Lelaki ini terkilan bila niat nak beri bantuan lampin. Sekali boleh pula wanita ini beri respon begini.

Kehidupan Keluarga Viral

Seperti yang kita sedia maklum, ramai individu di luar sana tampil menghulurkan bantuan kepada golongan yang memerlukan bantuan terutama mereka yang terjejas ekoran pandemik ketika ini. Namun begitu, ada juga segelintir yang mengambil kesempatan dan juga tidak memberikan kerjasama yang baik kepada penderma.

Wanita ini tawar upah RM5 untuk kos penghantaran

Ibarat diberi betis hendak paha itulah peribahasa yang sesuai menggambarkan tindakan seorang wanita yang bersikap berlebih-lebihan dalam mendapatkan bantuan. Lebih menyakitkan hati, apabila wanita ini menawarkan kadar upah sebanyak RM5 untuk perjalanan yang jauh bagi menampung kos penghantaran barangan bantuan tersebut.

Posting ini dik0ngsi lebih 4.7k pengguna di media sosial

Kisah ini diceritakan oleh seorang penghantar barangan dikenali sebagai Fard Osman menerusi satu posting di laman Facebook. Posting yang dimuat naik oleh lelaki ini  telah dik0ngsi lebih 4.7k pengguna di laman Facebook.

Bantuan lampin pakai buang percuma

Kisahnya bermula, apabila lelaki ini memberikan bantuan lampin pakai buang kanak-kanak secara percuma. Kemudian, bagi sesiapa yang memerlukan bantuan tersebut hanya perlu datang mengambilnya sendiri di rumahnya.

Nak mintak tolong orang bukan macam ni caranya

Menurutnya lagi, kesemua lampin pakai buang tersebut merupakan duit dia sendiri tanpa mendapatkan bantuan daripada mana-mana pihak. “Nak minta tolong orang, bukan macam ni caranya, lampin pakai buang banyak-banyak tu bukannya orang sponsor.”

Orang bagi percuma nak demand macam-macam

“Aku guna duit sendiri 100% ! Aku bukannya jual lampin pakai buang. Bagi free je pun, lagi nak demand macam-macam.” Bagaimanapun, terdapat seorang wanita yang memintanya untuk menghantar lampin pakai buang tersebut ke rumahnya.

Penerima harus menanggung kos penghantaran jika mahu dihantar

Meskipun sudah dijelaskan, bantuan lampin pakai buang itu menggunakan kaedah pengambilan hanya di rumah lelaki itu. Malah, lelaki itu menjelaskan jika mahu lampin pakai buang tersebut dihantar terus kepada rumah si penerima, seseorang itu perlu menanggung kos penghantarannya.

Yang percuma itu cuma lampin pakai buang

“Dah agak dah, aku ni tolong bagi lampin pakai buang je, pickup sendiri dekat aku, kalau nak hantar sampai depan rumah.” “Aku cas delivery sebab yang percuma tu cuma lampin pakai buang.”

Penerima beri alasan malas keluar dari rumah

Jelas lelaki ini lagi, kos penghantaran untuk menghantar lampin pakai buang itu lebih mahal daripada kos sebenar lampin tersebut. Namun, wanita itu masih berkeras dan sempat menawarkan sedikit ‘upah’ dan memberikan alasan dia malas untuk keluar dari rumah.

Kata nak tolong orang, hantar jelah

“Hantar rumahlah, akak malas nak keluar. Kata nak tolong orang, hantar jelah. Tak payah tolonglah macam ini.” Lelaki tersebut turut menjelaskan kadar upah yang diberikan oleh wanita itu sama sekali tidak mencukupi.

Persoalkan tindakannya untuk membantu

Lalu lelaki tersebut sekali lagi meminta wanita ini untuk datang ke tempatnya bagi mengambil barangan tersebut. Namun, wanita ini masih berkeras dan sempat mempersoalkan tindakannya yang pada mulanya ingin membantu. Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet turut tidak berpuas hati dengan tindakan wanita itu.

Sumber :  Yoy Network, Facebook Fard Osman

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

50 Rider Tampil Beri Bantuan Makanan Pada Kucing Jalanan. Sekali Dia Dedahkan Bagaimana Idea Ini Boleh Tercetus.

Sebagai pencinta haiwan, Saifullah turut membela ular di kediamannya di Pengkalan Chepa, Kelantan. “Jupo kucing bui makey” (jumpa kucing bagi makan). Itulah tanda pagar (hashtag) yang digunakan oleh Saifullah Omar, 31, rider yang terlibat dalam aktiviti memberi makan kepada kucing terbiar di negeri Kelantan.

Terbaharu, dia yang juga Pengerusi Pet Lover Kelantan bersama hampir 50 rider penghantar makanan yang lain, turun padang untuk membantu kucing-kucing terbiar di sekitar negeri itu. Mesra disapa Saifullah, dia meluahkan rasa syukur apabila program itu berjaya direalisasikan pada malam Khamis lalu.

Program yang diadakan pada Khamis malam.

“Sebelum ini, sekitar dua tahun lepas saya sudah membuat kerja-kerja ini bersama isteri. Tapi aktiviti ini terhenti apabila adanya Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Kemudiannya, saya baru sahaja menjadi rider sebulan yang lalu. Jadi saya ambil kesempatan dengan kerja saya untuk hidupkan semula aktiviti itu. Saya ajak 50 rider untuk buat program ini. InsyaAllah akan teruskan lagi pada masa akan datang. Pada masa sama, saya syorkan agar ia dilakukan setiap hari. Setiap rider boleh bawa satu botol makanan kucing, simpan dalam bakul motor. Kalau nampak kucing, boleh terus bagi makan,” ujarnya. Kata Saifullah yang menetap di Pengkalan Chepa, program itu juga dilaksanakan bagi membersihkan persepsi negatif yang sering dilemparkan terhadap golongan rider.

Bila ada tanggapan negatif, semua rider yang lain pun akan terpalit.

“Rider, sering dikaitkan dengan cerita-cerita busuk. Bekas mat rempit? seludup dadah? samseng jalanan? Mungkin ada segelintir, tapi tak semua. Jangan kerana nila setitik, rosak susu sebelanga. Jangan disebabkan adanya cerita yang tak elok, masyarakat dah tak nampak semua kerja amal yang rider buat. Bila ada tanggapan negatif, semua rider yang lain pun akan terpalit. Niat saya nak bagi persepsi positif sahaja,” ujarnya lagi.

Saifullah baru sahaja menjadi rider sejak sebulan yang lalu.

Bercerita mengenai dirinya, Saifullah mendedahkan dia dan isteri juga merupakan peminat haiwan. Di kediamannya, dia membela empat ular sawa burma, dua katak, seekor cicak geeko dan empat kucing.

Dalam pada itu, warganet di ruangan komen turut memuji usaha murni kumpulan rider berkenaan. Malah, mereka turut mendoakan kumpulan itu agar terus berbakti kepada masyarakat dan pada masa sama, tidak lupa menjaga keselamatan diri.

Antara yang turut terlibat dalam program itu.

“Alhamdulillah. Semoga semua murah rezeki yang memberi anak-anak ini makan. Semoga semuanya dimurahkan rezeki, diberi kesihatan yang baik dan sentiasa dalam rahmat Allah. Semoga kalian semua diluaskan rezeki dan sentiasa dilindungi Illahi,” tulis warganet.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Kucingasm Media dan Kucing Media Online

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Tindakan Rider Grabfood Pada Kucing Ini Mengejutkan Orang Ramai. Rupanya Ini Niat Dia Untuk Lakukan Itu.

Sikap prihatin rider ini menerima pujian ramai di laman sosial. Aksi seorang rider penghantar makanan yang menyelamatkan seekor kucing di sebuah jalan di Cheras, Selangor pada Khamis menerima pujian ramai di media sosial.

Menurut Nur Amira Rasyidah Ruslan, 18, dia pada waktu itu berada di dalam kereta bersama keluarganya dan sempat merakam tindakan lelaki tersebut sebelum ia dikongsi di laman Twitter. Mesra disapa Amira, dia mengakui terpegun dengan sikap prihatin yang ditunjukkan biarpun lelaki itu terpaksa membahayakan nyawanya sendiri.

“Kejadian berlaku pada waktu petang, kami dalam perjalanan pulang ke rumah. Masa tu lampu isyarat masih merah. Tiba-tiba nampak seekor anak kucing warna oren lari masuk bawah kereta. Saya tengok rider tu berhenti motor, dengan beg yang digalas dia cari kucing tu di bawah kereta-kereta yang ada, akhirnya dia dapat tangkap,” ujarnya.

Sewaktu kejadian, Amira berada di dalam sebuah kereta bersama keluarganya.

Menurut Amira lagi, dia juga sempat memberikan sepaket makanan kucing kepada lelaki tersebut. “Mak dengan ayah memang sentiasa standby makanan kucing. Kalau pergi mana-mana, mereka akan bagi je jika ternampak kucing jalanan. Masa tu lampu isyarat dah bertukar hijau, takkan kami nak berhenti sebab ada banyak kereta. Saya panggil abang tu dan terpaksa campak makanan dalam paket tu. Dia pun sempat ambil,” katanya lagi. Menurut Amira, dia sama sekali tidak menyangka video itu akan menjadi perhatian ramai.

Dia ibarat satu dalam sejuta. Tak semua orang ada hati perut macam dia, apatah lagi kepada binatang.

Tindakan tangkas rider itu berjaya menyelamatkan anak kucing berkenan,

Namun katanya, dia sekadar berkongsi kerana mahu rider tersebut menerima pujian sewajarnya atas tindakan yang dilakukan. “Saya kongsi sebab nak bagi spotlight pada abang tu. Saya nak cakap terima kasih pada dia. Dia ibarat satu dalam sejuta. Tak semua orang ada hati perut macam dia, apatah lagi kepada binatang. Saya nak ucap tahniah dan semoga rezeki dia bertambah… teruskan sikap mulia itu,” ujarnya. Sehingga kini, video berkenan menerima lebih 160,000 tontonan di Twitter.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Kucingasm Media dan Kucing Media Online

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Sanggup Bawa Nasi Digaul Ikan Atau Daging Untuk Sembilan Ekor Kucing. Lelaki Ini Kongsi Cerita

Kelihatan lelaki yang dikenali sebagai Baharudin Ahmad memberi makan kepada kucing terbiar di tempat dia bekerja menjaga tandas di Alai, Melaka. Katanya ” Setiap kali saya sampai semua kucing terbiar itu sudah menunggu seperti anak kecil menanti kepulangan ayah,” ujar Baharudin Ahmad,70, yang merupakan penjaga tandas awam di kawasan Ikan Bakar Alai di sini.

Jelasnya, selain membersihkan kemudahan berkenaan, aktiviti memberi makan kucing terbiar itu sudah menjadi rutin hariannya sejak empat tahun lalu.Katanya, sebelum keluar bertugas dia akan memastikan membawa nasi digaul ikan atau daging rebus untuk sembilan ekor kucing jalanan di situ.

Tambahnya lagi, kebiasaan dia bertugas sekitar jam 5 petang dan hanya pulang kira kira 1 pagi mengikut situasi untuk menambah pendapatan harian.”Namun apa yang penting saya dapat berbakti kepada kucing terbiar itu yang setia menanti kehadiran saya.

“Terdapat kira-kira sembilan ekor kucing dan ada ketikanya jumlah lebih banyak,” katanya yang tinggal di Kampung Kandang di sini.Bagaimanapun, dia sentiasa menjaga kebersihan tandas dan memastikan kucing itu tidak mengotori kawasan serta mengganggu orang ramai menggunakan kemudahan itu.

Menurutnya, ketika ini banyak kawasan kedai di situ ditutup ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan setiap petang akan menghantar makanan bagi memastikan haiwan itu tidak kelaparan.Katanya, dia ikhlas memberi makanan haiwan itu kerana menganggap ia juga seperti manusia yang memerlukan perhatian, kasih sayang dan makanan untuk hidup.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *