Ketahui mengapa kucing anda muntah. Kenali ini antara penyebabnya dan cara solusinya.

Haiwan kucing tips

Muntah kerap kali terjadi pada kucing. Namun, ada baiknya mengetahui perbezaan antara kucing dengan yang dialami kucing. Muntah adalah proses aktif yang melibatkan suara perut, muntah, dan naik-turun sebelum makanan dikeluarkan dari mulut kucing. Regurgitasi adalah proses pasif ketika makanan keluar begitu saja, seringkali tidak tercerna dan keluar dalam bentuk tabung.

1. Makan terlalu cepat

Kucing yang makan terlalu banyak dan terlalu cepat dapat muntah kerana memicu refleks peregangan di perut. Kucing muntah setelah makan dan makanannya tidak tercerna dalam bentuk tubular. Ini juga boleh terlihat seperti tumpukan makanan yang belum tercerna.

2. Bola bulu atau hairball

Kucing menghabiskan banyak waktu untuk merawat dirinya sendiri, salah satunya adalah menjilat bulu. Dalam prosesnya, banyak bulu yang masuk dalam mulut. Beberapa kucing dapat mengeluarkan rambut melalui saluran pencernaannya ke kotoran. Untuk kucing lain, bulunya menumpuk di dalam perut hingga menyebabkan iritasi dan muntah. Bola bulu yang dimuntahkan kucing terlihat seperti muntahan bercampur dengan rambut.

3. Rumput atau benda asing lain

Jika kucing memakan sesuatu selain makanannya, seperti rumput, daun, plastik, atau rambut, maka kucing boleh muntah. Tentunya pada jenis muntahan ini, anda akan melihat beberapa benda bukan makanan yang mungkin menjadi penyebab muntahan tersebut.

4. Alergi makanan

Ini adalah penyebab umum kucing muntah. Ketika kucing memiliki alergi makanan, mereka alergi terhadap protein atau karbohidrat dalam makanan. Misalnya, kucing yang sering muntah pada makanan kucing berbahan dasar ikan mungkin jauh lebih baik jika diberi makanan berbahan dasar ayam dan sama sekali menghilangkan ikan dari makanannya. Jika Anda merasa kucing peliharaan memiliki alergi makanan, tanyakan dengan doktor haiwan tentang makanan yang disyorkan.

5. Sembelit

Kucing yang buang air besar setiap beberapa hari atau tidak teratur mungkin mengalami konstipasi dan muntah kerana merasa kembung dan tersumbat.

6. Masalah kesihatan lainnya

Kucing muntah boleh disebabkan kerana penyakit metabolik, penyakit radang usus, racvn, kanker dan berbagai penyakit lainnya.

Apa yang harus dilakukan?

Disarankan untuk membawa kucing ke doktor haiwan jika kucing muntah beberapa kali dalam sehari atau jika ada dar4h dalam muntahannya, mahupun jika kucing menjadi lemas, berat badan turun, dan tidak mahu makan akibat muntah. Biasanya, kucing yang muntah sekali atau dua kali sebulan tidak menjadi perhatian. Jika kucing Anda muntah atau muntah lebih dari biasanya, maka disarankan untuk berbincang dengan doktor haiwan.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Kucingasm Media dan Kucing Media Online

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Setiap Pencinta Kucing Pasti Tidak Mahu Kehilangan Si Bulus Yang Tersayang. Ini Antara Tanda Kucing Anda Bakal Pergi Buat Selamanya.

Perkara yang paling sukar dalam pemeliharaan kucing bukanlah waktu anda memandikan kucing, buang air besar merata – rata, jatuhkan pasu bunga atau bercakar di sofa yang mahal. Hal yang paling sukar di hadapi oleh pencinta haiwan comel ini ialah saat kucing anda sakit. Cepat atau lambat, anda pasti akan alaminya. Kebiasaannya, pemilik kucing tidak menyedari yang haiwan kesayangannya sedang sakit menderit4. Ini kerana seekor kucing sangat pandai menyembunyikan rasa sakitnya tetapi berikut kami ada 5 fakta atau perkara yang anda patut sedar yang haiwan kesayangan anda itu sedang sakit.

1. Tiada selera makan

Jika kucing anda yang sebelum ini sangat gemar dengan makanan tiba – tiba tidak berminat untuk makan dan minum, anda patut tahu itu adalah salah satu tanda dia sedang sakit. Hal ini terjadi kerana, jika kucing anda ada mengambil ubat – ubatan, kemungkinan mulutnya terasa pahit sehingga makanannya tidak menjadi sesedap sebelumnya. Hal yang kedua mungkin kucing anda faham yang proses pencernaan memelukan tenaga, jika tubuhnya penat dan tidak bertenaga, mereka menjadi semakin malas untuk makan.

Jika hal ini berterusan, sebaiknya anda patut teruskan mencuba memberinya makan. Berikan wet food yang telah dicampur air agar memudahkan proses pencernaan. Jika perlu, suapkan kucing anda agar perut mereka tidak kosong dan jika anda membiarkannya, mereka akan kelaparan dan dehidrasi.

2. Perubahan tingkah laku

Selain itu, kucing biasanya di akan berubah tingkah laku jika mereka tengah sakit. Perubahan ini bergantung kepada kucing itu juga, bagi yang jelas tanda perubahan tingkah lakunya akan senang di lihat. Jika kucing anda dari awalnya memang tidak sukar di pegang dan suka menyendiri, mereka akan nampak ramah dan sentiasa ingin berdamping dengan anda. Ada juga sesetengah kucing yang berubah dari pendiam dan menjadi agresif, aktif dan tidak duduk diam. Disebabkan hal itu, ada yang menjadikan kucing itu lupa jalan pulang ke rumah hingga tersesat, kebingungan, tidak makan, sukar untuk tidur ataupun akan terlebih tidur.

3. Sering bersembunyi

Menurut laporan Anthropological Perspective kucing memiliki instinct yang kuat, mereka boleh jangkakan yang badan mereka tidak kuat dan akan ‘pergi’. Itulah sebab kenapa kucing sering bersembunyi atau kerap keluar dari rumah seolah – olah dapat menjangkakan yang ajalnya akan sampai. Ini disebabkan, sifat haiwan di luar yang sakit atau lemah dan tidak bermaya, mereka akan cuba bersembunyi agar tidak dijumpai pem4ngsa ketika mereda dalam keadaan lemah. Juga cara seekor kucing melindungi diri.

4. Perubahan pada bulu

Seperti yang kita tahu, kucing sangat pentingkan penampilan dan kebersihan. Selain dari tidur mereka akan menghabiskan waktu untuk grooming atau membersihkan tubuh. Tetapi, jika mereka dapat rasakan 4jalnya sudah dekat, mereka cenderung untuk tidak mempedulikan hal itu lagi.

Akibatnya, bulu mereka akan nampak kotor, kusut, gugur dan tidak terjaga. Sebahagian mereka mengalami tekanan dan akan menjadikan kucing tersebut stres. Selain bulu, jika dilhat di bahagian lain, mata mereka nampak seolah berkaca dan kotor di sekitarnya. Begitu juga dengan telinga, kaki belakang dan di bahagian bawah perut.

5. Bau tubuh yang tidak normal

Di waktu kucing menghampiri ajal, badannya akan berbau. Baunya seperti amonia yang manis. Hal ini terjadi kerana zat toks1n kian berkumpul di dalam saluran darh mereka. Keadaan tersebut akan semakin teruk apabila orgn kucing mula tidak berfungsi dari dari satu ke satu, aroma yang tidak sedap itu semakin kuat baunya dan mereka tidak mampu untuk menyingkirkan zat toks1n lagi.

Selain itu hal ini juga sering terjadi:

  • Nafas menjadi tidak normal, kadangkala lambat dan meningkat. Ada juga kucing yang mengalami sesak atau kesukaran bernafas.
  • Hilang daya tarikan akan perkara yang digemari seperti makan, mainan dan sentuhan
  • Tubuhnya nampak lemas dan tidak bertenaga.
  • Ada yang mengalami kejang.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Kucingasm Media dan Kucing Media Online

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Kucing Gebu Yang Sering Jadi Perhatian Di Thailand. Boleh Tahan Juga Populariti Si Bulus Ni Dekat Sana.

Hi buat semua pencinta kucing. Anda pasti tahu kucing yang agak popular di negara kita. Kalau di Malaysia, kita ada Bujibu dan Oh My Jep yang sangat popular di FB dan Instagram. Ternyata telatah dua ekor ini sangat menghiburkan hati apabila Bujibu berganding dengan Yusof Iskandar, mereka selebriti sosial media sangat sepadan. Namun begitu, di negara jiran kita, Thailand ada kucing sering menjadi perhatian ramau.

Kucing yang diberi nama Bone itu sungguh menghiburkan hati buat penggemarnya. Anda bukan sahaja boleh menyaksikan ragam Bone di IG, malahan jika bertuah anda boleh lihat dia berjalan, memanjat pokok dan beraksi bak selebriti dan anda juga berpeluang untuk memeluk dia Bone yang mempunyai 204k pengikut di Instagram, Bone Bone nampaknya sukakan cabaran seperti memanjat pokok! 

Walaupun gebu, namapaknya Bone BOne lari dari istilah malas yang selalu dilabelkan pemalas kepada kucing seertinya. Pelbagai pertanyaan yang dilontarkan oleh warganet seperti “adakah dia gebu atau sekadar bulunya yang kembang?” atau “perapi apakah yang digunakannya  untuk mendapatkan bulu kembang?” dan “adakah dia betul-betul gembira?”

Difahamkan Bone Bone kucing besar berusia 5 tahun, kacukan Parsi dan Breed, berbulu kembang yang sentiasa memakai beg sandang kuning mendapat liputan portal-portal utama di seluruh dunia dek keletahnya. Aksinya yang pelik kerana tidak takutkan orang ramai, berjalan di taman bak dia sahaja berada di situ membuatkan ramai yang mengambil kesempatan untuk bergambar dengannya.

Namun begitu,ada juga warganet yang memberi komen risau dengan keadaan Bone Bone yang dibawa ke khalayak ramai serta dikerumuni mungkin membuatkan dia tidak selesa.Namun, apa jua perbezaan pendapat, Bone Bone yang menyukai udang rebus serta beratnya kini 9.2kg membuktikan dia bukan sekadar kucing biasa. Aksinya sentiasa ditunggu-tunggu oleh peminat kucing seantero dunia.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *