Seramai ini telah dikenakan tindakan kerana solat berjemaah. Tapi ini pula tindakan pihak berkuasa terhadap kanak kanak yang hadir.

Covid 19 Semasa Viral

Seramai 37 jemaah didapati melnggar pr0sedur operasi standard (SOP) semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan dik0mpaun selepas menunaikan solat isyak berjemaah di dua surau di Mukim Chetok, Tok Uban, Kelmarin. Menurut laporan, kesemua jemaah terbabit terdiri daripada individu berusia antara 20 hingga 70 tahun dikesan melnggar SOP dalam pemeriksaan pada jam 9 malam.

Ketua Polis Daerah Pasir Mas Asisten Komisioner Mohd Nasaruddin M Nasir berkata, sebanyak 28 s4man telah dikeluarkan di surau pertama yang diperiksa manakala 9 lagi sam4n diberikan kepada jemaah di surau kedua. Mereka dikenakan k0mpaun atas kesalahan tidak memakai pelitup muka selain menunaikan solat Isyak berjemaah walaupun sudah sedia maklum bahawa tidak dibenarkan sepanjang PKP ini.

Ia jelas melnggar SOP termasuk penjar4kan fiz1kal yang bukan sahaja boleh membahayakan, malah memberi ris1ko kepada penul4ran Covid-19 Beliau turut menasihati masyarakat agar mematuhi segala arahan yang diberikan oleh kerajaan demi keselamatan bersama bagi mengekang penularan wabak ini semakin berleluasa memandangkan jumlah individu Covid-19 di Kelantan semakin membimbangkan.

Mohd Nasaruddin berkata, terdapat juga jemaah kanak-kanak berusia antara 10 tahun, tetapi atas budi bicara, pihak bertindak melepaskan mereka memandangkan mereka masih di bawah umur selain turut menasihati mereka agar tidak melnggar SOP . Tambahnya lagi, beliau mengalu-alukan kerjasama daripada msyarakat setempat untuk melaporkan kepada polis jika terdapat mana-mana kumpulan atau individu yang melnggar SOP jika berlaku di kawasan mereka selain turut menambah tidak akan berkompr0mi bagi mereka yang mel4nggar SOP ketika PKP.

Kredit Harian Metro

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Kucingasm Media dan Kucing Media Online

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Dapati Dua Jemaah Masjid Ini Tidak Pakai Pelitup Muka Di Dalam Kawasan Masjid. Sekali Ini Tindakan Polis Sebelum Kompaun.

Tumpang solat berjemaah sebelum ambil tindakan. Demikian tindakan anggota polis daerah Taiping yang turut solat berjemaah di masjid di sini sebelum mengambil tindakan dan mengeluarkan komp4un kepada jemaah yang ingkar Prosedur Operasi Standard (SOP) dengan tidak memakai pelitup muka.

Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Osman Mamat berkata, dalam operasi kira-kira 8 malam, semalam pihaknya mengeluarkan dua komp4un masing-masing berjumlah RM1,500 kepada dua jemaah di Masjid Tengku Menteri, Matang dan Masjid Ar Rahmaniah, Kampung Matang Gelugor, di sini. Menurutnya, kompaun itu dikeluarkan pihaknya berikutan kedua-dua jemaah masjid berkenaan tidak memakai pelitup muka ketika solat dan ketika berada didalam kawasan masji

“Dalam operasi yang dijalankan Pejabat Agama Daerah Taiping dan disertai sepasukan anggota polis di Masjid Tengku Menteri, seramai 27 jemaah sedang menunaikan solat Magrib dan hasil pemeriksaan lanjut mendapati seorang dari jemaah itu tidak memakai pelitup muka. Hasil temubual lelaki itu mengaku secara lisan sengaja tidak memakai pelitup muka manakala pemeriksaan di Masjid Ar Rahmaniah pula mendapati seorang lelaki didapati tidak memakai pelitup muka ketika berada didalam masjid berkenaan. Susulan itu kedua-duanya yang berusia 74 dan 57 tahun dikompaun masing-masing berjumlah RM 1,500 di bawah Peraturan 17 Peraturan-Peraturan Penceg4han dan Pengawalan Penv4kit Berjangkit (Langkah-Langkah Didalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2021 (P.U.(A) 225/2021),” katanya dihubungi.

Berhubung gambar tular beberapa anggota polis sedang solat di barisan belakang jemaah di sebuah masjid, Osman berkata gambar itu adalah benar dan pihaknya melaksanakan perkara wajib terlebih dahulu sebelum melakukan operasi dan mengambil tindakan.

Sumber : Harian Metro

Tular Gambar Kereta Bersesak Di Plaza Tol Untuk Merentas Negeri. Sampaikan Sebanyak Ini Kompaun Dikeluarkan.

Sebanyak 22 kompaun dikeluarkan pihak polis membabitkan kesalahan rentas negeri tanpa kebenaran di sekatan jalan raya (SJR) Plaza Tol Gombak, di sini, semalam. Ketua Polis Daerah Gombak Asisten Komisioner Arifai Tarawe berkata, pihaknya melakukan pemeriksaan teliti di SJR berkenaan bagi memastikan tiada pihak yang terlepas daripada melakukan kesalahan rentas negeri tanpa kebenaran.

“Saya sendiri turun untuk memantau keadaan di SJR ini (Plaza Tol Gombak) bermula jam 5 petang semalam hingga 1 pagi hari ini bagi memastikan pemeriksaan teliti dilakukan terhadap setiap kenderaan yang melalui laluan berkenaan. Pemeriksaan dilakukan mendapati kebanyakan individu yang diperiksa mempunyai surat kebenaran rentas negeri dengan majoritinya membabitkan urusan balik dari universiti serta pusat pendidikan lain. Hasil pemeriksaan teliti semalam, kami mengeluarkan 22 kompaun terhadap individu yang tidak mempunyai surat kebenaran rentas negeri yang dikenakan kompaun sebanyak RM 5,000 setiap seorang,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Mengulas mengenai kesesakan lalu lintas yang teruk di laluan berkenaan berikutan pemeriksaan teliti dilakukan pihaknya. Arifai berkata, keadaan itu tidak begitu serius jika dibandingkan pada waktu perayaan pada tahun sebelum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Kami mendapati kesesakan di laluan ini hanya sepanjang tiga kilometer dan ia tidaklah serius jika dibandingkan pada hari perayaan seperti tahun sebelum ini. Kebiasaannya pada tahun sebelum ini (sebelum PKP), kesesakan lalu lintas di laluan berkenaan lebih teruk iaitu sehingga 20 hingga 30 kilometer meskipun tiada SJR dilakukan di Plaza Tol Gombak,” katanya.

Beliau berkata demikian bagi menafikan status dimuat naik individu yang mendakwa Lebuhraya Karak menghala ke Kuala Lumpur sesak teruk, semalam.

Takkan semua ini PJJ dan urusan kerja dan perniagaan ?

Dari Jam 8.30 Malam 16 May 2021, sampai Jam 1.30 Pagi 17 May 2021, Lebuhraya Karak, menghala Kuala Lumpur, Plaza Tol Gombak, sesak teruk.

“Sementara itu, semua highway lain, Akleh, Plus Arah Utara, Plus Arah Selatan, Penang Brigde 1 & 2, Tuas, Elite, NKVE, semuanya sunyi. Takkan semua dari arah pantai timur ni PJJ? Dah lepas balik beraya, balik ke Klang Valley balik? Duk main keluar masuk kawasan wabak? PKP apa benda macam ni tatkala orang lain berkurung duduk dalam rumah, tak balik kampung walau seberang daerah.” Menerusi hantaran itu, individu berkenaan seolah-olah mend.akwa kenderaan yang melalui laluan berkenaan pulang semula ke Lembah Klang selepas beraya di Pantai Timur.

Kredit : HMetro

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Kucingasm Media dan Kucing Media Online

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Baru Baru Ini Banyak Cerita Yang Tular Soal Pihak Berkuasa SJR. Kini Pemuda Ini Tampil Dedahkan Perkara Ini Dan Siap Pertikaikan Skop Kerja Pula.

Fahmi berkongsi pengalaman mengenai seorang anggota polis trafik membantu menolak sebuah van yang rosak di jalan raya ketika hujan lebat. Sejak akhir-akhir ini kecoh kisah anggota polis yang didakwa salah laku, sehingga menjadi perdebatan di media sosial. Namun menerusi video yang dimuat naik di laman Twitter, pemuda berkenaan menceritakan tentang anggota terbabit yang membantu mengatasi masalah sebuah van rosak di jalan raya sibuk.

“Akhir-akhir ni ramai kritik dan cerita terbuka pasal polis. Dengan polis ambil nombor telefon, polis tegur tak pakai bra, macam-macam lah.” tulisnya menerusi ciapan di Twitter.

Perkongsian mengenai kebaikan seorang anggota polis trafik.

Pemuda berkenaan, Mohd Fahmi Alwi berkata, kejadian berlaku pada minggu ini yang dirakamkan dari sebuah bilik hotel dekat Jalan Loke Yew di Kuala Lumpur. Berkongsi pengalaman itu, katanya, kira-kira pukul 6 petang itu dalam keadaan cuaca hujan lebat, sebuah van yang melalui jalan tersebut secara tiba-tiba berhenti.

“Bukan setakat hujan lebat, tapi kenderaan-kenderaan lain yang lalu di jalan itu juga laju sebab waktu petang, orang balik dari kerja. Sebenarnya, van tu dah lama sangkut di situ sebelum polis trafik tu sampai. Kira-kira 10 minit juga pemandu tu berada dalam van,” katanya yang berusia 30 tahun.

Lebih mesra disapa Fahmi, katanya, anggota polis yang tiba di lokasi kejadian dengan menunggang motosikal tampil membantu pemandu van untuk menolak kenderaan itu.

Keadaan jalan raya dekat lokasi kejadian.

“Saya percaya van tersebut mengalami masalah sehingga perlu ditolak jauh. Dalam keadaan hujan lebat tu, motosikal polis tu dibiarkan di tepi jalan. Lebih 200 meter jugalah polis tu tolong tolak van tu seorang diri di belakang. Lepas masalah pemandu van tu selesai dan dapat meneruskan perjalanan baru anggota polis tu berjalan ke tempat motosikal dia ditinggalkan,” ujarnya yang berasal dari Klang, Selangor.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *