Sayu apabila bapa pergi buat selamanya semasa anak jalani operasi. Sekali anak sanggup tolak nasihat doktor.

Amalan Kehidupan Keluarga

Luluh hati seorang anak apabila bapa yang disahkan positif Covid-19 telah pergi buat selamanya di Kelantan. Lebih memilukan apabila perkhabaran duka itu diterima dari jauh di Kuala Lumpur, ketika sedang menunggu untuk menjalani operasi mata di hospital. Begitulah dugaan hebat yang menimpa Nor Alwani Abd Wahab selepas bapanya berusia 65 tahun pergi buat selamanya di Hospital Raja Perempuan Zainab II di Kota Bharu, pagi Jumaat lalu.

Wanita berusia 38 tahun itu berkata, bapanya yang menjalani kuarantin di rumah di Rantau Panjang dimasukkan ke hospital selepas terkena serangan str0k pada Khamis lalu, sebelum dimasukkan ke wad Unit Rawatan Rapi.

“Saya diberitahu yang abah dah tak ada pagi Jumaat, pukul 8.20 pagi. Adik beritahu dalam grup WhatsApp yang jantung abah dah berhenti. Masa tu saya tengah tunggu nak buat operasi mata pukul 10 pagi. Kiranya peringkat terakhir sebelum dibawa masuk ke dewan operasi,” katanya. Mengulas lanjut, Wani berkata, dia mengalami masalah Retinal Detachment, membabitkan retina dan soket mata kiri, menyebabkan penglihatannya kabur dan berlaku titik buta. Namun, anak kelahiran Kota Bharu itu ia tidak dapat menyembunyikan perasaan sebaknya saat mengenang detik bapanya dimasukkan ke hospital sehari sebelum operasi mata.

Bacaan Yasin bersama ahli keluarga menerusi video secara dalam talian, sehari sebelum bapa Wani pergi buat selamanya.

“Allahu sebak. Mula-mula terdiam, tak tahu nak beri reaksi macam mana. Hati dah rasa tak sedap sebab dapat tahu abah dalam keadaan teruk. Terfikir sama ada saya atau abah yang tak bangun selepas ni. Tapi sebelum operasi lagi dah dapat tahu yang abah ‘tak akan bangun dah’. Saya sedih. Tapi operasi mata saya tetap diteruskan sebab mata agak teruk dan saya juga tak boleh balik kerana abah positif Covid-19. Adik-adik yang uruskan di kampung bersama pihak KKM (Kementerian Kesihatan Malaysia) dan bomba,” ujarnya yang merupakan anak keempat daripada 15 beradik itu.

Wani (dua, kiri) bersama arwah bapa (kiri) serta ahli keluarga.

Menurut Wani, dia kali terakhir bertemu dengan bapanya pada Jun tahun lalu, dan antara perbualan terakhir mereka berdua adalah dua minggu lepas bagi memaklumkan dirinya baru menamatkan pengajian Ijazah Doktor Falsafah (PhD) semester pertama. “Abah sangat suka anak-anak sambung belajar. Abah lah sebab utama saya sambung belajar. Sekarang ‘tulang belakang’ saya dah tak ada.

Doktor bius di bahagian mata, jadi operasi dalam keadaan sedar. Penglihatan ketika itu agak kabur dan hanya nampak cahaya kuning silau sahaja. Tiba-tiba saya nampak abah

“Abah berpesan, macam mana pun kita jahat pada pandangan orang, senyum je. Sebab hanya Allah sahaja yang tahu kebaikan kita. Jangan tinggalkan solat dan jangan tinggalkan sedekah. Takkan papa kedana kalau kita bersedekah,” kata Wani yang mengikuti pengajian komunikasi di Universiti Utara Malaysia (UUM) di Sintok, Kedah.

Wani (kiri) berpegang kepada pesanan dan nasihat bapanya (kanan).

Wani yang merupakan pegawai tadbir berkata, operasi matanya berlangsung selama kira-kira dua jam di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) di Kuala Lumpur, kira-kira lebih sejam selepas bapanya menghembuskan nafas terakhir.

“Doktor bius di bahagian mata, jadi operasi dalam keadaan sedar. Penglihatan ketika itu agak kabur dan hanya nampak cahaya kuning silau sahaja. Tiba-tiba saya nampak abah. Alhamdulillah, operasi selama dua jam berjalan lancar. Cuma doktor pesan tak boleh banyak menangis sebab mata memang akan pedih. Memang pedih, tapi apa yang saya boleh buat. Terpaksa juga tahan pedih tu sebab menangis kerana kehilangan abah. Memang sangat sakit,” katanya yang kini dalam proses penyembuhan selepas operasi mata.

Sumber : Mstar

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Punca Hati Berlemak Bukan Lagi Kerana Pengambilan Sesuatu Ini. Malah Terpaksa Jalani Operasi Bariatrik Sekiranya Gagal Kurus Lepas Diet Dan Senaman.

Obesiti adalah antara satu perkara yang paling tidak dikehendaki oleh semua orang. Tidak pernah ada orang yang inginkan satu tubuh badan yang obesiti. Manakala hati adalah salah satu organ terbesar dalam suatu tubuh badan manusia yang tugasnya adalah untuk membantu tubuh mencerna makanan, menapis r4cun dan toksik serta menyimpan tenaga.

Malah, 24 peratus penduduk dalam dunia ini yang mengalami masalah hati berlemak yang antaranya disebabkan lemak terkumpul dalam hati. Kebiasaannya, punca pnyakit hati berlemak ini adalah disebabkan tabiat minum 4lkohol yang antaranya boleh merosakkan sel hati. Ianya juga turut mengakibatkan keradangan dan melemahkan sistem pertahanan semula jadi tubuh manusia.

Pakar Gastroenterologi dan Hepatologi, Pusat Perubatan Sunway, Dr Sheikh Anwar Abdullah bagaimanapun berkata, penyakit ini bukan lagi sinonim dalam kalangan mereka yang minum alkohol sebaliknya peningkatan mendadak melibatkan bukan peminum alkohol juga semakin biasa.

Pakar Gastroenterologi dan Hepatologi, Pusat Perubatan Sunway, Dr Sheikh Anwar Abdullah.

“Bagi punca bukan alkohol ia dikenali sebagai steatohepatitis di mana pesakit mengalami keradangan dan kerosakan sel hati yang boleh menyebabkan ia bertukar menjadi fibrosis atau parut dalam hati. Jika dibiarkan, ia boleh menyebabkan sirosis atau kanser hati,” katanya.

Ketahui punca, risiko dan gejala hati berlemak

Dr Sheikh Anwar berkata, punca berlakunya hati berlemak tanpa alkohol tidak diketahui namun faktor gaya hidup, obesiti serta penyakit sedia ada seperti di4betes dan tekanan darah tinggi boleh meningkatkan risiko kepada masalah itu.

Malaysia sendiri katanya, memegang gelaran negara yang mempunyai kadar obesiti dan berat badan berlebihan yang paling tinggi di rantau Asia yang dihuni 60 peratus penduduk di dunia.

“Hampir 12 daripada 40 peratus yang mengalami masalah hati berlemak akan mengalami keradangan dalam tempoh lapan ke 13 tahun manakala 15 peratus daripadanya akan menjadi sirosis. Bagi yang sudah mencapai tahap fibrosis pula, 25 peratus daripadanya akan menjadi sirosis manakala tujuh peratus daripadanya akan bertukar menjadi k4nser dalam tempoh hanya 10 tahun.

Perbezaan hati yang sihat dan hati berlemak.

“Lebih membimbangkan, 50 peratus lagi akan pergi buat selamanya disebabkan masalah hati yang sudah terlewat ketika mendapatkan rawatan,” jelasnya.

Selain daripada hati berlemak, Dr Sheikh Anwar ada menjelaskan beberapa sebab yang berpunca daripada obesiti. Antaranya, ianya juga boleh disebabkan di4betes jenis dua, kolestrol, sindrom metabolik, genetik, tahap lemak yang tinggi dalam darah seperti kolestrol dan trigliserida dan termasuklah terdedah kepada toksin.

Jelasnya lagi, sehingga kini tiada rawatan khusus untuk penyakit hati berlemak sebaliknya kombinasi diet seimbang, senaman dan menurunkan berat badan ideal adalah jalan terbaik.

“Kalau seseorang itu mengalami masalah kegemukan, kena kurangkan berat badan sekurang-kurangnya 15 peratus. Amalkan diet rendah kalori dan juga rendah karbohidrat. Digalakkan untuk mengamalkan senaman selama 150 minit, lima kali seminggu. Jika semua kaedah tidak berjaya, pembedahan bariatrik adalah disarankan untuk memudahkan proses penurunan berat badan,” katanya.

Rasa tidak selesa di bahagian atas sebelah kanan perut antara gejala biasa hati berlemak.

Hati berlemak kebiasaaannya kata Dr Sheikh Anwar bertindak secara senyap dengan beberapa gejala atau tanpa gejala. Gejala paling biasa adalah mudah rasa letih dan tidak berasa selesa di bahagian atas sebelah kanan perut. Bagi mengesan penyakit hati berlemak, kebiasaannya doktor akan bertanya mengenai sejarah perubatan selain melakukan pemeriksaan fizikal termasuk ujian darah.

Sirosis boleh jadi kanser hati

Pakar Hepatobiliari dan Operasi Pankreas, Pusat Perubatan Sunway, Dr Hairol Azrin Othman berkata, secara umumnya, pesakit hati berlemak tidak perlu menjalani operasi melainkan sirosis tersebut sudah berubah menjadi k4nser hati. Pembedahan katanya adalah jalan terbaik bagi k4nser hati untuk membuang tum0r yang boleh merebak ke kawasan lain dalam badan.

“Tum0r ini seperti parasit dalam hati kita, kalau tidak dibuang, ia akan membesar dan merebak. Jika k4nser hati dapat dikesan awal pada peringkat pertama dan kedua, operasi adalah cara rawatan terbaik. Rawatan terbaik untuk k4nser hati adalah operasi. Ia bertujuan untuk menyembuhkan tetapi jika operasi tidak dapat dilakukan (kerana keadaan pesakit), pilihan terbaik adalah rawatan frekuensi radio ablasi atau kemoterapi embolasi,” katanya.

Katanya, sekiranya k4nser hati itu dikesan pada peringkat akhir, operasi tidak dapat dilakukan kerana kebiasaannya tum0r itu sudah menjadi terlalu besar. Selain operasi, Dr Hairol Azrin memberitahu, rawatan pesakit k4nser hati juga bergantung kepada saiz dan lokasi tum0r tersebut, misalnya jika saiz tum0r masih kecil dan berada pada permukaan hati, kebiasaannya operasi adalah jalan terbaik.

“Kalau saiz tum0r sudah melebihi empat sentimeter dan berada dalam pusat hati, kita akan lakukan rawatan menggunakan ablasi radiofrekuensi.
Doktor akan menggunakan jarum halus yang disambungkan pada mesin untuk membunuh sel k4nser itu dengan haba,” katanya.

Perbandingan hati yang sihat dan yang telah berubah menjadi kanser hati.

Bagaimanapun kata Dr Hairol Azrin, jika tumor itu lebih besar, ablasi radiofrekuensi tidak boleh digunakan tetapi menggunakan kaedah embolasi kemoterapi.

Bahagian hati yang rosak iaitu 60 peratus akan dibuang atau menjalani operasi pemindahan hati jika kebanyakan organ itu sudah rosak dan tidak dapat dipulihkan.

“Untuk menjalani pemindahan hati, pesakit perlu memenuhi kriteria-kriteria tertentu termasuk kriteria Milan iaitu tidak boleh lebih daripada tiga ketumbuhan dan setiap satunya tidak melebihi tiga sentimeter. Atau pun satu ketumbuhan itu tidak boleh membesar lebih daripada lima sentimeter. Terdapat dua jenis pemindahan hati iaitu penderma organ semasa hidup atau penderma organ kadaverik,” jelasnya.

Pembunuh senyap!

K4nser hati kata Dr Hairol Azrin adalah pembunuh senyap dan ia boleh membesar dan merosakkan sehingga dua pertiga organ itu sebelum menunjukkan gejala. Gejala biasa bagi penyakit ini kata Dr Hairol Azrin termasuklah kulit kelihatan kuning, air berkumpul dalam abdomen sehingga menyebabkan perut membengkak, pend4rahan pada gusi dan sebagainya.

Senaman serta amalan gaya hidup sihat cara paling berkesan untuk merawat hati berlemak.

“Kebanyakan pesakit yang datang mereka sudah berada diperingat akhir kerana tidak menyedari tentang penyakit itu atau tidak bergejala. Apabila gejala muncul, kebiasaannya sudah terlewat dan sebab itu saringan untuk pengesanan awal penyakit ini sangat penting terutamanya bagi golongan berisiko dan sudah berusia,” ujarnya.

Selain itu katanya, bagi pesakit hati berlemak dalam peringkat awal, keadaan itu boleh dipulihkan dengan mengamalkan gaya hidup sihat termasuk menjaga pemakanan, bersenam dan mengawal berat badan. Sekiranya hati berlemak sudah mencapai tahap sirosis, pesakit perlu membuat pemeriksaan berkala bagi mengesan sebarang perubahan pada hati.

“Hati berlemak adalah perkara biasa dalam kalangan rakyat Malaysia dan sirosis jarang berlaku. Sekiranya pemeriksaan tidak dibuat untuk mengesan sebarang perubahan, sirosi boleh berubah menjadi k4nser,” katanya.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Kucingasm Media dan Kucing Media Online

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Sumber : M star

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *