Tular 31 pekerja didenda gara gara tidak mengemas kini MySejahtera. Sekali tiba tiba MKN arahkan ini pula.

berita Dunia Viral

Majlis Keselamatan Negara (MKN) mengarahkan denda yang dikenakan terhadap 31 pekerja kerana didkwa tidak mengemas kini status kesihatan mereka di aplikasi MySejahtera supaya dibatalkan. Ketua Pengarah MKN, Mohd Rabin Basir, berkata hanya mereka yang telah melakukan perjalanan ke luar negara atau mempunyai kontak dengan pesakit Covid-19 perlu mengemas kini status kesihatan mereka.

“Telah diusulkan agar polis Manjung mengambil tindakan yang tepat dengan meminta jabatan kesihatan daerah untuk membatalkan denda,” katanya seperti dipetik Sin Chew Daily. Rabin berkata, pekerja berkenaan hanya perlu mengemaskini status kesihatan sekiranya terdapat kes Covid-19 di tempat kerja mereka. Tambahnya, tiada tindakan lanjut akan diambil berhubung perkara itu.

Sabtu lalu, Harian Metro melaporkan seramai 31 pekerja didenda antara RM1,500 dan RM2,000 setiap seorang kerana gagal mengemas kini status kesihatan mereka. Ketua Polis Daerah Manjung, Nor Omar Sappi berkata mereka terdiri daripada 29 pekerja di sebuah firma minyak dan gas serta dua lagi pekerja dari sebuah kilang ayam.

Polis Manjung Manjung mengatakan peraturan tersebut dikenakan terhadap mereka yang bekerja di sektor pembuatan. Sementara itu, Ahli Parlimen Beruas, Ngeh Koo Ham, dalam satu kenyataan, mendakwa polis telah salah menafsirkan prosedur operasi standard (SOP) bagi kes berkenaan. Ngeh berkata di bawah arahan Pengarah Kementerian Kesihatan, keperluan memaklumkan status kesihatan secara harian melalui aplikasi MySejahtera hanya terpakai untuk pekerja kes positif Covid-19 atau mereka yang ada kontak fizikal dengan kes positif bagi sektor pengilangan dan pembuatan.

“Ingin juga saya mengingatkan pihak penguatkuasa bahawa arahan Pengarah Kementerian Kesihatan tidak diwartakan. Oleh itu, orang awam tidak boleh dianggap telah mengetahui arahan-arahannya. Arahan-arahan Pengarah Kementerian Kesihatan hendaklah disampaikan kepada mana-mana pihak berkenaan dan hanya selepas pihak berkenaan ingkar mematuhi arahannya, barulah boleh kompaun dikeluarkan atau mendkwa mereka ke mahkamah,” kata pemimpin DAP Perak itu. Ngeh menambah pihaknya juga bersedia menawarkan bantuan guaman secara percuma kepada pekerja berkenaan

Pekerja kena dend4 

Sitiawan: Terdahulu  Seramai 31 pekerja syarikat minyak dan gas (O&G) serta kilang ayam di Kawasan Perindustrian Kampung Acheh, di sini, dikompaun kerana tidak mengemaskini status kesihatan di aplikasi MySejahtera ketika memasuki tempat kerja, hari ini. Malah, dua pengusaha kantin di premis syarikat O&G berkenaan juga masing-masing dikompaun RM10,000 kerana gagal memastikan penjarakan fizikal di kantin mereka. Ketua Polis Daerah Manjung Asisten Komisioner Nor Omar Sappi berkata, kesalahan itu dikesan dalam pemantauan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0.

“Polis mengeluarkan kompaun masing-masing berjumlah RM2,000 kepada 29 pekerja syarikat O&G, manakala kompaun RM1,500 terhadap dua pekerja kilang ayam kerana tidak mengemaskini status kesihatan mereka dalam MySejahtera. Manakala Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) pula mengeluarkan dua kompaun kepada dua pengusaha kantin” katanya pada sidang media di lokasi operasi, hari ini. Operasi itu turut disertai Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) dan Majlis Perbandaran Manjung (MPM).

PEKERJA di Kampung Acheh, Sitiawan gagal mengemas kini status kesihatan mereka dalam MySejahtera. Nor Omar berkata, majikan perlu memastikan pekerja mereka mengemas kini status kesihatan bagi memastikan hanya individu yang sihat dan tanpa gejala saja dibenarkan berada di premis. Menurutnya, syarikat yang mempunyai ramai pekerja perlu mewujudkan pasukan atau badan bertanggungjawab untuk memantau tahap kesihatan serta pematuhan SOP di tempat kerja bagi mengelakkan penularan Covid-19 di premis masing-masing. Katanya, orang ramai diingatkan supaya mengemas kini status kesihatan mereka, namun tahap kesedaran untuk perkara itu dilihat masih kurang.

Sumber : Lobak Merah

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Tular Suami Gunakan FB Isteri Dan Beri Komen Negatif Di Live MKN. Sekali Rupanya Ini Yang Berlaku.

PETALING JAYA – Seorang wanita kesal selepas akaun Facebooknya digunakan oleh suaminya untuk memberi komen berbaur lucah di siaran langsung Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri semalam. Perkara tersebut menjadi tular selepas komen berkenaan dikritik teruk oleh ramai pengguna Facebook. Bagaimanapun, pemilik sebenar akaun tersebut yang dikenali sebagai Dilla, telah memuatnaik satu hantaran status bagi menjelaskan keadaan sebenar.

Isteri luah perasaan

“Akaun Facebook itu milik saya, Puan Dilla. Tiada kata-kata untuk saya ungkapkan sebagai seorang perempuan yang beragama islam, seorang guru, seorang anak, seorang isteri. Apa tindakan saya sebagai seorang isteri yang bila mana suami menggunakan akaun Facebook saya meluahkan kata-kata seperti itu. Walaupun saya telah padam, benda dah tersebar. Dan saya rasakan ini ujian bagi saya. Allahuakbar,” katanya.

Suami wanita itu pula tampil jelaskan cerita sebenar

Beberapa jam selepas kenyataan pemilik akaun sebenar itu dimuat naik, seorang lelaki yang mendakwa dirinya merupakan suami kepada wanita terbabit telah memuatnaik sebuah klip video pengakuan dan memohon maaf.

“Saya sebenarnya yang menulis komen itu menggunakan telefon isteri saya tanpa pengetahuannya. Sebenarnya, komen itu ditujukan kepada pihak kerajaan agar segera tamatkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Saya tidak berpuas hati dengan pengumuman yang dibuat oleh kerajaan. Jadi, saya minta abaikan komen tersebut. Saya akui status itu tidak elok dibaca oleh orang ramai,” jelasnya dalam sebuah video berdurasi lapan minit.

Menurutnya, komen itu telah dipadam kira-kira sepuluh minit kemudian tetapi sempat dirakam oleh pengguna lain. Difahamkan, akaun Facebook milik kedua-dua pasangan suami isteri itu kini telah dinyahaktif.

Tangkap layar di twitter ciapan berkenaan dengan kes ini..

Semoga Allah bantu puan ni..

Kesian..

Antara komen-komen warganet

Sepatutnya suami lindungi marvah isteri..

Sumber: K! ONLINE, Twitter

Isteri Minta Teman Beli Kertas A4 Tapi Bila Keluar Banyak Barang Dibelinya. Ini Respon Paling Win Suami Dia Beri

Lazimlah kebanyakan wanita suka berbelanja. Senang cerita ada sahaja yang nak dibeli mereka dari sekcil kecil sehinggalah benda yang besar. Di sini,seorang suami berkongsi pengalaman menemani isterinya untuk membeli barang di sebuah kedai tetapi kemudian berbelanja lebih daripada apa yang dihajati.

“Hari tu, bini saya suruh teman dia beli kertas A4. Saya pun bawalah dia pergi kedai buku. Punyalah lama saya tunggu, lepas tu bila dia masuk kereta punyalah banyak dia beli kertas A4 la, kertas warnalah, fail, kertas liminate, pen dan segala macam barang yang ada kat kedai buku tu.

“Saya macam nak marah juga, buat apalah beli banyak-banyak. Membazir saya kata. Kata nak beli kertas A4 je,” tulis seorang guru di laman Facebook Muhammad Yusof.Pada sebelah malam hari kejadian, guru tersebut mempunyai tugasan yang perlu diselesaikan.”Kena buat laporan tu, laporan ni, kertas kerja tu, kertas kerja ni. Masa nak print (cetak) saya cari kertas dalam rumah..

Last-last saya jumpa kertas yang bini beli tadi jadi saya print guna kertas tu. Lepas tu nak cantik saya print guna kertas glossy. Ambil fail dia satu. Lepas tu saya liminate poster Covid pakai kertas liminate yang bini beli tadi,” katanya.Kisah seorang isteri bermula dengan pembelian kertas A4.

Hasilnya begitu memuaskan selepas dia menggunakan peralatan yang dibeli isterinya di kedai buku.Bagaimanapun, selepas itu kata Muhammad Yusof, isterinya dapat mengesan barang-barang miliknya seperti diselongkar.”Dia terus tanya sinis kat saya, Ai tadi bukan main marah, membazirlah apalah. Ni siapa yang banyak guna ni?” ujarnya mengimbas kembali perbualan bersama isteri.Menurut Muhammad Yusof, kejadian seumpama itu bukanlah kali pertama berlaku antara mereka.

“Sebelum ni, bila bini saya kata nak main kutu beli iron Philips dan periuk Noxxa, saya kata buat apalah beli mahal-mahal, pakai je apa yang ada.”Tapi bila dah ada rupa-rupanya saya yang banyak guna. Sebab mudah pakai benda alah tu. Sungguh. Lepas tu dia kata nak beli printer Epson, mahal sikit… lebih RM500.”Saya kata beli Canon jelah murah. Tapi bila dah ada, saya pula yang banyak print sebab mudah. Dakwat pun murah,” katanya.

Muhammad Yusof memberitahu, dia seperti biasa pada mulanya membantah terhadap setiap pembelian itu sebelum akhirnya dia yang paling banyak menggunakannya.”Lepas daripada itu, saya dah tak berapa nak bangkang apa yang dia beli sebab saya tahu apa yang dia beli semua untuk memudahkan kerja dia dan juga kerja saya.”Ini point pentingnya. Saya akui pemikiran perempuan ni sebenarnya 10 tahun ke depan. Serius!” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *