Penurunan jumlah penumpang komuter turun dengan mendadak. Ini membuktikan ramai yang BDR.

berita Dunia Semasa

Shah Alam: Penurunan jumlah penumpang pengangkutan awam menunjukkan penduduk di sini, mematuhi prosedur operasi standard (SOP) untuk bekerja dari rumah (BDR) sepanjang sekatan pergerakan penuh. Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib berkata, malah, kebanyakan pengangkutan awam seperti komuter dan bas hanya dinaiki penumpang bekerja dengan surat kebenaran sahaja.

“Berdasarkan pemantauan pihak Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB), jumlah penumpang boleh dikatakan amat kurang berbanding hari biasa iaitu sebelum PKP… antara 5 ke 10 peratus sahaja. Ini menandakan masyarakat Shah Alam mematuhi sepenuhnya PKP 3.0 (apa yang saya maksudkan adalah BDR). Bagi sektor pengangkutan awam, hanya dibenarkan 50 peratus sahaja dibenarkan berada dalam setiap gerabak dan hari ini, begitu kurang sekali, ada gerabak tiada penumpang langsung, ada yang satu dua penumpang,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media ketika Operasi Pematuhan PKP 3.0 bagi pengangkutan awam di Stesen Komuter Seksyen 19, di sini hari ini. Beliau turut membawa pengamal media menaiki komuter dari stesen Seksyen 19 ke stesen komuter Padang Jawa untuk melihat sendiri jumlah penumpang di dalam pengangkutan awam itu. Baharudin berkata, dari segi pemantauan pula, pihaknya sentiasa bekerjasama dengan pihak KTMB dari pelbagai sudut bagi mendapatkan maklumat semasa ke semasa.

“Saya boleh katakan dua hingga tiga pemantauan dibuat setiap hari oleh pasukan saya, tidak kira komuter atau pengangkutan awam lain seperti bas dan setakat ini tiada kompaun dikeluarkan. Tiada anggota ditempatkan dalam pengangkutan awam kerana kita lebih kepada pendekatan pemeriksaan secara mengejut. Pemeriksaan lebih terperinci dibuat oleh pihak komuter iaitu polis bantuan komuter khususnya waktu pagi, ketika penumpang ke tempat kerja dan petang, penumpang pulang dari kerja.

Seorang penumpang yang tinggal di Klang dan bekerja di Kuala Lumpur, Nurul Shahida Shahrin, 26, mengakui, sepanjang tempoh ini hanya ada satu dua penumpang sahaja dalam gerabak. “Pada sebelah pagi, hampir tiada penumpang mungkin waktu kerja berbeza dengan saya tetapi petang ada sekitar 40 peratus, mungkin waktu pula sama,” katanya yang ditemui dalam komuter laluan Pelabuhan Klang menghala ke Kuala Lumpur.

Bagi Syahira Rahman, 28, yang bekerja di sektor perkhidmatan penghantaran di Pelabuhan Klang pula, hanya 30 peratus yang menggunakan komuter di laluan dia berulang-alik dari rumah di Seksyen 19 ke Pelabuhan Klang. “Saya bekerja enam hari seminggu, apa yang saya lihat penumpang kurang sehingga 70 peratus berbanding sebelum PKP yang menaiki komuter laluan saya,” katanya.

Sumber : Harian Metro

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Keluarga Lelaki Yang Terlibat Dengan Kejadian Lrt Baru Baru Ni Tuntut Wang Daripada Prasarana. Terkejut Sekali Jumlah Yang Dia Tuntut Buat Ramai Yang Ternganga.

Keluarga salah seorang sasaran yang terlibat dalam kejadian LRT, Wong Chee Foong, telah menghantar Notis Tuntutan Undang-undang kepada Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) untuk menuntut RM1.8 juta kerana kerosakan yang dialami.

Menurut satu kenyataan, keluarganya telah merujuk kepada kenyataan media Prasarana yang mana pengendali LRT itu menyatakan Prasarana akan memberi pampasan sebanyak RM1,000 untuk setiap yang terlibat dan menyediakan perbelanjaan perubatan selain kehilangan sumber pendapatan.

Bagaimanapun, tambahnya, keluarga Chee Foong menyatakan pampasan RM1,000 yang diumumkan Prasarana sebelum ini bukannya jumlah pampasan yang dapat membela kerana kerosakan yang dialaminya adalah besar. Tambahnya, adalah mengecewakan sehingga hari ini tiada respon dan pendekatan yang betul diambil Prasarana dalam menghubungi keluarganya.

“Berikutan itu, pada pagi ini keluarganya menerusi peguam Jazzmine Khoo of Messrs Jazzmine Khoo & Associates menghantar Notis Indang-Indang Permohonan untuk menuntut RM1.8 juta kerana kerosakan yang dialami,” katanya. Menurut kenyataan itu, tuntutan tersebut meliputi perbelanjaan perubatan, kerosakan fizikal, mental dan tekanan emosi, trauma, kehilangan pendapatan, kerosakan khas dan am serta kecuaian.

Menurut satu kenyataan, Chee Foong, 52, merupakan salah seorang penumpang LRT yang mengalami kecdraan teruk dan kini sedang menerima rawatan di Unit Penjagaan Intensif Hospital Kuala Lumpur. Chee Foong bekerja sebagai cef di sebuah hotel lima bintang, ujarnya.

Beliau mempunyai empat anak berusia antara 3 hingga 15 tahun dan merupakan sumber tunggal pendapatan kepada keluarganya. Menurut kenyataan itu, pada hari kejadian, 24 Mei lalu, dia yang pulang daripada bekerja menaiki tren dari stesen KLCC sepatutnya keluar dari stesen Masjid Jamek sebelum mengambil tren lain ke Cheras

Katanya, Chee Foong mengalami kelukaan teruk di bahagian kepala dan muka selain mengalami tulang belakang dan kini sedang menjalani beberapa operasi dan rawatan. Chee Fong masih berada di unit rawatan rapi dan masih tidak sedarkan diri, tambahnya. Menurut kenyataan itu, keluarga tersebut berharap Prasarana akan menjawab surat tersebut dan tampil memberi cadangan penyelesaian yang lebih mesra dan wajar kepada mereka kelak.

KreditSumber:–MalaysiaGazette

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

2 Tren LRT Tersebut Berjaya Dibawa Keluar Lebih Awal Dari Tarikh Yang Sepatutnya. Rupanya Ini Yang Team Terpaksa Lakukan.

Perkembangan terbaru mengenai tren LRT yang terlibat dalam kejadian pada Isnin lalu menyaksikan kedua-dua tren tersebut telah berjaya dibawa keluar lebih awal dari tempoh tiga hari yang dijanjikan. Menerusi kiriman di Facebook Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Wee Ka Siong, beliau memaklumkan bahawa ia adalah hasil usaha yang dilakukan oleh Team Recovery Rapid Rail yang bekerja 3 shif tanpa henti.

Menurutnya, tren TR40 telah selamat sampai ke Subang depoh pada jam 3.45 pagi manakala TR81 pula telah sampai di Gombak tail track pada jam 4.51 pagi. Beliau juga berkata bahawa pihak Prasarana kini akan menumpukan kepada kerja-kerja pembaikan track dari Stesen Kg Baru ke Stesen KLCC. Tidak cuma itu, bekalan kuasa seluruh stretch yang terlibat iaitu dari Stesen Dang Wangi ke Stesen Damai terpaksa ditutup bagi melancarkan kerja-kerja pembaikan tersebut.

Penutupan bekalan kuasa itu juga melibatkan lima buah stesen LRT iaitu Damai, KLCC, Ampang Park, Kg Baru dan Dang Wangi. “Sebaik saja kerja pembaikan stretch berkenaan selesai, maka pemeriksaan akan dibuat oleh pihak APAD untuk mengesahkan tahap keselamatan penggunaan landasan tersebut,” katanya.

Tambahnya, 58 tren LRT untuk Laluan Kelana Jaya akan beroperasi sepenuhnya tanpa pengurangan frekuensi seperti yang telah diumumkan. Beliau juga memberi jaminan bahawa pihak Prasarana akan bertungkus-lumus membaiki landasan hari ini supaya perkhidmatan LRT Laluan Kelana Jaya akan dipulihkan sepenuhnya dalam tempoh terdekat.

Sumber: Wee Ka Siong

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Kucingasm Media dan Kucing Media Online

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Selepas Tular Kejadian Yang Libatkan LRT Tersebut. Kini Ada Pihak Tampil Dan Umumkan Akan Beri Bantuan Khas Sebanyak Ini.

Pengerusi Kumpulan Prasarana, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman mengesahkan sebanyak RM1,000 b4ntuan khas akan diberikan kepada 213 individu yang terlibat dalam kejadian yang tak diingini di LRT malam tadi. Beliau berkata demikian ketika lawatan ke lokasi kejadian di stesen KLCC pagi ini.

Semalam, seramai 213 penumpang dilaporkan luka dengan 47 daripadanya teruk apabila dua gerabak LRT bertembung di dalam terowong antara Stesen LRT Kampung Baru dan KLCC. Susulan itu, Kementerian Pengangkutan (MOT) dilaporkan akan menubuhkan pasukan panel penyiasat khas bagi mengenalpasti punca kejadian tersebut.

Khidmat tren diteruskan seperti biasa hari ini. Dalam perkembangan yang sama, beliau juga berkata Prasarana beri jaminan akan menambah baik SOP perkhidmatan LRT.

Sumber: Bernama

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Kucingasm Media dan Kucing Media Online

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *