Douglas Lim dikatakan menyindir seseorang ini hanya untuk jadi hiburan. Sekali ini pula respon dari Douglas.

artis Hiburan Viral

Tampil dengan video parodi berbaur sindiran, pelakon dan pelawak Douglas Lim mengakui sengaja mengambil kesempatan dengan situasi semasa untuk dijadikan bahan jenaka yang menghiburkan. Bagaimanapun menurut Douglas, 44, sebagai pelawak komedi stand-up, dia tidak mempunyai agenda tertentu termasuk andaian kononnya dia mahu menjatuhkan individu tertentu menerusi jenakanya.

“Ramai yang bosan, penat duduk rumah ketika PKP… jadi saya buat video untuk buatkan orang ketawa. Tapi kena ingat… sebagai seorang pelawak tujuan saya hanya satu iaitu untuk buat orang ketawa. Ramai orang fikir saya ada agenda sulit, agenda tersendiri, ada tujuan lain… tapi sebenarnya tak ada pun,” katanya.

Sindiran berkaitan proses pendaftaran vaksin AstraZeneca juga menarik perhatian ramai.

Bermula dengan video menggunakan bekas makanan lutsinar sebagai prop menggantikan pelitup muka atau face shiled, jenaka satira Douglas terus mendapat perhatian warganet. Ramai yang tahu bahawa video itu merupakan parodi ajukkannya terhadap bekas Pengerusi Bukan Eksekutif Prasarana Malaysia Bhd (Prasarana), Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman ketika sidang media susulan insiden kemalangan dua tren Transit Aliran Ringan (LRT).

Selain itu Douglas juga muncul dengan video bertajuk Kisah CucukMyAz yang menyentuh isu masalah pada laman web ketika pendaftaran vaksin AstraZeneca serta Essential Services Hotline berhubung kategori perkhidmatan perlu yang diberi kebenaran untuk beroperasi semasa tempoh PKP dikuatkuasakan.

Kebanyakan pelawak kalau buat lawak sindiran… fokusnya adalah pada kelakuan dan perbuatan, bukan kepada individu.

Bercerita mengenai penghasilan satira sindiran, Douglas berkata sebagai pelawak dia berpegang kepada prinsip untuk tidak menyentuh mengenai karakter atau keperibadian seseorang. “Kadang-kadang orang salah faham hingga menyebabkan saya sering ditanya tentang video yang dibuat itu untuk sakitkan hati siapa? “Kami menyindir perbuatan, bukan sindir orang. Itu definisi yang perlu diketengahkan dan difahami.

Antara komen warganet berhubung video parodi yang dihasilkan Douglas.

“Kebanyakan pelawak kalau buat lawak sindiran… fokusnya adalah pada kelakuan dan perbuatan, bukan kepada individu. Saya tidak akan sentuh karaker dia secara peribadi,” katanya. Tambah Douglas dia begitu gembira apabila menerima reaksi positif daripada orang ramai selepas berkongsi video-video berkenaan di media sosial.

“Saya terima banyak DM (mesej langsung) dan komen menyatakan mereka jadi tidak bermaya kerana kena duduk. Tapi kini mereka sedikit gembira kerana ada bahan untuk hiburan. Majoriti 95 peratus terhibur, hanya 5 peratus yang rasa tersinggung dan tak puas hati. Saya tak boleh nak jaga hati semua orang,” katanya.

Sumber : Mstar

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Keluarga Lelaki Yang Terlibat Dengan Kejadian Lrt Baru Baru Ni Tuntut Wang Daripada Prasarana. Terkejut Sekali Jumlah Yang Dia Tuntut Buat Ramai Yang Ternganga.

Keluarga salah seorang sasaran yang terlibat dalam kejadian LRT, Wong Chee Foong, telah menghantar Notis Tuntutan Undang-undang kepada Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) untuk menuntut RM1.8 juta kerana kerosakan yang dialami.

Menurut satu kenyataan, keluarganya telah merujuk kepada kenyataan media Prasarana yang mana pengendali LRT itu menyatakan Prasarana akan memberi pampasan sebanyak RM1,000 untuk setiap yang terlibat dan menyediakan perbelanjaan perubatan selain kehilangan sumber pendapatan.

Bagaimanapun, tambahnya, keluarga Chee Foong menyatakan pampasan RM1,000 yang diumumkan Prasarana sebelum ini bukannya jumlah pampasan yang dapat membela kerana kerosakan yang dialaminya adalah besar. Tambahnya, adalah mengecewakan sehingga hari ini tiada respon dan pendekatan yang betul diambil Prasarana dalam menghubungi keluarganya.

“Berikutan itu, pada pagi ini keluarganya menerusi peguam Jazzmine Khoo of Messrs Jazzmine Khoo & Associates menghantar Notis Indang-Indang Permohonan untuk menuntut RM1.8 juta kerana kerosakan yang dialami,” katanya. Menurut kenyataan itu, tuntutan tersebut meliputi perbelanjaan perubatan, kerosakan fizikal, mental dan tekanan emosi, trauma, kehilangan pendapatan, kerosakan khas dan am serta kecuaian.

Menurut satu kenyataan, Chee Foong, 52, merupakan salah seorang penumpang LRT yang mengalami kecdraan teruk dan kini sedang menerima rawatan di Unit Penjagaan Intensif Hospital Kuala Lumpur. Chee Foong bekerja sebagai cef di sebuah hotel lima bintang, ujarnya.

Beliau mempunyai empat anak berusia antara 3 hingga 15 tahun dan merupakan sumber tunggal pendapatan kepada keluarganya. Menurut kenyataan itu, pada hari kejadian, 24 Mei lalu, dia yang pulang daripada bekerja menaiki tren dari stesen KLCC sepatutnya keluar dari stesen Masjid Jamek sebelum mengambil tren lain ke Cheras

Katanya, Chee Foong mengalami kelukaan teruk di bahagian kepala dan muka selain mengalami tulang belakang dan kini sedang menjalani beberapa operasi dan rawatan. Chee Fong masih berada di unit rawatan rapi dan masih tidak sedarkan diri, tambahnya. Menurut kenyataan itu, keluarga tersebut berharap Prasarana akan menjawab surat tersebut dan tampil memberi cadangan penyelesaian yang lebih mesra dan wajar kepada mereka kelak.

KreditSumber:–MalaysiaGazette

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

2 Tren LRT Tersebut Berjaya Dibawa Keluar Lebih Awal Dari Tarikh Yang Sepatutnya. Rupanya Ini Yang Team Terpaksa Lakukan.

Perkembangan terbaru mengenai tren LRT yang terlibat dalam kejadian pada Isnin lalu menyaksikan kedua-dua tren tersebut telah berjaya dibawa keluar lebih awal dari tempoh tiga hari yang dijanjikan. Menerusi kiriman di Facebook Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Wee Ka Siong, beliau memaklumkan bahawa ia adalah hasil usaha yang dilakukan oleh Team Recovery Rapid Rail yang bekerja 3 shif tanpa henti.

Menurutnya, tren TR40 telah selamat sampai ke Subang depoh pada jam 3.45 pagi manakala TR81 pula telah sampai di Gombak tail track pada jam 4.51 pagi. Beliau juga berkata bahawa pihak Prasarana kini akan menumpukan kepada kerja-kerja pembaikan track dari Stesen Kg Baru ke Stesen KLCC. Tidak cuma itu, bekalan kuasa seluruh stretch yang terlibat iaitu dari Stesen Dang Wangi ke Stesen Damai terpaksa ditutup bagi melancarkan kerja-kerja pembaikan tersebut.

Penutupan bekalan kuasa itu juga melibatkan lima buah stesen LRT iaitu Damai, KLCC, Ampang Park, Kg Baru dan Dang Wangi. “Sebaik saja kerja pembaikan stretch berkenaan selesai, maka pemeriksaan akan dibuat oleh pihak APAD untuk mengesahkan tahap keselamatan penggunaan landasan tersebut,” katanya.

Tambahnya, 58 tren LRT untuk Laluan Kelana Jaya akan beroperasi sepenuhnya tanpa pengurangan frekuensi seperti yang telah diumumkan. Beliau juga memberi jaminan bahawa pihak Prasarana akan bertungkus-lumus membaiki landasan hari ini supaya perkhidmatan LRT Laluan Kelana Jaya akan dipulihkan sepenuhnya dalam tempoh terdekat.

Sumber: Wee Ka Siong

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Kucingasm Media dan Kucing Media Online

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Selepas Tular Kejadian Yang Libatkan LRT Tersebut. Kini Ada Pihak Tampil Dan Umumkan Akan Beri Bantuan Khas Sebanyak Ini.

Pengerusi Kumpulan Prasarana, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman mengesahkan sebanyak RM1,000 b4ntuan khas akan diberikan kepada 213 individu yang terlibat dalam kejadian yang tak diingini di LRT malam tadi. Beliau berkata demikian ketika lawatan ke lokasi kejadian di stesen KLCC pagi ini.

Semalam, seramai 213 penumpang dilaporkan luka dengan 47 daripadanya teruk apabila dua gerabak LRT bertembung di dalam terowong antara Stesen LRT Kampung Baru dan KLCC. Susulan itu, Kementerian Pengangkutan (MOT) dilaporkan akan menubuhkan pasukan panel penyiasat khas bagi mengenalpasti punca kejadian tersebut.

Khidmat tren diteruskan seperti biasa hari ini. Dalam perkembangan yang sama, beliau juga berkata Prasarana beri jaminan akan menambah baik SOP perkhidmatan LRT.

Sumber: Bernama

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Kucingasm Media dan Kucing Media Online

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *