Graduan bidang kulinari tunjukkan minatnya terhadap ini. Sekali ada pula yang katakan perkara itu kasar.

Dunia Hiburan Viral

Syahirah banyak berkongsi video dia bersama motosikalnya menerusi aplikasi TikTok sejak Mei lalu. SIAPA kata kaum hawa tak sesuai mempunyai hobi permotoran? Lihat sahaja gadis berusia 22 tahun ini yang tenang meluncur di jalan raya sambil mengemudi superbike Yamaha MT-07 miliknya. Menurut Nur Syahirah Mohd Faizal, minatnya terhadap hobi lasak itu bermula sejak beberapa tahun lalu.

“Saya minat kerana ayah merupakan peminat motor. Ayah ada koleksi motor sendiri. Saya pada mulanya belajar motor biasa dan ambil lesen pada usia 18 tahun. Kemudian baru saya beranikan diri bawa motor besar. Saya buat video naik motor pun secara suka-suka. Video yang dikongsi di TikTok masih baru lagi, saya baru aktif di aplikasi itu sejak bulan Mei,” ujarnya.

Dedah Syahirah, dia terkejut ramai kaum hawa di luar sana turut meminati sukan permotoran.

Mesra disapa Syahirah, dia bagaimanapun terkejut dengan penerimaan masyarakat berdasarkan komen-komen yang diterima di media sosial. Katanya, ramai kaum hawa di luar sana turut meluahkan minat untuk mengikuti jejak langkahnya.

“Saya terkejut sebenarnya, ingatkan tak ramai perempuan yang minat motor. Ada ramai yang mesej saya, mereka mungkin tak tahu nak rujuk siapa kerana biasanya ramai lelaki yang arif mengenai motor.

Ramai cakap motor ni untuk lelaki saja. Tapi mindset ini salah.

“Saya terbuka dan bersedia jawab soalan-soalan bagi mereka yang berminat dan tertanya-tanya mengenai permotoran. Nasihat saya kepada kaum hawa di luar sana, kalau minat, beranikan diri untuk buat apa yang kita nak. Kalau kita ikut saja cakap orang, sampai bila tak boleh nak realisasikan minat,” ujarnya yang menetap di Bandar Sunway, Selangor.

Bapa Syahirah turut memiliki koleksi motor sendiri.

Dalam sokongan yang diterima, Syahirah berkata dia juga tak terlepas menerima komen yang merendah-rendahkan kaum hawa. “Ramai cakap motor ni untuk lelaki saja. Tapi mindset ini salah, sesiapa pun boleh. Ada juga pandangan yang kata perempuan minat motor ni kasar.

Syahirah kini membantu keluarganya menguruskan empat gerai minuman.

“Ada juga yang persoal, kenapa perempuan nak sibuk benda-benda yang lelaki minat (motor). Tapi bagi saya, abaikan saja komen negatif tu semua,” ujarnya lagi. Bercerita mengenai dirinya, Syahirah merupakan graduan bidang Kulinari dan kini membantu keluarganya menguruskan empat gerai minuman. Kata Syahirah, dia juga merancang untuk menjalankan perniagaan berasaskan makanan dan minuman suatu hari nanti.

Sumber : Mstar

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Naik Motor Ronda Kampus Dan Tak Sangka Balik Berlumpuran Lumpur. Pelajar Ini Kongsi Pengalamannya

Pada mulanya hasrat dua rakan ini bersiar siar sambil menikmati panorama kampus bertukar menjadi kejadian yang agak lucu apbila motosikal dinaiki mereka jatuh akibat tergelincir di kawasan berlumpur. Malahan,video yang dirakam secara tak sengaja sewaktu kejadian itu tular sehingga raih 300 ribu tontonan di Tiktok. Kata Siti Hajar Mhd Azhar,23 dedahkan peristiwa itu berlaku sekitar setahun yang lalu di UUM,SIntok,Kedah.

“Itu sebenarnya video lama. Tapi sekarang kami belajar secara dalam talian, tiba-tiba rasa rindu pada kampus. Jadi saya kongsikan video itu.”Sewaktu kejadian, saya bersama kawan iaitu Alya menaiki motor untuk mebuat rakaman suasana kampus. Video itu sebahagian tugasan kami bagi subjek bahasa Inggeris.

“Saya yang bawa motor, Alya di belakang dan rakam video. Tiba-tiba motor tergelincir di kawasan lumpur, kebetulan tayar motor saya dah botak, haus,” ujarnya berseloroh.Kawasan berlumpur berhampiran tasik yang dilalui dua gadis itu.Mesra disapa Hajar, penuntut bidang Pengurusan Teknologi yang menetap di Jitra itu berkata, rasa takut ketika kejadian itu tidak begitu dirasai memandangkan dia dan rakannya asyik ketawa tak berhenti.

Malah katanya, susulan kejadian itu mereka terpaksa pulang ke bilik untuk membersihkan diri.”Kejadian tu berlaku di tempat orang berkayak, kebetulan baru lepas hujan. Kami pun tak luka, cuma saya bimbang kawan terkena ekzos.”Bila malu menguasai, saya pun tak rasa sakit. Cuma kami cepat-cepat angkat motor. Lebih kepada rasa kelakar, motor pun tak rosak.

“Balik bilik, kami terus gelak-gelak. Kemudian baru teringat kawan saya ada rakam video.”Kiranya hari tu kami pun tak sempat nak berkayak di tasik, kami berkayak dalam lumpur, balik dengan malu je,” ujarnya lagi.Tambah Hajar lagi, kejadian seumpama itu juga bukanlah pertama kali dialaminya.

“Pengalaman jatuh motor dah banyak kali, terutamanya dengan motor ini.”Sebelum ni saya pernah jatuh sampai ptah cermin sisi, jatuh sebab tak lepas nak pusing dan macam-macam lagi. Tapi tak pernah cedera parah,” ujarnya.Dalam pada itu, Hajar akui cukup rindu untuk kembali ke kampus dan menjalani pengajian secara normal seperti dulu, sebelum kehadiran Covid-19.

Hajar dan Alya menaiki motor untuk membuat rakaman persekitaran kampus bagi satu tugasan subjek bahasa Inggeris.”Kini dah setahun pengalaman lalui pembelajaran dalam talian. Mula-mula susah, lama-lama dah terbiasa.”Saya cuma harapkan pandemik berakhir segera, boleh balik kampus dan lalui kehidupan sebagai pelajar.”Belajar secara bersemuka lebih seronok,” kata Hajar lagi.

Tular Pelajar SPM Ini Jatuh Terduduk Sewaktu Tengah Melayan Perasaan. Rupanya Ini Yang Berlaku.

Paparan skrin rakaman CCTV itu menjadi bukti adegan lawak yang dikongsi oleh pelajar itu. Sewaktu pelajar itu sedang asyik melayan perasaannya bertukar lawak apabila tali buaian yang dinaikinya itu terputus. Namun, rakaman CCTV. Dalam rakaman tersebut, Kamarul Haikal Kamarul Azman,18, jatuh terduduk di atas lantai di halaman rumahnya apabila tali buaiannya terputus secara tiba-tiba.

Kamarul berkongsi rakaman CCTV kejadian lucu itu menerusi aplikasi TikTok miliknya.

“Ia berlaku dua minggu lepas. Ikatan buaian tu tak kuat. Saya tahu tali tengah reput, tapi ia tebal… memang tak sangka akan putus. Saya masa tu tengah feeling-feeling, layan perasaan. Kebetulan baru habis main badminton. Biasalah, saya calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), masa tu tengah fikir nak study apa, exam tak lama lagi. Saya fikir ada orang tolak, bila jatuh tu saya macam tercari-cari. Lepas tu baru saya check CCTV. Agak sakit juga masa mula-mula jatuh, tapi tak teruk sangat,” ujarnya yang menetap di Shah Alam, Selangor. Mesra disapa Kamarul, dia berkata bapanya pada mulanya tidak percaya buaian itu terputus dengan sendiri.

Pesanan saya kepada calon SPM yang lain, teruskan study. Jangan putus asa.

Bagi nak menjelaskan apa keadaan sebenar yang berlaku, dia memberi rakaman CCTV berkenaan kepada bapanya sebelum berkongsikan adegan lucu ini menerusi Tiktok.

Tali buaian itu terputus, menyebabkan Kamarul terjatuh ke atas lantai.

“Ayah tak percaya macam mana ia boleh putus. Dia fikir saya main ganas. Jadi saya tunjuk CCTV pada dia. Buaian tu pun dah agak lama, dalam dua tahun dah rasanya. Jadi saya sekadar suka-suka kongsi di TikTok. Sebab jarang tengok buaian putus. Ramai yang terhibur, komen negatif tak ada lagi setakat ini. Saya pun tak aktif sangat main TikTok sebab nak SPM tak lama lagi. Memang tak expect ramai juga akan tonton video tu,” ujarnya lagi.

Bercerita mengenai dirinya, Kamarul berkata dia sedikit risau memandangkan sesi persekolahan sejak tahun lalu dijalankan dalam kaedah luar daripada kebiasaan.

“Agak risau. Bukan sebab tak study, tapi takut keputusan dapat tak seperti yang dijangka. Sebab selama ini kita study online dan study sendiri. Macam sekarang pun, agak takut nak pergi sekolah. Risau jika ada jangkitan Covid-19. Pesanan saya kepada calon SPM yang lain, teruskan study. Jangan putus asa, gunakan masa yang ada untuk study. Masih ada masa lagi, last minute pun OK,” ujarnya. Untuk rekod, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) meminda tarikh peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) ke 22 Februari 2021.

Tular Di Laman Media Sosial Situasi Pelanggan Dan Staff KFC Ini. Tak Sangka Staff KFC Boleh Balas Begini.

Pada zaman kini, boleh dikatakan semua rakyat di dunia pasti akan ketahui cara untuk membeli makanan menerusi pesanan penghantaran. Setiap orang pasti akan mempunyai pengalaman sendiri. Ada yang suka dan ada juga yang duka. Tak kurang juga dengan kisah wanita ini, Rosnani Zakariah berkongsi pengalaman yang melucukan dengan salah seorang staff KFC apabila membalas nota wanita ini dalam nada yang terhibur.

Kata wanita ini, dia sengaja menulis nota pesanan tersebut dan tidak menyangka pekerja tersebut membalasnya. “Ni memang tak jadi masak… sebab beli je.. tapi tak kire.. nak kongsi jugakk..”

She really made my day.

Aku saje try promo code yg Foodpanda bagi.. disamping trick yg aku tgk viral kat Facebook tu. Since aku suka makan dada aku guna la statement… “Nak isi dada yang besar, tak de tak pe, Allah tau. Nak extra sos chili thai”.. which is aku tau mmg confirm tak de sos chili thai pun dalam list. Guess what? It’s working babe.. it is working.. haha.. the best part was they did reply to me ….. eh korang tengok la ape mesej dorang bagi kat gambar.

Thanks to staff KFC yang rajin balas note yang aku letak tu..

Sumber: Rosnani Zakariah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *