Tular suami yang tak bermaya sampai 2 hari cari asam dan rupanya ini yang terjadi pada isteri. Syah siap beri pesanan ini pula.

Dunia Kehidupan Keluarga Viral

Pelbagai jenis alahan termasuklah munt4h, l0ya, sens1tif terhadap bau sesuatu dan sebagainya bukanlah menghairankan bagi wanita meng4ndung, sama ada ia adalah kandvngan pertama mahupun yang sudah mempunyai ramai anak. Namun begitu, ada juga dalam kalangan lelaki yang turut terkena tempias alahan si isteri, sebagaimana yang dialami oleh suami kepada wanita ini.

“Saya yang pregn4nt, si suami pula terkena tempias al4han… suami terb0ngk4ng sambil layan m4buk,” demikian perk0ngsian yang ditulis wanita berkenaan pada video TikTok. Sehingga kini perk0ngsian tersebut meraih 190,000 jumlah t0ntonan. Berk0ngsi cerita, wanita yang hanya mahu dikenali sebagai Syida berkata, suaminya mula mengalami al4han sejak dua minggu yang lalu.

“Saya kini h4mil anak sulung dan kandvngan baharu mencecah usia dua bulan setengah. Saya mengetahui berita keh4milan selepas membuat ujian, ketika Ramadan lalu. Mula-mula saya yang alami aIahan seperti s4kit kepala, munt4h dan tak boleh hidu bau minyak wangi yang terlalu kuat. Tengok-tengok, suami pun turut alami al4han. Dia sering rasa kepalanya pus1ng… minum kopi, makan buah semua tak ‘jalan’. Sehinggalah kawannya cadangkan makan asam. Dua hari juga mencari asam.

Syah turut terkena tempias isterinya yang sedang h4mil anak sulung.

“Pernah kami beli asam dekat stesen minyak, tapi langsung tak kena dekat tekak hinggalah jumpa asam yang betul-betul ngam dekat sebuah pasar raya baru-baru ini. Selalu pernah dengar kisah orang lain, kini kami suami isteri pula yang alaminya sendiri,” cerita wanita berusia 29 tahun ini.

Cerita Syida, selain alahan normal, dia juga mengalami ‘simptom mengidam’ seperti kebanyakan wanita mengandvng yang lain. “Nak kata mengidam benda peIik tu tak ada… cuma saya bukanlah penggemar aiskrim, tapi baru-baru ini saya teringin nak makan aiskrim Cornetto yang mini tu. Alhamdulillah dah dapat. Pasangan ini turut membuka bisnes membuat kek secara sambilan.

“Rasanya setakat ni apa yang saya teringin makan, semua mudah didapati. Harapnya jangan tiba-tiba mengidam bukan-bukan pula… sekarang ni situasi svkar sebab ‘l0ckd0wn’. Saya harap juga alahan ni tak lama… takvt juga jadi macam ibu. Ibu alah sembilan bulan sepanjang mengandvngkan saya,” ujarnya ketawa kecil. Sementara itu suami Syida yang hanya mahu dikenali Syah berkata, dia menganggap apa yang dilaluinya ini sebagai satu kenangan manis. Pernah kami beli asam dekat stesen minyak, tapi langsung tak kena dekat tekak.

“Saya ingat lagi… dulu-dulu pernah tengok kawan sendiri kena tempias al4han isteri dia. Masa tu saya belum kahwin. Kawan kata, ‘nanti kau kahwin, kau tahulah’. Sebelum isteri h4mil pun saya pernah kata, kalau isteri alami al4han, biarlah saya yang menanggvngnya sekali. Kita selalu tengok betapa sukarnya keadaan mereka dengan membawa perut, kemudian al4han pula. Dah dua minggu kepala saya pus1ng, cuma akhir-akhir ini kerap sikit… mujurlah saya boleh bekerja dari rumah. Asam memang dah beli banyak untuk spare,” ujarnya yang bekerja dalam sektor swasta.

Pasangan ini bakal menimang cahaya mata sulung, tahun depan. Syah yang turut membuka bisnes membuat kek secara sambilan bersama Syida berkata, dia berharap semoga keadaan isteri dan bayi di dalam kandungannya sentiasa sihat.

“Bagi suami di luar sana, terutama yang tak rasa apa yang isteri rasa, fah4milah mereka. Mereka dah banyak berrusaha. Janganlah kalau isteri mengadu pen1ng atau penat, kita ingat mereka sengaja mahukan perhatian. Yang dah terkena tempias pastinya mereka tahu apa yang dirasai si isteri. Ini adalah satu pengalaman yang tak semua para suami dapat rasa,” katanya lagi.

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Jururawat Yang Mengandung Ini Sebak Apabila Terpaksa Lakukan Ini Pada Anaknya. Dia Juga Turut Mngharapkan Sesuatu Ini Akan Terjadi.

Wani yang merupakan jururawat berkongsi kisah mengenai dua anaknya yang melihat dari luar tingkap bilik dia menjalani kuarantin. Menjalani kuarantin di rumah bukan mudah seperti yang disangkakan. Sama ada disahkan positif Covid-19 mahupun menjadi kontak rapat kepada individu yang dijangkiti virus itu, masing-masing melalui ujian untuk diasingkan daripada orang tersayang.

“Angah sayang mama… bukalah pintu,” kedengaran rayuan seorang anak menerusi pesanan suara (voice note) di aplikasi WhatsApp yang dimuat naik di laman sosial, mengundang sayu. Ibu berkenaan, Nor Azwani Kamaruddin berkata, klip pesanan suara tersebut dimuat naik oleh adiknya yang sebelum itu dikongsinya di grup WhatsApp keluarga.

Wani menjalani kuarantin selepas dikenal pasti sebagai kontak rapat kepada pesakit Covid-19.

Saya bekerja sebagai jururawat di salah sebuah hospital di negeri Selangor. Dia berkongsikan dia mula menjalani kuarantin kendiri di rumah sendiri selepas dikenal pasti sebagai salah seorang kontak rapat pada seorang pesakit ini yang telah disahkan positif Covid-19.

“Saya bukan bertugas di wad Covid-19 dan keputusan RTK (kit ujian pantas) pesakit itu pada mulanya negatif, sebelum kemudiannya disahkan positif. Disebabkan kontak rapat dengan seorang pesakit ini, saya dikenal pasti sebagai berisiko tinggi kerana tidak memakai PPE (peralatan perlindungan diri) dan sedang hamil,” kata wanita berusia 30 tahun itu kepada mStar.

Wani berkhidmat sebagai jururawat selama enam tahun.

Ibu kepada dua anak itu berkata, dia menjalani kuarantin di bilik berasingan di rumahnya dan tindakan itu menimbulkan tanda tanya anak-anak lelakinya yang berusia lima dan empat tahun.

“Sebab biasa memang saya dan suami layan je mereka bermain. Mereka mungkin pelik kenapa mama berkurung dalam bilik, tak bermain sekali. Saya beritahu yang saya kena kuarantin. Tapi budak-budak kecilkan, cakap sekejap fahamnya pun sekejap. Suara kat voice note tu adalah anak berusia empat tahun yang lebih rapat dengan saya,” katanya yang lebih mesra disapa Wani. Sepanjang tempoh kuarantin selama 10 hari, dia bersyukur kerana mendapat bantuan suami dari segi makan dan minuman serta menguruskan anak-anak.

Wani bersama dua anak lelakinya.

“Sepatutnya anak yang sulung masuk sekolah pada 20 Januari (Rabu), tapi itulah hari pertama saya kena kuarantin. Saya terpaksa mesej guru dia beritahu tak boleh hantar sebab bimbang keputusan saya positif, jadinya anak saya nanti terbabit sekali. Jadi, selesaikan dulu hal saya kuarantin baru hantar anak ke sekolah,” ujar Wani yang hamil 10 minggu.

Rindu sangat rasanya. Hanya boleh dengar suara, tak boleh dakap. Sekarang ni saya harap cepatlah masa berputar

Dia yang berkhidmat sebagai jururawat sejak enam tahun lalu berkata, pada mulanya sukar untuk anak-anaknya sehingga mengetuk pintu bilik setiap hari untuk berjumpa dengannya.

“Bilik belakang tempat saya kuarantin ni ada tingkap. Mereka akan ketuk tingkap juga. Dari hari ke hari macam mereka boleh terima dah yang saya tak boleh keluar bilik. Tapi paling sebak apabila anak yang empat tahun dari luar tingkap bilik, dia menadah tangan berdoa untuk mama dan adik. Dia bahasakan bayi dalam kandungan saya ni sebagai adik dia,” katanya yang berasal dari Kajang, Selangor.

Wani merindui untuk kembali ke pangkuan keluarganya.

Menurut Wani, setakat ini ujian swab pertama dan kedua yang dilakukannya memberikan keputusan negatif dan akan menjalani ujian swab ketiga pada 26 Januari.

“Ujian swab pertama dan kedua saya negatif, alhamdulillah. Setakat ni tak ada simptom. Memang jaga jarak, cukup mereka tengok muka mama mereka dari tingkap. Tak sabar nak habiskan kuarantin, nak keluar bilik nak dakap mereka. Rindu sangat rasanya. Hanya boleh dengar suara, tak boleh dakap. Sekarang ni saya harap cepatlah masa berputar,” katanya.

Anak Baru Lahir Ada Di Luar Bilik Tapi Bapa Terpaksa Kuarantin Pula. Isterinya Pula Akan Tunjuk Sesuatu Ini Setiap Kali Video Call.

Syed Mohd Akif berkongsi rutin setiap pagi sebagai seorang pesakit Covid-19 yang sedang menjalani kuarantin di rumah, bagi menyebarkan mesej positif kepada masyarakat. Ketika ini kes Covid-19 di malaysia mencatatkan peningkatan ketara apabila ribuan kes baharu direkodkan saban hari.

Dengan angka yang semakin meningkat yang mana setakat ini lebih 40,000 kes aktif Covid-19 dilaporkan, fasiliti kesihatan termasuk pusat kuarantin sudah tentu mengalami kepadatan maksima. Justeru Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) baru-baru ini berkata pesakit Covid-19 yang tidak mengalami sebarang gejala atau gejala ringan perlu menjalani kuarantin kendiri di rumah.

Syed Mohd Akif merupakan salah seorang daripada ribuan pesakit Covid-19 yang sedang menjalani kuarantin di rumah.Lelaki yang senang disapa sebagai Akif berkata ketika ini dia sudah pun menjalani tempoh kuarantin selama 11 hari sejak disahkan positif virus berkenaan.

Bagi menghilangkan kebosanan, juruvideo syarikat produk kecantikan, Ainaa Beauty milik selebriti Instagram popular, Hafiz Mahamad ini menghasilkan satu klip video pendek menceritakan rutinnya setiap pagi sebagai seorang pesakit Covid-19 yang menjalani kuarantin di rumah.

Sesi ‘photoshoot’ sebelum isteri Akif melahirkan bayi sulung mereka. Akif hanya sempat menatap wajah anaknya seketika sebelum disahkan positif Covid-19.

Menerusi video tersebut, Akif berkongsi rutinnya selepas bangun tidur selain menu sarapan yang dinikmati bagi mempercepatkan proses pemulihan.

“Selepas menonton video Alif Satar yang berkongsi pengalamannya, saya rasa saya pun perlu berbuat sesuatu untuk sebarkan mesej dan beri kesedaran kepada orang di luar sana. Jadi saya terfikir untuk berkongsi video ini di media sosial. Setiap pagi perkara pertama yang dibuat selepas bangun tidur adalah mengemas dan membersihkan tempat tidur dan seluruh bilik. Persekitaran yang kemas dan bersih sangat penting. Saya sangat bersyukur kerana keluarga termasuk ibu mentua begitu mengambil berat dan menyediakan semua keperluan sepanjang tempoh kuarantin. Mereka akan menyediakan makanan yang berkhasiat, dan paling penting pastikan saya minum air kelapa campur lemon, madu, vitamin C setiap hari.

Rutin Akif setiap pagi sepanjang menjalani kuarantin di bilik berasingan.

“Kita tahu pesakit Covid-19 tak boleh keluar bilik atau rumah, dan sudah pasti ia sangat sukar. Jadi dengan adanya keluarga dan orang sekeliling yang ambil berat, ia adalah satu bentuk sokongan yang pesakit amat perlukan. Itu yang saya cuba sampaikan,” katanya.

Walaupun mendapat sokongan padu daripada keluarga, Akif mengakui dia tidak dapat lari daripada rasa bersalah terhadap orang sekeliling dan juga ‘down’ lebih-lebih lagi apabila masih belum berkesempatan memeluk bayi sulungnya yang dilahirkan pada 12 Januari.

“Selepas beberapa rakan sekerja positif, kami yang lain pun kena buat swab test. Masa tu kebetulan pula isteri sedang nak bersalin. Saya tak bergejala dan bukan kontak rapat kepada kes positif.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *