Disebabkan gadis ini fasih semua bahasa ini. Sampai ramai yang tersalah sangka dengan identiti sebenar.

Kehidupan Semasa Viral

Nadia lebih gemar dikenali sebagai seorang rakyat Malaysia berbanding menonjolkan asal keturunannya. Jika dilihat sekali imbas, wajah gadis ini kelihatan seperti gadis Melayu yang lain. Mempunyai kulit sawo matang, berambut ikal dan fasih berbahasa Melayu, justeru ramai yang sering tersalah sangka dengan identiti sebenar dirinya. Namun tanggapan tersebut akan bertukar apabila mereka mendengar gadis ini lancar bertutur dalam bahasa Tamil dan Mandarin.

Video yang dimuat naik di aplikasi TikTok, memaparkannya bercakap dalam bahasa Tamil menarik perhatian netizen yang sehingga kini meraih lebih 150,000 jumlah tontonan. Nadia Pang berkata dia sering dianggap berketurunan Melayu tulen kerana raut wajah dan kefasihannya bertutur dalam bahasa berkenaan.

Wajah Nadia (kiri) yang mempunyai iras seperti gadis Melayu.

“Ramai bertanya tentang keturunan tapi saya lebih suka dipanggil sebagai seorang rakyat Malaysia. Saya fasih bahasa Mandarin sebab saya bersekolah di sekolah jenis kebangsaan Cina semasa di peringkat rendah. Dalam masa yang sama, ibu bapa hantar ke kelas tuisyen bahasa Tamil juga. Ambil masa lebih kurang enam bulan untuk lancar. Sewaktu sekolah menengah, saya belajar di sekolah menengah kebangsaan biasa,” ujar gadis yang berasal dari Kuantan, Pahang ini.

Nadia dikelilingan rakan-rakan yang terdiri daripada pelbagai bangsa serta keturunan.

Menurut Nadia yang berusia 22 tahun, empat adik beradiknya yang lain turut fasih berbahasa Mandarin dan Tamil. Disebabkan wajahnya lebih kemelayuan, Nadia berkata dia sering berdepan dengan situasi yang tidak dijangka.

“Pernah sekali semasa saya dan kakak sedang memilih sari ketika perayaan Deepavali, ada seorang aunty ni cakap dengan ahli keluarganya dalam bahasa Tamil ‘orang punya raya, dia pun sibuk nak beli juga’. Masa tu saya tergamam juga. Namun dengan nada sopan saya membalas dalam bahasa Tamil juga, ‘tak apalah, kita semuakan orang Malaysia’. Aunty tu terdiam sebaik sahaja dengar.

Apa yang saya cuba nak sampaikan, kita perlu saling hormat menghormati tanpa mengira latar belakang keturunan atau agama seseorang.

“Begitu juga ketika bulan puasa. Sewaktu nak beli makanan di restoran, ada orang pandang-pandang… mereka ingat saya Melayu dan tak berpuasa,” ujarnya yang kini bekerja di sektor swasta. Nadia dalam masa yang sama berkata, keupayaannya fasih dalam dua bahasa tersebut sedikit sebanyak memberikannya kelebihan bukan sahaja dari segi peluang pekerjaan, malahan kehidupan seharian.

Nadia (tengah) berkata keupayaan menguasai bahasa Tamil dan Mandarin memberikannya banyak manfaat.

“Saya tak sangka video itu meraih jumlah tontonan yang tinggi. Ramai komen luah rasa teruja dan seolah-olah tak percaya. Apa yang saya cuba nak sampaikan, kita perlu saling hormat menghormati tanpa mengira latar belakang keturunan atau agama seseorang. Kalau ada sesuatu isu contohnya jnayh, usah terus label berdasarkan kaum, sebaliknya ia adalah sikap individu. Malaysia ini sangat unik. Kita bukan sahaja boleh share kepelbagaian makanan, pakaian tradisi, perayaan dan sebagainya. Jangan kita rosakkan perpaduan yang terbina ini,” ujarnya lagi.

Sumber : Mstar

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Tular Pemuda Ini Menunjukkan Perasaan Amarahnya Soal Covid 19. Rupa Rupanya Pernah Ada Kisah Silam Selama 2 Tahun Berturut Turut.

Paparan skrin video yang meraih hampir dua juta tontonan di TikTok. Rakaman memaparkan seorang lelaki memakai gelang kuarantin berwarna merah jambu menyuarakan rasa kecewanya meraih hampir dua juta tontonan di TikTok. Dalam rakaman pada Rabu itu, Mohammad Khaisal Nurilla, 28, baru sahaja pulang menjalani pemeriksaan kesihatan dan diarahkan menjalani kuarantin selama dua minggu kerana tersenarai sebagai kontak rapat kepada seorang pesakit Covid-19.

“Aku dah bosan pakai ni (gelang kuarantin), aku dah bosan pakai mask ni. Sampai bila nak berakhir Covid-19 ni? Nak kerja sekejap, nak cari rezeki sekejap pun tak boleh,” ujarnya penuh emosi dalam video itu. Mesra disapa Khaisal, pembantu kedai di Wilayah Persekutuan Labuan itu mendedahkan dia juga pernah dijangkiti Covid-19 pada tahun 2020.

Khaisal tak sangka video itu akan meraih tontonan ramai.

Kali ini, dia sekali lagi diarah menjalani kuarantin selepas menjadi kontak rapat rakan sekerja, sekali gus memberi tekanan emosi kepadanya. “Bagi saya, memang tertekan. Nak cari duit susah, nak bagi makan untuk orang tua pun susah. Rasa tertekan sebab tak boleh kerja cari duit. Dah beberapa kali saya buat swab test tahun lepas dan pernah positif Covid-19. Tahun ini kena kuarantin pula sebab jadi kontak rapat pesakit Covid-19.

Sampai bila Covid-19 nak berakhir? Adakah sampai seumur hidup?

“Saya buat video tu dalam kereta selepas balik dari hospital, saya tak merayau ke mana-mana. Selepas itu terus pulang ke rumah. Video itu sekadar luahan hati saya. Tak sangka tontonan sampai 1.8 juta,” ujarnya. Kata Khaisal lagi, dia turut menerima pelbagai komen netizen selepas video itu tular. Biarpun kecil hati dengan segelintir komen, dia tetap bersyukur dengan sokongan orang ramai terhadapnya.

Kata Khaisal, dia tertekan dengan situasi yang menimpa dirinya.

“Banyak komen menyakitkan hati. Mereka belum rasa apa yang saya rasa, belum kena susah hidup positif Covid-19. Video itu sekadar luahan hati, nak ingatkan orang luar bahawa Covid-19 memang wujud. Saya juga syukur sebab ramai bagi kata semangat. Sampai bila Covid-19 nak berakhir? Adakah sampai seumur hidup? Bagi orang di luar sana, tolonglah duduk di rumah. Keluar bila perlu sahaja dan terus patuhi prosedur operasi standard (SOP),” kata anak ketiga daripada enam beradik itu.

Kata Khaisal, dia suka membelek media sosial, menonton video YouTube dan melakukan aktiviti karaoke bagi menghilangkan bosan ketika kuarantin di kediamannya. Kata Khaisal lagi, tiada apa yang diharapkan selain pandemik Covid-19 ini berakhir segera.

Sumber : Mstar

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Kucingasm Media dan Kucing Media Online

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *