Menangis berdua dengan ibu. Lelaki ni sebak kenangkan pemergian bapa akibat covid 19. Lepas ni dah tiada kawan nak bergurau manja.

Uncategorized Viral

KESEDIHAN yang terbuku di hati tak siapa mampu mengerti. Begitulah peritnya yang dilalui jejaka ini apabila bapanya pergi menghadap illahi akibat Covid-19. Menurut Muhammad Fakharuddin, 22, bapanya Shahudin Sulong, 63, menghembuskan nafas terakhir di Hospital Selayang, Selangor, pada Khamis.

Bercerita kepada mStar, rider penghantar makanan itu mengakui kesihatan bapanya mula terjejas sejak hari pertama sambutan Aidilfitri baru-baru ini. “Ia bermula pada raya pertama. Ayah alami demam dan dia juga rasa tak sedap hati. Dalam dua hari dia dah sihat semula.

“Kemudian dia demam balik sehinggalah kami jalankan swab test pada 21 Mei. Tak sempat keluar keputusan, ayah sesak nafas pada jam 3 pagi sehinggalah dia dimasukkan ke hospital. “Sejak itu, saya dan mak turut melakukan kuarantin kendiri di rumah. Kemudiannya kami juga disahkan positif dan dua hari lalu baru sahaja disahkan negatif,” ujarnya. Kata anak tunggal itu, bapanya diuruskan di sebuah tanah di Gombak kira-kira pukul 4 petang, Jumaat.

Mengimbas detik pemergian bapanya, Fakharuddin berkata dia dan ibunya, Wahadaniah Abd Rahman, 63, sebak menerima berita duka itu. “Pada hari pemergian ayah, saya dan mak dari pagi sudah reda jika ada apa-apa berlaku. Dalam pukul 12.37 tengah hari, kami dapat panggilan doktor memaklumkan ayah dah tiada.

“Memang sedih, saya anak tunggal, mak pula sudah warga emas. Kami menangis dua beranak di rumah. Tapi kami kuat dengan sokongan saudara mara dan rakan-rakan. “Punca jangkitan kami pun tak tahu dapat dari mana. Tak tahu kontak rapat dengan siapa,” ujarnya yang sempat membuat panggilan video ketika ayahnya masih berada di hospital.

Kata jejaka itu, dia juga akan merindui segala kenangan bersama bapanya sejak kecil hingga dewasa. “Mak cakap, lepas ni dah tiada siapa nak brbalah dengan saya. Sebabnya saya selalu brbalah manja dengan ayah. “Walaupun kami suka bergurau, tapi dia sayang sebenarnya. Saya cuma kongsi kisah ini sebab nak orang doakan ayah saya juga.

“Itu sahaja yang saya boleh buat, bukannya saya nak populariti,” ujarnya lagi. Dalam pada itu, dia turut menzahirkan rasa syukur apabila turut diberi peluang melakukan solat dan membantu pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam proses urusan bapanya.

Ujarnya lagi, dia yang memakai peralatan perlindungan diri (PPE) ketika proses itu dapat menyelami bagaimana perasaan pihak KKM berhadapan Covid-19 setiap hari. Untuk rekod, bapanya juga mempunyai sejarah penyakit bp tinggi, diabetes dan buah pinggang.

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Ibu Nekad Gunting Rambut Anak Gondol Tengah Hanya Kerana Tak Mahu Bagi Dia Keluar Merayau Waktu Pandemik Covid 19.

Ibu bapa menjadi kreatif untuk mencipta aktiviti buat anak-anak kerana tidak mahu mengambil risiko dengan membawa mereka keluar dari rumah. Bagi parents yang ada anak remaja mungkin lebih mencabar kerana mereka sudah pandai keluar rumah sendiri dan ada sesetengah yang tidak ambil serius tentang betapa bahayanya virus Covid-19 ini.

Namun bagi seorang ibu di Taiwan ini, dia telah menjumpa solution terbaik agar anaknya tidak keluar rumah ketika waktu pandemik. Demi mahu membuatkan anak lelakinya berusia 15 tahun itu kekal duduk di rumah, wanita itu telah membawanya ke kedai gunting rambut. Eh kenapa pulak? Menurut laporan, wanita itu membawa anaknya ke salon dan terus beritahu tukang gunting rambut ‘tolong gunting rambut dia sehingga buat dia tak berani keluar rumah’.

Pada asalnya, ketika itu mereka bersepakat untuk buat ukiran ‘Covid-19’ di kepala anak lelakinya namun kemudian bertukar fikiran kerana takut dia masih mahu keluar rumah berjumpa kawan semata-mata untuk ‘show off’ gaya rambut terbarunya.

Jadi, akhirnya mereka membuat keputusan untuk potong rambut anak lelakinya itu mengikut gaya pakcik tua dengan ‘rambut gondol tengah’. Tukang gunting rambut itu terus cukur rambut remaja lelaki berkenaan di bahagian atas sahaja dan hanya tinggal rambut di bahagian bawah.

Selepas proses gunting rambutnya selesai dan gambar diambil, remaja lelaki itu terus menangis dan menjerit, Saya dah taknak keluar rumah lagi.” Korang tengoklah ni: Memang patut pun ibunya rasa risau anak keluar waktu pandemik Covid-19 sekarang ni yang boleh berjangkit di mana-mana saja. Ingat, rambut tu boleh tumbuh semula tapi nyawa yang melayang disebabkan Covid-19 tidak boleh dikembalikan. Stay safe dan stay at home semua!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *