Ramai yang suka cara Farah Lee didik anak sampai kan ada yang nak belajar cara dia didik anak. Farah dedahkan dia tak pernah paksa anak solat tapi selalu ajak solat bersama.

artis

Personaliti media sosial, Farah Lee mempunyai cara tersendiri mahu mengajar anaknya, Maream mendirikan solat. Menerusi perkongsian di akaun Instagramnya, Farah memaklumkan dia tidak pernah memaksa Maream mendirikan solat tetapi sering mengajaknya.

“Bangun-bangun nak solat subuh dengan omma, lepas tu ambik iqra nak baca. Farah tak pernah paksa Maream solat atau baca iqra. Tapi selalu ajak. Sebab saya tahu bila dorang buat sebab nak buat, baru ada ‘hati’.“Macam iqra ni, baru beberapa kali sahaja dia baca tapi cepat je ingat.

Dan Farah terus fokus pada makhraj yang tepat. Solat pun sama, bila dia bersedia dia sendiri akan tanya macam mana nak buat, apa yang harus diungkapkan,” tulisnya. Tambah Farah lagi, cara itu bukanlah kerana terlalu memanjakan Maream sebaliknya ia merupakan satu proses pembelajaran buat anak perempuannya.

“Hari itu masa bulan puasa, dia tiba-tiba nak hafal doa buka puasa. Dia minta Farah tulis dalam rumi atas kertas. “Sebelum tidur dia baca ulang-ulang, bangun tidur esoknya terus cari kertas tu dan hafal lagi. Tak sampai sehari dia terus ingat. “Hebat kan otak anak-anak bila kita bagi mereka ruang.

Dia pun gembira sebab tak dipaksa-paksa, tengking-tengking. Jadi pembelajaran berlaku dengan lebih mudah dan efektif. “Akan tiba satu tahap umur yang kena bertegas sikit, tetapi belum lagi. Bukan berlembut sangat, apatah lagi memanjakan, tapi sebab ia adalah satu proses.

Dan rasulullah adalah orang yang terpaling meraikan proses ini,” coretnya. Dalam pada itu menerusi ruangan komen, rata-rata pengikutnya memuji cara Farah mendidik anak selain menyatakan hasrat untuk mempraktikkan cara pembelajaran tersebut.

“Sebab follow kak Farah Lee adalah sebab nka belajar cara kak Farah didik anak. Sebab semua perkara perlu ilmu yang bagus,” tulis @momoland.01“Selalu semak bagaimana @farahlee_ membesarkan Maream berdasarkan Islamic parenting,

terima kasih kerana sudi berkongsi dengan kami,” komen @mugi_laksonoFarah sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan pengacara Ally Iskandar namun berpisah pada 17 Ogos 2016.Hasil perkahwinan itu, pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata, Maream Esabel yang berusia 6 tahun 10 bulan.

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Banyak Berkongsi Kisah Anaknya Dan Banyak Lagi. Farah Lee Sekali Lagi Meraih Perhatian Ramai Bila Dia Berkongsi Tentang Nafkah Anak

Biarpun dia bukan seorang selebriti, namun nama Farah Lee tetap dikenali ramai sebagai personaliti media sosial dan usahawan yang mempunyai jenama pakaiannya sendiri.Sehingga kini Farah Lee mempunyai pengikut berjumlah lebih 784,000 orang di Instagram miliknya itu yang banyak berkongsi kisah semasa belajar, kisah anaknya, koleksi pakaiannya dan kisah-kisah lain lagi.

Dalam satu entri di Instagram miliknya, Farah Lee memuat naik sekeping gambar anaknya ketika berada di luar negara.“Ramai parents ingat rezeki mereka itu adalah hak mereka sampaikan berkira-kira untuk invest dalam education dan well-being anak-anak, tapi untuk diri sendiri maintenance kemain.

“Banyak rezeki kita itu adalah rezeki anak, kita hanya perantara sahaja. Jadi setakat mampu, tak perlulah berkira sangat untuk spend kepada anak-anak especially untuk masa depan dan ilmu mereka,” tulis Farah Lee.Tulisnya lagi, terutama kepada ayah-ayah yang terlalu sibuk bekerja atau yang sudah berpisah dengan isteri dan anak tinggal bersama dengan bekas isteri.

“Nak2 ayah2 yang terlalu busy berkerja atau yang dah berpisah anak duduk dengan bekas isteri. Tanggungjawab nak sendiri bagi ilmu tu dah tak mampu, nak bagi nafkah anak alahai aji bakhil pulaknya.Patut bagi isteri/bekas isteri extra sikit kira upah dia jagakan

well-being anak-anak untuk kita,” tulisnya lagi.Farah turut mengingatkan bahawa anak-anak adalah amanah kepada ibu bapa.“Ingat, anak ni pinjaman Allah dari Syurga untuk kita, amanah untuk kita didik dan jaga. Moga dapat kita pulangkan semula mereka ke Syurga juga, inshaAllah amin,” tulisnya lagi.

Tidak diketahui sama ada ianya hanya sekadar ‘bebelan’ pada orang-orang tertentu atau sekadar coretan biasa sahaja.Namun ramai yang tinggalkan komen mengadu mengalami nasib yang serupa diceritakan oleh Farah.Farah Lee atau nama sebenarnya Nurfarahin binti Romli pernah berkahwin dengan personaliti TV, Ally Iskandar pada Januari 2012 tetapi kemudiannya berpisah pada Ogos 2016. Perkahwinan mereka dikurniakan seorang cahaya mata, Maream Esabel yang tinggal bersama Farah.

Ramai Yang Berkata Buruk Sebelum Ni. Kali Ni Farah Lee Bangkit Dari Kesedihan Dengan Miliki Sebuah Kereta Mewah.

Selebriti media sosial Farah Lee bangga menayang kereta mewah yang baru dimilikinya jenama Mercedez-Benz di akaun Instagram miliknya. Menerusi entri tersebut, Farah memuat naik fotonya bersama anaknya disisi kereta yang berniai ratusan ribu ringgit Malaysia itu yang difahamkan baru sahaja menjadi miliknya.

Dalam entri tersebut, Farah menceritakan cabaran dan kata-kata hinaan yang diterima sebelum berjaya dalam perniagaan. “Masih terngiang ngiang kata-kata itu dilemparkan di hadapan muka, “Katanya, ‘tengoklah dia, buat business pun tak berjaya, staff pun tak kekal, bibik asyik tak lekat…’

“Berderau drh tapi masih tunduk mengiakan kekurangan. Rasa loser jugak masa tu actually. “Well, I didn’t focus on my business that much before because my priority was my family, I closed down my boutique to focus on raising my daughter at home, bibik asyik tak lekat tu rasanya hampir semua rumah camtu kot 

“I didn’t have space to bloom. Suppressed. Lost. “Now that the wall was demolished — I become me again, given and giving, bangkit dan berdiri di kaki sendiri, to this today, alhamdulillah,” katanya. Kata Farah yang juga bekas isteri kepada pengacara Ally Iskandar itu, selama ini ibu bapanya pendorong kepada untuk terus berjaya dalam hidup.

“Papa once confessed to me; “Papa sedih untuk Maream, tapi untuk Kakcik, Papa gembira, sebab Papa tahu potensi anak Papa. Papa nak tengok Kakcik yang dulu”.  “Sadly, you’re not here to see us today Papa. But I’m sure, Allah tunjukkan Papa perkara yang lebih baik yang diluar akal kami yang di dunia ni. These all, berkat air mata Papa dulu, dan doa Mama yang tanpa henti sehingga sekarang,” luahnya.

Tambah Farah lagi, seorang wanita memerlukan sokongan yang padu dari orang terdekatnya seperti keluarga dan rakan-rakan untuk berjaya. “Wanita kadang ketepikan ‘kejayaan’ mereka kerana ingin berkorban untuk keluarga. Atau kadang mereka tidak mendapat berkat seperti yang diperlukan. Hargailah mereka. Sokonglah mereka. Kerana ketahuilah, mereka boleh saja lebih hebat sendiri.

“Few times someone came and said, “Saya kesian tengok Farah, saya sedih”. I replied “Eh tak perlu sedih, I’m happier and better than before. Alhamdulillah, saya redha dan sangat bersyukur dengan yang dah berlaku”.

“It wasn’t a smooth one. There were times I got emotionally, mentally and physically exhausted all at a time. What did I do.? I just cried, and talked to God. Then, resume life as usual. Repeat. “Crying doesn’t mean that you’re not content with life, it’s a moment for you to feel, to humble yourself and to seek for help. Life is full of obstacles because Heaven is exclusive. But, please remember, with hardship comes ease. “Ya, penat. Penat sangat. Tapi penat yang bahagia,” katanya lagi. Farah merupakan ibu tunggal kepada seorang anak perempuan Maream Esabell yang berusia 6 tahun.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *