Peminat Kpop kongsi journey ambil suntikan vaksin. Sekali ini pula yang warganet minta padanya.

Covid 19 KESIHATAN Viral

Gempak ! Begitulah yang dapat digambarkan mengenai video kisah perjalanan seorang pemuda yang teruja untuk menerima dos pertama vaksin Covid-19. Berlatarkan lagu Survivor yang dipopularkan oleh kumpulan Destiny’s Child, video yang memaparkan pengalaman seorang bekas pesakit Covid-19 menjadi perhatian warganet.

“Perghhh macam tengok iklan dekat wayang. Serius gempak,” komen seorang warganet berhubung video yang meraih lebih 160,000 tontonan di aplikasi TikTok. “Dah macam travel la pula, tapi hakikatnya pergi (ambil) vaksin.” “Nak pergi (ambil) vaksin je, tapi dia punya video kalah trailer filem.” antara komen-komen warganet lain.

Zani selepas discaj dari PKRC di Maeps, Serdang.

Pemuda berkenaan, Muhammad Izzani Islahuddin memberitahu, dia merupakan bekas pesakit Covid-19 selepas dijangkiti virus itu tanpa gejala pada 1 Februari lalu. Anak muda berusia 22 tahun itu berkata, dia dimasukkan ke Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC) di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (Maeps) di Serdang, Selangor selepas mengalami gejala ketika hari ketujuh menjalani kuarantin di rumah.

“Setelah tiga bulan dijangkiti Covid-19, saya berpeluang untuk menerima suntikan vaksin. Saya tahu pesakit Covid-19 yang telah pulih mempunyai risiko untuk dijangkiti semula. Vaksin ni merupakan perlindungan terbaik untuk meningkatkan imunisasi badan dengan mengurangkan risiko dijangkiti Covid-19,” katanya.

Zany pada mulanya berasa sedih apabila dijangkiti Covid-19.

Lebih mesra disapa Zany, dia mengimbas kembali detik sewaktu disahkan positif Covid-19 selepas menjadi kontak rapat kepada bapanya yang mendapat jangkitan itu di tempat kerja. “Jujurnya, masa tu saya down sangat sebab saya berada di rumah selama empat minggu kerana sibuk dengan kelas secara dalam talian dan melakukan tugasan pengajian.

Rasa teruja ambil vaksin tu macam dapat ‘jemputan’ daripada menteri kesihatan. Saat kena cucuk vaksin, saya bersyukur kerana tak sangka menjadi antara orang awam yang terawal menerima vaksin

“Saya ambil masa untuk memperoleh kekuatan, dengan menghasilkan video-video di TikTok memperoleh sokongan keluarga dan rakan-rakan. Saya reda dengan dugaan yang menimpa saya,” ujarnya yang berasal dari Seri Kembangan, Selangor. Menurut anak kedua daripada tiga beradik itu, dia memperoleh slot tempahan suntikan vaksin AstraZeneca menerusi pendaftaran secara dalam talian pada Mei lalu.

Zany (kiri) bergambar kenangan bersama doktor selebriti, Dr Say Shazril yang bertugas sebagai sukarelawan di pusat pemberian vaksin di PWTC.

Dia juga tidak dapat menyembunyikan perasaan gembira dan teruja menjelang tarikh janji temu di pusat pemberian vaksin (PPV) di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di Kuala Lumpur, pada 2 Jun. “Memang excited. Saya bersemangat untuk menerima suntikan vaksin. Saya nak tunjukkan semangat itu menerusi kisah perjalanan saya yang dibuat dalam video.

“Rasa teruja ambil vaksin tu macam dapat ‘jemputan’ daripada menteri kesihatan. Saat kena cucuk vaksin, saya bersyukur kerana tak sangka menjadi antara orang awam yang terawal menerima vaksin,” katanya yang turut berkongsi keterujaan akan menerima vaksin, di laman sosial kira-kira seminggu sebelum tarikh janji temu. Zany yang merupakan pelajar Ijazah Sarjana Muda Sains Fizik di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) di Bangi menasihatkan orang ramai sama ada pernah dijangkiti atau tidak dijangkiti Covid-19, supaya mengambil suntikan vaksin demi kebaikan bersama.

Zany mahu memberi kesedaran mengenai kepentingan mengambil vaksin Covid-19.

Dalam pada itu, peminat kumpulan K-Pop Twice itu mendedahkan bahawa dia sepatutnya menghasilkan video ‘survivor’ sebaik dibenarkan pulang ke rumah selepas pulih Covid-19. “Patutnya nak buat selepas ‘survive’ dijangkiti Covid-19. Tapi masa tu saya sibuk nak kemas rumah, nak sanitasi dan perlukan masa untuk berehat dan bertenang. Bila tiba janji temu untuk ambil vaksin, saya fikir inilah harinya untuk kongsi perjalanan saya dari seorang bekas pesakit Covid-19 kepada penerima suntikan vaksin Covid-19. Tak sangka video ‘journey’ saya mendapat perhatian hingga ada yang minta saya buat tutorial. Teknik suntingan dan rakaman video ini mendapat inspirasi daripada video-video trailer video muzik lagu-lagu K-Pop,” katanya yang sering berkongsi minat menari terutama lagu-lagu K-Pop dan suntingan video di TikTok.

Sumber : Mstar

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Bakal Terima Suntikan Vaksin Covid19 Pada Hari Pertama. Perdana Menteri Malaysia Dedahkan Akan Terima Pada 26 Februari

Dikhabarkan pada hari Ahad depan,vaksin Covid19 jenis Pzifer BioNTech akan tiba di negara kita manakala pelaksanaan Program Imunisasi Covid19 Kebangsaan akan mula dilancarkan secara berfasa pada 26 Feb. Tan Sri Muhyiddin Yassin yang merupakan perdana menteri kita akan menerima suntikan vaksin tersebut pada hari pertama pelaksanaan program berkenaan bersama dengan petugas barisan hadapan.

Semasa melancarkan Buku Panduan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan hari ini, perdana menteri berkata fasa pertama program itu akan melibatkan petugas barisan hadapan sehingga April diikuti fasa kedua bermula April sehingga Ogos melibatkan kumpulan yang berisiko tinggi.

Manakala fasa ketiga pula akan melibatkan golongan dewasa berumur 18 tahun ke atas, bermula Mei tahun ini hingga Februari 2022.Menurut Muhyiddin, program imunisasi menyeluruh ini adalah untuk memastikan imuniti kelompok dapat dibentuk di dalam komuniti agar dapat memutuskan rantaian penularan jangkitan COVID-19 sekali gus diharap dapat menamatkan pandemik COVID-19.

“Ringkasnya, vaksinasi amat penting untuk kita melindungi bukan sahaja diri sendiri, tetapi juga orang tersayang iaitu ahli keluarga, rakan kerja, jiran sekeliling dan seluruh komuniti.Inilah juga maksud slogan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan yang saya perkenalkan secara rasmi hari ini, iaitu Lindung Diri, Lindung Semua,” katanya.

Kata Perdana Menteri berkata apabila semua orang telah dilindungi dan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan ini berjaya dilaksanakan, ia akan memberikan impak positif termasuk membolehkan sektor ekonomi dan pelancongan kembali dibuka.Beliau juga menyatakan begitu juga dengan aktiviti ziarah-menziarahi, aktiviti bersukan kembali boleh dilakukan, namun masih terikat dengan amalan norma baharu.

“Inilah yang saya maksudkan apabila saya katakan bahawa vaksin COVID-19 adalah antara sinar harapan kita yang paling utama untuk kita menang dalam perang melawan COVID-19.“Pastinya, satu lembaran baru bakal terbuka dengan bermulanya Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan pada penghujung bulan ini,” katanya.

Oleh itu, beliau menasihati semua rakyat supaya jangan berlengah untuk mendaftar bagi mendapatkan vaksin dan hadir pada waktu yang telah ditetapkan untuk menerima dos pertama dan dos kedua.Sementara itu, Muhyddin berkata Buku Panduan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan yang dilancarkan hari ini adalah untuk menerangkan dengan lebih lanjut berhubung dasar program imunisasi.

“Ini merupakan satu lagi langkah ke hadapan dalam kita menjayakan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan, iaitu program vaksinasi terbesar yang akan dilaksanakan di negara kita.Buku panduan itu boleh dimuat turun menerusi laman web www.VaksinCovid.gov.my yang turut dilancarkan hari ini.

Dilaporkan Antibodi Bekas Pesakit Covid19 Hanya Mampu Bertahan Selama 6 Bulan. Profesor Ini Jelaskan Lebih Lanjut Tentang Kajian Yang Dibuat

Ada sebahagian besar individu yang pernah dijangkiti Covid19 memiliki antivodi yang mampi bertahan sekurang-kurangnya enam bulan selepas jangkitan. Hal tersebut ditunjukkan dalam sebuah kajian dilakukan oleh UK Biobank. Berdasarkan kajian tersebut,sebanyak 88 peratus pesakit yang sudah dijangkiti virus itu mampu mempertahankan antibodi badan mereka selama enam bulan manakala 99 peratus antibodi pesakit bertahan untuk tiga bulan.

Difahamkan hasil kajian ini selaras apa yang ditunjukkan oleh sejumlah kajian kecil laim sebelumnya iaitu ketahanan tubuh mamp bertahan dalam tempoh itu. Ketua Penyelidikan di UK Biobank,Profeser Naomi Allen menjelaskan pengkaji masih belum mengetahui adakah ketahanan itu juga dapat melindungi pesakit daripada virus Covid19 dengan varian baru yang dilaporkan mula merebak.

Macam yang dilaporkan Bloomberg,kajian dilakukan dari Mei hingga Disember 2020 terhadap 20,000 pesakit covid19 dengan melakukan ujian sampel darh bulanan dan memeriksa data gejala mereka. Dilaprkan dalam penemuan itu mendapati, meskipun antibodi mereka masih bertahan,namun 43 peratus daripada mereka masih merasai gejala seperti kehilangan deria rasa dan bau. Ad ajuga satu perepat daripadanya tidak menunjukkan sebarang gejala selepas pulih daripada jangkitan itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *