Disebabkan hilang punca rezeki. Ibu tunggal ini sanggup jual sesuatu ini hanya untuk beri makan anak anak.

Kehidupan Keluarga Uncategorized Viral

Ramai insan yang terkesan sejak pelaksanaan Per1ntah KawaIan Pergerakan yang diarahkan oleh pihak kerajaan bagi membendvng penuIaran C0VID-19. Lebih menyed1hkan apabila ada yang hiIang pvnca pendapatan dan terpaksa meng1kat pervt kerana tidak berkemampuan untuk membeli barang keperluan. Begitulah seperti kisah sebuah keluarga yang kehiIangan pvnca pendapatan dik0ngsikan oleh seorang pengguna TikTok yang dikenali sebagai Shahril.

Ibu berk0rban untuk anak2

Menerusi video berkenaan, kelihatan lelaki itu disapa oleh seorang wanita yang menaiki motosikal ketika dia sedang berehat. Menurut Shahril, wanita terbabit menawarkan untuk menjual telefon bimbit bagi membeli makanan dan minuman untuk anak-anaknya. Difahamkan lagi, ibu tunggal kepada 4 orang cahaya mata itu memberitahu bahawa dia dan anak-anaknya masih belum makan sejak pagi lagi.

Pekerjaan terjej4s sewaktu PKP

Wanita berkenaan turut bercerita kebiasaannya dia mencari rezeki dengan cara mengambil upah mencuci rumah pelanggan namun sejak PKP ini, pekerjaannya terjej4s. Simpati akan nasib wanita tersebut, Shahril menghulurkan sedikit bantuan kepadanya dan akan menghantar bantuan susulan ke rumahnya nanti. Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet meluahkan rasa simpati terhadap ibu tunggal itu dan mendoakannya dimurahkan rezeki.

Semoga ibu sihat selalu

Sed1h tengok

DuIu suka tayang duit, tapi ramai terlvka

Orang yang suka tayang duit di TikTok bantulah akak ni

Bantulah saudara kami ni Ya Allah

Syukvr akak tu jumpa awak

Semoga bro dilimpahkan rezeki

Sumber: TikTok Shahril, OMM

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Sebak Bapa Menangis Apabila Anak Perempuan Terpaksa Pergi Tinggalkan Keluarga. Sampai Macam Ni Reaksi Ayah.

Bagi seseorang anak, akan tibanya masa nanti untuk kita berpisah dengan ibu bapa kita. Selalunya akan berlaku apabila sudah berkahwin, sebab ketika itu akan bermulalah satu fasa hidup yang baru. Semestinya sedih, seperti kisah ini yang menunjukkan betapa kuatnya hubungan seorang ayah dan anak perempuannya.

Menangis anak pindah rumah

Tak sampai 24 jam dimuat naik, sebuah video menunjukkan tentang hubungan akrab seorang ayah dan anaknya menjadi tular di TikTok. Menerusi video dimuat naik melalui akaun TikTok @sal tersebut, menunjukkan situasi seorang ayah dan anaknya sedang bersalaman dan berpelukan kerana difahamkan anak perempuannya itu akan berpindah rumah mengikut suaminya.

Betullah kasih seorang ayah itu sepanjang masa, ayahnya kelihatan menangis dan tetap mengikut anaknya sewaktu keluar dari rumah tersebut. Apa yang paling sebak untuk dilihat, si ayah sanggup mengikuti kereta dinaiki anak bersama suami hingga ke tengah jalan dan mengesat air matanya. Posting tersebut sehingga kini meraih hampir 800k views. Ahhh min tanak sedih sorang2, korang tengok lah ni sekali.

“Sedih tgk ayah nangis sampai atas jalan”

Menjengah ke ruangan komen, ternyata momen itu membuatkan rata-rata warganet turut bersedih. Ramai yang menyatakan tak sanggup melihat si ayah menangis sebegitu hingga mereka turut merasanya. Hargai kedua ibu bapa kita selagi ada, sesusah kita sebenarnya lagi susah cabaran mereka nak besarkan kita.

Sumber : Lobak Merah

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Kucingasm Media dan Kucing Media Online

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Kahwin Tahun Lepas Dan Difahamkan Suami Sanggup Buat 3 Kerja Sejak Bujang. Perkongsian Yang Dibuat Oleh Pasangan Ini Secara Tak Langsung Raih Perhatian

Lumrah bagi pasangan yang sudah memasuki alam perkahwinan, sudah tentu mahu kan cahaya mata yang pastinya menjadi pelengkap dalam kehidupan mereka. Baru baru ini, satu perkongsian di Tiktok raih lebih setengah juta tontonan dan memaparkan pasangan suami isteri yang bakal menimang cahaya tidak lama lagi.

Dalam perkongsian itu, memaparkan Shahrul Amri Ibrahim sebak apabila isterinya, Nurul Akma Abd Rasid menunjukkan alat ujian kehamilan dengan tanda ‘positif’ yang diletakkan di dalam sebuah kotak.Tak kekok bercerita,dia yang mesra disapa Shahrul mengakui cukup bersyukur atas berita gembira itu yang dianggap sebagai hadiah paling manis selepas mendirikan rumah tangga pada 11 November tahun lalu.

“Isteri ada mengadu tak sedap badan. Jadi dia ajak pergi beli alat ujian kehamilan. Selepas dah balik rumah dan dia tunjuk yang test tu positif, automatik mengalir air mata saya.“Sebenarnya kami pun tak jangka. Tapi kami sangat bersyukur dengan rezeki ini. Bila Allah nak bagi zuriat, saya anggap ia nikmat terbesar dalam kehidupan.

“Bila dapat tahu isteri hamil, terus fikir nak kena bagi lebih perhatian selepas ini, sebab kandungannya juga masih di peringkat awal. Nak kena jaga betul-betul,” ujarnya. Difahamkan masing-masing berusia 25 tahun, Shahrul dan isterinya turut terkejut apabila video detik bersejarah mereka tular di TikTok.

Jelas Shahrul lagi, dia bersyukur apabila menerima banyak komen positif termasuklah doa dan kata-kata semangat untuk dia sekeluarga.“Saya kongsikan video itu sebagai tanda kenangan. Tak sangka akan tular. Saya cuma hasilkan video sebab teruja nak tengok result kehamilan isteri.

“Kebanyakannya bagi komen positif dan doa. Ada juga yang bagi nasihat. Saya terharu dengan semua komen.“Sangat bersyukur dikurniakan ramai insan yang baik-baik, Allah hadirkan mereka semua untuk bagi nasihat dan kata-kata semangat buat kami.“Pada masa sama, ada juga pasangan yang kongsi kisah mereka menanti zuriat. Saya doakan mereka semoga dikurniakan zuriat secepat mungkin, InsyaAllah,” ujar Shahrul.

JElas Juruteknik Perubatan di sebuah hospital itu, dia membatalkan segala rancangannya pada hari itu selepas menerima berita gembira kehamilan isteri.Shahrul yang menetap di Bangi, Selangor turut melakukan dua lagi kerja untuk menyara kehidupan.“Saya sebenarnya buat tiga kerja, sejak sebelum kahwin lagi. Dulu tujuannya untuk kumpul wang kahwin. Kemudian saya teruskan, sebab ada banyak komitmen. Isteri saya pula merupakan guru tadika.

“Pada hari dapat tahu isteri saya hamil, saya sebenarnya nak keluar buat GrabFood. Tapi saya batalkan niat dan duduk di rumah bersamanya,” ujar Shahrul berseloroh.Menceritakan mengenai perkenalan mereka pula, Shahrul mendedahkan dia dan isteri berkenalan pada tahun 2017 menerusi laman cari jodoh Muslim, Baituljannah.

“Saya kenal dia lebih kurang dua tahun sebelum kami kahwin, jumpa jodoh dekat laman web cari Baituljannah.“Selepas habis diploma dulu, saya memang hasrat nak cari kerja, pada masa sama saya fikir nak cari calon isteri. Jadi, kami berkenalan di situ sebelum mendirikan rumah tangga tahun lepas,” ujarnya lagi.

Ada Hari Sekeping Capati Pun Tak Terjual. Anak Kepada Cef Ini Kongsi Ayahnya Sanggup Kejar 2 Kerja Sehari Sehingga Undang Sebak Dalam Kalangan Warganet

Seperti yang kita semua maklum selepas sahaja kerajaan membenarkan kedai makan dan restoran beroperasi secara dine in atau makan di premis dengan prosedur SOP bermula 10 Feb,membuatkan peniaga kecil menarik nafas lega.

Baru baru ini keluhan seorang anak kepada penjual capati pada malam sebelum kebenaran itu mengundang sebak di kalangan warganet.”Aku kasihan dengan ayah aku, kalau kerja pagi buka gerai petang. Kalau kerja petang, buka gerai pagi. Aku kerja dekat pusat kuarantin, jadi belah pagi aku tak dapat tolong.

“Jadi, tolong petang je sampai tutup malam. Tapi sebab PKP tak boleh dine-in ni, slow ,” tulis seorang pemuda yang merujuk kepada prestasi jualan capati yang mengecewakan.Pemuda tersebut, Farhat Nadzmi Mohd Nizam berkata, bapanya mula berniaga capati di sebuah medan selera di Bandar Enstek, Negeri Sembilan sejak Oktober lalu.

Selain itu,dia memberitahu bapanya melakukan kerja sepenuh masa di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Sepang, Selangor.”Ayah kerja syif di KLIA. Jadi, ayah buka gerai capati selepas atau sebelum syif bertugas, atau sepanjang hari pada hari ayah tidak bekerja.

“Tapi bila PKP tak membenarkan dine-in, bisnes capati ayah terjejas sampaikan nak tengok orang datang bungkus pun susah,” kata pemuda berusia 20 tahun itu kepada mStar.Sementara itu, bapa Farhat iaitu Mohd Nizam Abu Bakr pula berkata, dia sebenarnya mempunyai pengalaman sebagai cef kira-kira 25 tahun itu.

Jelas Bapa kepada dua anak itu, dia kini bertugas di bahagian kargo, tetapi sebelum itu bertugas sebagai cef untuk pengendalian makanan dalam pesawat.”Tugas saya bertukar ke bahagian kargo ekoran penerbangan komersial terjejas akibat pandemik Covid-19. Saya bersyukur kerana masih bekerja walaupun gaji dipotong.

Pada peringkat awal, katanya, secara purata capati yang dapat dijual adalah antara 40 hingga 50 keping sehari, dan prestasi merosot ketika PKP dikuat kuasakan.”Bila tak boleh dine-in waktu PKP, ada hari sekeping capati pun tak terjual. Memang kecewa tapi faham dengan SOP yang ditetapkan dan dugaan apabila berniaga,” ujarnya.

NAmun begitu, posting anaknya menjadi perhatian sehari sebelum kelonggaran orang ramai kembali dibenarkan makan di kedai makan telah membuatkan jualannya meningkat.”Hari pertama kelonggaran iaitu pada 10 Februari, jualan capati naik antara 30 hingga 35 keping. Lepas tular terus naik mendadak sehingga 100 keping!

“Sebenarnya selepas posting itu tular, ramai yang nak tempah lebih daripada itu. Tapi, saya dan anak-anak tak menang tangan dengan keupayaan yang terhad. Jadi, kami letakkan had 100 keping capati sehari untuk menjamin kualiti,” katanya.

Dia bersyukur dengan kelonggaran yang diberikan dan penularan posting, Mohd Nizam turut menerima banyak cadangan supaya menghasilkan capati bagi makanan sejuk beku.”Misi saya untuk mempunyai central kitchen (dapur berpusat) pada masa akan datang bagi membolehkan saya membuka lebih banyak cawangan menjual capati, insyaAllah,” katanya.

Pengantin Tengah Syok Bergambar Sekali Terkejut Bila Tiba Tiba Kena Angkut Dengan Lori Polis Gara Gara Ingkar Arahan Pkp. Sekali Ini Yang Pengantin Ni Kena Buat Ramai Terkedu.

LANGKAWI – Sepasang pengantin berpakaian sedondon yang sedang leka bergambar kenangan di kawasan sungai berhampiran kongsi bilis, Taman Nilam di sini ditahan polis kelmarin. Selain pasangan tersebut, 17 individu termasuk pengiring pengantin turut ditahan polis pada pukul 6.30 petang susulan ingkar peraturan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Ketua Polis Daerah Langkawi, Superintendan Shariman Ashari berkata, kesemua mereka dit.ahan sepasukan polis yang kebetulan melakukan pemantauan prosedur operasi standard (SOP) di kawasan tersebut. “Secara keseluruhan seramai 19 individu berusia lingkungan 18 hingga 28 tahun dit.ahan sebelum dibawa ke balai polis.

“Kesemua mereka termasuk pasangan pengantin itu ditahan kerana ingkar peraturan yang dikuat kuasakan ketika PKP. “Hasil pemeriksaan juga mendapati kebanyakan mereka menetap di Taman Nilam,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Tambah Shariman, kesemua mereka dibebaskan pada hari yang sama selepas tlndakan kompaun dikenakan. Dalam perkembangan sama, Shariman memberitahu pihaknya meningkatkan pemantauan di kawasan berkenaan susulan orang ramai suka berkumpul di tepi sungai dan padang tersebut. Terdahulu, tular satu video berdurasi 23 saat menunjukkan kumpulan pasangan tersebut dibawa ke balai menaiki lori polis bersama beberapa individu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *