Nekad nak rahsiakan identiti sebenar kekasih. Tapi bila tengok posting terbaru Azar Azmi buat ramai yang teruja.

artis Uncategorized

PETALING JAYA – Serik dengan kejadian putus tunang pada Februari tahun lalu, pelakon Azar Azmi membuat keputusan nekad untuk merahsiakan identiti kekasih barunya. Azar atau nama sebenarnya, Siti Azar Ameerah Azmi, 32, mengakui sudah menemui pengganti, namun pengalaman putus tunang mengajarnya untuk lebih berhati-hati dalam berkongsi perihal peribadi kepada umum.

“Ya, saya sedang bercinta dan mengenali hati budi sesesorang buat masa ini. Namun, saya mengambil keputusan untuk tidak berkongsi identitinya kepada umum. Sampai masanya saya akan berkongsi juga dengan peminat dan media,” kata Azar ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Pelakon yang popular menerusi drama Nur 2 itu menegaskan, tindakan tersebut diambil kerana serik dengan kejadian putus tunang dengan penerbit filem Hafiz Roslan pada 10 Februari tahun lalu. “Saya tidaklah sedih atau terlalu kecewa selepas putus tunang. Saya orang yang positif dan yakin setiap apa yang berlaku pasti ada hikmah di sebaliknya.

“Perkara tersebut banyak mengajar saya untuk menjadi orang yang lebih baik dan berhati-hati. Cuma saya serik untuk berkongsi kisah cinta terlalu awal. “Setakat ini cukuplah orang tahu hati saya telah dimiliki. Saya bimbang jika berkongsi terlalu awal, hubungan tersebut tidak menjadi. Jadi, biarlah dirahsiakan terlebih dahulu,” ujarnya yang kini sedang hangat dengan drama Derita Untuk Bahagia di Astro Prima.

Ditebak adakah kekasih barunya itu seorang artis atau orang biasa, jawab Azar sambil ketawa: “Biarlah menjadi persoalan.” Dalam pada itu, Azar juga memohon doa yang baik daripada peminatnya. “Saya bukannya muda lagi. Saya harap semua orang dapat doakan yang baik-baik buat kebahagiaan saya,” luah Azar. – K! ONLINE

“I dont want anything else from you but my prays will always with every step that you make. Sending this packaged on your special day, atleast makes you more happier and specials. Wishing you happy always, may Allah shower you with joy, good health and happiness.

Stay awesome… you’ll always be my good boy forever. Beauty in and out guy with wonderful family. Im happy when i see you happy. Youre strong, youre encourage, youre good, youre kind, youre brotherly, youre good son, youre good example with purely heart. Im happy to know you in my life. If one day, we are not together… i’ll always be there whenever you in need… nothing more i can give on your special day, so here we go…

Thank you to semua.thank you and thank you so much. Thank you kak @elzaizyanerieza , wani @sherilsyaz , naz @irzan.butterfly , @haiqarlll and semua… Saya doakan semua sentiasa dibawah lindunganNya. Happy always, smile and say cheese thank you for making this happen…”

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber : Kosmo

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *