Tular pemuda tersebut terkejut apabila rumah banjir. Sekali rupanya si bulus yang lakukan macam ni.

Haiwan kucing Viral

Cuba bayangkan, anda baru sahaja bangun daripada tidur dan tiba-tiba rumah anda banjlr. Inilah yang terjadi kepada seorang lelaki dari Singapura yang dikenali sebagai Zul.

Namun, banjlr tersebut bukanlah disebabkan oleh hujan lebat, tapi kuclng-kuclngnya buka paip air semasa dia tengah tidur pada waktu tengah malam! Kisah ini dikongsikan oleh Zul dalam satu video yang dikongsikan di TikT0k. Menurut Zul, ini bukanlah kali pertama rumahnya tiba-tiba ‘banjlr’ disebabkan kenakalan kucing-kucingnya, sebelum ini juga pernah terjadi kejadian yang sama. “Dia boleh main air…yang kena bersih aku. Nasiblah parents aku takde”, ujar Zul dalam videonya.

Lucvnya dalam video tersebut, kuclng-kuclngnya tanpa rasa bersalah mel0mpat-l0mpat di lopakan air seperti dunia ini mereka yang punya. Malah, kelihatan seek0r kucing sedang duduk di paip air yang meng4lir, seolah-olah dia ialah penjaga paip tersebut.

Meninjau di ruangan komen pula, rata-rata warganet terhibur dengan gel4gat Zul dan kuclng-kucingnya. Malah, ada yang beranggapan mungkin kucing tersebut mahu mandi di kolam kerana kepanasan di musim pnas ini. Siapa pernah kena situasi yang lvcu melibatkan kuclng? Kongsikan pengalaman anda di ruangan komen!

Sumber:LM

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Kucingasm Media dan Kucing Media Online

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Antara Sakit Kucing Yang Wajib Diketahui Oleh Pecinta Kucing. Ianya Mungkin Berlaku Pada Si Bulus Anda.

Sakit kucing merupakan sesuatu yang jarang diperhatikan sebagai pemilik. Padahal, sekarang ini begitu banyak orang yang hobi memelihara kucing. Mulai dari kucing-kucing langka sampai kucing-kucing yang biasa kita temui di jalanan. Sebenarnya memelihara kucing bukanlah hal yang sulit, namun bukan bererti kucing juga tidak lepas dari bahaya sakit baik dari virus mahupun bakteria.

Penyebab sakit kucing yang paling sering ditemui adalah dari makanan. Makanan kucing ternyata dapat menimbulkan berbagai penyakit. Sakit yang paling sederhana adalah tersedak, muntah, bahkan alergi.  Bahkan, beberapa jenis penyakit yang berasal dari virus dan bakteria termasuk dalam kategori penyakit kucing yang memudaratkan. Sebahagian mungkin masih boleh ditangani dengan vaksin namun banyak juga yang belum ada puncanya di Indonesia.

Untuk itu memerlukan rawatan keseluruhan dalam merawat kucing yang merupakan bukti kepedulian dan kasih sayang kita terhadap kucing. Untuk merawat kucing secara keseluruhan, kita wajib mengetahui sakit kucing yang memiliki berbagai macam sebab dan dampak,

Di4betes dan Feline Leukimia Virus

1. Diabetes

Sama dengan manusia, kelebihan karbohidrat dapat mengakibatkan kucing diabetes. Kucing gemuk yang malas bergerak, lebih rentan terkena sakit ini. Adapun gejala-gejalanya adalah sebagai berikut: – Penurunan berat badan yang mendadak meski makannya banyak. – Peningkatan air, kucing menjadi banyak minum. – Kencing secara berlebihan dan tidak wajar. – Nafsu makan yang berlebihan. Penanganan awal untuk sakit kucing diabetes, adalah dengan memberikan makanan yang disyorkan bagi kucing yang mengalami di4betes. Makanan rekomendasi ini dapat ditemukan di petshop terdekat.

2. Feline Leukimia Virus

Sakit ini disebabkan virus yang menyerang sistem kekebalan tubuh. Feline Leukimia Virus dapat mengakibatkan berbagai bentuk kanker dan sakit lainnya yang terkait. Virus ini datang kerana berbagai makanan dan tempat air yang terkena atau kontak dengan urine, feses dan air liur dari kucing yang terinfeksi. Penyakit kucing ini juga dapat disebabkan oleh induk yang telah terinfeksi kemudian menular pada janin dalam rahim. Meski tanda-tandanya beragam dan akan terlihat dalam jangka waktu bertahun-tahun, namun beberapa gejala yang dapat dikenali, antara lain: – Nafsu makan hilang dan turunnya berat badan. – Kejang, kelelahan dan demam. – Stomatitis. – Gingivitis (gusi). – Anemia. – Diare. – Pembengkakan pada kelenjar getah bening. – Lesi kulit, semacam jaringan abnormal pada kulit. – Sakit kuning. – Anisocoria atau pupil mata kanan berbeda ukuran dengan pupil mata kiri. – Infeksi pada kulit, kandung kemih dan saluran pernafasan. Pemberian Vaksin pada kucing dapat mencegah salah satu sakit kucing ini. Dengan selalu memperhatikan tingkah dan kesihatan kucing, kita dapat mencegah terjadinya sakit ini.

Sumber : Liputan

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Kucingasm Media dan Kucing Media Online

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Wanita Ini Luah Detik Pilu Soal Anak Kucingnya. Sekali Tak Sangka Anak Kucing Unik Ini Mampu Bertahan Selama Beberapa Jam Sahaja.

Memiliki kucing sebagai haiwan peliharaan merupakan salah satu daripada nikmat yang sangat menggembirakan. Manakan tidak, kehadiran haiwan comel itu bahkan boleh menghilangkan tekanan dan kemurungan. Walau bagaimanapun, setiap pemilik kucing juga perlu bersedia untuk menerima kehilangan haiwan itu. Jarang sekali kucing akan bertahan hidup untuk tempoh waktu yang lama. Ia sama ada akan pergi kerana sakit atau pelbagai sebab lain. Namun, salah satu yang paling menyedihkan adalah apabila anak kucing pergi selepas dilahirkan.

Sama seperti yang dikongsikan oleh Eqin Nusuri di Facebook ini. Menurutnya, kucingnya telah melahirkan enam ekor anak tetapi anak keempatnya telah tiada. Lebih memilukan, anak kucing itu lahir dalam keadaan songsang dan ia mempunyai fizikal yang tidak normal iaitu berkepala dua. Ia hanya mampu bertahan hidup selama lapan jam sahaja. Mari ikuti luahan Eqin berkenaan kehilangan anak kucing itu di bawah ini.

Kucing saya beranak kali kedua. Ada 6 ekor anak dia. Yang ni anak ke-4. Unik sangat ciptaan Yang Maha Esa. Berkepala dua berbadan satu. Ibu dia nak kuarkan dia pun seksa sebab kepala dia besar. Masa tu saya bantu ibu dia kuarkan anak ke-4 ni.

Dia kuar dalam keadaan songsang (kaki dulu). Tapi sayang cuma bertahan hidup 8 jam je. Sebab mak dia taknak kat dia. Saya cuba dekatkan dia pada ibu dia pun dia macam tak mampu nak buka mulut untuk menyusu kat tutt ibu dia. Melepek je. Mungkin kepala dia berat dan dia tak mampu nak angkat kepala sendiri. Dia tak bergerak kemana kalau last letak di situ nanti bila tengok semula pasti dia kat tempat yang sama je. Bye bye baby. Tenanglah awak disana ye.

Sumber: Eqin Nusuri

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Disebabkan Gemar Membela Kucing Gergasi. Kini Rohana Memiliki 9 Kucing Dan Beratnya Semuanya Sekitar Ini.

Memiliki sembilan kucing bersaiz besar yang berbulu lebat dengan berat antara tiga hingga sepuluh kilogram (kg) seekor menjadi kepuasan Rohana Md Gani. Kakitangan sebuah agensi kerajaan berusia 56 tahun itu berkata kepuasan dikelilingi kucing bersaiz besar dapat dirasakan apabila haiwan terbabit sentiasa manja dan mesra walaupun kelihatan garang.

“Saya tidak menghadapi sebarang masalah sepanjang dua tahun tinggal sebumbung dengan haiwan terbabit, kesunyian terubat apabila melihat pelbagai aksi dipamerkan kucing,” katanya ditemui di rumahnya, di sini, hari ini. Ibu kepada empat anak itu berkata, minat mendalam ke atas kucing membolehkan dia selesa tinggal bersama haiwan bersaiz besar itu walaupun terpaksa menyediakan peruntukan lebih RM800 sebulan untuk membeli makanan dan pasir. Katanya, penjagaan dan makanan menjadi faktor utama kucing kacukan baka import dan tempatan miliknya menjadi besar dan berbulu lebat dua hingga empat kali ganda berbanding kucing biasa.

“Saya memberi makan antara sekali hingga dua kali sehari menggunakan makanan import, walaupun harganya agak mahal dan membebankan namun kualitinya begitu baik. Semua kucing saya mempunyai nama seperti Oyen, Putih, Omel, Adik dan Tiger. Sebahagian diletakkan di dalam sangkar dan ada juga tinggal dalam bilik khas, waktu malam semua haiwan berkenaan dilepaskan dalam rumah,” katanya yang menetap di Taman Pinggiran Netas Jaya, Mentakab, di Temerloh.

Rohana berkata, bermula dengan seekor kucing pemberian rakan anaknya, dua tahun lalu haiwan berkenaan membiak hingga kini menjadi sembilan ekor dan semua kucingnya diberi bagi menghalang pembiakan. Beliau juga berkata, anak bongsunya Siti Aisyah Nazihah Sulaiman, 23, yang kini melanjutkan pengajian di Universiti Malaya (UM) turut meminati kucing, bila ada masa terluang dia akan pulang untuk melihat haiwan terbabit.

“Saya melayan semua kucing seperti anak sendiri, makan dan minum sentiasa diberi perhatian. Apabila tidak sihat rawatan dan ubat perlu diberikan segera bagi mengelak menjadi bertambah buruk. Saya rela berlapar asalkan sembilan kucing besar peliharaan saya mendapat makanan yang secukupnya, sifat kasih sayang dan tanggungjawab terhadap haiwan sentiasa tersemat dalam diri ini. Penjagaan kebersihan dengan memandikan haiwan terbabit perlu dilakukan apabila keadaan memerlukan, dengan cara itu kesihatan kucing akan lebih terjamin,” katanya.

Sumber : Harian metro

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Kucingasm Media dan Kucing Media Online

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Kucing Gebu Yang Sering Jadi Perhatian Di Thailand. Boleh Tahan Juga Populariti Si Bulus Ni Dekat Sana.

Hi buat semua pencinta kucing. Anda pasti tahu kucing yang agak popular di negara kita. Kalau di Malaysia, kita ada Bujibu dan Oh My Jep yang sangat popular di FB dan Instagram. Ternyata telatah dua ekor ini sangat menghiburkan hati apabila Bujibu berganding dengan Yusof Iskandar, mereka selebriti sosial media sangat sepadan. Namun begitu, di negara jiran kita, Thailand ada kucing sering menjadi perhatian ramau.

Kucing yang diberi nama Bone itu sungguh menghiburkan hati buat penggemarnya. Anda bukan sahaja boleh menyaksikan ragam Bone di IG, malahan jika bertuah anda boleh lihat dia berjalan, memanjat pokok dan beraksi bak selebriti dan anda juga berpeluang untuk memeluk dia Bone yang mempunyai 204k pengikut di Instagram, Bone Bone nampaknya sukakan cabaran seperti memanjat pokok! 

Walaupun gebu, namapaknya Bone BOne lari dari istilah malas yang selalu dilabelkan pemalas kepada kucing seertinya. Pelbagai pertanyaan yang dilontarkan oleh warganet seperti “adakah dia gebu atau sekadar bulunya yang kembang?” atau “perapi apakah yang digunakannya  untuk mendapatkan bulu kembang?” dan “adakah dia betul-betul gembira?”

Difahamkan Bone Bone kucing besar berusia 5 tahun, kacukan Parsi dan Breed, berbulu kembang yang sentiasa memakai beg sandang kuning mendapat liputan portal-portal utama di seluruh dunia dek keletahnya. Aksinya yang pelik kerana tidak takutkan orang ramai, berjalan di taman bak dia sahaja berada di situ membuatkan ramai yang mengambil kesempatan untuk bergambar dengannya.

Namun begitu,ada juga warganet yang memberi komen risau dengan keadaan Bone Bone yang dibawa ke khalayak ramai serta dikerumuni mungkin membuatkan dia tidak selesa.Namun, apa jua perbezaan pendapat, Bone Bone yang menyukai udang rebus serta beratnya kini 9.2kg membuktikan dia bukan sekadar kucing biasa. Aksinya sentiasa ditunggu-tunggu oleh peminat kucing seantero dunia.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *