Tular si kecil ini sanggup menangis sakan hanya kerana haiwan kesayangannya telah tiada. Sekali warganet perasan pula siapa punca perkara ini berlaku.

Haiwan kucing Viral

Umumnya, sudah menjadi naluri kucing suka menangkap burung, tikus dan haiwan yang lebih kecil darinya. Malah, tindakan kucing membawa pulang hasil tangkapan mereka dipercayai merupakan salah satu cara haiwan itu memberi ‘hadiah‘ kepada tuannya. Namun, bagaimana jika ‘hadiah’ yang dibawa pulang itu adalah hamster peliharaan sendiri?

Dalam kiriman dikongsikan sebuah akaun Facebook di Thailand, seorang kanak-kanak dilihat menangis sakan selepas melihat hamster kepunyaannya telah tidak bernyawa. Dalam perkongsian sama, pemilik akaun turut menyertakan gambar seekor kucing yang seakan ‘bersembunyi’ di sebalik tiang, membuatkan ramai percaya ia adalah ‘suspek’ di sebalik kehilangan hamster tersebut.

Walau bagaimanapun, tidak diketahui sama ada benar ataupun kisah ini hanya direka semata-mata untuk hiburan, perkongsian foto tersebut nyata membuatkan ramai terhibur melihat foto kucing tersebut. Tak tahu nak menangis atau ketawa Tak tahu nak kasihan yang mana. “Maaf, saya hanya bergurau..”

Kucing boleh ‘baca’ hati tuannya? Ketahui kelebihan pelihara haiwan ini dari sudut psik0logi, kesihatan

Kucing adalah haiwan peliharaan paling menjadi pilihan ramai. Memelihara haiwan berbulu halus ini dipercayai memberikan banyak manfaat untuk kesihatan fizikal dan mental. Penulis fiksyen ternama, Mauriel Spark, dalam ‘A Far Cry from Kensington’ menulis bahawa kucing memiliki sikap tenang lebih dari apa yang difahami.

“Dan ketenangan kucing akan beransur-angsur mempengaruhi anda,” katanya. Ketenangan itu akan membantu anda menenangkan diri dan membantu mengembalikan kesegaran fikiran. “Kehadiran kucing sahaja sudah cukup. Kesan kucing terhadap konsentrasi anda adalah luar biasa, sangat misteri,” katanya.

Sejumlah penelitian ilmiah juga menyatakan tentang manfaat kucing untuk kesihatan fizikal dan mental pemiliknya. Memetik Health Line, berikut beberapa manfaat dan kelebihan memelihara kucing.

1. Lebih bahagia

Menurut satu kajian di Australia, orang yang memelihara kucing memiliki kesihatan psikologi yang lebih baik berbanding mereka yang tidak memiliki haiwan peliharaan. Mereka lebih bahagia, percaya diri dan tidak mudah gugup, juga lebih tenang menghadapi masalah. Memelihara kucing juga baik untuk anak anda. Dalam sebuah survey yang melibatkan 2,200 anak muda berusia 11-15 tahun, anak yang mempunyai ikatan emosi yang kuat dengan kucing akan memiliki kualiti hidup yang jauh lebih baik sama ada di rumah atau di sekolah.

2. Mengurangkan stres

Mengusap kucing yang berbaring di atas pangkuan ternyata dapat menghilangkan stres. Ketika berdepan masalah, kucing dapat membuatkan pemiliknya menjadi lebih tenang. Secara psikologi, pemilik kucing juga lebih mudah pulih dari tekanan. Situasi ini boleh berlaku kerana kucing mampu memahami apa yang ada dalam hati pemiliknya. Kucing tidak mudah stres walaupun tidak mendapat sokongan dari persekitarannya. Apatah lagi, kucing bukanlah haiwan yang bergantung dengan manusia, menurut Karin Stammbach dan Dennis Turner dari Universiti Zurich.

3. Melatih hubungan sosial yang baik

Kucing memang perlukan perhatian, tapi si comel ini juga memberikan perhatian yang cukup kepada pemiliknya. Ia mengajar pemiliknya untuk memiliki hubungan sosial yang baik. Satu penelitian menyebut, orang yang memelihara kucing sangat sensitif secara sosial. Mereka juga lebih mudah meletakkan kepercayaan terhadap orang lain.

“Perasaan positif terhadap haiwan peliharaan akan menimbulkan perasaan positif terhadap orang lain,” tulis Rose Perrine dan Hannah Osbourne dari Universiti Eastern Kentucky. Pengkaji Inggeris Ferran Marsa-Sambola dan rakan-rakannya menulis bahawa haiwan peliharaan dapat menerima secara terbuka penuh kasih sayang, konsisten, setia, dan jujur, karakteristik yang dapat memenuhi keperluan dasar seseorang untuk merasakan memiliki harga diri dan dicintai.

4. Lebih sihat

Bukan hanya kesihatan psikologi, memelilhara kucing juga bermanfaat untuk kesihatan fizik. Dalam sebuah kajian, para pengkaji mengikuti 4,435 orang selama 13 tahun. Mereka yang memiliki kucing pada masa lalu lebih kecil kemungkinannya untuk pergi buat selamanya kerana sakit di bahagian jantung berbanding orang yang tidak pernah memiliki kucing. Kucing juga menjadi salah satu faktor risiko lain seperti tekanan d4rh, kolesterol, merokok dan indeks massa tubuh.

Sumber: Siakap Keli, mstar

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Kucingasm Media dan Kucing Media Online

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Ketahui Mengapa Kucing Anda Muntah. Kenali Ini Antara Penyebabnya Dan Cara Solusinya.

Muntah kerap kali terjadi pada kucing. Namun, ada baiknya mengetahui perbezaan antara kucing dengan yang dialami kucing. Muntah adalah proses aktif yang melibatkan suara perut, muntah, dan naik-turun sebelum makanan dikeluarkan dari mulut kucing. Regurgitasi adalah proses pasif ketika makanan keluar begitu saja, seringkali tidak tercerna dan keluar dalam bentuk tabung.

1. Makan terlalu cepat

Kucing yang makan terlalu banyak dan terlalu cepat dapat muntah kerana memicu refleks peregangan di perut. Kucing muntah setelah makan dan makanannya tidak tercerna dalam bentuk tubular. Ini juga boleh terlihat seperti tumpukan makanan yang belum tercerna.

2. Bola bulu atau hairball

Kucing menghabiskan banyak waktu untuk merawat dirinya sendiri, salah satunya adalah menjilat bulu. Dalam prosesnya, banyak bulu yang masuk dalam mulut. Beberapa kucing dapat mengeluarkan rambut melalui saluran pencernaannya ke kotoran. Untuk kucing lain, bulunya menumpuk di dalam perut hingga menyebabkan iritasi dan muntah. Bola bulu yang dimuntahkan kucing terlihat seperti muntahan bercampur dengan rambut.

3. Rumput atau benda asing lain

Jika kucing memakan sesuatu selain makanannya, seperti rumput, daun, plastik, atau rambut, maka kucing boleh muntah. Tentunya pada jenis muntahan ini, anda akan melihat beberapa benda bukan makanan yang mungkin menjadi penyebab muntahan tersebut.

4. Alergi makanan

Ini adalah penyebab umum kucing muntah. Ketika kucing memiliki alergi makanan, mereka alergi terhadap protein atau karbohidrat dalam makanan. Misalnya, kucing yang sering muntah pada makanan kucing berbahan dasar ikan mungkin jauh lebih baik jika diberi makanan berbahan dasar ayam dan sama sekali menghilangkan ikan dari makanannya. Jika Anda merasa kucing peliharaan memiliki alergi makanan, tanyakan dengan doktor haiwan tentang makanan yang disyorkan.

5. Sembelit

Kucing yang buang air besar setiap beberapa hari atau tidak teratur mungkin mengalami konstipasi dan muntah kerana merasa kembung dan tersumbat.

6. Masalah kesihatan lainnya

Kucing muntah boleh disebabkan kerana penyakit metabolik, penyakit radang usus, racvn, kanker dan berbagai penyakit lainnya.

Apa yang harus dilakukan?

Disarankan untuk membawa kucing ke doktor haiwan jika kucing muntah beberapa kali dalam sehari atau jika ada dar4h dalam muntahannya, mahupun jika kucing menjadi lemas, berat badan turun, dan tidak mahu makan akibat muntah. Biasanya, kucing yang muntah sekali atau dua kali sebulan tidak menjadi perhatian. Jika kucing Anda muntah atau muntah lebih dari biasanya, maka disarankan untuk berbincang dengan doktor haiwan.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Kucingasm Media dan Kucing Media Online

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *