannya tanpa tangan. Rupanya ini tujuan dia ingin buka akaun TikTok.

Dunia tips Viral

Zul pernah menyertai acara olahraga (larian) di Temasya Sukan Para SUKMA XIX Perak 2018. Setiap insan dilahirkan berbeza-beza, tapi kita semua tetap sempurna disisi-Nya. Di aplikasi TikTok, tular video-video memaparkan kehidupan harian seorang jejaka yang kudung kedua-dua belah tangannya. Muhammad Zulkifli Nordin, 25, ketika dihubungi mengakui baru sahaja tiga minggu aktif di platform itu. Namun katanya, dia sama sekali tidak menyangka akan meraih perhatian ramai sehingga video dikongsi menerima puluhan ribu tontonan dalam masa singkat.

“Saya sebenarnya baru bekerja sebagai perunding hartanah pada tahun ini. Saya menggunakan TikTok untuk membina personal branding. Saya juga berniat nak kongsi video berkaitan hartanah. Tapi awal-awal saya kongsi video mengenai diri sendiri dulu. Saya pun baru nak belajar cara edit video dan sebagainya. Saya terkejut dengan penerimaan ramai.

Zul aktif bersukan sejak dulu lagi.

“Banyak soalan diterima, saya pun tak sempat balas semuanya. Mereka nak lihat cara saya jalani kehidupan seharian, cara makan pun ada yang minta nak tengok. Saya boleh suap makan sendiri, menulis pun guna kaki,” ujarnya yang mesra disapa Zul. Bercerita mengenai dirinya, anak ketujuh daripada lapan beradik itu berasal dari Gua Musang, Kelantan dan baru sahaja menamatkan pengajian dalam bidang Hartanah di Universiti Teknologi Mara (UiTM) pada tahun 2019.

Memang keadaan diri ini akan buat kita rasa takut, tapi kita kena kuat dan tolak diri kehadapan.

Dedah Zul lagi, banyak cabaran yang perlu ditempuhinya, namun dia tak pernah menyalahkan takdir. “Saya memang dilahirkan tiada kedua-dua tangan. Apa pekerjaan yang saya buat, semua guna kaki. Dan saya seorang sahaja dilahirkan begini dalam keluarga. Memang banyak cabaran dari kecil. Ada sesetengah perkara, ia terhad. Tapi saya cuba buat sehabis baik. Kalau tak boleh, baru minta tolong orang. Saya tak pernah salahkan takdir. Kena sentiasa bersyukur. Kalau rasa lemah, kena ingat… ada ramai yang jauh lebih lemah di luar sana,” ujarnya. Di TikTok misalnya, video Zul yang memancing ikan dengan menggunakan kaki ternyata menarik perhatian ramai.

Zul tidak pernah salahkan takdir dan bersyukur seadanya dengan fizikal diri.

Malah jangan tak percaya, Zul juga aktif dalam sukan bola sepak dan sepak takraw. Lebih membanggakan, Zul pernah menyertai acara olahraga (larian) di Temasya Sukan Para SUKMA XIX Perak 2018. Dalam temubual sama, Zul juga menitipkan pesan buat insan senasib dengannya agar tabah dan tenang mengharungi kehidupan serta menjalani hidup dengan penuh keyakinan.

“Memang keadaan diri ini akan buat kita rasa takut, tapi kita kena kuat dan tolak diri ke hadapan. Kalau rasa lemah, sebenarnya sahabat di luar sana, ada yang jauh lebih lemah. Kita kena bersemangat. Selain ibu bapa yang menjadi kekuatan, saya juga sentiasa pandang ke depan kerana nak kejar cita-cita, mahu berjaya dalam bidang hartanah,” ujarnya.

Sumber : Mstar

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Pak Cik Kurang Upaya Teringin Nak Beli Sesuatu Ini Tapi Kekurangan Wang. Sekali Ini Tindakan Daripada Gadis Tersebut.

Effa Asyifa memberikan sebuah kipas secara percuma kepada seorang lelaki orang kurang upaya yang datang ke kedai miliknya. Mungkin bagi sesetengah orang, harga bagi sebuah kipas elektrik tidaklah mahal dan masih mampu dimiliki. Namun tidak bagi mereka yang benar-benar datang daripada keluarga susah yang terpaksa melakukan pelbagai kerja untuk memiliki barangan keperluan rumah. Begitu juga dengan kisah lelaki tua ini yang dikongsi oleh seorang pemilik kedai kipas di Seberang Perai Utara, Pulau Pinang

“Saya dah nak tutup kedai, tiba-tiba pakcik ni datang nak beli kipas. Dari jauh kelihatan seperti pernah lihat susuk tubuh lelaki ini. Ya Allah, pakcik yang pernah viral jual cili sebelum ni di area Kepala Batas! Saya pernah nampak pakcik ni Orang Kelainan Upaya viral di (Facebook) Penangkini dan Komuniti Kepala Batas, cuma dah tak jumpa posting tu. Tak pernah selisih langsung sebelum ni, dalam hati memang ada niat nak beli cili pakcik ni. Alhamdulillah hari ini Allah datangkan pakcik ni sendiri. Saya kena kuat untuk tak menangis depan pakcik ni. Saya pura-pura tak sedih depan pakcik,” kongsi pemilik kedai bernama Effa Asyifa ini.

Perkongsian Effa Asyifa mengenai kisah seorang lelaki OKU yang datang ke kedainya untuk membeli kipas angin.

Menurutnya, lelaki tua tersebut meluahkan hasrat untuk membeli sebuah kipas yang ‘lebih laju’ memandangkan bahang cuaca yang agak panas pada ketika ini. Namun lelaki tersebut berterus terang dan memberitahunya bahawa dia tidak mempunyai wang yang cukup untuk membeli kipas yang diidamkan. Ujar Effa Asyifa, dia dengan senang hati mengambil keputusan untuk memberikan kipas tersebut secara percuma kepada lelaki orang kurang upaya ini berkenaan dengan niat mahu bersedekah.

“Allah nak suruh saya kumpul pahala ni pakcik. Saya nak pahala tu pakcik, saya ikhlas bagi dekat pakcik. Dah lama saya cari pakcik tapi hari ni pakcik mai sendiri kedai saya. Saya yakin tak akan menitiskan air mata depan pakcik tapi saya kecundang. Kaki palsu pakcik tercabut masa nak hidupkan enjin motor tu. Allah Allah Allah. Menitis air mata saya. Saya tolong masukkan semula kaki pakcik,” ujarnya.

Saya banyak merungut akan kekurangan sedangkan saya sempurna fizikal. Walaupun diri serba kekurangan tapi pakcik insan yang hebat di mata saya.

Menurut wanita ini lagi, dia terlalu bersyukur kerana dipertemukan dengan lelaki tua berkenaan yang membuatkan dirinya lebih insaf dan bermuhasabah. “Saya banyak merungut akan kekurangan sedangkan saya sempurna fizikal. Walaupun diri serba kekurangan tapi pakcik insan yang hebat di mata saya.

“Anak, pakcik tak tau nak bagi apa dekat anak ni. Pakcik doakan perniagaan anak maju, rezeki melimpah ruah… anak-anak sihat?” “Err saya tak kahwin lagi pakcik. “Ya Allah pertemukan anak ni dengan bakal suami yang baik Ya Allah. Sampai sekarang air mata saya tak henti-henti berjurai,” ceritanya. Sehingga kini perkongsian tersebut meraih lebih 300 shares di Facebook.

Effa Asyifa mendapat pujian daripada warganet di atas tindakannya memberikan kipas percuma kepada lelaki kurang upaya berkenaan.

Sementara itu rata-rata warganet turut memuji tindakan mulia wanita berkenaan yang langsung tidak berkira terutama dengan golongan kurang berkemampuan. Alhamdulillah, inilah yang agama mahu. Terbaik dik… kita yang sempurna sepatutnya membantu yang kurang sempurna.

“Selalu jumpa pakcik ni dekat petronas Bertam Perdana. Pakcik ni suka berniaga pokok depan jalan nak keluar Petronas tu. Alhamdulillah kalau terjumpa selalu sedekah tapi dia suruh ambil pokok dia jual tu. Semoga yang memberi dan yang menerima sentiasa dipermudahkan urusan dunia dan juga akhirat. Suka dengan semangat gigih pakcik. Berusaha dengan kudrat sendiri dari suka meminta-minta walaupun ada kekurangan,”demikian antara komen warganet.

Sumber : Mstar

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Kucingasm Media dan Kucing Media Online

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Pak Cik Telah Pergi Buat Selamanya Kerana Positif Covid 19. Rupanya Ini Sebenarnya Yang Terjadi Sampaikan Boleh Berjangkit.

Seorang doktor berkongsi kisah mengenai seorang lelaki warga emas yang dijangkiti Covid-19 daripada anaknya. Walaupun kerajaan melarang ziarah Aidilfitri dan rentas negeri, namun ada juga yang ‘terlepas’ balik kampung beraya bersama keluarga.

Impaknya cukup besar kerana bukan sahaja terdedah risiko jangkitan Covid-19, malah boleh hilang nyawa seseorang itu terutama dalam kalangan warga emas dan orang yang alami sakit teruk. Seorang doktor berkongsi kisah seorang pesakit lelaki berusia 70-an yang hadir ke hospital pada suatu petang dengan memakai gelang merah jambu.

“Pakcik pakai gelang pink sebab apa? Anak pakcik positif. Depa (mereka) tu dari mana? Dok (duduk) Kedah ke dari luar negeri? Depa dari Johor, saja balik mai melawat raya hari tu. Tapi depa balik sana dah (Johor) dua tiga hari lepas,” doktor berkenaan menulis perbualannya dengan pakcik tersebut di laman Twitter syazwandva.

Perkongsian seorang doktor di laman Twitter.

Dr Syazwan kemudian bertanya lebih lanjut mengenai lelaki warga emas itu diberikan gelang merah jambu yang biasanya dipakai untuk mereka yang positif atau menjadi kontak rapat pesakit Covid-19. “Anak telefon kata depa positif, jadi pakcik kena pergi klinik kesihatan, buat test, semalam baru ambil. Tapi awat (kenapa) pakcik mai (datang) hospital? Pakcik rasa penat, susah nafas, anak pakcik yang kat rumah tolong telefon ambulans. Hmm baik pakcik, ni kita bagi oksigen kuat untuk pakcik ni,” ujarnya. Doktor itu bertanya lagi mengenai keadaan anak dan menantu lelaki itu sewaktu melawat pesakit berkenaan sempena Aidilfitri.

Saringan dan pemeriksaan orang awam.

“Masa anak menantu balik dari Johor, depa dok rumah pakcik ke? Depa ada batuk-batuk tak? Ha depa dok ngan pakcik, ada la depa batuk sikit-sikit. Okay pakcik, tarik nafas elok-elok. Rehat, selawat, doa banyak-banyak,” katanya sambil menambah darah pesakit itu diambil dan ujian X-ray menunjukkan keputusan tidak begitu baik.

Ambillah vaksin, jangan percaya cerita di WhatsApp, Facebook hirup bunga cengkih, beli air penawar. Tolong jangan rendahkan IQ anda serendah orang yang dok sebar cerita palsu tu, depa nak mati biar depa seorang, hangpa jangan ikut

Namun katanya, keadaan pesakit yang datang ke hospital pada pukul 5 petang bertambah buruk kira-kira pukul 9 malam, di mana doktor mencuba pelbagai usaha untuk menyelamatkannya. “Hari ni kira-kira 5 pagi, pakcik dah tak ada. Innalillahiwainnailaihirajiun. Minta maaf pakcik, kami telah melakukan yang terbaik tetapi Allah lebih sayangkan pakcik,” katanya.

Seorang lelaki warga emas yang mengalami masalah pernafasan.

Sehubungan itu, Dr Syazwan menegaskan ada sebabnya larangan ziarah Aidilfitri dan rentas negeri ditetapkan iaitu demi membendung penularan jangkitan Covid-19. “Kepada anda semua, inilah sebab kenapa kita larang jenguk orang tua, masjid tutup dan lain-lain. Kebanyakan mereka adalah warga emas, dan gambar yang saya tunjuk kesemua mereka berusia 50 tahun ke atas. Ya, mereka semua seusia dengan mak ayah kita. Jagalah diri anda, ibu bapa anda, keluarga dan rakan-rakan. Terdapat kumpulan yang kata ‘takut buat apa Covid ni sama je macam selesema batuk biasa, ni semua propaganda, agenda yahudi.’ Dengar sini elok-elok, tak ada orang selesema batuk yang merosot (kesihatan) secepat macam ni. Ambillah vaksin, jangan percaya cerita di WhatsApp, Facebook hirup bunga cengkih, beli air penawar. Tolong jangan rendahkan IQ anda serendah orang yang dok sebar cerita palsu tu, depa nak mati biar depa seorang, hangpa jangan ikut,” katanya sambil menyeru rakyat Malaysia untuk sama-sama memerangi wabak Covid-19.

Seorang wanita yang berkongsi bebenang doktor itu meluahkan kekesalannya terhadap individu yang tidak bertanggungjawab sehingga mengakibatkan orang lain menjadi korban Covid-19. “Kluster raya Aidilfitri baru ni, dah mula makan korban. Takziah dan Selamat Hari Raya buat korang yang terlepas balik raya ke kampung. Macam mana pun tetap akan kantoi,” tulisnya menerusi satu status di Facebook.

Sumber : Mstar

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Kucingasm Media dan Kucing Media Online

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *