Penduduk Cameron Highlands terkejut apabila berkunjung ke tempat ini. Tak sangka harga strawberi pun turun sampai sebanyak ini.

berita Pengetahuan Viral

Keadaan Cameron Highlands yang lengang tiada pelancong (kiri), jualan buah strawberi merudum sehingga harganya jatuh RM10 untuk sekilogram. Begitulah keadaan pasar ikonik Kea Farm, Cameron Highlands yang turut menerima kesan akibat penularan wabak Covid-19 dan arahan ‘lockdown’ yang dikeluarkan kerajaan.

“Masuk je kawasan Kea Farm hari tu peniaga semua menjerit-jerit panggil kita, mereka nampak terdesak sangat-sangat,” kata Nurul Asyikin Ramli, 29, yang singgah ke pasar berkenaan, Ahad lalu. Dia yang sudah hampir empat tahun tinggal di Cameron Highlands berkata Kea Farm yang sentiasa terkenal dengan hiruk pikuk pelanggan termasuk pelancong dari luar kini lengang tanpa pengunjung. Kea Farm ni biasa kalau hari minggu atau cuti umum memang sesak sangat sebab memang tempat tumpuan orang beli sayur tapi sekarang rasa macam boleh tidur atas jalan. Masa saya pergi hari tu memang tak ada pelanggan lain pun, saya rasa saya seorang je,” katanya. Menurut Asyikin, hanya beberapa buah kedai di pasar itu yang dibuka manakala selebihnya tidak beroperasi atau mungkin juga telah gulung tikar.

Asyikin bersama keluarganya sudah menetap di Cameron Highlands selama hampir empat tahun.

“Ada aunty ni saya biasa beli dengan dia, hari saya pergi tu meja dia dah kosong, stok-stok sayuran pun dah tak banyak. Yang tinggal pun dia bagi harga murah je. Dia kata perniagaan sekarang suram sangat sampaikan duit modal pun dah terguna,” katanya. Tambahnya lagi, strawberi yang boleh jual pada harga RM50 sekilogram pada musim cuti umum, kini jatuh kepada RM10 sekilogram.

Masa saya pergi hari tu memang tak ada pelanggan lain pun, saya rasa saya seorang je.

Malah katanya lagi, strawberi yang dijual kelihatan lebih besar saiznya kerana ketiadaan pelancong membolehkan buah dibiar masak lebih lama di pokok. Dia yang juga seorang ahli perniagaan ternyata bersimpati dengan nasib sahabat yang lain. “Ada satu malam saya pergi beli kambing perap dekat Brinchang, adik tu bersungguh-sungguh cakap terima kasih, ini sale kami hari ni, kawan-kawan semua dah tutup kedai balik kampung je,” katanya.

Harga strawberi di Cameron Highlands kini hanya RM10 sekilogram.

Asyikin yang mempunyai lima buah homestay di Cameron Highlands berkata ketiadaan pelancong turut menjejaskan perniagaannya. “Dulu saya ada lima homestay tapi sekarang tinggal empat je dan saya pun terpaksa buat perniagaan secara dalam talian untuk cari modal bayar komitmen bulanan. “Kawan-kawan lain ada yang sampai terpaksa lelong perabot dan tutup homestay sebab tak mampu lagi bayar sewa,” katanya.

Sumber : Mstar

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Kucingasm Media dan Kucing Media Online

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Sebelum Ini Tular Arahan Pengunjung Ke Cameron Highlands Wajib Lakukan Ujian Saringan. Kini Ada Jawapannya.

Susulan isu yang v!ral mengenai penutupan premis dan arahan menjalani ujian C0VID-19 bagi semua pengunjung Cameron Highlands baru-baru ini, Pasukan Respons Pantas Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) lantas menafikan lap0ran tersebut pagi ini.

Hanya aktiviti nyahkuman premis perniagaan

Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Pahang turut menjelaskan Notis Perintah Tutup Premis yang dimaksudkan sebenarnya dikeluarkan bagi pelaksanaan aktiviti nyahkuman premis perniagaan di samping aktiviti pengesanan kontak rapat juga telah dilakukan selepas satu kes positif dikesan di daerah berkenaan. Perkara ini turut dik0ngsi menerusi hantaran di laman Facebook Majlis Keselamatan Negara (MKN) pada 5 Januari 2021.

JKN Pahang menasihati orang ramai untuk mendapatkan maklumat yang sahih dengan menghubungi Crisis Preparedness Response Centre (CPRC) di talian 09-5707985 / 7988 ATAU melalui cprc_pahang@moh.gov.my untuk sebarang pertanyaan. – Sumber dipetik dari Harian Metr0, Facebook

Penularan Kes Covid 19 Di Kedah Semakin Membimbangkan. Kali Ini Ada Pula Kes Berpunca Orang Luar Yang Bercuti Dan Balik Kampung Di Kedah.

Musim cuti hujung tahun dan sudah boleh rentas negeri mahupun daerah telah membuatkan segelintir masyarakat mula merancang untuk pergi bercuti ke serata negara kerana bosan terperuk lama di rumah. Walau bagaimanapun, agenda untuk ‘cuti-cuti Malaysia’ tersebut terpaksa ditangguhkan terlebih dahulu kerana penularan COVID 19 di negara kita dalam situasi yang sangat membimbangkan.

Menurut Harian Metro, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Kerajaan Tempatan Kedah, Datuk Dr Mohd Hayati Othman berkata, penularan COVID 19 di Kedah kini agak membimbangkan kerana terdapat kes berpunca penduduk luar yang balik bercuti ke kampung masing-masing. Allahu…  Malah menerusi pengalamannya di Langkawi, dia agak terkejut melihat orang ramai bersesak-sesak menaiki feri tanpa menghiraukan penjarakan sosial.

Semalam saya ke Langkawi, saya nampak ketika mahu naik dan turun feri orang terlalu ramai dan bersesak-sesak, memang agak susah hendak kawal, sekarang masing-masing kena jaga diri,” katanya. Meskipun Kedah kini tiada kluster baru, namun Kluster Kolam yang berpunca daripada Orang Kena Tahan (OKT) pada 12 Disember lepas masih lagi aktif.

“Kita memang bimbang, kelmarin saya berjumpa dengan Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri, Dr Ishak Hussain dan beliau beritahu ada kes disebabkan individu dari zon merah pulang ke kampung di sini dan ia menyebabkan kes di negeri ini naik sikit. Kemudian ada kes individu dari Pulau Pinang membawa virus ke kampung, lepas itu mereka pergi bercuti, pergi kedai makan dan rumah kenduri,” katanya lagi.

Tambah Dr Mohd Hayati lagi, pihaknya sangat berharap penduduk setempat dan mereka yang pulang ke kampung untuk sentiasa mengikuti SOP yang ditetapkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN). Rakyat Kedah juga pada masa yang sama harus menjadikan kes penularan COVID 19 di Selangor sebagai pengajaran sehingga kerajaan terpaksa lanjutkan PKPB sehingga 14 Januari 2021.

“Kalau boleh tangguhkan dulu majlis perjumpaan rakan sekolah atau jamuan makan, jika ada kenduri kahwin ikutlah SOP. Kita tak mahu berlaku seperti di Kelantan, kes meningkat kerana aktiviti balik kampung semasa musim cuti,” katanya. Harap masyarakat kat luar sana dengarlah nasihat KKM ini. 

Tular Video Seorang Lelaki Ini Minum Peluntur Untuk Mencegah Covid 19. Lalu Tampil Seorang Doktor Tepis Kenyataan Tersebut.

Tidak dinafikan ramai pihak bimbang dengan kewujudan virus Covid-19 yang melanda serata dunia. Tambahan pula, sehingga kini, vaksin bagi virus tersebut masih belum diedarkan dan disuntik kepada orang ramai. Namun, terdapat sesetengah individu yang tidak bertanggungjawab menyebarkan info yang tidak masuk akaI, dengan mendakwa seseorang itu mampu sembuh daripada penyakit C0vid-19 jika air yang diminumnya dicampur dengan cecair peIuntur. Wow an0ther level p0wer betul!

Campur dengan air.

Menerusi video yang berdurasi satu minit 16 saat itu memaparkan tindakan seorang lelaki, mencampurkan cecair peluntur ke dalam dua cawan air minumnya. Selepas peluntur itu dimasukkan, dia bertindak mengacau air tersebut bagi melarutkan air tersebut. Selepas air itu dikacau, lelaki itu bertindak minum air tersebut dengan sekali teguk. Haish lain macam! Walau bagaimanapun, video tersebut telah mengundang ratusan komen yang mengkritik tindakan lelaki itu.

Dikongsi di Whatsapp.

Seorang doktor dikenali sebagai Nimalesh, berkongsi tangkap layar mesej di Whatsapp, di mana seseorang itu mampu sembuh daripada virus Covid-19 jika minum air yang dicampur dengan peIuntur. Menerusi mesej tersebut juga menjelaskan peluntur mampu dijadikan ubat bagi sakit teruk yang lain seperti knser. Namun, doktor tersebut menjelaskan tindakan minum peluntur sama sekali tidak dapat menjadi ubat kepada badan seseorang itu, malahan memudaratkan kesihatan seseorang itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *