Tular ucapan selamat tinggal housemate yang bakal berkahwin bikin ramai sebak. Rupanya dah selama ini mereka berkawan.

Kehidupan Keluarga Viral

Dalam bersahabat pasti kita tempuh suka duka bersama lebih-lebih lagi yang tinggal bersama. Dikala berjauhan dengan keluarga, sahabat dan teman merupakan ahli keluarga terdekat. begitu lah yang dihadapi oleh individu yang dikenali sebagai Shila ini. Berkongsikan detik-detik sebak memberi ucapan terakhir buat sahabat baiknya kerana bakal menjalani hidup baru sebagai isteri orang kerana bakal berkahwin. Sahabat yang merupakan teman serumahnya itu sudah dianggap seperti kakaknya sendiri. Sudah setahun lebih hidup bersama temannya, segala suka duka, duit, baju dikongsi bersama, pasti berat bakal tinggalkan temannya itu.

Melihat kepada video itu, buat ramai turut sebak dengan keakraban mereka. Mungkin bagi sesetengah orang setahun setengah merupakan waktu yang singkat, namun bagi orang lain mungkin itu adalah saat yang paling dihargai lebih-lebih lagi jika teman itu sahaja yang ada setia menemaninya.

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang turut sebak mendengar perbualan mereka yang berakhir dengan tangisan dan berdakapan antara satu sama lain.

Teks by Staff Motif Viral

Sumber : Motif Viral

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Pasangan Ini Cuba Tepis Kritikan Kahwin Muda. Sekali Ini Yang Pemuda Itu Lakukan Buat Isteri Sampai Menitis Air Mata.

Isteri Rauf (kanan) menitiskan air mata selepas menerima kejutan pada Khamis lalu. Warganet ternyata sebak menyaksikan satu video memaparkan kejutan oleh seorang rider penghantar makanan buat isterinya. Dalam video itu, Abdul Rauf Adzli Khalid menghadiahkan telefon bimbit baharu buat isterinya, Siti Hajar Mohd Noor pada Khamis lalu. Dia yang mesra disapa Rauf mengakui sudah lama merancang kejutan itu.

“Sebenarnya isteri guna telefon lama saya. Saya hadiahkan ketika kami bercinta dulu. Dah kahwin setahun lebih pun dia masih guna sampai sekarang. Saya kesian tengok telefon tu sudah hampir rosak, sampai dia pernah campak kerana stres. Dia guru taska, sukar dia nak guna untuk bekerja dari rumah. Saya dah lama plan dan kumpul wang. Akhirnya duit cukup saya beli dan buat kejutan untuknya,” ujar Rauf.

Rauf dan isteri mendirikan rumah tangga pada Mac tahun lalu.

Ujar bapa kepada seorang cahaya mata berusia enam bulan itu, dia sebak apabila isterinya menitiskan air mata selepas menerima pemberian itu. “Ya Allah, masa tu hanya Allah yang tahu bagaimana peraaan saya. Saya nampak dia sangat gembira. Dia menitis air mata, saya sangat terharu. Saya kongsikan video di TikTok untuk simpan sebagai kenangan. Tak sangka viral. Saya sampai menitis air mata baca komen doa-doa warganet untuk kami,” ujarnya yang menetap di Kajang.

Bagaimana nak tanggung anak? Saya percaya dengan rezeki Allah, Alhamdulillah kami sekeluarga cukup makan.

Bercerita mengenai dirinya, Rauf dan isteri, masing-masing berusia 23 tahun merupakan pemegang Ijazah Sarjana Muda Pengajian Bahasa Al-Quran Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (Kuis). Mereka berkenalan ketika sedang menjalani pengajian peringkat Asasi ketika berusia 18 tahun sebelum mendirikan rumah tangga pada 21 Mac tahun lepas. Ujarnya, dia juga tidak terlepas menerima persepsi yang kurang enak mengenai perkahwinan usia muda. “Ia benda normal, kami kahwin selepas tamatkan pengajian ijazah. Ramai yang tanya, bagaimana nak sara isteri.

Rauf sekeluarga menetap di Kajang.

“Masa isteri hamil pun saya ada dengar kata-kata kurang enak. Bagaimana nak tanggung anak? Saya percaya dengan rezeki Allah, Alhamdulillah kami sekeluarga cukup makan. Saya pun masih mencari kerja yang lebih baik. Cuma belum sampai rezeki. Nasihat saya kepada yang nak kahwin muda, kita kena banyak tawakal. Yang penting kena bijak urus kewangan dan ada simpanan,” ujarnya mengakhiri bicara. Untuk rekod, video kejutan telefon baharu itu meraih hampir 200,000 tontonan di TikTok.

Sumber : Mstar

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Berkahwin Sejak Berusia 14 Tahun Dan Memiliki Dua Orang Anak. Ibu Muda Ini Kongsi Cerita Ditinggalkan Suami

Sudah menjadi lumrah setiap manusia yang hidup pasti akan pergi,tak semua kekal untuk selamanya. Kehilangan pasangan hidup disebabkan jodoh yang tidak berkekalan merupakan momen sedih yang terpaksa diterima walaupun agak pahit untuk ditelan. Lebih menyedihkan lagi apabila ikatan cinta yang terjali terputus dan anak anak langsung tidak dapat kasih sayang seorang bapa.

Kehilangan pasangan hidup disebabkan jodoh yang tidak berkekalan merupakan salah satu momen sedih yang terpaksa diterima walaupun pahit untuk ditelan. Lagi menyedihkan, apabila ikatan cinta yang terjalin selama ini terputus dan anak-anak sama sekali tidak mendapat kasih seorang bapa.

Berdasarkan perkongsian seorang wanita dikenali sebagai Siti Aishah, berusia 22 tahun, menceritakan pengalamannya menjadi ibu tunggal apabila dia telah ditinggalkan oleh suaminya. Tidak berakhir di situ, video tersebut juga telah trending dan ditonton hampir 200 ribu oleh pengguna laman TikTok.

Ceritanya bermula, apabila wanita ini mula mendirikan rumah tangga ketika dia baru sahaja berusia 14 tahun. Pada masa yang sama dia turut menjelaskan dia sudah melakukan prosedur yang telah ditetapkan oleh mahkamah bagi membenarkan dia berkahwin pada usia tersebut.

Dan nak dijadikan cerita hasil perkahwinan tersebut, dia dan suami dikurniakan putera sulung ketika dia baru sahaja berusia 15 tahun, dan selepas dua tahun dia sekali lagi dikurniakan puteri sulung ketika berusia 17 tahun. Kalau 17 tahun ni, tengah tunggu giliran nak ambil Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Namun begitu, jodohnya tidak berpanjangan dengan suaminya dan terpaksa membesarkan kedua-dua anaknya tanpa kehadiran suami yang sepatutnya menjadi tulang belakang di sisi. Pada masa yang sama, wanita ini turut menceritakan anak sulungnya sempat berjumpa dengan ayahnya.

Apa yang lebih menyedihkan apabila anak keduanya sama sekali tidak berkesempatan untuk berjumpa dengan ayah kandungnya sendiri. Hal ini demikian kerana, si ibu telah berpisah dengan si suami ketika dia sedang sarat mengandung tujuh bulan anak keduanya. Walaupun kedua-dua anaknya semakin membesar sehingga ke harini, mereka tidak lagi berjumpa dengan ayah mereka sendiri.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet turut bersimpati dengan nasib yang menimpa wanita ini bersama kedua-dua anaknya. Pada masa yang sama, warganet turut mendoakan supaya si ibu terus kuat menjalani hari-hari yang mendatang.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *