Disebabkan pernah alami kenangan pahit soal tubuh badannya yang gempal. Wanita ini tampil tubuhkan sesuatu ini.

Kehidupan Semasa Viral

Norhasyikin diberi pelbagai gelaran hanya disebabkan tubuh badannya yang gempal. “Buat apa kamu nak menyorok, badan kamu macam lori!” Itu antara kata-kata penghin44n yang terpaksa ditelan Siti Norhasyikin Mohd Azizul, 23, disebabkan saiz badannya yang agak gempal. Lebih memilukan, ayat sebegini kadangkala datangnya daripada insan yang dihormatinya.

“Saya tak pernah dibul1 (secara fizikal) sebab saya badan besar orang takut nak bul1. Cuma gelaran tu biasalah, ada orang panggil saya King Kong, cikgu saya sendiri pun pernah cakap, kau nak menyorok apa badan besar macam lori.
Masa tu semestinya rasa down sebab masih budak-budak belum matang lagi, jadi saya fikir kenapa saya kena panggil macam tu, hin4 sangat ke sebab aku gemuk,” katanya.

Menurut Siti Norhasyikin, keadaan fizikalnya itu turut menjejaskan tahap keyakinan dirinya. “Badan saya dulu kecil je tapi bila saya mencapai akil baligh iaitu masa saya tingkatan dua, badan saya mula membesar. Dulu saya memang tak yakin dengan diri saya tambah lagi saya duduk dekat kampung, mereka akan nampak gemuk ni buruk.

Fizikalnya yang besar menyebabkan Norhasyikin dahulu kurang keyakinan diri.

Penerimaan serta sokongan rakan-rakan lain bagaimanapun sedikit sebanyak membantu Norhasyikin menerima dirinya seadanya. “Lepas masuk universiti baru saya yakin dengan diri saya sebab kawan-kawan saya tak ejek saya walaupun saya berbadan besar,” katanya yang berasal dari Kelantan.

Penglibatan dalam perniagaan pakaian khas bagi individu berbadan besar pula secara tidak langsung membuka peluang untuk dirinya memberi motivasi kepada wanita berbadan gempal sepertinya. “Kami semua, termasuk pemilik dan model-model berbadan besar tapi yakin dengan diri masing-masing. Cuma kami tak mahu hanya diri kami sahaja yang cantik, penuh keyakinan. Kami tak mahu orang berbadan besar pakai pakaian selekeh atas alasan tak ada baju sebab tak ada pilihan macam orang yang bersaiz kecil. Kami mahu semua orang yang berbadan besar tak kira saiz 7XL atau 6XL, masih boleh bergaya dengan pakaian yang kami hasilkan,” katanya yang bertindak sebagai pengurus di samping menjadi model pakaian ‘plus size’ jenama Plusclosette.

Video Norhasyikin bersama rakan-rakan model yang lain menari tular tempoh hari di media sosial.

Terdahulu video Norhasyikin bersama beberapa orang model lain sedang menari tular di media sosial, mengundang pelbagai reaksi masyarakat. “Saya ada baca komen kata apa ni menari-nari, kemudian ada yang balas cakap kalau perempuan kurus menari puji cantik pada saya itu bergantung pada mindset masing-masing. Setengah orang mungkin rasa orang gemuk ni tak boleh buat apa-apa duduk rumah je diam-diam. Tapi kami terima seadanya. Cuma ada juga yang berterima kasih sebab mereka rasa dihargai sangat, rasa macam sayang dengan diri sendiri, dan memang itulah yang kami mahu capai melalui content kami. Kami mahu semua wanita sayangkan diri masing-masing,” katanya, merujuk kepada video yang tular itu.

Kami mahu semua orang yang berbadan besar tak kira saiz 7XL atau 6XL, mereka masih boleh bergaya dengan pakaian yang kami hasilkan.

Berkongsi nasihatnya kepada wanita berbadan besar di luar sana, Norhasyikin berkata golongan hawa tidak seharusnya tunduk kepada komen-komen negatif dan mereka sebaiknya bergaul dengan individu-individu yang boleh memberi aura positif pada diri masing-masing.

“Keyakinan diri ni kita tak boleh beli atau dapat dari orang lain, kita sendiri perlu bina keyakinan diri dengan melihat mereka yang positif, kumpulan kami sebagai contoh. Kalau orang kritik kita jangan lihat ia dari segi negatif semata-mata, lihat juga dari segi positif kita anggap itu sebagai nasihat,” katanya.

Sumber : Mstar

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Disebabkan Pengantin Perempuan Idam Untuk Pakai Baju Ini Pada Hari Istimewanya. Dia Nekad Untuk Turunkan Berat Dan Berjaya Sehingga Sebanyak Ini Dalam Masa Singkat.

Wani gigih turunkan berat badan sehingga 11kg untuk nampak cantik ketika menggayakan busana di hari bahagia. Bakal pengantin perempuan sering berdepan masalah menjelang hari perkahwinan kerana ingin kelihatan langsing menggayakan busana yang diidamkan saat berada di pelamin.

Begitu jugalah kisah wanita ini yang mampu mengurangkan berat badan sebanyak 11 kilogram (kg) selepas tiga bulan berusaha gigih mendapatkan bentuk badan idaman demi pada hari perkahwinannya.

Menerusi video transformasi yang dimuat naik di TikTok, Nurul Shazzwani Mustafa berkongsi transformasi dirinya yang berlaku dalam masa singkat, sebaik sahaja mendapat tahu perkahwinannya akan dipercepatkan. “Terima kasih terima saya seadanya, ” tulisnya di kapsyen video TikTok yang tular.

Mengimbas mengenai detik awal transformasi dirinya sekitar tiga tahun lalu, Nurul Shazzwani berkata dia sangat terkejut apabila pada satu hari teman lelakinya memberitahu mahu melangsungkan perkahwinan mereka pada hujung 2018, setahun lebih awal dari rancangan asal.

Menurut wanita berusia 27 tahun ini, walaupun pada masa itu ramai menganggap dirinya yang mempunyai berat 54kg ‘tidak gemuk’, malah mempunyai berat badan ideal, tetapi dia secara peribadi berasa kurang yakin serta mengidamkan bentuk tubuh yang lebih langsing untuk kelihatan cantik ketika bergelar raja sehari.

Foto sebelum dan selepas transformasi.

“Saya masa tu masih belajar tak terfikir pun nak turunkan berat apatah lagi saya memang kuat makan dan tak kisah sangat kalau berat badan naik setakat 4 atau 5kg. Tiba-tiba suatu hari, teman lelaki ajak jumpa lepas lama tak jumpa sebab kami belajar di universiti berlainan, dia di Pahang saya pula di Shah Alam… ketika itulah dia ajak kahwin awal. Masa tu berat saya 54kg, rasa tak selesa nak jumpa. Saya pun terus hantar gambar supaya dia tak terkejut jumpa nanti, sebab kali terakhir jumpa berat saya kurang dari tu,” katanya ketika dihubungi.

Suami memang tak kisah. Dia tak pernah sentuh soal bentuk badan saya, cuma perempuan biasalah over sikit.

Bercerita lanjut, dia yang lebih mesra disapa Wani mengakui mempunyai perasaan bercampur baur apabila teman lelaki yang kini sah bergelar suaminya, Shafiq Nordin, 27 mengajaknya untuk mempercepatkan majlis kahwin. Pasangan ini berkenalan 10 tahun yang lalu dan sejak tahun 2016 mereka aktif melakukan perniagaan produk kesihatan dan kecantikan secara online.

“Sejujurnya gembira tapi masa yang sama saya fikir buruknya kalau saya pakai baju kahwin nanti sebab berat dah naik. Walaupun berat saya masa tu masih normal (bukan obesiti), baju saya tetap saiz M, bila bergambar saya tetap nampak berisi. Dari situlah saya nekad nak turunkan berat badan biarpun orang lain rasa saya ni taklah gemuk mana… saya tetap nak pakai baju saiz S atau XS saja,” katanya yang mempunyai ketinggian 154cm.

Video Wani yang tular di aplikasi TikTok.

Berasal dari Selangor, Wani berkata tiga bulan menjelang hari perkahwinan, dia gigih mengamalkan diet kalori dan masa yang sama mengambil produk yang tidak membahayakan kesihatan. Tambah Wani lagi, dia tidak tahu bagaimana untuk menggambarkan reaksi suaminya apabila melihat perubahan dirinya pada hari yang penuh makna itu.

“Apa yang saya boleh katakan dia terkejut sangat. Seolah tak percaya perubahan ketara pada diri saya. Pada masa yang sama dia sedih sebab rasa saya gigih berusaha nak bentuk badan idaman. Suami memang tak kisah. Dia tak pernah sentuh soal bentuk badan saya, cuma perempuan biasalah over sikit, ” ujarnya lagi.

Berat Wani pernah mencecah 65kg ketika sedang hamil anak pertama.

Wani yang kini telah dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Hana Inara berusia satu tahun bagaimanapun berkata, beratnya naik kepada 65kg ketika mengandungkan puterinya itu.

“Paling berat 65kg dan sekarang saya kekal dengan berat 46kg. Masa kahwin tu berat saya cuma 43kg saja. Kiranya target nak pakai baju S atau XS masa kahwin akhirnya berjaya juga,” jelasnya.

Sementara itu, wanita ini berkata bentuk badan adalah sesuatu yang subjektif bagi kebanyakan wanita. Pada pandangannya, setiap wanita pasti mempunyai bentuk tubuh idaman walaupun perkiraan Body Mass Index (BMI) menunjukkan mereka mempunyai berat badan normal. “Masing-masing ada citarasa sendiri. Biarpun orang cakap saya tak gemuk tetapi saya sendiri yang rasa kurang keyakinan diri tu,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *