Kakak sayu bila lihat adik gigih cari rezeki begini. Sekali lebih pilu bila dia buat live dan ini berlaku.

Kehidupan Keluarga Viral

Kisah siaran live jejaka itu yang tidak mendapat sambutan ternyata mengundang simpati warganet. Usaha seorang peniaga pakaian bundle berusia 21 tahun yang tak putus asa mencari rezeki ternyata mengundang sebak warganet. Kisah Mohamad Faiezal Abdullah dikongsi sendiri oleh kakaknya, Norfadhilatuladha, 29, di Twitter sehingga tular pada Sabtu malam.

“Setiap kali masuk siarang langsung (live) adik aku, mesti aku jadi sedih. Adik aku siang kerja pasar, malam jual bundle vintage. Dulu dia jual kat bazar, tapi sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dia jual secara dalam talian (online) je,” tulis wanita itu di Twitter. Mesra disapa Adha, penyelidik di sebuah syarikat swasta itu ketika dihubungi mStar sempat bercerita mengenai perjuangan adiknya yang kini mencuri perhatian ramai warganet. Setiap kali dia buat live saya akan masuk. Cuma sekarang saya tengok, penonton kurang 10 orang. Makin turun semenjak dua menjak ini.

Mohamad Faiezal mula berniaga pakaian bundle pada tahun lepas.

“Kalau view di Facebook tak memberangsangkan, dia beralih ke Instagram. Saya jadi sedih tengok dia berusaha dan tak pernah putus asa,” ujarnya. Kata Adha, adiknya akan bangun awal pagi untuk bekerja sebagai penjual santan segar di sebuah pasar di Melaka.

Saya nak ucap terima kasih, kuasa media sosial sangat besar.

Selesai pekerjaan itu, dia akan pulang ke rumah pada sebelah petang dan meneruskan perniagaan pakaian bundle pula. “Adik buat dua kerja. Pagi dia berniaga di pasar. Petang dia akan uruskan bundle. Bisnes ini dia mulakan pada tahun lepas. Masa kes Covid-19 reda sekejap, dia meniaga bundle di bazar.

Adha (kiri) tak sangka ramai yang sudi menyokong adiknya.

“Selepas kes naik balik dan kita PKP semula, dia hanya bergantung kepada jualan dalam talian. Selain pakaian bundle premium, dia juga ada jual bundle standard yang biasanya tiga helai RM10,” ujarnya lagi. Dalam pada itu, Adha berkata dia terkejut dengan reaksi warganet selepas berkongsi perkara itu di Twitter.

Antara baju yang dijual oleh adiknya.
Ahli keluarga Adha.

Tambahnya, dia bersyukur dengan sokongan yang diterima dan berharap perniagaan adiknya berkembang maju selepas ini. “Masa view live dia rendah, saya terdetik untuk kongsi di Twitter. Tak sangka ia akan blow up macam ni. Saya nak ucap terima banyak sangat komen yang membina bagi pihak adik. InsyaAllah saya akan kongsikan kepadanya. Selepas viral, followers di Instagram adik juga meningkat. Saya nak ucap terima kasih, kuasa media sosial sangat besar. Sokongan warganet sangat membantu peniaga kecil seperti ini. Adik pun gembira apabila saya maklumkan mengenai hal ini,” ujarnya lagi.

Sumber : Mstar

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Kain Baju Yang Lusuh Ini Berjaya Dibida Dengan Harga Puluh Ribu. Rupanya Baju Ini Merupakan Edisi Terhad.

“Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu”. Hal ini berlaku apabila seorang peniaga pakaian bundle mendapat ‘durian runtuh’ setelah baju vintage yang dianggap sesetengah orang sebagai ‘kain buruk’ berjaya dibida dengan harga RM37,500.

Baju bundle harga mewah

Mat Yie To Ube atau nama sebenarnya Mohd Suhairi Mat Daud, 40 telah berjaya menjual satu T-Shirt yang dianggap rare kepada seorang pembeli berasal dari Kuala Lumpur ketika membuat live di Facebooknya. Menerusi laporan daripada Sinar Harian, Suhairi memaklumkan bahawa ini merupakan rekod tertinggi jualannya dan sudah tentu dia begitu berterima kasih kepada pembeli yang sanggup meletak harga tinggi bagi mendapatkan T-Shirt tersebut.

“Alhamdulillah ia merupakan rezeki buat saya dan terima kasih kepada Otai Lee kerana sanggup ‘membida’ pada harga yang disifatkan sebagai rekod tertinggi jualan setakat ini,” katanya.

Cuma ada 10 helai je dalam Malaysia

Tambahnya lagi, T-Shirt lusuh berkenaan merupakan edisi terhad dan hanya ada 10 helai sahaja di dalam negara. Selain itu, dia memaklumkan ketika membuka bidaan, baju tersebut sudah diturunkan harga, namun jika ada yang minta untuk merendahkan lagi harganya, dia tidak akan menjualnya terus.

T-Shirt vintage terbabit akan dihantar sendiri Suhairi kepada pembeli di Kuala Lumpur kerana tidak mahu kerosakkan ataupun kehilangan berlaku jika menggunakan proses penghantaran. Sumber: Mat Yie Tok Ube, Sinar Harian (Hazelen Diana Kamarudin)

Pembeli Ini Borong Semua Baju Yang Dijual Hingga Mencecah Ribuan Ringgit. Lebih Menyedihkan Apabila Peniaga Itu Sehinggakan Menangis Ketika Live Di FB.

Sewaktu negara dikejutkan dengan pandemik C0vid-19 yang meragut ribuan nyawa pada tahun 2020 ini, ramai yang hilang punca pendapatan apabila diberhentikan kerja akibat kerugian yang dialami sesebuah syarikat. Ramai yang beralih ke arah bidang perniagaan, terutamanya jualan secara maya untuk mencari rezeki bagi terus melangsungkan kehidupan untuk diri sendiri dan keluarga.

Cari rezeki jual ‘bundle’

Salah satu perniagaan yang semakin berkembang adalah jualan ‘bundle’ atau nama lainnya, jualan pakaian terpakai. Walaupun dilabelkan sebagai pakaian terpakai, ia semakin mendapat tempat di hati pembeli kerana bukan sahaja harganya mampu milik, malah masih lagi berkualiti untuk dipakai.

Situasi seperti itu boleh dikaitkan dengan seorang peniaga ‘bundle’, Niyyar Bakri yang juga merupakan seorang anak tunggal dan yatim piatu. Untuk mencari rezeki, Niyyar sering mempromosikan jualan pakaian bundlenya secara siaran langsung di Facebook dimana setiap hari dia bersemangat berinteraksi di hadapan kamera bagi mencuri tumpuan pelanggan. Pada satu Subuh yang hening dalam salah satu siaran langsung, dia telah mengalirkan air mata di hadapan ratusan warganet yang menonton sesi penjualan tersebut.

Eh kenapa menangis?

Niyyar mengalirkan air mata kerana seorang pembeli yang baik hati telah membeli pakaian dengan harga RM3000. Itulah kali pertama seseorang membeli barang jualannya dengan harga yang sangat tinggi. Dia sendiri tidak menyangka akan tindakan pembeli tersebut sehingga dia menangis atas rasa syukur dengan rezeki yang diperolehnya pada hari itu.

Apa yang lebih mengusik jiwa, Niyyar memberitahu bahawa hasil jualan yang diperoleh itu bukanlah digunakan untuk berbelanja buat dirinya sendiri sebaliknya dijadikan modal untuk dia pulang ke kampung di Indonesia bagi menziarahi pusara kedua ibu bapanya. Sebak sungguh tatkala mengetahui kisah dan kejujurannya itu. Korang boleh baca posting seorang pengguna Facebook, Azarinah Binti Awang yang menjelaskan tentang kisah Niyyar selanjutnya di bawah.

“Rezeki tidak pernah salah alamat, selagi Allah berkehendak selagi itu rezekimu tidak akan berhenti mencurah-curah,” tulis Azarinah dalam postingnya. Kritikan atau segala tohmahan adalah asam garam dalam dunia perniagaan. Sudah tentu ada sahaja yang memberi tanggapan negatif terhadap peniaga bundle seperti Niyyar. Namun begitu, dia menepis segala tanggapan negatif warganet dan tetap berusaha menjalankan perniagaannya itu.

Pelanggan Ini Merungut Apabila Kuih Dijual Dengan Harga 50 Sen Sebiji. Tapi Bila Peniaga Ini Beri Jawapan Yang Makan Dalam Sebegini Terus Terkedu Pelanggan Tersebut.

Seorang pelayar berkongsi kisah pelanggan yang merungut kerana mendakwa harga kuih yang dibelinya di gerai agak mahal. Kuih tradisional Melayu pasti memikat selera sesiapa sahaja. Bukan hanya disajikan sebagai pemanis mulut ketika sarapan atau minum petang bersama, namun ia juga sering menjadi pilihan untuk dihidangkan ketika majlis keraian.

Kuih-muih seperti koci, lepat, ketayap, seri muka, kuih lapis, keria, bingka, kuih cara dan sebagainya adalah antara kuih yang sering dicari ketika berkunjung ke gerai. Di sebalik rasanya yang lazat, proses penyediaannya juga begitu renyah kerana memerlukan bahan-bahan khusus, cara penyediaan yang berbeza serta memakan masa yang agak lama.

Justeru tidak hairanlah harga kuih tradisional pada masa kini mencecah di antara RM0.50 sehingga RM0.80 sebiji, tambahan pula harga barang keperluan di pasaran sentiasa meningkat. Namun begitu, ada pula segelintir individu yang sewenang-wenangnya meminta diskaun kepada penjaja kuih kerana merasakan ia terlalu ‘mahal’ dan tidak sepadan dengan standard harga jualan di gerai, sebagaimana kisah yang dikongsikan oleh seorang pelayar di Facebook.

Kuih tradisional memerlukan kemahiran dan memakan masa yang agak lama untuk dibuat.

“Perbualan penjual kuih dengan seorang perempuan muda Melayu bekerjaya, saya cuma pasang telinga saja. ’50 sen satu kuih? Kenapa mahal benar ni cik?’ tanya Nora (bukan nama sebenar) secara berseloroh. 50 sen sebiji pun, untung bukan banyak pun dik. Sebijik makcik jual 50 sen. Untung sebiji paling banyak pun 20 sen, 30 sen, itu pun lepas tolak kos bahan sahaja. Kos masa, kos renyah buat kuih, kos elektrik, semua tu makcik pun tak pandai la nak kira macam mana,” tulis pelayar berkenaan mengimbas kembali perbualan di antara peniaga dan pembeli.

Dalam masa yang sama, peniaga itu turut mengambil kesempatan menceritakan kisahnya yang membuat kuih berseorangan tanpa dibantu sesiapa, selain terpaksa bersedia beberapa jam lebih awal. Menurut peniaga itu lagi, bukan sahaja keuntungan yang diperoleh terlalu sedikit, malah kadang kala penatnya seakan-akan tidak berbaloi apabila pelanggan yang datang membeli boleh dikira dengan jari.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *